Alhamdulillah
hari ni genap 30 hari Tuah menjadi penyeri kami di OUG
dari sekecil dan secomot ini
.
.
.
.
.
.
.
hinggalah sebesar di bawah ni
seriously
walau baru sebulan
aku dah rasa terlalu sayang si Tuah ni
sampaikan aku dah terlupa
hidup aku tanpa Tuah nanti dah macam mana gamaknya
Tuah sangat adorable
bijak
pandai sesuaikan diri dengan rumah baru dia
walaupun tanpa susu ibu
T___________T
aku tak pernah tengok ibu Tuah
aku tak sampai hati nanti nak amek dia bawak balik
better tak tengok
tapi aku percaya
ibu Tuah mesti seekor kucing yang comel dan behave
sebab dia dah lahirkan Tuah yang aku rasa tak pernah bagi aku sedikit pon masalah jaga dia
malah.
mampu buat 1 rumah ketawa menjerit-jerit gembira adalah dengan teletah dia
rutin harian aku sebulan ni pon banyak dipengaruhi Tuah
setiap pagi permulaan hari pasti libatkan pengurusan Tuah
sebelum aku tinggalkan dia di rumah
makanan Tuah, susu Tuah, air masak Tuah
cuci tempat berak dia
semualah!
bangun tido je
kuar bilik check Tuah okay ke tak kat luar
pastu baru aku continue dengan kerja-kerja dan tuntutan diri aku
Tuah tak boleh dibawa tidur sekali
sebab dia sangat super duper hyper active
dia akan akacau kau tido dengan pelbagai percubaan
just nak kau bangun tido dan layan dia main
T__________T
aku pernah kena
just sebab hujan kat luar
takot dia sejuk tido kal hall
aku bawak masuk tido dengan aku
sekali amek kau
siap tido atas muka aku
sebab nak aku bangun tido dan main dengan dia
perkara paling aku suka tentang Tuah
dia kelakar
dan tiap kali aku balik kerja
dia akan sambut
buka pintu
panggil nama dia
kalau lambat macam mana pon
dia tetap akan datang jenguk kau
sweet sangat
aku tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana
tapi aku rasa bahagia sangat
bila angkat dia
pelok dia
tengok muka dia
aku slalu mintak dia cium aku skali
believe me, Tuah akan cium mulut aku skali
Tuah kucing yang bijak
yang pandai jaga kebersihan diri dan rumah
tak berak merata
tak kacau orang makan
tak suka makan makanan yang bukan makanan dia
suka ikan sardin rebus
suka susu tepung yang dibancuh air suam
suka minum air masak
suka buat mogok lapar
sangat gembira bila semua orang ada dalam rumah
suka tido mengangkang
dan masih tak pandai kawal kuku beliau ketika bergurau senda
dan.
Tuah tak pernah gagal buat aku tersenyum
dan tak pernah juga berjaya buat aku marah
Tuhan. terima kasih untuk anugerah ini
syukran
kepada Lucy She Tuah
kakak love you so much
tak terkira sayangnya
terima kasih untuk 30 hari yang penuh kasih sayang gelak ketawa dan saat-saat bahagia kami sekeluarga
terus sihat
terus membesar
terus-terus menjadi penyeri kami sekeluarga
2 comments:
knp aku nangih bc entry ni?
pipah:
weh, sedih sangat ka??
hahahahah ang ingat kucing hang kot
Post a Comment