May 22, 2012

Aku Ini Ntahlah



bila usia menjangkau 26
aku mula bosan dengan kehidupan harian biasa
mula bosan dengan kitaran dosa yang lebih laju dari kitaran pahala
mula jemu dengan pergerakan kehidupan harian
mula jengkel dengan pencapaian dunia yang sama rendahnya dengan pencapaian agama



ibu pernah bersuara dulu
"adik sedang mencari sesuatu. dan bila ketemu sesuatu yang dicari itu, pasti akan pulang ke titik asal kehidupan "



ah.
mungkin betul apa ibu kata
aku sedang mencari sesuatu
sesuatu yang aku sendiri tak tahu apakah itu
cinta halal?
anak halal?
kerjaya yang cemerlang?
kehidupan yang stabil dan tenang??
ah jangan ditanya
penulis tiada jawapan
sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku sedang dan sedang cari



*sedikit terkeluar tajuk*
maaf jika ada yang terasa



aku muak bila baca
status-status manusia yang gemar mencanang amalan dan kebaikan yang dibuat
aku akan baca sambil hati mengejek-ngejek segala
kenapa amalan itu perlu dicanang sedangkan itu urusan kita dengan Tuhan?
diterima belum diterima juga masih rahsia kita dan Tuhan
aku bercerita tentang golongan yang suka mengupdate amalan mereka
diulang
bukan mereka-mereka yang menyeru dan memeanggil kita membuat kebaikan
perlu jelas di situ
sedangkan manusia-manusia yang sedia kala berilmu dan beramal dengan ilmu mereka saban hari
lebih suka diam
dan berusaha menyempurnakan lagi amalan tersebut
agak hati tak ragu-ragu diterima atau tidak olehNya



aku yang tahu agak serba serbi 
yang dipupuk segala asas akidah fardhu ain fardhu kifayah saban subuh semasa adanya Abah ni macam mana??
aku tiada iman yang tebal
punya asas tapi punya juga iman yang tak pernah tebal
amalan tak sempurna
walau aku cukup tahu hukum hakam segala
sebab itu aku GELI melihat mereka yang kosong sebenarnya
tapi GAH mencanang kebaikan dan amalan yang aku rasa mungkin baru sehari dua diamalkannya
hanya sebab mereka punya cinta halal dan sudah move
hanya sebab mereka berlitup yang bagi aku tutupannya tidaklah sesempurna mana
tapi lebih much much better dari akulah
*fakta


*kembali kepada topik asal*

mungkin iman yang sedang aku cari
mungkin.
walau aku tahu
iman itu perlu dipupuk




dan ia bukan semudah mencari bakal suami bernama Iman
TIDAK.



abah pernah membebel.
didik sudah marah sudah pukul pun sudah
cuma halau tu aja tak tersampai hati 
abah lepaskan hang dengan segala didikan dan asas yang abah termampu turunkan
iman abah tak mampu sertakan
ataupun abah wasiatkan
carilah iman itu sendiri
dari iman itulah adanya taat dan istiqamah dalam amalan 




iman.
di mana kau?



atau aku yang tak pernah ada usaha mencari kamu?




Salam Rejab Sekalian Saudara Seislamku
mari kita mencari iman
tak kiralah apa dosa kita lepas
bergunung mana amalan kebaikan kita terkumpul





aku ni anak yang ntah laaa
maaf abah
;(






2 comments:

Aqilah Rohizad said...

tersenyum sendiri saya membaca entri kamu kali ini. kerana sy juga di antara orang yang suka post status ala islamik di fb. itu hanya sebagai peringatan utk diri sendiri yang sebenarnya masih lemah juga imannya. orang mungkin anggap saya ini alim dari segi fizikal kerana alhamdulillah saya dapat menutup aurat dengan sempurna. tapi hati saya masih lagi mencari ketenangan. kerana diri ini tahu iman itu turun naik. amalan saya juga belum sempurna. solat juga belum sempurna. tapi sedang berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik kerana diri ini juga insan berdosa. diri ini juga insan yang lalai menjalankan tanggungjawab kepadaNya.

Hidayah itu perlu dicari. mungkin perlu berjinak-jinak ke kuliah maghrib atau sertai usrah. banyakkan bacaan tentang ilmu-ilmu makrifatullah atau ilmu mengenal Allah. tujuan kita dijadikan di dunia adalah untuk beribadah kepada Tuhan yang satu. Di alam roh, kita telah berjanji. tapi di dunia, kita telah memungkiri janji itu.

Anggaplah ini hanya ujian. kerana Allah akan turunkan ujian kerana Dia yakin kita akan mampu mengatasinya.

Mari berdoa supaya kita mampu untuk jadi hamba Allah yang taat. Saya akan selalu doakan kamu.. <3<3

Eima Jer said...

senyum kembali

rumate,
sejak kenal kamu, kamu idola saya.
entry ni bukan sindir golongan seperti kamu tau
sebab saya tahu dan yakin
istiqamah kamu dalam amalan itu sekata dari kecil lagi
walau iman turun naek
istiqamah itu terus-terus ada dalam diri kamu

terima kasih roomate doakan saya selalu
doa saya jumpak apa yang dicari
dan mula berubah kepada yang lebih baek
dah jauh sangat saya mengembara dibumi tuhan ni
sampai lupa janji-janji semasa alam roh sana
terlalu banyak yg lupa terlalu banyak yang dimungkiri


tahu tetapi mungkiri
tidak tahu dan memungkiri tu lain dosanya
lain bebanan dosa yang dipikul
dan saya ni golongan yang tahu
;(