May 23, 2012

Taknak Senyum Pun Tak Apa


*Gambar tiada kaitan*


 Salam 2 Rejab
^_________^




hari ini aku nak berkongsi tentang persekitaran kerja
habaq siap-siap sebab potensi untuk melalut ke laut itu agak tinggi
;p




minggu ni minggu ke2 aku di tempat kerja yang baru
kerja yang tiada keluar ke mana-mana site lagi
*gembira*



tentang persekitaran kerja
office aku cantik
tak macam office lama aku yang ntah laa macam @#$$%^%$$###$$ semak samun dan bisingnya
opis baru tenang
bersih dan kemas
alhamdulillah



CUMA 
apa yang tak ada kat sini adalah keakraban sesama staff
memang tak ada



bukan sebab aku baru
sejarah memperlihatkan aku sudah catch up dengan semua staff office lama hanya untuk tempoh 5 hari waktu bekerja
tapi untuk persekitaran baru ni
aku hanya berkawan dengan group aku sahaja
yang lain bukan setakat tidak bertegur sapa
nak senyum pon malas je aku rasa
bukan aku yang  malas senyum
mereka yang malas membalas




otak ligat mencari punca
aku ini nampak poyokah?
aku ini terlalu mahu menonjolkan dirikah
atau mereka membenci aku kerana telah kick-out lelaki kacak jumaat lalu?
aku tak pasti
otak terus ligat memikir



perkitaran kerja yang happening memang sangat penting untuk manusia separa gila macam aku
ditambah pula office yang terletak di dalam shopping mall
sangatlah rugi tak punya officemates akrab seangkatan jawatan
ini tak
aku rapat dengan manager dengan senior manager
walau mereka separa gila pon
pangkat mereka atas pada aku
dah terdidik hormat itu tinggi melangit




perkara yang sama jadi pada ex-officemate aku yang turut sama berhijrah dari kompeni komunis
saban hari merengek  bosan aku tak ikot masuk sama office dengan dia
alasan?
semua staff tua-tua belaka
bosan!
rindu suasana bersama masa di kompeni lama




ini CABARAN kerja
secara positifnya
dan secara negatifnya
aku rasa officemates aku ni berlagak sikit sebab semuanya kaya-kaya belaka
T______T
aku sahaja yang miskin papa kedana 2, 3 bulan ni 
haishhhhhhhh




boleh macam tu??




sebab tu saban hari aku cuba pertingkatkan diri dan kualiti
cuba menonjolkan diri
aplikasi segala kreativiti
aku mahu seiring sejalan dengan mereka
atau mungkin lebih baik dari mereka
sebab aku percaya mereka juga bermula seperti aku asalnya




tak senyum walau 1 lift
tak ajak lunch skali walau 1 sesi
tak balas senyuman walau paling manis aku sedekahkan
tengok atas bawah si comot ini 
TAKPE
take your time
ini cabaran bagi saya
terutamanya dari segi meningkatkan kekuatan dalaman saya
iaitu jiwa



saya dah dididik 
bersahabatlah sekadar manis-manis buah sayangnya
andai berlaku apa-apa
sakitnya kurang
aib dicanang juga tak sebanyak mana



dipulau pon pernah
dibuang pon pernah
difitnah pon selalu
apa sangatlah sekadar situasi tidak mahu bergaul tu
saya masih EJ yang selalu positif
^_____________^




saya mahu jadi senior manager saya
saban hari mengidolakan beliau
saban hari!




doakan saya ya?



1 comment:

Anonymous said...

Kerja ape skrg ni??bkn valuer ke??huhu...