dulu, semalam, hari ini dan mungkin hari esok atau lusa
aku memang selalu mengeluh tentang dugaan
tentang kepayahan hidup
tentang berlikunya hidup yang aku kena lalui
hidup yang dari kecil aku serba berdikari
memang aku suka mengeluh
walau aku sedar aku lalui jugak dugaan tu
aku pikulkan jugak bebanan dan kepayahan tu
terus terusan sabar sampai aku sendiri hampir lupa bila titik aku mula sabar
dan bila titik sabar aku dibalas Tuhan
"ahhhh tak baik mengeluh"
ayat atas ni ayat yang sekadar senang manusia bercakap
nak laksana??
mari bagitau aku macam mana
susah tahu untuk tidak mengeluh
TAPI aku tidaklah sampai menyalahkan takdir untuk segala kepayahan
aku masih aku
yang percaya dan berpegang dengan pesan ibu
"sabar. ada habuan indah untuk orang yang sabar"
kadang-kadang aku mengeluh
bukan sebab aku berputus asa
lemah dan sudah tak terdaya melawan hidup yang sering melawan arus
TAPI kadang-kadang segala kudrat aku letih
itu sahaja
letih berfikir penat berusaha jemu menanti
itu sahaja
sebab diri aku bukan robot
aku percaya
aku masih diri aku yang tabah dan kuat harungi setiap apa yang mendatang
dengan cara positif
alhamdulillah
cuma kalau aku mengeluh
anggap sahaja aku berhenti di mana-mana hentian hidup
untuk melepaskan sedikit sakit yang terluka sesak yang menyesak perit yang ditanggung
agar perjalanan usaha yang diteruskan
tidaklah terasa begitu berat
boleh aku cakap mengeluh itu suatu keperluan?
untuk kau rehatkan sedikit diri kau dari tanggungan segala beban?
asalkan kau tidak sesekali menyalahkan TAKDIR
kerana takdir itu perkara Tuhan
adanya isu Tuhan adanya perkara-perkara akidah yang perlu kita pelihara
amboi EJ
berpesan tentang Tuhan dan Akidah dah serupa ustazah
*si pembaca mula mencebik*
ah kalau pesanan tentang akidah pon kau rasa aku tak layak nak berpesan
memang akidah kau tu perlu diperbetulkan serba serbi
2 comments:
Salam, nk berkongsi keluh kita boleh jadi ibadah, bila kita mengeluh dengan menyebut astahfirullahalazim.. instead of haish atau huh!.. :)
hi,
thankyou for sharing.
saya hargai.
itulah bila sebut mengeluh memang antonasi haishhhh hmmmmm hadoiiii huh
biasalah nafsu dikawal syaitan selalunya
tapi bila nafsu bersatu dengan hati dan minda
InsyaAllah, kita mengeluh hanya untuk melepaskan sedikit beban ditanggung jiwa
;)
Post a Comment