June 29, 2012

Diet Boss



kepada yang follow twitter aku mesti penah baca rungutan aku tentang boss aku yang suka sangat diet TETAPI suka paksa sesiapa sahaja yang lunch dengan dia berdiet bersama beliau
T___________T


dan mesti penah jugak terbaca aku tweet tentang officemates aku berjawatan agak tinggi di office tu yang sangat-sangat suka perli-perli kau kalau kau makan nasik ke amek lauk yang heaven sket ke 
sebab beliau jugak di bawah program diet
cuma beza beliau dengan boss
boss tidak perli tetapi mengajak kita ke arah kecantikan
tetapi beliau penang kata camdek lebih la
dan kadang-kadang ayat tu memang pedih hingga ulu hati
tetambah untuk manusia bam bam macam aku ni



sengsara tau jadi awek bam bam yang bakal berkahwin
makan nasik kena perli
diet pon kena perli
pakai heels tak cukup tinggi pon kena perli
apa lagilah bila muka ke office lansung tiada diconteng dengan apa-apa warna



bila mereka-mereka ini bercakap tentang diet
aku malas nak masuk campur
diet carbo lah
diet kalori la
diet TAK MAKAN NASIK la
diet makan SAYUR sahaja je lah
dan termasuklah diet protein
macam-macam jenis



sebab aku tak suka cara salah seorang dari mereka yang suka perli memerli mereka-mereka yang kurang cantik seperti aku dan aku
bukan tak boleh terima kenyataan
tapi janganlah sampai jatuhkan air muka orang kan?
bukan aku seorang je mangsa
TAPI ramai dah



So, aku amek langkah selamat
tidak men-joinkan diri tiap kali mereka-mereka berbicara tentang diet
bila ada yang perli dan tala ke aku
aku akan jawab
" saya tak boleh tak makan nasik sebab saya tak tahu makan coklat ke roti ke biskut ke jajan ke sebab hidup saya sehari just makan nasik sepinggan dan air. Tapi dunia tak adil. Saya bam bam jugak. Ahhh mungkin saya bahagia sangat kot."
JAWAPAN SELAMAT
paling kuat dorang akan balas
"amboi"




eh jauhnya melalut dari tajuk entry
ini ke namanya mukadimah?
bhahahaha




berbalik kepada perkara asal


actually dalam minat tak minat aku nak join dorang berborak tentang kemulusan kulit muka, keputihan kulit, kecantikan makeup, kekurusan tubuh badan dan bla bla bla yang memang aku tak ada tu
tetiba aku tertangkap TIPS yang boss aku bagi tentang diet yang sedang beliau amalkan



kenapa aku tertarik??



sebab aku nampak boss sedikit kurus dan lansing 
dan diet beliau tidaklah sesukar mana



so aku terbuka hati nak cuba
*TAPI tak tahulah bila
lalu aku masuklah bilik beliau dan tanya
alaaaah aku tahu beliau akan SANGATLAH SUKA
sebabnya before mintak TIPS tu mestilah kena cakap dia dah kurus kan kan kan
perempuan bila dipuji kurus dan lansing
ada ke yang tak tersenyum puas sampai ke telinga??
ada ke ada ke?
oohhh abaikan gadis bernama AZA ELLIANI dan DRUNBELLA KHOO
mereka berdua aku tahu memang bencikan KEKURUSAN
;p



okay okay melalut lagi.


mari sini sekalian kakak-kakak shantek dan abang kacak
saya nak share bersama DIET BOSS yang dah saya interview rabu lalu




so secara rasminya aku namakan diet ini DIET BOSS walau pun aku tahu ada nama sebetulnya diet ni
^______________^



boss mulakan diet beliau dengan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil setiap hari sepanjang seminggu sebelum memelakan diet ini
contohnya, kalau kau biasa makan nasik 2 pinggan sehari
kurangkan lah kepada sepinggan sahaja selama seminggu itu


KENAPA??
sebab taknak perut korang terkejut dengan situasi baru bila dah start diet nanti



boss dapat TIPS diet ni dari seorang warga TAIWAN
kawan dia la kot
dia cuba dengan seriusnya lalu memang nampaklah perubahan



alololololo dah tak sabar nampak


okay okay berhenti melalut tentang boss
ini entry diet bukan entry tentang boss EJ
T___________T



DIET BOSS adalah diet di mana anda memulakan diet dengan membersihkan 
TOKSIN DALAM USUS 
selama tempoh seminggu



sebab tu seminggu sebelum diet 
anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti kebiasaan
bukan apa
takut segala usus terkejut dan awak sakit



Selama seminggu ini DIET BOSS memerlukan anda hanya meminum MIX FRUITS JUICE dan buahan-buahan serta salad SAHAJA
hanya selama 5 hari sahaja



cara nak buat MIX FRUITS JUICE adalah seperti berikut:


anda perlukan 

CARROT SEGAR

LEMON


BATANG CELERY 

APPLE MERAH

APPLE HIJAU


wah wah wah nampak sedap dan segarkan semua
hahaha saje je penulis google gambar paling cantik sebab nak menaikkan selera driri sendiri
sebab penulis bukan penggemar buah
T____________T


*sambung balik


bila namanya juice
maka BLEND sahaja semua buah di atas mengikut kuantiti sesuai
sebab juice ini perlu anda ambil untuk SESI PAGI 
anda boleh minum sepanjang masa sebelum LUNCH


TIPS:
kalau nak terus rasa kenyang
jangan ditapis hampas semua buah tu
makan dan minum sekali
macam ala-ala kita makan oat gitu
bancuh dengan susu
  


boss selalu buat 
HALF CARROT+HALF CELERY+1 RED APPLE+1 GREEN APPLE+HALF LEMON
bila blend nanti akan dapat 2 gelas
1 gelas beliau minum before pergi keje
1 gelas balance tu beliau bawak ke office


 itu untuk BREAKFAST anda setiap pagi selama 5 hari
mudah je kan?
dan sedap!



bagi sesi LUNCH dan DINNER
anda perlu makan SALAD BUAH



bahan-bahannya adalah seperti berikut:

MIX FRUITS

*cuma elakkan nenas dan manggo sebab masam



ORIGINAL YOGURT
*without any flavour


OLIVES OIL


SALADS!



cara nak sediakan:


YOGURT tu dikacai sebati dengan 1-2 sudu OLIVES OIL 
*ikot kuantiti buah
potong buah-buahan anda tadi mengikut kesenangan nak makan
gaulkan sahaja bersama-sama daun salads tadi



ini untuk lunch dan dinner anda
sedap jugak kan??



mesti terfikir 
REMEH la kan nak bawak salad buah ke office
am i rite??



anda boleh ke amek buah-buah biasa masa lunck break dan balik nantio ameklah DINNER anda seperti di atas
alaaaa nak kena tahan 5 HARI je
bukan setiap hari




katakanlah anda mulakan pencucian toksin ni pada hari ISNIN
so JUMAAT tu habislah



WEEKEND tu korang dan boleh menikmati makanan macam biasa
CUMA janganlah terus ambil yang berat-berat seperti makanan yang pedas
sebab perut tu baru lepas dicuci
jangan bagi terkejut
so anda dinasihatkan mengambil makanan yang lembut-lembut seperti BUBUR dan MIHUN SUP



selepas 2, 3 hari
dan boleh start makan balik apa yang korang makan
TAPI dah nama pon DIET kan??
jagalah PORTION dan jenis pengambilan makanan tu
jangan laaaa pergi makan portion macam anak jin makan
ye dop??




boss suggest
lepas cuci toksin tu
startlah DIET KALORI
sebab diet ni boleh makan apa sahaja
tapi kena kira jumlah kalori makanan tu berapa
jangan lebih 1000 untuk 1 hari pengambilan makanan



sebab dalam 1 hari badan kita memerlukan 1800 kalori
boss amalkan ambil hanya dan kurang dari 1000 kalori sahaja 1 hari dengan menjaga jumlah kalori dalam makanan yang diambil beliau
so lagi 800 kalori tu
badan akan ambil dari lemak-lemak kita
kalau dalam 1 hari b adan amek 800 kalori
sebulan dah berapa kan?



boss cakap jugak
diet kalori ni dalam masa yang sama akan ajar kita untuk tidak makan terlalu banyak
dan kurangkan makanan bergoreng sebab kita nak jaga jumlah kalori tu



lama-lama perut akan terbiasa
dan kita takkan terbeban



TAPI kan kan kan
saya belum cuba pon
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA



baru tengah kurangkan portion makan
Insyaallah tak lama lagi nak start
lepas majlis mungkin



jom kita try kawan-kawan
^__________^





1 comment:

Anonymous said...

you boleh coba produk Green fit..pemangkin untuk turunkan berat badan,boleh singgah d blog saya http://greenfitdaisyj.blogspot.com/