BILIK TIDUR CANTIK
vs
MINI PELAMIN
yang mana satu menjadi pilihan??
majlis aku nanti dibuat di rumah milik kakak
maksud kat sini adalah RUMAH PINJAMAN
lainlah kalau di kampung
memang rumah bersama 1 keluarga
^__________^
sudahlah rumah pinjaman, latar belakang kakak aku pula memang seperti LANGIT dan KERAK BUMI dengan aku
Kak Ayu aku seorang kakak yang kategorinya adalah kategori muslimah
padan sungguh dengan suaminya yang merupakan seorang guru tajwid di masjid berdekatan
nampak tak kat sini betapa aku perlu BEHAVE and control everything
maksudnya aku perlu pertimbangkan macam-macam benda
bukan nak ikot citarasa aku semata-mata
adatlah meminjam ni kan
bercakap soal ruang ni
majlis pertunangan mestilah memerlukan ruang di mana bakal ibu mertua akan sarungkan cincin tanda ikatan sudah bermula bukan??
dan aku rasa penyediaan ruang yang cantik dan selesa amat penting
kakak-kakak aku dulu
semua sarung cincin dalam bilik je
mereka akan hias bilik cantik-cantik ikot citarasa masing-masing
empat-empat sama
bagi aku pulak
majlis nampak tertutup
ruang akan padat dan sendat
tambahan pula aku bukanlah anak orang kaya yang ada bilik sebesar Maria Elena
T____________T
bilik pon kena pinjam bilik anak buah aku
dan paham-pahamlah kalau pinjam bilik orang ni
senang cerita aku kurang selesa
aku sukakan ruang yang lapang dan luas pemandangan
tapi tidaklah seluas padang
*over
aku prefer lagi mini pelamin as ruang yang disediakan untuk majlis sarung cincin
sudah pasti mini pelamin akan dipasang di ruang tamu
senang semua orang nak bergerak
dan sanak saudara nak buat sesi mengambil gambar sebagai kenang-kenangan pon senang
kawan-kawan aku pon senang nak keluar masuk
iyelah
dulu punya majlis lain
bakal pengantin lelaki tak datang ke majlis tunangnya
TAPI sekarang
perlu akui zaman dah berubah
kalau tak macam mana OP nak cari makan kan?
;p
kalau buat dalam bilik
takkan laaaa nak ajak Ajie masuk bilik amek gambar
lepas tu kawan-kawan lelaki aku yang mana datang
aku jemput jemput tanpa segan silu masuk bilik amek gambar?
hahahahaaha
ada yang pulangkan cincin kot nanti
subhanaAllah
TAPI masalah jugak
sebab abang iparku seorang guru tajwid
senang cerita ala-ala ustaz
T________________T
dan arwah abah sendiri penah berpesan sebelum beliau pergi
jangan izinkan anak-anaknya bersanding bila mereka kawen
so how??
aku dah tahu perkara ini perkara rumit
TAPI takkan laaa sampai tak payah perlu sediakan apa-apa tempat?
aku kan manusia yang gemarkan catitan sentimental value itu
dan kalau boleh nak jugak rasa apa yang aku teringin rasa
terketar-ketar nak bukak mulut mengenai mini pelamin tu
sebab aku syak nescaya aku akan disembur kaw kaw
jadi aku amek keputusan pujuk mak dulu
huehuehuehue
Alhamdulillah
mak positif.
sebab bagi mak, sarung cincin di bilik tu REMEH
mana nak hias bilik cantik-cantik lagi
mana orang keluar masuk lagi
dan bilik aak buah aku bukanlah besar mana pon
teres setingkat je
mak cakap lagi, kalau sarung cincin kat bilik
nanti macam-macam kita kena kemas sendiri
kakak pulak sedang preggy
kesian kakak nanti letih
yeay!
mak setuju bagi aku pasang mini pelamin di ruang tamu
dengan alasan, memudahkan apa yang boleh mudah
dan meraikan tetamu yang datang
habis majlis, tuan empunya mini pelamin tu
datang la amek barang korang
kakak tak perlu buat kerja banyak-banyak
^____________*
sayang mak!
sebab aku anak bongsu
aku serah je bulat-bulat kat mak discuss dengan semua especially abang iparku sayang tentang mini pelamin tersebut
fuhhhh selamatlah semua positif
asalkan jangan aku syok bersanding plak dengan ajie atas tu
atas permintaan
kakak mintak aku amek mini pelamin yang duduk bersila sahaja
takde yang kerusi-kerusi bagai
*ingat pesan arwah abah EJ
lalalalalala!~
dapat je persetujuan keluarga
aku apa lagi menggodekla facebook dan blog dan google dan bla bla bla
mencari ilham dan sumber
inilah mini pelamin idaman kalbu
siap pasang niat nak buat sendiri la mini pelamin ni
kemain semangat
siap google tutorial bagai
TAPI sayang
tunjuk je kat Ajie terus kena reject
katanya MATURED la sikit
macam budak-budak tadika!
T____________T
*mini pelamin anganku musnah
kecewa memang kecewa
lalu sebab kecewa aku pon terus hilang selera nak buat mini pelamin sendiri
maka mari bazirkan wang gaji mendepositkan mini pelamin sedia ada di pasaran
adalah a few gambar aku simpan dan mintak approval dari Ajie yang cerewet itu
nasiblah ada jugak yang diluluskannya
aku apa lagi
sebelum beliau bertukar selera dan fikiran
aku terus tempah dan bayar
dan macam biasa
bila dah depositkan duit
semua dah confirmed
mulalah bertempek-tempek design yang lebih cantik naik ke wall facebook aku tu
ini sunguhhhhhhhh meluaaaaaaaaaaat!
tau dak
bencinya tengok
sakit jiwanya tengok
kurang hajar la weh
redha je lah
T___________________________________________________T
mini pelamin aku macam lansung tak setanding dengan yang di atas ni
bukan sebab aku punya lagi cantik
tapi mereka-mereka ini lagi hebat!
so kalau majlis aku macam zombie
jangan kata apa!
oklah bebai
bye!
2 comments:
hahaha tp gambar yg digugel tu memang cantik :)
hahaha.. mini pelamin aku dl lg simple maa..hukhuk
http://sinarcintaku.blogspot.com/search/label/Tunang
Post a Comment