June 26, 2012

Journey To The Happiness Life Ever After #Vol. 2





PERLU KENTAL?




semalam membebel tentang masalah emosi berkaitan hubungan
hari ni aku nak bebel tentang masalah emosi tentang perjalanan majlis



majlis yang aku plan untuk engagement aku hanyalah sebuah majlis kecil tetapi LENGKAP
dalam erti kata lain
SIMPLE BUT NICE


maksud LENGKAP di sini
ia berjalan penuh adat dan adab, tatatertib dan mengikut tema


bagi aku
ENGAGEMENT DAY adalah hari penting bagi aku selain majlis akad nanti
sebab majlis ini biar nampak kecil tetapi cukup bermakna sebagai catitan peribadi
 yang aku ini dah beralih peringkat hubungan
aku bukan perfectionist tapi aku sukakan sesuatu yang teratur
sebab moment-moment ni hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup aku
InsyaAllah



cuba fikir
zaman anak dara ni la kau nak rasa feeling jadi tunangan orang
kalau jodoh ke depan dah dicatit Tuhan tak panjang
dan kau carry status 'Janda'
kau nak ke buat majlis tunang?
nak ke ada tema-tema dan Official Photographer bagai?
Erra Fazira pon tak buat tau
;p



aku tak suka orang yang suka fikir
'alah, majlis tunang tu tak buat pon takpe. yang penting akad tu'


so,
tak payahlah buat kenduri
pergi pejabat kadi dan akad nikah je
kau happy tak??



alah
bukan suruh buat majlis tunang macam Liyana Jasmay
bukan nak suruh hantaran kau tu diletak dengan barang-barang berjenama
sekadar pelbagai variety manisan sudah
tak perlu membazir
yang penting hantaran tu sanak-saudara boleh makan



eh ke aku sahaja yang sangat mementingkan moment-moment indah ni??
korang tak suka ke nak rasa?



aku percaya
setiap wanita dilamun cinta diluar sana mengimpikan majlis idaman mereka
macam aku ni
*gediks



TAPI cuma aku nak pesan
be prepared mental dan emosi
zahir dan batin



perjalanan itu tidaklah semanis perancangan dan segala listing kau tu
banyak yang ke laut dari mengikut landasan yang dah diatur



kenapa ia berlaku?



tak lain tak bukan mestilah sebab yang paling utama dan ketua segala planning iaitu
FINANCIAL MANAGEMENT
*menangis
plus minus dengan isu campur tangan keluarga
perselisihan pendapat dengan pasangan
kekangan masa
kesibukan bekerja
dan juga gangguan emosi seperti di entry Vol.1 di bawah ini




Bulan Januari dulu
plan aku sangat well
target siap TAKNAK GUNA DUIT SAVING untuk majlis tunang ni
sebab memang aku manage well gaji aku


Manis tau moment masa tu
persiapan dibuat sedikit demi sedikit
deposit sana deposit sini
penuh yakin dan bersungguh



Tapi bila tiba bulan MAY
ke laut terus segala perancangan bila aku perlu bertukar KERJA
subhanaAllah financial management masa tu memang ke laut
aku perlu untuk stabil semula
TAPI semua tu sangat makan masa



Savings perlu digunakan untuk keseluruhan perbelanjaan hidup
bayangkan betapa tunggang langgangnya persiapan aku
sudahnya banyak yang aku plan dan listing terpaksa di CONTROL-SHIFT-DELETE
T_______________T



JUNE ni memang bulan menguji emosi
hormon dan financial problems bergerak lembab sepanjang bulan
dan banyak persiapan last minutes terpaksa dibuat



Hasilnya
ntah apa la jadi dengan majlis aku nanti



Internal problems tak payah nak sebutlah
muncul dan datang
datang dan muncul
hilangnya tak




ayat penenang ajie

"biasalah sayang, ni semua dugaan kita nak bina masjid. Tak semua apa yang kita rancang akan berjalan seiring sejalan. Yang penting kita sedang berusaha untuk keluar dari semua ni"


sejuk jugak hati ni



Less than 2 weeks
aku harap sangat majlis berjalan lancar mengikut yang termampu aku susun dan atur
kepala hotak aku ni cuma mahukan satu sahaja



majlis tunang aku bergerak seiring dengan 2 majlis istimewa


Ulangtahun kelahiran Ibunda tersayang
dan 
majlis tahlil untuk arwah abah


aku mahu rasa abah ada di sisi
walaupun hanya iringan doa sahaja kami mampu beri



dan ia lancar



doakan ye



serious aku cakap
kerja kawen ni bukan mudah
TAPI jangan takot nak nikmati PENGALAMAN berharga ni
sekali je seumur hidup



paling penting
just kena kental
dan aku doa
korang takkan alami masalah macam aku alami



aku masih percaya
dugaan yang aku lalui ini
actually akan bertukar menjadi moment-moment bermakna dalam hidup aku ke depan kelak
so just face it!



*wah panjangnya bebel
sudahlah entry berterabur gila topik dan isu!


4 comments:

miss anne said...

kak eima,
tahniah!!!

Aqilah Rohizad said...

xde button nak like ea?hehe...

Eima Jer said...

anie:
Thankyou! awak bile plak??

Kile:
Hahaha xpandai nak buat actually!

miss anne said...

hahahaha..ai lambat lg..masih dlm fasa 1 baru..so, mesti lama lagi..nt bila fasa ke 4 jgn lupa kasi kad kat ai k..