June 25, 2012

Mohon Jangan Pengsan Dulu


<-------------------------------------------------


^___________^
gedik tak segala widgets kat sebelah kiri uols tu??

Mohon jangan muntah dulu
let me explain first!





aku manusia yang suka menghargai masa-masa yang berlaku sepanjang hidup
tapi bukan melalui pengambilan gambar sebagai kenangan
tetapi aku sangat suka tinggalkan sedikit catatan untuk tatapan masa depan



pengakuan jujur
bila aku dan Ajie decided nak kawen dan mendapat persetujuan kedua belah pihak
aku CUBA untuk mempunyai sebuah blog B2B sendiri
kononnya dalam blog tu aku nak catitkan segala perjalanan persiapan hari bahagia aku
kononnyalah
Blog B2B tersebut aku privatekan sebab terasa sangat malu
dan sudahnya aku GAGAL nak manage 2 blog dalam 1 masa 
maka bersawanglah blog B2B aku yang kononnya itu
T___________T




TAPI hati aku mahu ada sedikit catatan tentang perjalanan ke hari kebesaran tersebut
sedikit pon jadilah
paling kurang ia masih mampu menjadi salah satu penulisan yang ada nilai-nilai sentimental untuk aku




setelah dipikir dicongak ditimbal balik
niat aku hanya mahu kawen
membina masjid
dan perjalanan menuju hari kebesaran tersebut
aku mahu catit apa yang patot
supaya bila aku tua nanti
aku masih punya kisah hidup untuk di baca
tak seperti zaman kanak-kanak aku
yang sekeping gambar pon tak punya
aku tak mahu macam tu




Jadi,
mohon jangan GELI dengan segala update selepas ini ya
aku hanya manusia biasa
yang ingin meraikan bahagia yang dipinjamkanNya



Kalau boleh 
aku nak segala tentang hidup aku
yang aku rasa yang aku nak kongsi
semuanya ada dalam 1 blog sahaja
yang hanya satu tersemat terpahat di hati aku.



mohon kerjasama jangan muntah dulu
;p



2 comments:

raazakmohd said...

wekkk nak muntah

Aqilah Rohizad said...

ehem ehem...weeeee.....cant wait for ur big day..semoga semuanya dipermudahkan InsyaAllah..