Sejak dua menjak ini
rasa rindu suka menerpa jiwa
sentuh urat saraf otak
yang menyimpan kemas jutaan kenangan
tentang cinta
tentang sayang
tentang kisah-kisah gembira
bersama orang-orang yang pernah aku simpan kemas
dalam satu sudut terpencil
yang aku namakan hati
ada apa dengan rindu ini?
kenapa ia perlu muncul lagi?
ada apa dengan mereka?
atau rindu ini muncul kembali
dek kerana semua yang pernah aku sayang
semakin mula menjauhkan diri?
ah.
mereka tidak pernah salah.
memangnya kau saja yang terlupa
masa-masa bebas kau sudah hampir ke titik penamatnya
jadi mereka pergi.
mereka juga punya impian sendiri.
yang pergi itu titipkan sebuah rindu
untuk dirasai hati
jangan dihalangi.
kerana mereka pergi kerana menghormati.
menghormati bahagia yang bakal kau kecapi.
No comments:
Post a Comment