October 29, 2012

Sup Meletop EJ



SELAMAT HARI RAYA QURBAN 
untuk semua muslim dan muslimah seluruh dunia
^______________^



macam biasa
penulis dah lama tak pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya haji
masuk tahun ini merupakan tahun ke5 berhari raya di bumi selangor sahaja



WHY?
bukan kacang lupakan kulit
bukan siput yang lupakan lautan
cuma mak saya dah bermastautin di selangor
sejak abah pergi menghadap Ilahi



kakak dan abang masing-masing sudah berkeluarga dan agak aktif dengan aktiviti masjid khariah masing-masing
so setiap tahun
mak akan pulang ke rumah mana anak yang beliau suka
dan kami akan berkumpul di pagi raya sekeluarga
^__________^



Ajie pulak 
ini merupakan tahun kedua beliau tak pulang ke kampung untuk berhari raya haji
huehuehuehue
dan sedikit sedih tahun ni
beliau tak dapat cuti raya wooooi
maka pada hari raya yang lalu
beliau bekerja seharian di hari raya
tsk tsk tsk





apalah erti hari raya qurban tanpa sup gearbox sup tulang lembu kan?
sedihnya bila tunang penulis merengek teringinkan sup tulang 
taknak yang beli
nak yang daging qurban punya
lain macam sedap katanya





tahun ni agak susah nak dapatkan daging atau tulang lembu qurban
khariah kakak tumbangkan 20 ekor lembu
tapi hampeh
takde rezeki nak cop sikit tulang lembu
habuan nak buat barmia 




bila ajie request nak makan sup tulang
dah semua 1 keluarga kalut mencari sup
nasiblah mak berjaya dapatkan tulang lembu qurban
untuk bakal menantunya




TAPI mak tengah menjaga kakak dalam pantang
kakak pulak memang dari kecik alah dengan bau daging
makanya mak simpan daging dan tulang temulang fresh sahaja
mak suruh aku buat sendiri
untuk bakal suami sendiri
ameeeeek kau!





aku bukan peminat daging
potong daging pon aku tak mampu
agak kecut perut jugak
nak masak sup tulang untuk pertama kalinya
dan lagi mencabar sebab nak bagi orang mengidam yang tak dapat pulang raya yang makan
nanti tak sedap mesti dia sedih
ingatkan kampung
ingatkan masakan mak abah
T__________________T
sudahlah anak manja
haishhhhhh




makanya 
pakcik google jadi peneman setia
call kakak call bakal mertua
mintak tips mintak petua itu dan ini




hasilnya



taaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~




my first try tidak menghampakan!~
sedap tak sedap blakang cerita
yang penting daging empuk sekata
lembuk seirama dengan kepekatan kuah supnya



sebab aku sukakan sup yang seperti di atas
^___________^



untuk mendapatkan seperiuk sup tulang yang penuh kasih sayang seperti di atas ni
aku rebus semalaman
percaya tak??



dari jam 11 malam
sampai terlelap dan terjaga sekitar jam 3 pagi
tutup suis rice cooker
sambung tidur
dan keesokan paginya
pagi-pagi lagi sambung mereneh sup ni



serious cakap
kalau bukan dek kerana ada faktor kasih sayang
memang tak lah menjadi
buat sup tulang kena sabar
kalau tak sabar
daging tak empuk tak lembut
kuat tak pekat manis
dek gandingan hebat air rebusan tulang dan daging
nomnomnomnomnomnom





hye.
penulis orang utara
tunang penulis juga orang utara
maka bihun kami mestilah warna kuning seperti di atas
baru terbuka luas-luas selera
nak makan mihun sup meletop EJ version utara
ecececececececececece





hye.
penulis orang utara
tetapi penulis tak suka sambal merah untuk penambah perisa sup utara
penulis lebih gemarkan sambal kicap seperti di atas
auuuummmmmmmmmmm






ini hasilnya!!!
^_______________^



tunang makan sampai berpeluh-peluh
maksudnya??
;p




nah amek resepi kalau nak cuba:



BAHAN-BAHAN UTAMA:

Tulang lembu 
2-3 ketul daging lembu 
(dihiris dadu besar)
Halia
Lengkuas
Sup bunjut
Serbuk sup
kiub pati ayam


BAHAN-BAHAN TUMISAN:

bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
halia
bawang merah
bawang putih



BAHAN-BAHAN LAIN:

Daun sup
daun bawang
batang saderi
limau/tomato




BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:


Cili api
bawang goreng
kicap




CARA-CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah 5 ulas, bawang putih 3 ulas, halia 2 inci
  2. Panaskan periuk dengan minyak, tumiskan bunga cengkih bunga lawang kulit kayu manis sampai naik bau
  3. Masukkan hasil tumbukan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan semua tulang temulang dan daging
  5. Kacau dan biar sebati dengan bahan tumisan sampai keluar sedikit air daging
  6. Masukkan air secukupnya. Masukkan 2 kiub pati ayam. sedikit ajinamoto. rebus daging sampai empuk dalam lebih kurang 3 jam
  7. Tambahkan air kalau kuah mulai mengering
  8. Bila daging dan empuk, masukkan sup bunjut, rempah sup 1 sudu, rempah kurma 1 sudu dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati
  9. Rebus lagi sampai kuah yang terhasil berwarna pekat
  10. Masukkan hirisan lengkuas
  11. Renehkan sup dalam tempoh 30 minit
  12. Masukkan hirisan batang saderi dan perahkan sedikit limau nipis 
  13. Taknak limau nipis, masukkan hirisan buah tomato pon boleh
  14. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup
  15. SIAP!


CARA-CARA MENYEDIAKAN SAMBAL KICAP:

  1. Bersihkan segenggam cili api hijau
  2. Bland cili bersama 2 sudu bawang goreng rangup dan kicap
  3. SIAP
*WHY letak bawang goreng? nak kurangkan pedas dan lemakkan sambal kicap anda ;) bawang goreng jugak dapat kurangkan bau cili.





SELAMAT MENCUBA!

No comments: