February 16, 2013

Home Made Asam Pedas Batang Keladi by EJ




marilah mari memasak lagi
untuk siapa lagi kalau bukan si suami
;p
[nyanyi dgn nada lagu marilah mengundi]


ewahhhh 
;p



Hari ni nak kongsi resepi mudah dan cepat
tak pernah ada resepi sendiri pon
tapi ini resepi keinginan tekak sendiri
dan kegemaran suami jugak



Bahan-Bahan

2 ikat batang keladi
asam keping
cili kering [8 tangkai]
udang kering [1 sudu]
ikan bilis [10-15 ekor]
bawang merah [8 ulas]
bunga kantan 
daun kesum


Jom masak


BATANG KELADI

  1. Siang dan bersihkan batang keladi. 
  2. Potong mengikut saiz standard seperti gambar di atas
  3. Rebuskan batang keladi dengan 2 keping asam keping. Jangan bagi layu. Cukup sekadar ala-ala kadar je. 
  4. Toskan


KUAH ASAM PEDAS
  1. Bland cili kering, udang kering, ikan bilis, bawang merah.
  2. Tuangkan ke dalam periuk yang dah dipanaskan dan biarkan mendidih.
  3. Tambah sedikit air mengikut kepekatan dan kuantiti kuah yang dikehendaki
  4. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping.
  5. Biarkan mendidih seketika sehingga menaikkan bau yang cukup menusuk wanginya
  6. Masukkan batang keladi yang dah di rebus
  7. Masukkan bunga kantan yang dah dipotong
  8. Masukkan daun kesum
  9. Kacau sebati sehingga semua keliahatan masak dan sebati
  10. Sedia untuk dihidangkan.


TIPS:

Hidangkanlah asam pedas batang keladi ini bersama-sama dengan NASI PUTIH panas-panas dan TELUR DADAR
^_______________^





February 12, 2013

Wedding Wedding Wedding



Woot woot woot!~
Gua dah lepas dah azab buat kerja kawen ni
dah lepas dah weh
;p


2012


2012 menyaksikan ramai kawan-kawan sebaya settlekan tuntutan fardhu kifayah masing-masing iaitu BERKAHWIN termasuklah aku.
alhamdulillah dan tahniah


meh nak share sikit kawan-kawan yang naik pelamin
ini aku focus yang aku kenai laaa



kalau ada yang tertinggal tu mintak maaflah
sebab ramai sangat yang angkat kaki meninggalkan zaman bujang
;p



2013


Siapa pula bakal naik pelamin??





^_____________^


ramai sebenarnya yang sedang busy membuat persiapan perkahwinan masing-masing
dari bulan depan sampailah ke hujung tahun nanti



semoga dipermudahkan segalanya.
jangan membazir
jangan stress-stress
jangan tindas menindas marah memarahi
baik-baik buat kerja kawen
serba sederhana dan biarlah lengkap di hati setiap yang datang meraikan



yang dah kawen kat atas-atas ni
kalau yang sedang PREGGY tu si isteri jagalah diri molek-molek
si suami pula jangan lupa ringankan beban isteri
dan yang masih berusaha macam aku ni
jangan lupa semua doakan kami
;p



yang masih bujang dan belum punya tarikh keramat
InsyaAllah
percayalah pada jodoh yang dah ditetapkan Allah untuk kalian
^___________^


*comel plak tengok perlbagai gambar orang kawen*
 





February 11, 2013

Home Made Ayam Percik EJ





tak pernah tahu masak ayam percik
TAPI hari tu masa pergi umah kakak
dia tengah goreng ayam percik ni
memang tak boleh tahan bau wangi ayam ni



Hmmm mesti pelik kan
ayam percik but WHY kena GORENG??
kan kan kan



Kak Aya aku memang seorang suri rumah yang suka memasak benda-benda simple
benda yang complicated pon beliau akan cuba make it as simple as she can
sebab bagi kakak
as isteri, jangan bazirkan terlalu banyak masa di dapur
hanya untuk sediakan hidangan untuk suami dan anak-anak



sebab tu FRIDGE kakak penuh dengan bekas-bekas tupperware yang diisi bawang besar yang dah dikisar
cili yang dah dikisar
senang cakap semua bahan-bahan menumis memang dah siap disediakan untuk stock seminggu
sebab tu beliau masak cepat sangat
TING dah siap



dah dah dah bebel
jom aku share resepi yang aku belajar dari kakak aku
sebab menu ni simple sangat
dan paling penting kau boleh simpan dalam fridge
dan kalau nak makan
baru amek dan goreng



So takde alasanlah penat bekerjakan
sampai tak masak untuk suami dan anak-anak



Bahan-Bahan

.Ayam ikot suka bahagian apa.
(tapi potong jangan halus-halus sangat)

.Lengkus.
(besar ibu jari kaki)

.Halia.
(besar ibu jari kaki)

.Bawang merah.
(4 ulas)

.Bawang Putih.
(4 -5 ulas)

.Serai.
(2 batang di potong halus)

.Cili padi.
(Ikut tahap kepedasan)

.Daun Kunyit.
(disimpul kemas)

.serbuk kari daging.
(4 sudu teh)

.4 sekawan.
(bahan tumisan)

.Madu.

.Daun Salad dan timun.



Cara-Cara



  1. Bland halia, lengkuas, bawang puteh, bawang merah, cili padi dan serai serai.
  2. Tumis 4 sekawan sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan sehingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah kari daging dengan air
  5. Masukkan daun kunyit yang tersimpul kemas.
  6. Masukkan garam.
  7. Masukkan madu 3 sudu madu.
  8. Biarkan semua bahan mendidih dalam periuk.
  9. Masukkan pula ayam dan biarkan ayam empuk dalam bahan tumisan tadi
  10. Tutup periuk.
  11. Bila isi ayam dah empuk dan sebati dengan kuah.Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk kecik untuk menggoreng ayam. Kuantiti minyak perlulah banyak dan berpada.
  12. Minyak dah panas, amek ayam yang direbus tu gorenglah dalam minyak yang panas. Akan naik bau yang cukup memikat.
  13. Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam pada dasarnya sudah masak dan empuk. Goreng layur sahaja.
  14. Untuk kuah perciknya, kuah rebusan ayam tadi, panaskan di dalam kuali kecik sehingga pekat. Masukkan madu dan abc sos manis. Kacau. 
  15. Bila kuah percik dah pekat, tuang laaa ke atas ayam yang digoreng tadi.
  16. Hiaskan bersama salad , tomato, timun jika suka.


Yang best tentang menu ni.
kalau saya buat, saya suka buat lebih
periuk yang kita rebus ayam bersama bahan kisar tu
masukkan je dalam peti sejuk
bila rasa nak makan
Panaskan semula periuk tu
ulang langkah 12 hingga 16



banyak masa boleh jimatkan??



Selamat mencuba.



p/s: suka tengok kakak. bila suami balik kerja, dia amek goreng je resepi ni. Nah suami dapat makan ayam percik panas-panas dari rumah. dan paling penting, CEPAT!. Sebab tu suka sangat pergi rumah beliau, blajar menu-menu harian beliau untuk suami dan anak-anak.



February 10, 2013

Menu Untuk Suami



50 hari menjadi isteri.
oh dunia lihatlah saya begitu bersemangat menjaga suami saya
^_________^
*gedik gile statement




Ehem!~
Bismillah



mulakan entry.



sejak ada suami ni kan
Allah sajalahtahu  betapa bersemangat sangat aku menjaga suami
ohoi siapa taknak pahala free ni
sebab mudah sangat seorang isteri tu nak dapatkan pahala
sebab every single thing kita buat ikhlas untuk suami
semuanya punya gandaan pahala yang banyak
seronoknya kawen
;p




aku memang sangat suka masak
walaupun tak pandai pon masak
TAPI sejak-sejak kawen ni
membuak-buak pulak nak cuba pelbagai jenis masakan
sebab ada tukang nak makan
;p



Bila dah kawen kan

seara tak sedar persekitaran kau akan sedikit demi sedikit berubah
contoh:
kalau dulu masa bujangnya kau berwhatsapp dengan kawan-kawan lebih kepada cerita-cerita lelaki kacak dan masalah cinta jiwa dan raga
bila dah kawen ni
intipati whatsapp kau tu akan lebih kepada isu MEMASAK dan isu-isu berkongsi cerita menjaga rumahtangga masing-masing
dan yang selalu dibualkan memang soal menu masakanlah
"laki hang suka makan apa"
"laki aku suka makan ini itu"
dan bertukar-tukar resepi



itu belum masuk bab bila dah beranak kan
errr frasa tu aku belum boleh cerita sebab tak alami lagi




INSTAGRAM
aku selalu post gambar makanan
ia perkara normal di instagram
nak tempek muka aku dalam insta
bukan aku SEGAK pon
buat orang unfollow je
dan alhamdulillah ramai isteri-isteri di luar sana
dah timbul rasa semangat nak memasak untuk suami mereka jugak
bila tengok aku punya post




ini perkara bagus
meh kita sama-sama kumpul pahala
;p



macam mak aku pesan


"Dalam rumahtangga, PENTING sangat kepada seorang isteri untuk menjaga kegembiraan perut suami"




So,
InsyaAllah aku akan berkongsi resepi masakan yang aku dok merepek masak tu
kepada yang berminat
sebab kalau whatsapp aku
aku akan ajar lempar-lempar je masak tu
sukatan memang ke laut
untuk wanita-wanita yang kurang cekap di dapur
adalah sedikit sukar kan kan kan




macam akulah kalau kau suruh buat kek
memang BENTAT laaa weh
;p



Okaylah
NEXT ENTRY nanti kalau nampak tajuknya ada perkataan MUS tu
tolonglah baca dengan maksud
Menu Untuk Suami
;p



kepada yang masih bujang dan terasa geli dengan ayat-ayat entry aku ni
maaf ye
nanti uolsss pon akan melalui frasa kehidupan yang aku tengah lalui ni
apa salah NIKMATI
masa-masa pengantin baru ni kan
kau masak nasik puteh+telor goreng+potong cili kicap pon suami kata sedap
3 pinggan dia tambah
memang itu nikmat yang Allah bagi kita rasa
^____________^



Nah amek ni untuk tatapan semua
;p




February 02, 2013

Buah-Buahan Hutan Yang Sungguh LAGEND Di Mata EJ


*Semua gambar-gambar menggiurkan sepanjang entry ini adalah hasil titik peluh orang lain. Saya hanya google dan kongsi di sini*



Assalammualaikum semua.
Penulis sedang merana sakit seluruh badang disebabkan panahan terlalu banyak memakan buah duku langsat yang dijual murah semuarah sekilo rm3 di area pejabat opis.
akibatnya.
amek kau dah kena demam urat
perut kembong sampai paksa suami urut guna minyak panas
walaupun pada hakikatnya suami baru je pulang kerja
amek kau EJ amek kau
T____________T





Selesai mukadimah.



Panahan daripada buah duku langsat inilah maka saya sebagai pemilik belog usang ini
terasa nak imbau kenangan lama
tentang buah-buahan kegemaran tekak
tapi ntah laa bila pulak dapat makan




WHY?
pergi je la tesco giant carefour what ever
beli dan makan?
apa yang susah?




Memang susahlah
sebab penulis anak kampung
yang buah-buahan kegemarannya
hanyalah buah hutan
yang mungkin sedang mengalami ancaman kepupusan.




dah bersedia nak mengimbas kenangan??
dan melejehkan air liur sendiri??




;p





mari kita mulakan imbasan-kenangan-penulis-dan-buah-hutan-kegemarannya.
*aku pulak terliuq ni!




yeay yeay merecik-recik aiq liuq aku ni tatkala menatap gambar buah ini
nyum nyum nyum



siapa pernah makan buah ni??
angkat kening anda
;p



nama buah ini BUAH JAMBU SUSU
ada yang panggil Jambu Botol
ikot kawasan koranglah
tapi area hometown aku panggil buah ni as jambu susu
puteh melepak dan memiliki bau yang boleh meluruhkan jantungku



Rasa??



Jambu ni masam manis
makan dengan kuah rojak memang sodaaaap
tapi lagi sedaaaaaaap tak terhingga kalau dapat makan dengan asap boi merah tu
tenyeh-tenyeh kat jambu ni pastu gigit
aiyoooooooooooooo sedapnya!




Last aku makan buah ni
3 tahun lepas
masa tu belakang rumah arwah abah ada tanam dan selamat menghasilkan buah
tapi skrang dah takde
amcik aku tebang
T_______________T



bila tahun nak dapat makan lagi ni??
buah ni paling owsem kalau dapat pokoknya kat bendang/sawah pagi
I dunno why 
tapi rasa buah ni lagi sedaaaaaaaaaaap
dan saiz buah akan gemok gedempul



errrrr
ini buah wajib semua kakak saya MENGIDAM ketika mengandung
adakah saya jugak begitu??


CATITAN KENANGAN:

Aku punya suka buah ni
sampai sanggup redah kampung lama yang ditinggalkan
semata nak pergi amek buah ni


sudahlah dalam kampung lama ni
ada sebuah rumah
memang ada seorang atok tua tinggal
dia taknak pindah
bila fikir-fikir balik memang seram 
memang kerja gila laaa kau EJ


Tapi bagi aku
kakak aku lagi extreme and lagend
dia punya gilakan buah jambu susu ni
masa dia kecik-kecik dulu slumber je dia pergi amek buah ni
kat pokok yang memang sah-sah 1 kampung tahu ada PONTIANAK
dia pon tahu tapi sebab suka sangat
nafsu mengatasi ketakutan
sudahnya mak aku cerita
hantu tu ikot balik okay
merayap atas bumbung rumah sambil mengilai-ngilai



Hoi
cering bulu roma aku menaip 
dah la sekarang jam 2 pagi
okbai



Homaigaaaaaaaaaaaaaaad!

ini juga sejenis kumpulan JAMBU
Ya Allah sedapnya jambu ni



Nama jambu ni adalah JAMBU BOLA
ni hometown aku panggil laa
tak tahulah korang



Jambu ni manis yang ada masam-masam sikit
tapi sangat sedaplah
merah jambu ni cukup memikat
sebab bila kita gigit
isi dalam dia cukup puteh gebu


bagi aku 1 bakul macam kat atas ni pon habis ni
sebab sukaa sangat



TAPI sedih sangat
sebab last aku makan buah ni 4 tahun lepas
masa tu jiran sebelah rumah ada pokok ni
kebetulan pokoknya betul-betul pembahagi tanah antara rumah aku dengan rumah dia
memang kire macam share la pokok ni
cuma sekarang ni
pokok ni dah kena tebang sebab jiran extend rumah
T_________________T


CATITAN KENANGAN:
Aku pernah tengah hari buta pergi ketuk rumah atok tua tu nak mintak buah ni sebab blakang rumah dia banyak merah-merah buah ni masak
sorang-sorang okay


EJ kau ni memang tak takot ke??


okay salahkan kakak aku
maybe sebab kakak aku macam tu jugak kot
;p



Okay ini bukan buah jambu
tapi buah ni buah hutan
yang boleh dikategorikan di bawah kumpulan mangga kot



Kuala Lumpur panggil buah kundang
Bagan Serai panggil BUAH SETAQ



rasa buah ni macam buah mangga telur
dalam bahasa utaranya PELAM TELOQ
masam-masam manis


Buah ni MAHAL gile kot bila dah masuk KL
padahal buah hutan je
last aku makan tahun lepas
beli kat chow kit
walau aku rasa memang mahal
tapi aku beli jugak sebab aku sukaa sangat-sangat



bila nak boleh makan lagi ni?


hahahaha ajie kalau nampak buah ni
dia akan buat diam je
sebab nanti aku merengek teruk nak jugak-jugak buah ni
;p


Woot woot
tak salah aku pernah buah entry pasai buah ni


I HEART BUAH SETOI SO MUCH!


Buah setoi ni buah hutan yang pokoknya tak boleh ke tak tinggi lagi.
makan macam ni saja pon sedap
dibuat jeruk pon sedap



hati berbunga gila kalau dapat buah ni yang gemuk dan kuning cantik
sebab tahu dah isi mesti manis
woi woi woi nak buah stoi woi
mana nak cari ni??
tak pernah aku nampak orang juai kat pasar malam
kat kampung pon jarang-jarang
apatah lagi di bumi penuh debu dan sesak ni
ke aku yang jarang balik kampung jarang masuk pasar malam??



CATITAN KENANGAN:
Aku tanpa jemu lastik buah ni sampai gugur menyembah bumi
dengan kawan-kawan lelaki lepas balik sekolah
sampai teleng-teleng laaa kepala ni
haishhhhh



buah stoi kalau kau tunggu je dia gugur
yang gugur tu memang masak
tapi selalu ada ulat
so kalau nak yang sedap
kena panjat atau kait
tapi pokok ni jarang yang tak tinggi melayut.



Last aku makan buah ni
masa aku DARJAH 6
yeay yeay yeay
*pengsan


Berbahagia sangatlah kiranya ada siapa-siapa yang sudi sedekah sebiji dua kat aku
buat pengubat rindu
;p



Ini BUAH TAMPOI
buah feveret aku jugak ni


buah ni nak kata macam buah stoi pon ada jugak
nak kata macam buah manggis pon ada jugak



buah ni aku tak pernah tau pokok dia macam mana
tapi dulu arwah abah suka beli kat aku
sebab aku suka sangat



So takde catitan kenangan.
dan last aku makan buah ni setahun sebelum arwah abah meninggal
means almost 10 years laaa



aku teringin beli buah ni
tapi selalu tersekat je langkah sebab nanti aku ingat arwah abah
;(



aku memang suka semua keturunan buah duku langsat
termasuklah BUAH RAMBAI ni



mak cakap buah rambai buah penghabisan musim buah
sebelum bermulanya musim buah baru



itu dululah
sekarang ni aku tengok buah dah tak ikot musim
macam durian tu
all da times ada juai


Last makan buah rambai ni masa study degree tahun 3
aza elliani bawak dari kampung dia
best rumah aza
segala jenis keturunan duku langsat rambai ni ada sekeliling rumah dia
owsem!





ini LAGEND!


aku rasa ramai yang tak tahu buah ni
buah ni kategori duku langsat rambai tu jugak
tapi mak cakap buah ni lagi ceruk hutan 


nama buah ni BUAH JENTIK-JENTIK



why jentik-jentik??
sebab bila kau jentik buah ni
kulit akan pecah
dan isi orange tu akan kelihatan
sweetkan??



buah ni rasa lebih kurang buah rambai
cuma isi dia halus-halus sikit



ntah la kau rasa buah ni dah pupus kot
tak pernah nampak dah
last aku makan masa arwah abah beli
masa tu aku darjah 5
itupun bila aku mintak lagi
abah merungut kata buah tu dah pupus
susah dapat dah





Kau memang suka buah yang masam-masam manis ye?
errrrrrr



Halooo
nama saya BUAH NAM-NAM
buakn Yunam Hair care
;p


ada yang panggil buah katak puru
hahahaha seram pulak nak makan dengar nama kata puru
ong ong ong ong gedek gedek




Buah nam-nam memang ada kat batang dan akar pokok
rasa dia masam-masam manis
nyum nyum sedap



Aku selalu makan buah ni kalau balik rumah aza di batu pahat
atau rumah maklang aku kat hometown
selalu dan tetap sedap di tekakku
mohon buah ni takkan pupus
sebab selalunya yang menanam pokok ni
memang orang-orang lama





ni pon dah lama dah tak makan ni
alahai BUAH CERMAI


nampak kau je lidah dah terasa masamnya
TAPI cuba kalau hampar tikar bawah pangkin depan halaman rumah
bawah pokok
angin sepoi-sepoi syahdu
penyet lada, gula, garam, belacan
ketuk-ketuk kau dalam lesung batu
pastu kasi cicah masuk dalam mulut
perggghhhhhhhhhhhhh
owsem!



daaaaaapnya





dan ini PALING WIN!!!


Ini bukan buah anggur
ini bukan buah ceri
ini BUAH KERIANG



siapa yang kampung beliau ada sawah sure familiar dengan buah keriang 
sebab selalunya pokok keringan selalu ada di batas-batas sawah
kalau tak salah aku laaaa



last makan buah ni masa tingkatan 2
ikot kawan sekolah balik rumah dia
punyalah rajin kutip buah ni satu-satu
yang besar tu takpelah
yang jenis kecik tu



paling win bila makan dengan garam kasar
haishhhhh
nanti habis bibir jadi biru
;p




Opppsssss hampir terlupa kepada buah kegemaran tapi sangat dilarang keras ibondaku


Ini BUAH NIPAH
hehehe kalau kau dapat isi mcm dalam gambar ni
memang win arrrr
setakat isi kelapa tu??
kirim salam laaaa
memang kalah


dapat pulak letak dalam sirap
letak ais letak air gula
lagend weh lagend



TAPI sayangnya
perut aku tak tahan buah ni
angin weh
maha dasyat ni



abang aku pernah sesak nafas
sebab perut kosong pergi mancing
lapar sangat
lepas tu amek buah nipah ni pakat pulun makan
balik rumah muka biru



start hari tu 
mak sangat larang anak-anak dia makan buah nipah ni
sekali skala je boleh
walaupun buah ni senang sangat nak dapat
sebab rumah aku tepi sungai
yang memang banyak pokok nipah
sobs!


So korang macam mana pulak??
bila last makan buah-buah kat atas ni??



Kan best kalau ada 1 pusat berasaskan pertanian ni
yang tanam semua buah-buah hutan ni
lepas tu bila dah berbuah
bukak laaa untuk kunjungan manusia yang cintakan buah-buahan hutan macam aku ni



sedih
banyak yang dah diancam kepupusan
iyelah
siapalah yang nak tanak buah-buah yang takde unsur komersial ni
siapa siapa siapa


kalau usulkan kertas cadangan kat PM pon dia tolak
sebab dia pon tak kenai buah ni buah apa kan


TAPI aku percaya
untuk anak-anak yang datangnya dari ceruk kampung macam aku ni
mesti kenal dengan semua buah-buah hutan kat atas ni
dan mesti ada catitan kenangan korang yang tersendiri



bagi aku pulak
aku dikelilingi dengan kenangan buah-buah ni sepanjang zaman kanak-kanak aku
buah-buah hutan ni macam sebahagian aktiviti aku kecik-kecik
bila tengok je buah ni 
memang auto banyak kenangan zaman hingusan pop up dalam otak




bestnya life masa tu
ada abah
ada kampung yang owsem
ada kawan-kawan jantansss yang extremely ganas
itu semua catitan kenangan
mandi parit
sauk ikan laga
main tarzan
cari buah nipah
menyicah buah cermai
kutip buah keriang
panjat pokok jambu bola
tenyeh asam boi dekat jambu susu
bestnya zaman-zaman tu



sekarang?
huh semua duit.
okbai


*lap aiq liuq*