AMARAN
Ini entry makanan
kalau tak SAHUR jangan scroll down
^____________^
Sekejap je dah settle 20 hari puasa
Alhamdulillah mohon tahun ni penuh puasa si mak buyong ni
si anak dalam tummy ni pon tak banyak ragamnya
syukur
terima kasih Allah terima kasih anak
Hingga ke hari ini
penulis masih memasak untuk juadah berbuka dan bersahur
si anak masih tak punya selera masakan beli atau masakan orang lain selain ibunya
si ayah pulak bertepuk tangan tanda gembira
everyday makan masakan isteri tercinta
eh cinta ke?
kihkohkihkoh
Hari tu dah updated menu berbuka dari Ramadhan 1 hinggalah Ramadhan 7
meh nak sambung Ramadhan 8 hinggalah malam semalam iaitu Ramadhan ke 20
sebab lepas ni maybe tak updated dah
kenapa kenapa kenapa?
sebab jumaat ni penulis dan suami sudah pulang ke kampung
bila dah kat kampung tu
paham-pahamlah mesti busy bersama keluarga
sebab dah ada 2 keluarga tahun ni
sebelum melalut tentang 2 keluarga dan raya
moh le sambung isi entry sebenar
*flip shawl*
RAMADHAN 8
Brokoli Mushroom Masak Tiram + Telur Dadar
ini je penulis masak
sebab suami tetiba teringin makan TOMYAM IDAMAN kat Kota Damansara tu
So lepas waktu kerja beliau meempit ke sana
Jadi penulis jus makan sayur je Ramadhan 8 ni
oleh kerana sy bukan tomyam lover
sobs!
RAMADHAN 9
MIHUN GORENG + SAMBAL IKAN KUKUS
Haish terliuq plak tengok gambar sambal ikan kukus ni
sebab ni memang all da times peberet penulis
saya sangat suka ikan tongkol buat sambal macam kat atas ni
Mihun goreng tu special request dari husband
teringin katanya
RAMADHAN 10
ASAM PEDAS MELAKA IKAN PARI
ini percubaan pertama penulis masak asam pedas melaka
iyelah sayakan orang utara
asam pedas utara lain versionnya
berdebor jugaklah kan masa try masak menu ni
selamatlah jadi
siap tapaukan untuk mak lagi 5-6 ketul
mak kata sedap
^___________^
suami pon tambah nasik masa berbuka
dan penulis pon sekarang ni sedang telan air liur mengingatkan masakan ini
sebab LUCKY hari tu dapat beli ikan pari fresh yang murah
berlemak elok
Alhamdulillah
suami siap keluarkan ayat bodek
"terasa macam kawen dengan orang melaka bila makan asam pedas awak ni"
amboi-amboi
bodek!
*padahal dalam hati punyalah berbunga-bunga*
^_____________^
RAMADHAN 11 & RAMADHAN 12
-penulis tak masak weekend ni-
kahkahkahkah
suami teringin pergi bazar
so layankan je la
saya masak simple-simple je for sahur
kebetulan weekend ni memang lansung takde selera nak makan nasik
RAMADHAN 13
IKAN PARI BAKAR + AIR ASAM
Masih dalam mood ikan pari
jadinya penulis repeat lagi buat menu berasaskan ikan pari
menu ni pon percubaan pertama
memandangkan suami suka sangatlah makan menu ni bila ke foodcourt dalam shopping mall
so sebagai isteri perihatin
saya rasa tercabar untuk cuba masakan jenis ni
kalau jadi bolehlah apply kat siput lala, ikan kembung, sotong and bla bla kan
Alhamdulillah
suami kata percubaan pertama jadi
boleh buat lagi katanya
maka si isteri gembira tidak terperi
weeeeeeeeee!~
RAMADHAN 14
AYAM MASAK TOMATO
Yeay
penulis didatangkan perasaan malas memasak
padan muka padan muka padan muka
hasilnya ini sajelah sajian yang dimasak
menu ni saya ikot resepi kakak saya
dia memang pakar masak ni
kenapa pakar?
sebab kalau berkumpul 1 family
semua akan request dia masak ayam masak tomato ni especially amcik and amlan
memang super suka menu ni
air tangan kak ayu yang memang ayu tu
dari dia bujang sampailah anak dah dua
rasa ayam masak tomato dia tetap AWESOME!
Suami pernah rasa masakan ini sekali
masa tu kami bertunang
so bila si isteri cadangkan nak masak ayam masak tomato version kak ayu
dia angguk tanda setuju
;p
Tak tahulah sedap ke tak
tapi memang tak samalah macam tuan empunya air tangan
RAMADHAN 15
Hari ni suami ada jemputan iftar
makan kat hotel mamat sorang ni
penulis pulak ada appointment dengan client non muslim yang tak bertimbang rasa jam 6.30pm
so berbuka di atas jalan laaaa saya
lepas maghrib baru masak
dan berbuka seorang-seorang
T_______________T
Masak apa?
masak simple menu ni
SAMBAL IKAN DURI MASIN
ini kegemaran saya
buat banyak-banyak
simpan untuk sahur
untuk 2,3 hari selepas tu pon takpe
sebab lambat basi
dah dipanaskan banyak kali pon rasa tetap meletop
kalau dapat makan dengan nasik lemak
adoyai!
okbai
RAMADHAN 16
DAGING MASAK BLACKPEPPER + BABY KAILAN IKAN MASIN
suami suka makan daging instead of ayam
isteri pulak suka makan ayam dari daging
makanya dalam menu masakan harian
jarang masak daging
sepanjang bulan puasa ni memang baru nak belajar-belajar masak daging
tak tahulah sedap ke tak
tapi BABY KAILAN IKAN MASIN tu memang teringat laaaaa sampai sekarang
sebab memang ikot kehendak hati
kihkohkihkoh
baby kailan ada lagi ni
nak repeat tak petang ni?
adik ipar datang ni dari penang
^_____________^
RAMADHAN 17
AYAM BUTTERMILK CREAMY EJ
ecececece ada nama EJ gitoooo kat belakang menu
HAHAHAHAHAHA
ramai viewer datang singgah blog sebab menu ni
terima kasih
harap-harap menu saya kongsi tu bermanfaat untuk kamu orang
*iklan sat*
Hari ini adik ipar yang belajar kat Sepang tu balik
dia memang kaki makan
seronok masak kat dia
suka semua jenis makanan
sebagai kakak ipar yang baru membina kerjaya di alam rumah tangga
sedikit sebanyak semangat memasak tu di boost up la kan
kihkihkihkih
First time bagi dia makan ayam buttermilk ni
seronok tengok dia meratah
balik solat terawih dia sambung makan lagi
hehehehehehe
suami berlagak hari ini
mentang-mentang cuti Nuzul Al-Quran
pergi tapau nasik kandaq KUDU
cett!
RAMADHAN 18
-Penulis tidak memasak-
hari ni hari shopping
penatlah!
sebab pergi shopping bawak kakak so kakak invite berbuka rumah dia
Kak Aya ni masterchef keluarga saya
masak memang pantas gila dan super sedap
memang tak boleh lawan la
boleh idola sahaja dari jarak jauh
ingat tak TART GEMUK super awesome
dia lah empunya air tangan
Kakak masak macam-macam untuk suami
almaklumlah suami kan dari anak sulung convert jadi anak BONGSU bila ke rumah family saya
jadi semua favorite dia kakak and mak nak masak
suka la tu dia kan
semua terhidang semua kegemaran dia
penulis yang masih tak punya selera masakan orang
hanya melayan
BUBUR KACANG DURIAN yang super awesome dari kak Aya ni
aummmmmmmm
Haishhhh sedapnya!
RAMADHAN 19
MASAK LOMAK CILI PADI AYAM + SAMBAL BELACAN PECAH TELOR + ULAM KACANG BOTOL REBUS
yang kat atas ni gambar lama
sebab hari tu lupa amek gambar
betul kite tak tipu
masak lomak hari tu dah tak pecah lemak
sebab hasben all da time bantu kacau sampai laaa ke penghujungnya
Masak lomak kalau ngamkan dengan sambal belacan memang laa awesome
plus pulak ada ulam-ulaman
haishhh
RAMADHAN 20
-tiada gambar-
IKAN KEMBUNG BAKAR
malas dah nak tulis
imagine je ikan pari bakar tu
sama je cara masaknya
HAHAHAHAHAHAHA
sebab nak balik kampung dah
nak habiskan stock ikan dalam fridge
terhasillah menu semalam
Penat celoteh
panjangnya entry
banyaknya gambau
Mohon beransur
nak keluar ke site
SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR
buat semua saudara seislamku
semoga 10 malam terakhir ini kita isi dengan ibadah yang berlipat kali ganda
amin