Assalammualaikum dan Salam Ramadhan.
Sekejap je dah masuk 2 minggu berpuasa
cepat betul masa berlalu
haishhhh haishhhh dah nak hujung bulan dah
JUMAAT minggu depan dah BALIK KAMPUNG dah for hari raya
kahkahkahkah
Mata dan badan semakin selesa dah dengan situasi ramadhan
tidur pon dan seimbang
badan pun cukup kitaran rehatnya
Alhamdulillah Allah banyak bantu
Penulis masih berSELERA ketika bersahur
dan tak punya SELERA ketika berbuka
kihkohkihkoh
;p
si anak di dalam perut masih tak mahu makan makanan luar
harap-harap tidaklah berpanjangan hingga ke syawal ye anak
kalau awak tak nak makan masakan orang
ibu nak makan apa hari raya nanti
hukhukhukhuk
Tok Nab and Tokwan masak sedaaaaaaap tau
To Saba ponggggggggggg
RUTIN HARIAN penulis sepanjang bulan puasa ni
Kunci alarm seawal 4 pagi setiap hari
snooze alarm tu dua kali setiap pagi
jadinya 4.30 pagi jugak laa bangun
Minmin tak pernah FAILED kejutkan sahur
dan teman kakaknya masak
errr masak??
takdelah
panaskan nasik panaskan lauk
buatkan nescafe tarik buat suami tersayang
selalu kami bersahur berdua je
sebab adik ipar memang taknak bangun sahur
janji tinggal janji je kalau dia berjanji nak bangun sahur
5.20am selalu dah settle bersahur
dan tanpa rasa bersalah aku akan naik ke katil
dan bergolek-golek sampai le ke jam 6.30 pagi
kadang-kadang hentam tidur selepas sahur
kahkahkahkah
mentang-mentang la tahu dah badan memang akan bam bam sebab pregnant
amek kesempatan ye
;p
Sepanjang berpuasa ni memang sangat suka masuk kerja sebelah pagi
dan ke site pada sebelah petang
cuba kalau waktu bukan ramadhan
liat gila nak masuk office waktu pagi
kahkahkahkah
Sehingga ke hari ini
Alhamdulillah menu berbuka masih belum repeat masakan yang sama
ntah la
bersemangat lain macam nak cuba dan belajar memasak menu masakan baru
semua kite gooooooogggle je
balik buat
InsyaAllah menjadi sebab Allah bantu
walaupun tak dapat rasa
yang penting YAKIN dan IKHLAS memasak untuk orang berpuasa berbuka
KERJA?
ohoiiiiiii
ntah datang semangat rajin dari lapisan bumi ke berapa ntah
sepanjang ramadhan ni memang penulis sangat rajin settlekan kerja
sampai report lama-lama yang boleh je diperap semua habis dibuatnya
kahkahkahkah
bukan rajin sangat pon
cuma kalau tak rajin, nanti LAPAQ
sebab melangut ja
kahkahkahkah
Bukan bukan bukan
sebenarnya bulan ramadhan ni memang bulan magic
banyak benda Allah bantu and Allah rahmati
Alhamdulillah
PERSIAPAN RAYA??
kahkahkahkah
saya dan suami masih belum buat persiapan raya
seperti tahun sebelumnya
penulis memang tak pernah BERIYA dengan persiapan raya
baju raya selalunya beli yang ready made je
itu pon sebelum balik kampung baru nak cari
kahkahkah
Suami yang selalunya agak beriya dengan persiapan raya
kalau baju melayu tu
dia nak lengkap dengan sampin sedondon bagai
cuma tahun ni dia senyap sikit
sebab baju akad nikah dah siap tersedia untuk disarungkan di pagi hari
lengkap dari atas hinggalah ke bawah
PLUS mak mertua pulak sediakan sepasang baju melayu rona ungu untuk dia
tema keluarga kata mertuaku
AKU?
hahahaha niat hati nak cari blaus or jubah je
perut pon dah besar
kalau beli baju kurung rasa buruk plak
lagipon sayang
bukan apa
takot-takot sempat pakai sekali je lepas tu tak muat dah
;p
tengoklah sebelum balik kampung nanti
pergi la cari kat kedai-kedai yang best
Alhamdulillah Ya Allah
Kau sentiasa permudahkan urusan harian kami
urusan pekerjaan urusan ibadan urusan rejeki urusan kehidupan
syukur
semoga kami terus-terus berada di bawah rahmatMu
Amin
p/s: Alhamdulillah. Hari ni genap 22 weeks kandungan saya. Doakan yang terbaik untuk saya ye kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment