Aku bukan penjenayah
Punya dosa dengan Allah dan sesama manusia
Dosa silamku semua puncanya kerana CINTA
cinta pada kekasih
cinta pada dunia
jadinya aku alpa
seolah gembira membuat dosa
Aku bukan pembunuh
Punya dosa yang secara hududnya perlu dihukum bunuh
Dosa silamku puncanya kerana DEGIL
degil menutup aurat
degil menjaga adab
degil menerima nasihat
jadinya aku jauh melayang
bersama amalan harian yang ditelan kumpulan dosa
Cinta itu mendekatkan aku kepada segala bentuk maksiat
Degil itu merapatkan aku dengan segala kealpaan tentang aurat
Alhamdulillah
Allah dengar doa ibu
Allah makbulkan doa keluarga
Walau bukan kesenangan hidup yang Allah bentangkan
Dia halalkan apa yang haram
Agar aku bisa mengambil peluang
Keluar dari segala yang haram
Dan mula mengorak langkah membina hidup yang tenang
Setiap manusia punya sejarah sendiri
tentang kisah silam yang kadangnya cantik kadangnya mendung hitam gelap gelita
Abah
Ramadhan kali ini
aku dapat rasa kau dekat
mungkin kerana sudah tidak ada habuan dosa aku kirimkan buat abah di sana
kerana tanggungjawabmu sudah berpindah
kepada sang suami yang harapnya hingga ke syurga
Maaf Abah.
bagi aku peluang.
untuk berubah.
No comments:
Post a Comment