Sejak dulu dan bila bila mungkin
diri selalu bukan pilihan
sejak dulu dan bila bila mungkin
diri tak pernah ke depan sebagai kebanggaan
walau mungkin kejayaan pelajaran dah dikecapi
kerjaya yang selesa dah dimiliki
kehidupan yang serba sederhana dan bahagia dah digenggami
masih
kau masih bukan pilihan dan kebanggaan
sejak dulu dan bila bila mungkin
diri perlu rempuh pelbagai onak kehidupan
perlu bina benteng sabar
mesti panaskan semangat dalam diri saban masa
kerana diri bukan pilihan
bukan kebanggaan
bukan yang sentiasa didahulukan
oleh sesiapa
dan kepada sesiapa
Jadi anak
akan ibu jadikan kamu keutamaan
kebanggaan
pilihan yang teratas
dalam setiap nafas ibu ini
kerana menjadi bukan pilihan itu sakit
dan ibu tak mahu kau sekalipun merasakannya
No comments:
Post a Comment