Cepatnya masa berlalu
dah half a year dah jadi ibu
"saya bukan ibu yang menjalankan penyusuan secara esklusif"
Okay jom potpet potpet pasai anak
biasalah anak sulung
teruja lain macam orang kata
HAHAHAHA aku bukan sebab anak sulung
sebab memang jenis CEWI dengan anak sendiri
kihkohkihkoh
bagi la anak banyak mana pon
tetap teruja yang sama
Aaron dah start makan
separa solid
si anak dah start menunjukkan keterujaan nak makan since dia turn to 5 months hari tu
tapi aku tak berapa yakin lagi nak dedahkan dia dengan makanan selain susu ibu
so aku try lengahkan
Tapi lama-lama Aaron bertukar lebih extreme
ghairah melihat makanan
susu ibu dia tibai
susu fm dia tibai
TAPI still merengek serba tak kena
dan bila tengok kita mengunyah
Aaron akan meronta-ronta mahukan apa yang kita makan
T_______________T
kesian anak aku masa ni
5 MONTHS 2 WEEK
Aaron start didedahkan dengan makanan separa solid
makanan pertama aku bagi adalah PUREE APPLE
Inilah rupanya puree apple by ibu aaron
;p
banyaknya?
KAHKAHKAHKAH
jangan salah anggap
ini stock dalam fridge sebab aku ni ibu berkerjaya
masa aku sangatlah LIMITED
makanya semua home made untuk anak aku terpaksa sejuk beku kan
takkan pernah lupa
macam mana Aaron TERUJA yang teramat
masa first time dia disuapkan dengan puree apple ni
aku dengan baba aaron rasa jugak puree ni
huh lansung tak sedap
HAHAHAHAHA tapi si anak teruja gila
kelakar
permulaan
kuantiti memang tak banyak
aku bagi 4,5 sudu sahaja 2 kali sehari
kebetulan masa tu weekend
eh tak
memang sengaja memilih weekend
sebagai hari percubaan memberi anak kesayangan makanan separa solid
WHY?
sebab weekend je si anak 24 jam bersama kami
jadinya senang nak buat kaji selidik hasil tuaian
apa lagi kalau bukan taik anak
okay ke tak taik dia
keras ke cair
normal ke cirit
;p
boleh la jugak tengok ada tak apa-apa perubahan pada kulit dia
mulut dia
manalah tahu anak aku ni allergic apple ke
kan?
Alhamdulillah
Aaron LULUS dengan cemerlang semua berkaitan puree apple
apekah ayat ini?
kahkahkah
okay
seterusnya adalah PUREE CARROT
disebabkan si ibu dan si baba adalah pengguna glasses yang tegar sejak kecik
makanya pengambilan carrot dan sayuran-sayuran hijau perlu didedahkan kepada si anak
eh eh eh
Alhamdulillah Aaron suka sangat puree carrot
siap pengaruh anak jagaan toksu si Firaz lagi untuk sukakan puree carrot
^____________^
kalau bagi puree carrot
laju kemain makan
kalau dah habis dalam mangkuk
siap bebai lagi
sebab tak kenyang lagi
dah tu
bila teruja dengan puree carrot
makanya hidangan taik aaron pon berwarna orange
kahkahkahkah
hasil kajian
taik aaron okay
tiada sebarang kembung perut dialami selama pengambilan puree carrot ni
jadinya bolehlah masukkan puree carrot dalam list makanan aaron lepas ni
seterusnya adalah pengenalan kepada bubur nasik kosong
yang diblend halus
without sebarang perasa
mula-mula agak risau nak bagi
sebab ianya nasik
tapi mak asek bebel suruh dimasakkan cucu dia bubur nasik
takot perut tak kejap katanya
makanya aku pon cubalah sediakan
PLUS anak jagaan Toksu, Firaz dah mula ambil nestum
dan si baba aaron kurang gemar anaknya didedahkan dengan instant food
maka dengan pantasnya kami mengambil langkah
menyediakan bubur nasik kosong
by ibu aaron
bubur nasik ini BUKANLAH KEGEMARAN AARON
T_____________________T
most of the time dia makan sebab menjaga hati je tu
ada kadang-kadang tu siap tutup mulut sambil mata pandang ke lain
kahkahkahkah
walaupun taik okay
kondisi perut okay
dan badan mula bersemangat
tapi apakan daya
bubur nasik bukan pilihan tekak anak
sebab memang tak sedap pon!
kahkahkahkah
Aaron lebih sukakan bubur nasik kosong yang aku campurkan dengan sedikit carrot
dan diblend halus
apa sahajalah untuk awak wahai anak
walau Aaron kurang gemar bubur nasik
mak tetap pesan suruh aku sediakan untuk dia
dan sebagai ibu berkerjaya
setiap malam sebelum aku tidur
adalah masa-masa mentanak bubur untuk anak teruna punya bekal esoknya
sesudah subuh
aku akan panaskan bubur nasik yang dah diblend malam tadi
dan masukkan ke dalam bekal termos aaron
bekalan untuk si anak dan rakan-rakan ketika dirumah toksu
sebab mak kata
bila anak kita makan berebut-rebut dengan kawan-kawan
benda tak sedap pon akan habis
sebab tu lumrah anak kecil
^____________^
terima kasih Toksu Aaron
setiap hari cucikan bekal termos aaron
bagi aku
STUDY tentang anak kita sendiri
jangan kita terikut dengan anak orang lain
dan cara ibu bapa mereka treat anak mereka
sebab anak-anak ni berbeza karakternya
takkan sama
ada yang memang sangat teruja dengan makanan
ada jugak yang memang tak suka makan
ada yang lewat menunjukan keinginan untuk makan
ada yang begitu cepat memberi insyarat yang mereka sudah bersedia untuk makan
CUMA
tolong PRIHATIN dengan jenis makanan yang akan kita dedahkan kepada anak
pastikan makanan tersebut makanan yang terbaik untuk mereka
bukan INSTANT
hasil air tangan kita
tanpa sebarang perasa tiruan
dan lebih kepada secara semulajadi
kalau kau dedahkan anak kau dengan BUBUR MCD seawal usia 6 bulan
memang aku pon nak MARAH!
Kaji jugak penerimaan anak terhadap makanan yang didedahkan
jangan main sumbat je
IBU adalah individu yang paling dekat dengan anak
amik peluang kaji anak anda
jangan takot untuk perkara yang baik
hanya kita yang paham anak kita
^_____________________^
Kepada anak teruna kesayangan
AARON MUHAMMAD AARIN BIN ABDUL KHAIR
HAPPY 6 MONTHS OLD
Terokailah dunia ini
dengan sebaik perilaku
Doa ibu tak pernah putus untuk kamu
Sayang Aaron sampai syurga Allah
p/s: Aku bukan ibu yang bijak itu ini. aku hanya tahu semua perihal anak aku.
No comments:
Post a Comment