May 09, 2014

Menjaga Hati


Anak ibu dah nak masuk 6 months
dah banyak akai dia





sebelum tu nak habaq siap-siap
penulis bukanlah ibu yang menjalankan penyusuan secara esklusif
tapi Aaron masih menyusu badan sepenuhnya bila dengan saya
dan bila dengan Toksu, sometime dia nak fm sometime dia nak susu ibu yang diperah
ikot mood dia


saya dah suami memang kalau boleh nak aaron menyusu ibu sepenuhnya sampai 2 tahun
tapi kami masih menimbangkan persekitaran aaron dibesarkan
maksudnya disini
kami suami isteri tak suka terlalu mengeras dengan prinsip especially dengan orang-orang lama
perlahan-lahan fahamkan
sikit-sikit tu kita telanlah
sebab kalau semua nak ikot cara kita sebab anak tu anak kita
penulis kenalah berhenti kerja
jadi housewife sepenuh masa


NAK
bukan taknak
naaaaaaaaaaak sangat
TAPI perlu jugak terima
Allah belum izin
Insyaallah masih berusaha ke arah itu.


bagi ibu dan baba aaron
tak kisahlah which 1 susu yang si anak mahukan
bila di rumah Toksu
asalkan anak kami minum susu secukupnya
tidak berada dalam keadaan lapar
hanya dek kerana lansung tak mahu susu fm setitik pon masuk dalam badan anak
macam aku katakan dalam entry lepas
susu fm tu bukan haram pon
cuma kurang bagus berbanding susu ibu



Tapi kami faham benor perangan anak SENDIRI
selalu berubah-ubah perangai.


Taknak minum susu dalam botol la
Taknak susu yang diperahlah
Taknak susu fm yang tak suamlah
Taknak susu ibu yang diperah tapi tak suamlah
macam-macam


bukan tu saja
susu perah yang lebih dari seminggu dalam fridge tu memang taknak lansung
siap tutup lg mulutnya
bersungguh taknak
HAHAHAHAHA
kadang-kadang kelakar bila dengar maksu mengadu kat aku
perangai si anak yang seorang ni




Alhamdulillah
Allah hantarkan aaron seorang Toksu yang sangat memahami
seboleh mungkin toksu akan berusaha bagi susu yang aku perah untuk aaron
walau ada masa aaron refuse
kata Toksu
"tak baik membazir. kesian ibu perah susu"
ada 1 masa tu
Toksu siap cakap dia saje je bancuh susu fm bagi tak sedap
hahaha maksudnya kurangkan kuantiti sudu susu
sebab nak tarik perhatian si anak
jangan minum fm tapi susu ibu


siap petang tu
si ibu ni kena soal siasat tak
ada amek supplement pape ke yang ubah rasa susu badan
sampai anak seboleh-bolehnya lansung taknak
HAHAHAHAHAHA
siap pesan
jangan amek apa-apa supplement
makan makanan sunnah sahaja
bagi susu rasa macam biasa balik
HAHAHAHAHA
comel gila maksu aku!



yang paling aku rasa terharu
maksu concern dengan usaha aku
TAPI takdelah sampai nak biarkan anak aku lapar tak menyusu
sebab nak support perjuangan aku
Alhamdulillah dah Allah hantar insan macam ni
aku sangat lega dan selesa



sebab tu mak selalu pesan
jaga hati maksu
jaga hati paksu
jaga hati semua orang sekeliling
jangan terlalu berpegang kepada prinsip kita
sampaikan rasa hormat kepada orang tua tu hilang
asalkan apa yang kita nak untuk anak kita tu dapat



sebab membesarkan anak ni pon
perlukan keberkatan
dan doa-doa orang sekeliling


bila orang sekeliling gembira dengan kehadiran anak kita
dengan tingkah laku dan adab kita sebagai ibu bapa
senyuman dan rasa gembira itu adalah sebahagian doa
doa agar anak kita sentiasa sejahtera


kalau asek pesan itu tak boleh ini tak boleh
itu jangan ini jangan
lama-lama nanti orang nak sentuh anak kita pon orang takot


mana nak datang keberkatan



mak slalu pesan jugak
yang mana boleh telan, kita telan
yang mana kita boleh consider, kita consider
mana ada keluarga yang nak rosakkan keluarga sendiri
tetambah seorang bayi.
ada cara kita nak berpesan.
ada cara kita nak sampaikan apa yang kita nak.



aku dan suami jenis simple
asalkan anak sihat
anak cukup makan
anak cukup kasih sayang
selesa
kemas
kami dan cukup-cukup syukur


selebihnya
tu bukan tanggungjawab penjaga
tanggungjawab kita dirumah


kalau taknak anak makan bukan-bukan
sediakanlah makanannya
kalau taknak anak minum susu fm sentiasa
usahalah tambat hati dia asalkan jangan sampai anak tak minum pape
^____________^



senangkan hati anak
senangkan jugak hati penjaga anak ketika kita kerja
sebab anak perlukan kasih sayang yang ikhlas
dari sesiapa sahaja yang menjaganya



No comments: