December 16, 2014

Ayam Masak MeleTOP




Hai.
Penulis banyak gila penyakit M today
biasalah baru balik site inspection yang jauh
penat
terus penyakit M menyerang
jadinya meh la iols berkongsi lagi resepi 




AYAM SAMBAL MELETOP


Ini menu yang super PEDAS
tengok sahajalah ekor-ekor cili api berwarna merah tu
berapi uols
So, for those yang tak tahan pedas
sangatlah tidak sesuai mencubanya
TAPI for those yang cannot live without hot and super spicy foods
anda PERLU CUBA!
Yeah



*over sangat intro*
=,="




dah dah moh le pergi kepada Bahan dan Cara membuatnya.
nanti penulis melalut sampai ke belon panas Istanbul
eh



BAHAN-BAHAN:
  • 10 tangkai cili api merah
  • 5-8 ulas bawang merah atau 1 1/2 ulas bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 10-15 ketul ayam yang dah dipotong halus dan digaram kunyitkan


CARA-CARA:
  1. Goreng ketulan ayam yang dah digaram kunyit sehingga masak
  2. Angkat dan tos minyaknya
  3. Tumbuk bawang merah/bawang besar dan bawang putih menggunakan LESUNG BATU. Jangan terlalu lumat dan jangat terlalu kasar. Keluarkan dan letak di dalam mangkuk
  4. Dengan menggunakan lesung batu yang sama, tumbuk cili api 1 per satu. *Petua: 1 batang cili tu tumbuk/ketuk 4x, ikot langkah yang sama untuk semua cili*
  5. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dahulu biar sampai wangi and masak.
  6. Masukkan cili yang dah ditumbuk kasar dan kacau sebati
  7. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan sedikit garam dan 2 sudu gula
  8. Kacau dalam 5 minit.
  9. Angkat dan tuangkan ke atas ayam goreng tadi.
  10. Hidangkan dengan nasik panas-panas



Dok taip resepi pon boleh kecur air liur
balik ni nak buat lah




owh owh owh lupa pulak
kalau nak buat IKAN
Bawang tadi tumbuk bersama HALIA
ikan kena letak HALIA tau tau tau
lepas tu ikot step yang sama




Selamat mencuba
^_______________^




p/s: errrr kalau tengah hujan kan kan kan cuba korang try resepi ni. layan dia lain macam wehhhhhhhhh








December 15, 2014

Pelangi Indah Disebalik Mimpi Ngeri



Tajuk entry memang langsung tak boleh blah
maafkan je lah penulis
=,="


sumber: google image
sekadar gambar hiasan




seperti perkara di atas
dengan ini penulis ingat memberitahu kepada semua
penulis sangat-sangatlah gembira hatinya
kerana anak teruna kesayangan dah berbahagia bersama penjaga yang baru




semua secara kebetulan
dah Allah atur cantik untuk kami anak beranak
berkat doa semua ahli keluarga dan sahabat handal
Alhamdulillah




Nak cari babysitter dengan kadar paling segera memang sesuatu yang SUKAR
kita tak punya masa nak review pasai babysitter tu
tak sempat nak jenguk iklan-iklan yang ditampal
nak soksek soksek dengan jiran tetangga lagilah takde masa
kenal jiran tetangga pon tidak
hikhok
tambahan pulak untuk seorang ibu muda yang cengeng macam aku ni
suami busy dok cari contact babysitter yang aku ni pun busy jugak
tapi bukan busy mencari TAPI busy menangis
fikir yang bukan-bukan
imagine perkara-perkara buruk yang menakutkan
lepas tu nangis
lepas tu hilang fokus untuk semua perkara
T_______________________T




kesian suami
walau masih MC dok busy la kesana kemari mencari-caro contact babysitter
isteri ni tak membantu lansung
dok busy menangis
dok busy emosi sedih yang keterlaluan





Nak dijadikan cerita dalam dok tengah sedih nangis-nangis kat office 
ternampaklah status facebook cousin aku
updated pasai babysitter anak dia yang awesome
nama cousin aku ni cik puan zawani
anak dara dia baru 3 bulan
zawani anak maksu aku
disebabkan maksu taknak jaga anak-anak lagi
makanya dengan cucu sendiri pon kena cari babysitter barulah ceritanya




Mula-mula plan
memang nak cari babysitter yang 1 kawasan apartment aku ni je
senang nak pergi kerja
jimat masa dan sebagainya
kononnyelah
TAPI dalam hati aku
terus-terang cakap
aku memang kalau boleh nak jiran tetangga maksu aku jugak jaga
ialah sudahlah rumah aku ni rumah sarang burung
apartment
takde tanah
kesian pulak kalau hantar anak teruna aku tu ke rumah apartment jugak
dah macam anak burung je aku rasa
Kalau kat area rumah maksu
at least merasa jugaklah anak aku duduk rumah teres
lebih selesa




Tapi takut nak cakap dengan suami
takut suami kurang setuju
iyelah anak teruna weols tu REFUSE CARSEAT
mengamuk sesaja kalau letak dia dekat carseat
jadinya since dia umur 2 bulan lagi kami berdua bergabung meletop tetiap pagi hantar anak teruna kami ke rumah maksu yang terletak kira2 5km dari rumah kami menaiki kereta
lepas tu kami pon berpecah la ke tempat kerja masing-masing
dan kebetulan kena cari babysitter baru
suami macam nak la cari area kawasan rumah
so aku atau dia boleh walk in je hantar anak rumah pengasuh





berbalik kepada status facebook zawani
jauh sangat dah aku melalut
=,="




aku pon dengan muka tak malunya
komen la dekat status zawani tu mintak dia tanyakan babysitter anak daranya Sarah tu
nak tak jaga aaron jugak
sebab katanya Firas pon dekat sana
Firas ni anak teruna jiran maksu
umur setahun 2 bulan
kawan baik aaron since 2 months old lagi
aku TERUJA dan SANGAT BERHARAP kakak tu nak mengasuh anak aku jugak
sekurang-kurangnya anak aku dah ada kawan
dah familiar dengan kawan-kawan dia
idak la aku berimaginasi anak aku akan menangis selak secara pukal selama seminggu setiap kali aku ke tempat kerja
T__________________T
oh mimpi buruknya 




cepat zawani balas komen aku
katanya nanti dia whatsapp tanya
and will update iols in very soon




nak tahu?
khamis tu aku tak buat 1 haprak keje pon
asek tengok hp je
menanti balasan whatsapp zawani 
hati ni memang mengharap tahap tingginya sampai langit ke 7 dah
kalau terhempas ni
memang histeria pulak dok menangis





khamis tu aku balik awai
mintak suami jemput awai
pergi site inspection
lepas tu plan terus nak ke rumah maksu
jumpak zawani sebab dia nak bawak aku jumpak babysitter sarah





TAPI dalam jam 5 petang macam tu
zawani whatsapp aku cakap yang kakak tu takmau amek aaron
katanya dia bimbang
ramai sangat
dia nak jaga kualiti jugak
bukan kuantiti semata





LULUH GILA hati aku
apa lagi
sepanjang jalan aku menangis dalam kereta
sedih tahap apa
kecewa gila
aku sampai tahap rasa anak aku disisihkan orang la
punya sedih
start la nak pikir bukan-bukan
jenoh suami pujuk




sampai area rumah
aku drop husband sebab dia nak merempit ke Giant
ada hal katanya
aku pulak drive la ke petrol pam berdekatan nak pergi toilet
tak tahan dah nak tunggu sampai ke rumah
dalam dok kalut nak terkencing tu
aku nampak seekor anak kucing terbiar
bulu comel tapi comot
lingkungan umur 3 bulan macam tu



selesai kencing
aku tengok lagi anak kucing tu
tak tahu kenapa aku tertarik hati dengan dia
hati ni asik teringatkan Abin, si gemok kat rumah tu
Minmin left home almost 3 months
harapan aku yang dia akan balik dah menjunam ke 20%
[still mengharap]
dan bila aku tengok kitten comot ni
terus secara tiba-tiba hati aku terbuka nak amek kitten baru peneman Abin
iyelah sampai bila nak biar dia lonely kat rumah
hanya kerana aku masih berharap Minmin akan balik
kesian dia
dah buat perangai macam-macam dah




Masa ni
aku macam nak amek je si comot ni bawak masuk dalam kereta
TAPI sekali lagi aku renung dia
teringat pulak aku ni bukan BUJANG
aku ni ISTERI ORANG
buat apa-apa keputusan kenalah dapatkan persetujuan dan keizinan suami
tambahan pulak sejak Aaron penah admitted dulu
suami agak tegas isu berkaitan kucing
sampai Minmin berkecil hati dan keluar rumah tak balik-balik
aku pon pernah je bergaduh dengan suami sebab kucing
kahkahkahkah





Jadinya aku malas nak timbulkan suasana tegang dalam rumahtangga aku lagi
TAPI dalam masa yang sama aku kesian dengan ABIN yang dah jadi LONELY MALE CAT
yang gemok dan obesiti di rumah tu
dan tipulah kalau tak sayu hati tengok si comot ni yang kelaparan dan kesejukan
=,="




Semua orang dok pelik tengok aku merenung si comot ni
sambil kepala hotak pikir macam-macam
ada jugak 2,3 orang yang menegur
advice aku bawak balik sahaja si comot ni
maybe dari sudut pandangan mata mereka
aku ni macam teragak-agak takut nak bawak balik
TAPI sebenarnya takutkan suami tak setuju
dan takut emak aku BEBEL bila kami sampai kat rumah




dalam dok bermonolog sorang-sorang tu
tetiba aku di sapa suami
muncul macam pocong kat blakang aku
tetiba sangat
dengan muka PELIK dia tanya kenapa 
dan dengan pantasnya aku tunjuk si comot dekat dia sambil memberi explanation why and why and why sambil kedip kedip mata mintak izin nak bawak balik bagi Abin kawan.
and macam yang aku aspect
suami tanya pasai ANAK terlebih dahulu
kitten ni bahaya tak untuk anak
kitten ni akan gigit tak anak sebab abin minmin lain
depa tengok aaron dari aaron kecik lagi
bla bla bla
penat jugak nak jawab
=,="




dah sudaaahhhhh
kami laki bini berjemaah pulak la merenung si comot ni
dan masing-masing dok bubling
"awak macam mana ni? boleh tak?"
"awak rasa macam mana? okay ke?"
"saya ikot awak, awak izinkan saya on. awak tak izinkan saya okay"
"hmmm kesian pulak tak amek. sejuk dia"
"itulah tapi atas awak la. awak ketua keluarga"
"hmmmmmmmmm"
"hurmmmmmmm"




tengok muka suami
aku dah rasa jawapannya TIDAK
aku hanya sabar menunggu jawapan tu keluar dengan jelas je
tup tup dia cakap
"sayang, ameklah. bawak balik rumah. mandikan dia. bagi dia kawan dengan Abin. kesian dia. InsyaAllah saya percaya ada tu Allah nak bagi kita anak beranak apa-apa rezeki. Mungkin disebabkan dia atau melalui dia. Awak bawak balik ye"





aku pon macam dah diprogramkan
laju je amek si comot tu masuk dalam kereta
drive balik





sampai je kat rumah
aku kena melalui lagi 1 check point
iaitu ibonda tersayang
habislah aku kena bebel sebab bawak balik kucing lagi
bersedia je la telinga ni nak kena bebel





setibanya di rumah
aku terus seludup masuk si comot tu ke dapur
letak dia kat tempat makan Abin
bagi dia santap makanan abin
aku masuk toilet, bersihkan tangan kaki semua
lepas tu amek anak bagi susu
dalam dok menyusu aaron tu
aku bagitau la mak yang aku bawak balik kawan Abin
jumpak kat petrol pam n bla bla bla bla
peliknya mak tak respon pape pon
marah tak gembira pon tak
dia diam je





fuhhhh lega
=,="




Lepas maghrib
aku pon busy la mandikan si comot tu bagi bersih sebelum nak hantar vaksin bagai
baik la pulak minah ni
senang je nak mandikan
masa aku tengah bersihkan dia, mak tegur
katanya kucing ni cantik nanti
bila dah gemok sikit nanti
aku setuju, memang dia kucing mix




lepas aku mandikan and keringkan dia
terus si comot ni tidur
tengok dia lena tidur atas carpet kecik aku lapik untuk dia
suami pon bersuara
"lena dan selesa si Memey ni tidoq malam ni kan mak. Perut kenyang. Selesa. Tak macam malam semalam. Perut lapaq. Kesejukan"





lepas tu terus mak balas
"Allah maha kaya. Hampa berdua bawak balik kucing ni nak amek jaga, bagi makan bagi tempat tinggal selesa, tengok tu anak hampa pon dah dapat babysitter yang hampa harapkan sangat. Allah tu adil. Percaturan dia indah"





aku dah suami terdiam terus
berlinang air mata aku
sebak





memang sebelum maghrib tu zawani ada whatsapp bagitau
yang babysitter sarah setuju jaga Aaron
dan ajak kami datang rumah bincang keesokkannya





Indahkan percaturan Allah
kita bantu makhluk Dia yang lain
Dia hantar jugak pertolongan buat kita
*insaf*





panjangkan aku cerita pasai kucing hanya untuk aku terangkan ayat di atas
kahkahkahkah





Alhamdulilah
Jumaat lepas pergi jumpak kakak ni
memang secara zahiriah lagi dah boleh nampak dia sangat penyayang
rumah dia bersih kemas dan teratur
jenis orang yang big heart ni
macam-macam dia plan untuk all da kids yang dia jaga
no choc no junk foods no gula-gula dalam rumah
anak-anak dia nampak sopan dan baik
Firas and Sarah pon yang dah seminggu dia jaga nampak gembira




hati aku sebagai ibu pon lansung tak terdetik benda yang tak elok tentang dia
dan aku percaya hati aku tak tipu
sebab naluri aku pon cakap yang dia ni okay
akan jaga anak aku dengan sebaik-baiknya




Alhamdulillah.
Terima kasih MAMA ROS
sudi ambil Aaron sebagai anak jagaan
Hanya Allah dapat membalas budi baik kakak




terima kasih ibu, mertua, kakak abang, adik-adik ipar, sepupu sepapat dan sahabat handal yang mengirim doa
thank you for all the positive vibes 
Hanya Allah dapat membalasnya






Dear My Sonshine
Ibu dan baba sayang Aaron sampai syurga Allah
be a good boy all da times
Doa ibu sentiasa mengiringi hari-harimu





Ibu sayang Aaron sampai syurga Allah







December 11, 2014

Mimpi Ngeri Seorang Ibu Bekerja




Perkara yang paling aku risau bila menjadi working mother adalah
BERTUKAR BABYSITTER
T_______________________________________T



Dan yesterday was the last day for Aaron di rumah maksu aku aka neneknya
sudden.





kenapa?



kondisi kesihatan paksu aku aka Tokwan Aaron agak serius
maksu aku pon tak sihat sangat
anak menantu pon dah decided taknak maksu jaga budak-budak lagi
tambahan pulak paksu aku tengah sakit 



takpe aku faham
dan sangat faham semua situasi yang sedang berlaku




cuma dari sudut hati seorang ibu
tipulah kalau tak sedih
sedih dan susah hati
campur baur 
digaul-gaul
jadinya aku asyik pulun nak teriak je the whole day ni
T_____________________T





sebenarnya bila paksu admitted hari tu
aku dah get ready dah untuk kemungkinan akan bertukar babysitter
TAPI aku tetap positif semua akan okay at least Aaron akan stay dengan maksu aku sampai he turn to 18months
just another 6 months
sebab aku memang dah sediakan plan for his future
nak hantar ke playschool when he turn to 18months



Tapi apakan daya
Aturan Allah itu pastinya lebih sempurna untuk semua.





sekarang ni list untuk new babysitter memang kelaut
memang zero
KAHKAHKAHKAH
sebab semuanya so sudden
jadinya aku memang takde pape senarai calon




nasiblah Allah permudahkan jugak urusan
Doctor suami tambahkan lagi MC beliau sehingga rabu depan.
sepatutnya dia dah masuk kerja jumaat ni
at least suami ada seminggu nak tengokkan aaron sementara kami dok pulun cari babysitter baru
kan?




semalam terpaksa jemput mak dari Al-Jenderami
mintak mak tengok-tengokkan aaron untuk 2 hari ni
nak lepas semua kat suami
aku takot dia stress jugak nak jadi mr. mama 
ye la nak siapkan makanan anak tu
pandai ke cik abang aku tu
hikhokhikhok





aaaaaaarrrgggghhhhhhhhhhh
nak kena hadap anak menanngis meronta taknak duduk dengan babysitter baru tu paling SAKIT aku nak lalui
sebab aaron bukan jenis nak dengan semua orang
dia jenis budak yang ambil masa nak get close dengan orang dia tak pernah jumpak
most of my friends pon dia dah hangout for few times baru dia comfortable and nak kalau dorang dukung-dukung bagai
same goes dengan family members pon
dengan mak aku sendiri dia taknak sangat
dengan maktok tokwan penang dia pon dia takmau sangat
asek nak ibu and baba je
lepas tu paksu
lepas tu pakteh
why?
sebab kami semua 1 rumah
dia selalu jumpak
T_____________________T




LULUH la hati ibu aku nanti
tak sanggup!




Semoga Allah permudahkan urusan mencari babysitter baru untuk aaron
dan cepatlah bagi aaron serasi dengan mereka
tak nangis-nangis
nanti aku luluh hati
1 apa kerja pon aku tak boleh buat
and akan menangis all the times
T__________________________T







buat masa sekarang
aku sedang persiapkan diri aku
jangan manjakan sangat hati aku
aku kena keringkan hati sikit
kena tutup sebelah mata
sebab ni memang risiko setiap ibu bekerja kena hadapi




soalnya
mampu ke?




okbai






December 08, 2014

Marinate Lamb and Chicken with black pepper sauce





Dah lama tak share resipi
kan kan kan kan





meh today nak share resepi sikit
tak sedap jangan marah
sebab kite bukan chef
hikhokhikhok




MARINATE LAMB WITH BLACK PEPPER SAUCE





Bahan-bahan:
  • 4 keping daging kambing yang dah siap potong [kite beli kat tesco je]
  • 2 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 4 batang cili api*
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1-2 sudu blackpepper kasar*
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu blackpepper sauce
  • ABC sos manis / kicap pekat
  • 1-2 sudu teh garam
  • 2-3 sudu minyak masak / 1 sudu butter
  • 1/2 biji lemon


Cara-cara marinate:
  1. Blend semua bahan-bahan yang dah ditanda ' * ' seperti di atas sampai halus.
  2. Dalam bekas yang besar,tuang bahan yang dah di blended, masukkan madu+abc sos manis atau kicap+garam+black pepper sauce dan kacau bagi sebati.
  3. Masukkan kepingan daging dan perap ikot suka nak berapa lama. 


p/s: kalau daging  kambing atau lembu, saya akan perap dengan tempoh yang agak lama. Dalam 1-2 jam. 30min-1 jam untuk daging ayam




Cara-Cara memasak:
  1. Saya guna pemanggang ajaib je sebab lagi senang dan sedap. (Kalau uols guna oven, google ye brape suhu and masa. hikhokhikhok)
  2. Panas sedikit minyak atau butter
  3. Masukkan kepingan daging dan tutup pemanggang ajaib tu. 
  4. 10 minit sekali, bukak la pemanggang tu tengok daging korang tu okay tak. alih-alihkan sikit bagi masak sekata.
  5. Dalam kuali yang lainnya, masukkan semua lebihan kuah perap daging tu dan biarkan mendidih. 
  6. tambahkan bahan-bahan perasa bagi mantap rasa sos anda. Kebiasaannya saya akan tambahkan lagi sos blackpepper tu [saya suka guna brand 'puteri' sebab sos blackpepper brand ni pekat and pedas.]. Saya tambahkan lagi garam kalau kurang masin. Alter la apa yang patut.
  7. Masukkan 2-3 sudu air bancuhan tepung jagung hingga mendapat kepekatan seperti sos. 
  8. Tutup api dan biarkan sejuk
  9. Bila daging dah masak molek, angkat dan hidangkan diatas pinggan dan tuanglah sos tadi ke atasnya dan ratakan seperti gambar di atas.
  10. Perahkan sidikit lemon ke atas daging.
  11. Hidangkanlah dengan hirisan tomato dan salad segar.








Ulang langkah yang sama untuk marinate chicken ye;
^________________^





Ps: Tak tahulah sedap ke tak. Tapi suami cakap rasanya okay. Puas makan. Adik-adik ipar pon suka. Try la korang. lain tangan lain rasanya. ye dop?



Selamat Mencuba!



by: #EJkitchen