July 05, 2013

Si Diva MINMIN


Amboi, pic kena tak dengan tajuk entry??


Hari ni nak cerita pasai DAYANG NUR MINMIN
taknak cerita pasai AARON ABIN sangat
sebab dia tak banyak perangai
sekadar kuat makan kuat tido dan gemok
;p


Tapi si MINMIN ni banyak prangai lain macamnya
tapi both tetap PUJAAN HATI setiap masa kakak and abang




me and husband selalu menggelarkan si dayang senandung ni DIVA
oh inilah diva di dalam rumah
tengok saja jelingan si diva ni
kahkahkahkah
macam dia tu gebu molek comei teramatlah cantik
kahkahkahkah


MINMIN seekor kucing yang BIJAK
bijak dia lain macam sikit
macam mak kata
akai kucing ni panjang sikit
kadang-kadang kami selalu rasa macam ada seorang bayi di dalam rumah
sebab perangai macam-macam dia memang macam seorang budak kecil gayanya


WHY DIVA??

hahahaha MINMIN nak tido atas tilam
taknak kongsi
kalau husband naik katil nak tido
minmin akan bangun and blah
cari port lain
ATAU
dia akan sengaja mengeliat panjang sepanjang-panjangnya badan tu
sebab nak si abang noticed
hey this is my place
u go!
T__________________T


WHY DIVA?

Minmin tak boleh tengok me and husband bersiap cantik-cantik wangi-wangi
dia akan mula bising meow sana sini
sebab??
dia TAK MAKAN LAGI
So-kakak-and-abang-tu-janganlah-nak-keluar-sangat
selagi tak dapat makan
MINMIN akan sekat sesape sahaja nak keluar dari pintu rumah
sambil membebel panjang
T___________________T



WHY DIVA?

Minmin nak tido dengan KIPAS SYILING berbuka ye
tambah-tambah kalau cuaca sedang panas or jerebu
kalau tak buka atau lupa bukakan kipas untuk dia
Minmin akan protes dengan mentidokan diri beliau di dalam BILIK AIR sambil menjeling tajam ke arah tuannya
TONG SAMPAH di dalam bilik tu akan sengaja diterbalikkan tanda protes
ALAS KAKI didepan bili air sengaja digulung dan ditarik masuk ke dalam bilik air
T__________________T
dan kalau extreme dengan SEJADAH SEMBAHYANG pon sengaja dilucutkan dari hanger



WHY DIVA

Minmin sangat rajin sambut kakak and abang [SAHAJA] pulang
tak kisahlah dari mana
especially kalau we both pulang dari kerja
tak pernah miss
ABIN?? Ikot situasi dan tahap dia mengantuk
MINMIN tak
dia terhuyung-hayang mengantuk and mamai pon
dia tetap akan sambut we both balik
TAPI
jangan sesekali tak dukung dia and cium dia
dia akan PROTES dengan berlari anak
naik atas SOFA dan membuat cakaran tanpa henti sampai la kau amek dukung dia
T__________________T
attention seeker tak??



Kalau boleh MINMIN nak kita dukung and sayang-sayang dia
lepastu bawak dia masuk bilik
and baring-baring dengan dia atas katil
lena skali pon takpe



WHY DIVA?


MINMIN tak suka pasir berak dia kotor
kalau kotor?
hahahahaha dia akan SENGAJA berak di tempat larangan di hadapan anda
lepas berak dia akan lari masuk bilik
T___________________T


WHY DIVA?

MINMIN tak suka kucing luar masuk rumah
dia akan menjeling dan tak akan pernah berkawan
cium kucing tu pon taknak
LALU depan kucing tu pon taknak
MINMIN akan jadi anak dara yang berkurung di dalam BILIK sahaja


dan dia jugak tamak kasih sayang



WHY SHE SO SPECIAL?

dia tak pernah buat TAK TAHU bila kakaknye sakit
mesti sentiasa ada kat sebelah
seolah menjaga kakaknya
T______________T
terharu




Until today
MINMIN belum pregnant
tapi dah 3 orang tanya ANAK DIA
yang tempah pon ada


dayang senandung bukan sebarang dayang senandung
ini dayang senandung RATU CANTIK AFRICA ni




To Abin and Minmin
Kakak and Abang love you so much
terus sihat terus bijak
dan terus-terus menggembirakan hati setiap ahli keluarga kecil kita.






July 04, 2013

Bahasa Jiwa #45



Sejak dulu dan bila bila mungkin
diri selalu bukan pilihan



sejak dulu dan bila bila mungkin
diri tak pernah ke depan sebagai kebanggaan



walau mungkin kejayaan pelajaran dah dikecapi
kerjaya yang selesa dah dimiliki
kehidupan yang serba sederhana dan bahagia dah digenggami


masih
kau masih bukan pilihan dan kebanggaan


sejak dulu dan bila bila mungkin
diri perlu rempuh pelbagai onak kehidupan 
perlu bina benteng sabar
mesti panaskan semangat dalam diri saban masa
kerana diri bukan pilihan
bukan kebanggaan
bukan yang sentiasa didahulukan
oleh sesiapa
dan kepada sesiapa



Jadi anak
akan ibu jadikan kamu keutamaan
kebanggaan
pilihan yang teratas
dalam setiap nafas ibu ini



kerana menjadi bukan pilihan itu sakit
dan ibu tak mahu kau sekalipun merasakannya



July 03, 2013

Ayam Masak Pemalas by EJ

Rajin pulak memasak 2, 3 minggu ni
sejak-sejak baby dalam perut mengajar ibunya
banned makanan luar
nak makan masakan sendiri sahaja


lagi dasyat
minggu ni masakan emak sendiri pon taknak terima
nak makan masak sendiri SAHAJA
Fuyooooo
letih ibu macam ni


Dah kebetulan tengah rajin masak ni
meh nak share resepi



AYAM MASAK PEMALAS


Ini resepi ibonda saya
sebab tu namanya macam tu
;p
maybe bagi mak masakan ni terlalu mudah disediakan kot
kalau tanya kakak-kakak saya
ayam masak pemalas
semua akan aware la which one





Bahan-Bahannya

Ayam 5-6 ketul
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai
Bawang besar
Cili Api
Cili Besar
Santan kotak



Cara Memasak

  1. Goreng ayam yang dah di garam kunyitkan sampai masak.
  2. Guna kuali yang sama, buang minyak goreng ayam tu. Tinggalkan dalam 2-3 sudu je.
  3. Blend halia (2cm), lengkuas (3-4 potong), bawang besar (1 biji), serai (1 batang) dan kunyit hidup (1cm)
  4. CAMPAK sahaja semua bahan yang diblended ke dalam kuali tadi lepas tu biar pecah minyak sket
  5. Campak jugak cili api, cili besar dan serap yang dititip seperti di dalam gambar
  6. Masukkan sedikit santan dalam 2-3 sudu teh tu
  7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa
  8. Masuk le ayam goreng tadi. Perlahankan api. Kacau. Tutup kuali sekejap bagi kuah meresap dalam isi ayam.
  9. Siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!


buat ayam ni tak sampai 30 minit pon
sambil-sambil masak nasik tu
^_______________^


Selamat Mencuba!




July 02, 2013

WEEK 19- Ibu Baba tukar selera Pantai Timur



Semalam baca tweet LadyNoe pasai budu
naaaaaaaaahhhhhh terus tekak nak makan singgang dengan budu
sudooohhhh



keinginan tekak ni apa lagi
dimaklumlah kepada suami tersayang
eh eh eh eh
skali dia pulak yang OVER teringin mengidam lebih dari saya
@@##$%^&*)S#%
sampaikan LUNCH pon suami dah tak lalu nak makan apa dah
dok teringat singgang ikan dengan budu
hahahahahahaha


kejap.
siapa yang mak buyong ni??
kihkihkih



suami hanya teringat 1 kedai yang kak farah dan suami ajar makan singgang
kat area Chow Kit sana
memang best makan singgang kat sana
kau boleh makan nasik 3 pinggan
HAHAHAHAHAHA
suami penah makan nasik tambah 3x kat situ
tak sempat sampai rumah
berhenti kereta tepi jalan
muntah
sebab perut fulled sangat
kahkahkahkah




So suami dengan semangatnya ajak REPEAT pergi sana lagi
kebetulan both of us memang kepingin tahap kronik tak boleh blah dah ni



Tapi tapi tapi
si mak buyong ni ada masalah sikit 2, 3 minggu ni
baby taknak makan masakan luar
especially kalau nasik putih berlauk
dulu nasik goreng boleh laaa jugak masuk
tapi sekarang semua dia taknak



baby nak makan masakan sendiri SAHAJA
T__________________T

demand kan anak ibu??
ni mesti sebab baba suka makan masakan ibu kan kan kan
awak kan semua nak ikot baba
;p



MAKANYA
saya si orang utara ni pon mulalah mencari mek mek kelate
nak belajar masak
dulu takpelah
housemate memang pakar masak masakan sana
kita ni order and nganga je makan


now semua dah ada life masing-masing
so kenalah belajar masak sendiri



Thank you to my kelantaness bff
Puan Farah Salwati 
dan 
Cik Nad Pablo
banyak tunjuk ajar



Meh nak tampal gambau kejayaan memasak masakan pantai timur idaman tekak
hingga suami makan nasik 2 pinggan
semua lauk habis
;p



Singgang ikan tongkol



Ikan kukus goreng
[my fav dish]


Pucuk paku rebus as ulam
;p

ni menu ex-housemate ajar
lepas tu kalau makan singgang dengan budu mesti nak ulam ni



jeng jeng jeng ini budu tersedaaaaapppp sehingga malam semalam
kihkihkih

credit to Kak Farah ajar kite budu yang mana perlu dibeli
taste awak memang tak mengecewakan



DAH HASILNYA SELEPAS 30 MINIT??



naaaaaaaaaaaahhhhhhh semua settle!
kihkihkih





Pagi tadi ntah kenapa suami whatsapp
cakap 'terima kasih' sebab masakkan dinner seperti di atas last night
saya tanyalah kenapa tetibe
dia kata teringat-ringat
;p



Indahnya masak untuk suami
bila suami sangat menikmati hidangan air tangan kita
^_____________^



errrr nak repeat lagi buleh??



July 01, 2013

New born kittens to adopt



Hello cat lovers!!!
^____________^



Last 2 weeks mommy dapat cucu 4 ekor
so semalam mak mintak tolong buat promosi besar-besaran 
untuk mencari papa mama buat cucu-cucunya



Details are as follows:


1- Male
2- Female
3- Male
4- Female


Ciri-ciri tambahan:
  • Mata semua biru
  • Bulu semua jenis lembut and panjang
  • Bapak dorang ni kucing mixed. Mak kucing kampung je
  • Tak banyak bunyi. Means bukan jenis bising-bising


So kepada sesiapa yang berminat nak jadi papa mama dorang
kindly contact me jangan malu-malu


Email:
rahimahyussof@yahoo.com

Facebook:
Eima Jer

Twitter:
EimaJer


^_________________^



saya berada di Seri Kembangan
kittens masih bersama mommy di Dengkil