August 15, 2010

Mommy Saya Yang Comel


Salam Ramadhan Ke Lima!!


Kejap je kan dah masuk hari ke lima
terawih penoh ke makcik??
T_________________T
semalam hampir terkantoi dah 1 malam
nasib la sebelum tido tu aku gagahkan jugak
tapi 8 je la



kakak perli tadi
"kata weekend nak terawih kat surau??"
teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt
makan dalam!
kahkahkah surau hapenya
weekend sebok berjalan seperti weekend-weekend sebelum ini
sehat cergas cerdas seperti biasa kalau bab-bab berjalan
^__________^



hey bloggers and readers
korang dah shopping raya??
aku pesan
kalau nak pegi SOGO atau bangunan berhampiran dengannya sila-sila makan sahur sampai buncit dulu
okey??
motif?
takde motif cuma nak bagitau orang kat situ ramai macam ulat taik!
tak payah nak redah
tengok pon kau dah sesak nafas



Alhamdulillah
Shopping Raya Part I DONE!!
tak banyak aku beli untuk diri sendir
settlekan baju konvo
beli kain baju raya sebab kakak aku dah bising aku berlagak cool gila tak bagi kain nak jahit lagi mentang-mentang ada 2 orang kakak tukang jahit
T___________T
weh
apsal tetiba baju raya aku secara tak sengaja ada unsur PINK?
adoiiii
geli mak nyah!



lega!
barang raya untuk Mommy saya dah settle
tahun ni mak taknak jubah taknak tudung bling bling tak mau baju kurung takmau kasut
semua beliau takmau
katanya dah banyak
dah bosan
aku tanya lagi
"abes tu adik nk beli apa?"



mak aku comel
benda ni berlaku minggu lepas masa mak balik dari skolah pondok dia
aku sebok pening kepala nak beli apa kat mak aku
sebab semua dia dah ada
bergaya lebih pada aku
2 ALMARI pon tak cukup nak simpan baju dia
al-maklumlah anak pompuan saje ada 5 orang, menantu belum kira
pastu anak sulung plak tu
adik kandung ada 5



aku tanya lagi
"mak nak ape untuk raya. adik pening ni."
mak aku jawab dengan tenang
"tak payah la beli pape. dah cukup dah."
sambil tangan pegang-pegang handbag aku


"Hmmm ni handbag Ajie beli dulu ke?"
A'ah, nape mak? cantik ke?
"Hmmm hang ni bukan tau pakai benda murah. patut la lawa"
"Got It!! Mommy saya nak handbag baru ea? kan dah lama tak beli handbag baru. teeeeeeeeeeeeettttt kantoi!!!"
"=)" comel macam ni la mak aku senyum
"nanti adik beli naaa mak! yang vogue tau!"
"Mak nak yang besaq-besaq sket tau."



amboi
mak aku kalau beli handbag kat beliau memang puas hati kau
sebab. beliau akan menunjukkan tindak balas yang sangat positif
dia belek habis
dia pulun pakai habis
T_____________T
dan aku pon hampir terlupa
stock handbag beliau memang aku yang updated!
mak ni kan
sangat comel merengek nak handbag!



Mommy
HANDBAG RAYA kamu dah dibeli
tak sabar nak tengok muka mak riang gembira
biarlah kopak jap bulan ini untuk mommy tercinta
apa salahnya!



korang plak beli apa untuk mak abah korang??
hey
jangan shopping untuk diri sendiri je tau
mak abah kita sangat-sangat tersentuh terharu kalau kita hadiahkan pape pon sempena sambutan hari raya nanti
walaupun hanya sehelai kain pelekat dan sehelai tudung
jangan lupa okey!
ibu bapa itu hatinya kita perlu sanjung perlu letak di tempat paling tertinggi
bukan boyafriend bukan girlfren
bukan
itu hubungan belum pasti lagi




ok.
cakap bab mak abah ni aku agak sedih sedikit raya tahun ni
status dah berubah
kalau dulu time-time macam ni aku dah sebok prepare hadiah raya untuk mak aku n bakal mak dan abah mertua
kahkahkah
jubah mak aku mesti sama dengan jubah mak mertua
comel ja mereka berdua
kalau mak dpaat handbag, mak mertua mesti dapat handbag
tapi kali ni
aku beli untuk mak sorang ja
ok
rasa kekurangan dan kehilangan
Hmmmmmmmmmmm
takpelah Tuhan
aku tahu Kamu sedang menguji
aku Redha dan berikan sekalian sekeliling aku masa
masa secukupnya bagi mengubati segala salah faham yang membawa kepada timbunan kesulitan hubungan
semoga keberkatan dan kemuliaan ramadhan kali ini dapat bantu aku membetulkan apa yang kurang
merapatkan apa yang sudah terjurang
dan ditunjukkan Allah kebenaran dan hakikat
semoga!
Amin
doakan ya?




eh eh eh
dah
tadi happy-happy cerita pasal mommy aku yang comel nak handbag kan?
termelalut sampai ke sini plak dah
T___________T
dah tutup topik
takmau sedih



semalam bukak puasa makan beriani kaw gile best kat Shah Alam
jauh aku pergi cari makan
HAHAHAHAHAHAHAHA
dan
masa kat situ ramai gile orang
selamat sempat dapat table
tengah-tengah tunggu azan
ada aku tengok satu perangai umat islam ni yang tak brape nak cool
dan?
agak bodoh!
semua orang sebok doa nak berbuka
kau pon baca doa
orang makan kurma kau makan kurma
orang makan nasik kau sebok HISAP ROKOK!
hey
terooooooooooknya!
makan la dulu
jangan la tunjuk kemaruk rokok kau sangat
tak senonoh okey!



okey dah
bulan puasa ni
tak baek marah-marah


bye!



August 13, 2010

Wishlist Milik Tekak

Salam Ramadhan kawan!

di sini saya lampirkan Wishlist tekak saya semenjak dua menjak ini.
selamat terhibur
kahkahkah

  • saya paling teringin nak makan SAMBAL IKAN SARDIN TIN air tangan cik Wanda college mates saya masa di UTM Skudai. 3 tahun hadap puasa dengan beliau. hey, sambal itu sangat sedap!! walau hanya di masak menggunakan multiple cooker je. oh oh oh T_________T

  • Saya juga saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat teringin nak makan SAMBAL TUMBUK air tangan classmate gile saya iaitu Aza Elliani duet plak dengan sayur baby sawi tumis. oouuussshhhh!

  • Hey, saya mahu kuih tako. 3 tahun mengadap kuih tako kembar kuih tepung pelita, saya rasa tekak saya lebih kepada kuih tako itu. tako terbaek adalah di Bazaar ramadhan Sri Pulai iaitu pagar blakang UTM. eh eh eh UTM lagi

  • Oh ho. teringat laksa penang pekat di bazaar ramadhan Fakulti Alam Bina. ntah ada ke tak lagi tahun ni. hey, ia sangat pekat dan sedap! selalu SOLD OUT!

  • Aida Sherry masih berhutang NASI LEMAK plus SAMBAL SOTONG air tangannya! Hari tu saya sakit. saya dapat tengok je mereka 1 rumah makan. T_____T

  • Saya juga saaaaangat rindukan IKAN PEKASAM goreng bawang air tangan Mak Nab aka Mommy Ajie plus dengan sambal belacan mangga bacang (betul ke nama dia??) T________T

  • Mak oh Mak. Lama tak makan masakan Mommy saya sebab beliau busy sejak emmbujang ni. Oh ho, sambal ikan semilang milik anda masih yang terbaek tak tertanding! Amcik, nanti pergi mancing tau! eh eh eh saya mengade tau! nak makan ikan semilang hasil pancingan je. yang di bela mcm kat market itu saya agak tidak gemar! T______T

  • OMG!!! TEH AIS Laaaaaaaaaaaaa Cafe yang sangat sedap. Hmmmm saya merajuk hati. tiada lagi teh ais ketika berbuka. sebab semua teh ais kat sini tak kena citarasa tekak saya. adoiiii UTM lagi.


p/s: Ooooooppppsssss, saya memang orang kampung kan kan kan. selera saya semua makanan kampung! Bangga ape jadi orang kampung. Apa sangatlah hebatnya jadi orang bandar. Kahkahkahkah tak memasal! masih berbaki 27 hari lagi. semoga wishlist makanan idaman tekak saya akan tercapai!


JAP!! Apsal ea asal bulan ramadhan je habis semua jenis makanan kita pernah makan akan come out balik dalam kepala hotak ini. Haiiaaassshhh inilah kenikmatan dan keunikan ramadhan! Hey, ibadah jangan lupa EJ. Salam Ramadhan ketiga kawan!!

August 11, 2010

Kerana Tuhan Untuk Manusia



hari ini takmau cerita pasal hati
takmau
taknak
wek!



okey
sekali lagi aku nak sentuh nak ulas nak komplen sikit pasal isu-isu tempat kerja ni
iya la
aku kan fresh graduated
masih bangang
masih kosong
layak ke nak bagi nasihat nak bagi teguran
yang aku boleh buat
tengok rasa tanggung layan!
dan
perlu diam
nak mengeluh pon kena tengok kiri kanan
2 bulan baru bercampur gaul dengan persekitaran
bukan kita tahu tahap mana hati budi sekeliling
manusia ni pelbagai luaran
dan kita selalu gagal untuk menilai
makanya
baik ambil jalan selamat untuk diam
atau
mengeluh diam-diam
HAHAHAHAHAHAHAHA




eh eh eh
aku ada belog kan
tanah jajahan aku
apa susah
mengeluh la sehabis kau mahu EJ
takkan ada sesiapa yang mempunyai HAK untuk tidak puas hati tentang keluhan kau
sebab?
kau ada satu ayat power tentang tanah jajahan kau ni
'belog aku, aku punya suka la nak tulis apa. kau suka kau baca. tak suka angkat kaki no need to say babai hai2"
heh.
apa aku dok merepek ni?
mukadimah panjang berjela!!




persekitaran kerja aku penuh stress
ini kenyataan paling terus terang
yang berjiwa kental je boleh lepak lama kat kompeni ni
yang lembik yang touching yang gemar sentap tak pandai bawak diri curi peluang bersaing secara sihat
memang akan rabak hati
tekanan perasaan lalu akan mula menghantar surat cinta kepada tuan empunya kompeni mahu say babai!
seriously!!



baru 2 bulan aku kat sini
dah lali tengok orang keluar masuk keje
tak paham aku!



okey okey
tak kisahlah mereka-mereka yang keluar masuk ni
tak pernah ada kaitan dengan aku pon
masing-masing ada target hidup sendiri yang dorang cuba capai
manusia itu sama
naluri yang sama
mesti nak yang terbaek untuk diri sendiri bukan?



cuma kali ini bila melibatkan rakan sekelas aku masa diploma
rakan seuniversiti sefakulti aku masa degree
hati aku agak tersentuh
agak tak puas hati
agak sedih
hingga hati kecil ini sedikit terusik sedikit sedih sedikit mengeluh
walau ia tiada kaitan dengan diri aku pon
tapi
ntah la
aku kan manusia
yang hidup atas perhubungan masyarakat sekeliling



okey
ringkaskan cerita
kawan aku ni memang tak brape kental mungkin nak lepak lama kat kompeni hebat aku ni
kahkahkah
tak sampai sebulan
3 minggu je tak salah aku
terus dia decided nak blah
alasan?
dapat peluang kerja yang lebih bagus
environment kerja yang lebih baik
kompeni melayu
okey
macam aku cakap tadi
masing-masing mahu yang terbaek untuk masa depan sendiri
kan?
makanya aku perlu sokong
bagi moral support
kalau itu yang membahagiakan dia
kan?



makanya surat cinta untuk bos pon dia hantar hari sabtu lepas
dengan harapan dia boleh quit dalam notis 24 jam la
sebab less than 1 month kan



tetiba kompeni tolak notis 24 jam dia
dengan alasan notis perlulah 21 hari
kecewa la minah ni
sebab dia dah planning baek punya isnin tu nak masuk keje tempat baru
ok.
aku tumpang sedih tengok dia serabut
dan hanya mampu suruh dia sabar
prosedur tetap prosedur
itu realiti tuntuan kerja
bukan?




cuma dan cuma
apa yang aku kurang suka
apa yang berlaku semalam
sumpah aku tak suka bangsa aku dilayan macam tu
wah
main bangsa
hehehehe biasalah kan aku keje kat kompeni komunis
lalalalalala!~



ntah kenapa after lunch hour semalam
kompeni berubah pikiran
slumber je suruh kawan aku balik
tak perlu notis 21 hari tu lagi


ok
itu menyenangkan kawan aku yang memang dah takde hati nak keje kat sini
tapi dan tapi
kenapa perlu suruh dia blah after lunch hour?
tak boleh ke tunggu office hour habis dulu
dan pesan
" tomorrow u taknak datang pon takpelah, no need 21 days tu lagi..bla bla bla"
kan lagi manis pemergian kawan aku tu
dengan cara sedikit hormat
tak la macam di HALAU!
grrrrrrr


aku taknak tahu kenapa jadi macam tu
taknak tahu sape kipas sape buat aduan tentang apa-apa perkara berkaitan dia
taknak tahu
TAPI
tak perlu kot layan orang macam tu
bukan lama pon lagi dari jam 2 petang nak ke 6 petang
sedih aku tengok kawan aku blah petang tu
serba salah
blurr
haishhhh!
tak sanggup nak bayang



ini la hakikat dunia kerja
memang perlukan hati sekering yang mungkin
terlalu banyak dugaan!


dah la
taknak cakap lagi
semoga kamu berjaya diluar sana kawan
=)
Kerana Tuhan Untuk Manusia
tetiba semangat UTM datang
hahahahaha
hey, sebab kita ni bangsa UTM kot aku jadi macam ni
TERASA


salam ramadhan kawan!
selamat bersahur jap lagi


ok bye!

Grrrrr



HOIH
kau memang si lemah EJ
tolong terima!



bye

August 10, 2010

Ramadhan 2010


1 Ramadhan datang lagi


Selamat datang bulan penuh ketenangan penuh keberkatan
hati ini sangat merindui kamu
bulan yang melembutkan banyak pemilik hati




walau sendiri
aku harapkan Ramadhan kali ini terus membentuk aku menjadi si hawa yang lebih kuat tabah dan cekal mengharungi tuntutan hidup




semoga Ramadhan kali ini juga akan terisi dengan sepenuh-penuhnya isi
amin!
semoga



Kepada Arwahyarham Haji Yussof Bin Hassan
Ramadhan 2002 adalah Ramadhan terakhir kita
hanya 17 hari yang dipinjamkan Allah untuk kami sekeluarga
kali ini
Ramadhan 2010 kembali menjelma
sudah hampir 8 tahun kamu meninggalkan kami sekeluarga




saya tak pernah rasa kamu jauh dari saya
tambahan tatkala Ramadhan menjelma
kerna saya percaya
bulan keberkatan ini Allah ambil kamu dari kami selamanya
bulan keberkatan ini juga Allah kurniakan kami rasa
rasa hampir dan dekat
ya
rasa adanya kamu di sisi menemani kami sepanjang Ramadhan
dan alhamdulilah syukur
rasa itu kembali menjelma lagi




terima kasih Allah
I miss you Abah
T_______________T