June 30, 2009

Pengepit Baju

ini pengepit baju anak-anak



gambar di atas memang ada kaitan dengan apa yang aku nak share hari ni.
tapi kalau aku melalut jauh lebey2 tu, layankan je la.
malas layan sila tekan pangkah.



ok.
sejak my bayi dah berangkat ke serdang, mmg aku secara auto muak n menyampah dok penang ni. seyes rasa bosan nak mati dan riindu tak keruan kan senet itu.
(sumpah aku tau ayat di atas cam annoying sgt..hahahaha mmg aku rindu..so wut?)

Photobucket
my lebiu pumpkin

Photobucket
my sweetest hubby =.=

p/s: saje semakkan entry bagi korang rasa nak termuntah..hahahaha

takde lagi my lovely bunchy sweetest pumpkin yang menunggu aku dengan setianya setiap pagi setiap jam 7.30 pagi untuk menghantar aku pergi keja.
takde lagi si senet gile yang terhegeh-hegeh menyanyikan lagu 'mengejar mimpi' from aizat sambil membuat aksi kehegesan yang pelbagai.
sambil aku yang kat sebelah ni pulun gelak macam orang gila tanpa henti.
demn it!
u alwaz makes my day dear.
=(
dan paling sedey....
takde lagi my sweetest lebiu piu piu bf yang menanti aku pulang kerja dengan sabar.
omg.
aku tak boleh tgk la bustop depan pejabat ni.
sumpah aku sebak tingat senet yang tinggalkan aku kat penang sorang2.
=.=



ok.
aku melalut.
berbalik kepada penceritaan asal.



semalam adalah hari isnin.
minggu bermulanya aku hidup seorang diri di penang.
smlam juga hari bermulanya aku gi kerja dengan kak sha iaitu staf kat cni.
memang sumpah aku sedih gila.
heh.
mengada.



ok.
disebabkan hari pertama pi keje dengan orang.
aku jadi kalut.
iron baju kalut2.
mandi kalut2.
siap kalut2.
turun rumah kalut2.
memang pagi yang kalut la.
heh.
naik dengan orang mana boleh lambat n ngengade macam hari2 sebelum neh.
=p



dan hasil kekalutan tersebut...
aku tak sedar yang ada 1 pengepit baju masih elok tersepit kemas kat kain baju kurung aku.
cettt.
dan sepit baju tu jugak aku bawak sampai la ke opis.
haram tui.
patot la semua orang usha pelik aku.
hampes tui!
up plak kak sha datang lambat 10 minutes pagi stu.
aku lak berdiri pose ala-ala model renek dengan penuh self-confident budget stylo.
heh.
bedebah punya penyepit baju.
sampai ke opis kau nak ikot aku.



sumpah.
kurang stylo aku
heh.



dan sgt hairan cane aku boleh tak prasan penyepit baju tu sedangkan aku iron baju tu dengan penuh kerakusan!
heh.


dah.
jangan dok gelak.
bertambah comel lak aku nanti.
=.=
sekian.
bersurai.


Eima Jer: lagi 3 hari aku nk blahhh dari opis ni, aku tgk opismate aku makin terhegeh2 prangai. mmg lawak sgt! aku sure nanti rindu gila vavi kat dorang yg memang sume sengal2 blaka walaupon veteren.


June 29, 2009

Berperasaan Sangat. Heh

weh.
boleh tolong???


cane nak ajar hati kau pikir positif manjang??
dan.
cane nak buat jiwa raga kau tu tak la berperasaan over limit sangat sampai muram menguasai diri?


tak cool la wehh.
cena nak jadi rock ceni.
kalau hati lembik longlai dok berperasaan macam2..
kata kuat??
heh.


4 days to go intern aku nak abes.
yeah!
farewell party dah buat dah jumaat lepas.
tapi cam xcool update story skrg.
jumaatlah!


Kuala Lumpur.
wait 4 me!
(bodoh laa..kl tu bukan sedara kau pon.!)


My Familia.
wait 4 me yarr.
(tu yg betol!)



My Bayi.
wait 4 me jugak!
heh.
bila bayi pi serdang, aku auto takde hati mau dok Penang.
adeh.



tak rock la wei.
jiwa tak kental!
bagi petua sket before korang blahhh.



silent reader..
bagi la petua sket..
"Macam mana nak kentalkan hati n sentiasa berpikiran positif dan tidak terlalu berperasaan over limit terlebey sudahhh tu"
heh.
tak rock la lu jalan2 blog gua tapi xtolong gua.
=.=
.
.
.
.
.

Kamus Hari ni

Bayi= senetku (dia dah tukar nama)


Eima Jer: entry jiwa kacau lagi.. adoi laaa

June 27, 2009

SAKIT

Eima jer: kalau aku lawa macam megan fox, musti aku tak kapel dengan ajie. Heh

Nuyun: bodo punya imaginasi

Eima jer: aku tak kapel gak dengan sam hero transformer tu..nerd..aku nak kapel dengan robot je..leh tukar2 jap jadi kete, jap jadi robot, jap jadi katil empuk..eh, tak mau la jadi katil empuk..t aku nak romen dengan sapa lak.

Nuyun: ang ni kena sampuk ka?

Eima jer: ok la..tak payah cantek mcm megan fox..mcm rahimah chawdry sudah..eh silap, mahima chawdry..sure tak pandang ajie dah..pandang paul walker ja..paling cikai aqasha..michele Jackson? Sumpah tak hengen nak kiss.

Al fatihah buat arwah.

Nuyun: ya allah ampunkanlah dosa madu aku. Hahahaha, wei jom kita p cantikkan muka. 2 sume sementara ja


Eima jer: aku bila single auto jadi lawa..bila ada bf yang jadi tak lawa..kompius…


Nuyun: pala wotak ang. Ala kalo orang sayang kita xyah nanti lawa ka dak..awatnya hang gatai **##@@ sangat??


**perbualan sms terpaksa di tukar topic sebelum madu mencarut tak tentu hala.**



Sedikit kamus di sediakan:

Ang=singkatan bagi kata nama ‘Hang’ atau kau,demo, mu,kome blab la bla

Ka= ke

Rahima chawdry= gadis stylo pemilik blog

Mahima chawdry = sila google




Pengajaran:

1. becinta dengan robot best. Perasaan tak payah jaga sangat. Dorang cool. Tak cantik sgt pon xpe sbb robot bukan hensem pon. Tapi stylo tetap kn maintain. Robot ske yang stylo


2. tak kawen lagi jgn gatai nak p romen bagai. Heh


3. al-fatihah buat Michele Jackson yang dah Berjaya memeluk islam sebelum menjadi arwah. Jenoh jugak nak buang sume2 silikon chemical blab la dia dok pakai bagi jadi puteh tu masa nak mandi jenazah. Kan kena suci nak ngadap tuhan, mean kena bagi itam legam seperti asal balik la kan?. Syarifah aini, sila terasa di notice.


4. jangan la pangkah sgt budak nerd. Tau la stylo! Heh


5. lastly, apa sangat paul walker, apa sangat aqasha, apa sangat megan fox yang dok kecoh bagai. Adoi la..tak paham tui!

.

.

.

.

.

.

.


Dah.

Bersurai.

Heh.

Eima Jer: ini entry jiwa kacau.

June 26, 2009

Batch Terakhir



ok.
aku dah dapat KACIP smalam.
sangat teruja.



tapi at da same time hati dicarik dengan realiti hidup yang perlu aku harungi.
perlu aku tempuhi.



hasilnya.
KACIP yang aku belek dengan teruja tadi.
diletak semula ke dalam sampul.
hati yang tadi teruja.
tersentap tak tentu hala.
omg.
i lost my mind.



tiket transformer dah beli.
pukul 9 malam
lalu siap2lah aku untuk tontongan muvie terakhir bersama senet.



pukul 8 malam.
hati skali lagi dicarik.
huh.




pukul 9 malam.
hasilnya, ntah hape transformer tu merepek aku dah tak boleh focus.
tahu jalan penceritaan tapi jangan kau tanya setiap scene yang ada.
sumpah aku tak hengat.
rugi.



balik muvie.
call madu.
borak bagi abes topup yang aku beli tadi.



tarik nafas dalam2.
lepas.
lalu KACIP kembali dikeluarkan dari sampul surat yang sumpah tak style tu.



aku mula membelek isinya.
ya.
seperti orang lain.
aku teruja.
cuma tak sehebat pemilik2 KACIP yang lain.
Kejap je dah abes khatam.
heh.




sesi pembacaan perlu di hold dahulu.
banyak sangat akar2 srabut dalam benak hati aku.
heh.
aku benci apa yang aku rasa sekarang ni.
tak stylo lansong!!!
.
.
.
.
.
.



btw.
walau aku antara batch yang terakhir.
aku tak KODI ok.
sebab aku pemilik KACIP oredy.
heh.




Eima Jer: mula2 aku start blogging lagi, aku memang dah start usha blog pipi neh. huhuhu dia mmg sengal. tu je aku boleh komen buat masa ni. nak lebih lanjut, pegi la jenjalan sendiri.



KARMA

I BELIEVE IN KARMA
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

hidup macam orbit.
sentiasa berputar tanpa henti.
mungkin sekarang orbit hidup aku makin menghampiri panas matahari.
berpeluh-peluh hati.
dek kerana dugaan mula datang menjelma diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuhan tu maha adil.
aku dah bagi yang TERBAEK.
Allah tahu apa yang kita tak tahu.
Redha itu bukan lemah dan hanya berserah.
tapi terapi hati yang terbaek.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Langit itu tak sentiasanya cerah
Lilin tu tak selamanya menyala
aku perlu tahu realiti di mana bumi aku sedang berpijak ini.
ya.
aku perlu sedar.
bangun dari mimpi-mimpi indah ciptaan hati.
bangkit dari impian-impian indah ciptaan cinta.
ya.
aku perlu kuat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What goes around comes around
just wait and see
aku tidak berdendam
tapi aku rasa terkilan
aku tak membenci
tapi aku rasa tidak dikenang budi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eima Jer seorang yang sangat KUAT
aku percaya diri aku.
aku akan pastikan aku berjaya.
lebih berjaya dari yang pernah terlintas akal aku ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
segulung ijazah bukan pengukur kejayaan seseorang.
ia bukan kejayaan terbaek seseorang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku paham korang tak paham.
sedang buat-buat cool paham.
heh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

berdiri di kaki sendiri
hidup jangan bergantung orang.
diri jangan termakan budi orang sangat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hidup jangan banyak bercakap sangat.
padah lagi banyak dari baiknya.
heh.
terasa aku!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
bersurai.
ini entry main titik-titik aje aku rasa.
heh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bye



Eima Jer: hahahaha eima jer sgt berperasaan. jangan tanya pasai apa. aku tak tahu kenapa.



June 25, 2009

Rindu UTM Dah Nie.....

ini masjid utm. eh,xpenah lak aku tgk awan centu. maybe aku tgh membuta kot waktu pic ni diambil.
=p


ok.
bila aku dah shopping bende2 aku nak p kelas semester baru.
aku mmg akan gewdik2 rindu utm.
heh.
hahahaha kononnya dengan azam baru mahu pergi ke kelas tanpa ponteng sehari dua.
serta smangat mahu naikkan pointer aku sem ni
dan
membebaskan diri dari sebarang kerja2 last minutes.
amin.


hahahahaha
ok.
sumpah tipu!!
nak muntah aku baca.
sebab memang lansong tak penah betoi azam semester baru aku tu.


senet aku sangat baek.
sebab result aku agak baik.
sebagai habuan aku malas study tapi result tetap maintain,
aku telah dihadiahi beg idaman seperti yang aku nyatakan dengan berperasaan sungguh keinginan aku kepada beg ini pada entry yang lalu.
klik cni utk menjadi comel------>eima jer stylo
heh.
=p


slalunya senet akan sertakan dengan sliper p kelas skali.
tapi kali ni dia agak kedekut.
ok tipu.
aku beli sendiri je sem ni sbb senet banyak nak guna duit pi UPM sana.
cam tak sampai hati.
cukoplah apa yang dh berjaya aku paw.
=)


eh.
jap.
mana ade paw senet la..
ni kan hadiah.
tolong sket ok.
I ni awek yg baik.
mana tau paw2 bf kesayangan.


aku tau korang malas nak layan unQuality entry dari aku kali ni.
lebih kepada ss dapat barang baru.
cewi terlebey sudahhhh =p
maap laaa.
anda dah boleh bersurai sebelum muntah kat cni.


Photobucket
sellfish gile. amek pic barang2 aku je. hahaha


Photobucket
ni beg aku nak p kelaih nanti.
omg.

mak puas nyahhhhh dapat apa yang I nakkk

tak cantik???
heh.
ade aku kesah?

cak cak cak
(mak aih, leh plak terpakai ayat sitcom paling bangang tu)

annoying ok!

sangat!



Photobucket
ok.
ni plak sliper idaman kalbu aku yang pada pandangan pertama lagi hatiku telah terpana.

walau mcm sliper jamban ja pon.

tapi kestyloan nye jelas terserlah!

auw!



ok
abes sesi cewi mencewi.
sambung cite lain lak.


ari tu pegi shopping dengan senet.
sumpah aku terasa bosannya p shopping berdua seiring sejalan.
Fahmi, Aida n Ajaq sila rasa di notice.
sumpah rindu korang.
kami rasa terkapai2 je kebosanan.
tak mcm kita shopping raya tahun lepas.
heaven gila kan?



dan melayan senet bershopping memang suatu pengorbanan tenaga yang amat sangat.
bayangkan laaa dari Gurney Plaza pegi ke Queensbay Mall pastu pegi balik Gurney Plaza.
12-8pm
sesungguhnya aku penat!
bayangkan dalam tempoh tu lansong tak duduk tapi terus berjalan-pilih-memilih-pikir-memikir-survey-mensurvey-beli-membeli tanpa henti.
cettt.
mcm la duit ada 20k nak publish ayat di atas.
hahahaha



ok.
to-be-honest
aku jatuh cinta lagi.
kali ni bukan dengan bag or flipflop tapi wedges crocs yang sgt stylo.
demn it!
xmungkin aku beli wedges itu.
sbb aku jarang pakai wedges n heel n bla bla bla.
tapi peminat wedges, sila lihat design baru crocs yang agak berperikemanusiaan dah.
design yg agak cantik sudahhh...
terharu.
bukan sliper katun yang aku menyampah gila tengok tapi sedap bila pakai.
=.=


duit durian runtuh dah abes.
sempat beli sliper je.
yang lain bagi senet servis kete n bla bla.
xpe.
ikhlas.


sabtu ni senet dah gerak p upm.
aku akan hidup seorang diri di rumah sewa yang mmg aku dok sorang tu.
cettt.
nasib seminggu jaaaa


wei.
aku nak p tgk transformer tapi senet cam moody.
benci laaaa.
takot nak ajak.
heh.



adoi la..
apa ni!
entry merepek bercampur aduk.
dah la.
stop kat sini dulu.
.
.
.
.
.
murid2.
sila bersurai.



Eima Jer: dah lama tak buat review makan2 kan?kan? jap lagi laaaa...hehehehe =) btw. maap entry tak kualiti lansong pagi ni. eh jap. hari2 entry aku tak kualiti. =)



p/s: smlam syafiq sms aku, cakap rindu kat aku. hahaha klu syafiq dah rindu kat aku, sure UTM mmg kompen rindu kat aku gak. sbb syafiq dengan utm sama je. bosan. hahahahaha =) eima jer, tanpa keberanian mimpi tak bermakna...xmasal! =p







June 24, 2009

1262 Vs Mawas


ok.
hari ni aku nak berjiwa2.
mungkin entry leleh.
apai, sila terasa diri anda di notice!
heh.
=p


entry khas sempena 1262 hari aku bergelar chenta hati kepada Abdul Khair Baharin 860429355411.
hahaha amek kau.
dengan ic skali aku bagi.

kenapa hari ke-1262 yang aku gatai nak tulis entry khas?
bukan ke 1000 ke hape?
senang je.
sbb ,aku mana ada blog hari ke-1000.
tu pun lagi mau bgtau ka??
hahahaha
ok tipu.
kenapa hari ke-1262 entry ni lahir??
sbb aku suka no ni.
semua koleksi no henset aku sure ada 3 no neh.
=p

hengat no 69 je ke cantik?
(yg laki tu sure nk sengeh kan?kan? hengat aku xtau??)
lalalalalala


ok la.
imbas 1262 hari yang lalu...
jeng jeng jeng trang tang tang.....
(tak happenning lansong music opening neh!)
=p


1262 hari sebelum ni.
aku adalah mayat hidup yang masih belum pulih dari kesakitan akibat putus cinta pertama.
1262 hari sebelum ini jugak.
aku adalah seorang perempuan stylo yang sudah tak percaya cinta kononnya.
macam lagu Liyana Jasmay tu.
"Aku tak percaya C.I.N.T.A"
auw!!
hahahaha
ok.
melalut lagi.


lagi satu lupa nak mention.
1262 hari sebelum ni.
aku adalah seorang awek single yang baru lepas ditinggalkan kekasih hati yang mana berat badan turun mendadak sebanyak 7-8kg.
heh.
nak jugak mention!


apa yang aku nak kongsi
kisah sebelum datangnya 1262 hari yang lalu itu.
kisah sebelum tarikh keramat dalam hati aku iaitu 08 Januari 2006.
kisah sebelum aku menerima senetku sebagai chenta hati maut lebiu piu piu.
hahahaha


30 october 2005.
aku putus cinta dengan lelaki lahanat yang penakot menegakkan keadilan.
penakot untuk menegakkan kebenaran.
lansong takde usaha membela cinta yang mekar hampir 3 tahun.
lelaki lemah yang hanya membiarkan hidup ditentukan bukan menentukan.
cukup maki hamun berhenti di situ.


heh.
Allah je tau betapa sakit aku masa tu.
kalau bunuh diri tu tak berdosa besaq, aku memang dah malaih hidup.
sakitnya memang sangat pedih.
susah nak ungkap dengan kata2 la senang.
kalau org kata putus cinta tu rasanya macam hati yang dihiris pisau, pedih dek tajamnya pisau dalamnya hirisan tersebut.
tapi bagi aku.
tak cukup sakit lagi kot macam tu.
perlu lagi extreme dan creative sket imaginasi tu.
hahaha abaikan.
bayangkan je la sendiri.


luka tu lagi bertambah parah bila mana aku ditinggalkan lelaki jahanam itu seminggu je lagi aku nak final exam dan 12 hari lagi bufday aku menjelma.
sila bayangkan situasi tersebut.
dengan examnya.
dengan diri ni messy tak tentu hala.
perit gilakan aku kena lalui.
memang lahanat la kau lelaki!


"cool mama, there is not da end of da world. kau ada kawan2 yg sayang kau. b strong!"
sampai skrg aku masih hengat kata2 smangat dari Mohd Afiq Iqbal.
bf kepada bff aku si cantek manis Safuraa.
sampai skrg jugak aku hengat lagi bila mana tengah2 dok paksa diri aku study aku tetibe lost my mind.
menjerit tak tentu hala.
menangis guling2 atas katil.
lalu bff aku secara beramai2 membuat sesi terapi kat aku iaitu sesi maki hamun aku suruh aku kuat.
omg.
aku hengat lagi.
seminggu hp aku dikuarintin.
2minggu jugak aku lepak kolej bff aku sbb dorang xnak aku hengat semua kenangan kat bilik aku tu.
heh.
sakitkan??
aku tau dorang terpaksa.
sbb aku nak examkan?
memang celaka la kau wahai lelaki penakot.


tapi.
alhamdulillah,
aku dapat tamatkan jugak final exam yang suck tu dengan result yang agak cemerlang.
3.15
aku rasa dah cukup bangga.
dengan keadaan aku macam orang gila.
jap study jap melalak menangis macam org gila.
dah setiap 1 jam call mak aku mintak doa hati aku tenang nak study.
result mcm tu mmg aku rasa agak bangga!


dengan keluarnya result exam tu.
aku mulakan semester baru dengan penuh azam baru.
tak ade lagi air mata yang aku keluar untuk lelaki lahanat tu.
semangat aku kembali.
cukuplah 2 bulan aku menangis boleh dikatakan setiap hari.
aku rasa sudah cukup kebodohan itu.
sedangkan kat friendster, lelaki lahanat tu dah boleh busy mengorat sana sini.
heh.


ok abes.
malas nak cite kebodohan aku putus cinta.
tapi aku ngaku memang bodoh pon.
tak payah nak kutuk aku.
rasa dulu cinta maut kat seseorang tu pastu korang ditinggalkan macam tu jaa.
sakit bodoh!!


ok.
aku meneruskan kebodohan aku lagi pada semester baru tersebut.
semester 4 aku di UTMKL.
hahaha kali ni kononnya dengan prinsip baru.
"aku tak percaya cinta"
heh.
memang childish gile.
hahaha konon2nya berazam taknak berchenta lagi.
dengan kata2 peransang ketika itu adalah:
"Love Is Poison!"
hahahahaha
sedangkan apa yang sedang aku amalkan adalah jauh bertentangan dengan prinsip tu tetapi lebih kepada
"to forget someone, you must be accept someone"
hahahaha poyokan aku??


dan pada 1262 hari yang lepas.
tu la tarikh keramat aku accept hero hati aku selepas 3 minggu je pon kemunculan beliau dalam hidup aku.
hahaha aku akur dengan prinsip kedua tu.
"to 4get some1 you must be accept some1"


ya,
dengan hadirnya hero hati aku pada 1262 hari lepas.
maka segala mimpi2 buruk plus kenangan dengan mawas durjana itu pon lenyap dan lenyap ke semuanya.
aku bahagia.
dan sangat bersyukur Allah antarkan aku lelaki yang lebih sempurna.
yang mencintai aku lebih dari dirinya.


aku harap sangat.
kebahagiaan ni akan terus jadi milik aku.
sebab aku dah lupa dah macam mana nak hidup kalau takde dia.
heh.
ngade.
=p


so.
kepada yang sedang putus cinta.
jangan jadi macam aku.
kuat.
"slalu ingat, yang di hadapan itu adalah lebih baik"
berani untuk move on.

btw,
thanx bff.
sentiasa dengan aku susah senang.
support aku tiap masa.
love our frenship!



my chenta hati,
thanx sgt2 sudi muncul dalam hidup I.
datang je u, i terus lupa mawas I.
=p
my chenta hati
over lak pose mamat neh! =p



Eima Jer: act, aku nk story pasai senet tapi lebih kepada mawas plak dah. hahahaha kamu tahu siapa itu mawas kan madu?? =p aku suka melalutkan?


p/s: ini cerita benar. mawas mmg ada. hahahaha


June 22, 2009

Tingkatan Dua

p/s: aku xde kaitan dengan gambar di atas. sekadar julingkan mata =p


ok.
lupa lak dah janji sambungan tingkatan 2.


before 2, ada jugak yang tanya aku tak pernah kantoi dengan cikgu ke dok buat hal macam2.
jawapan aku.
ada tak besa kena!
hahahaha


bab pecah masok kebun cikgu kemahiran hidup tu mmg smpi skrg tak kantoi.
tapi mai dekat ponteng kelas tu.
hahahaha memang aku slalu kantoi.
antara denda aku penah kena seperti berjalan-jalan bersiar2 dengan penyelia petang a.k.a guru disiplin keliling satu skolah sambil pakai rantai "saya suka ponteng kelas" selama beberapa jam.
memang cam sial.
dah la bedak lupa pakai.
if x, leh sorok muka balik bedak tebai tu.
cettt.


tapi melancong keliling skolah tu tak cukop menginsafkan aku.
hobi tetap diteruskan.
aku penah kena tangkap sbb ponteng kls pastu secara biadap lepak kelas senior tingkatan 2.
hahahaha
pastu time aku rehat, aku rehat.
time senior rehat, aku rehat lagi.
kata skolah keturunan kan?
lalalalala


sesi naik ke pentas perhimpunan?
heh.
aku penah naik kat atas pentas tu 2x je.
satu.sebab aku borak kat blakang. p baris kat kelas org lain sbb nk bergosip.
dua. aku kena sbb blah balik skolah awai.
cilakak punya pengawas yg report tu.
aku hengat lagi.
nama dia azila!
grrrrr


Tingkatan Dua


heh.
ni peringkat yan agak mencabar.
pasai apa?
sbb aku asek kena hentam dengan cikgu ja.

biasa la.
senior skolah petang.
tingkatan 2.
hahaha pastu kwn baik kg aku lak dah masok skolah tu.
jadi junior aku.
mmg lahanat sket prangai depa 2 ekoq tu.
lagi la berkembang bakat aku.


di tingkatan 2
aku paling anti dengan 'geng bra hitam' ni yang diketuai oleh Hajar si mata ikan kaloi dan konco2nya yg terdiri daripada 5 orang ke semuanya.
ni geng malas pakai singlet ni.
pastu pakai bra hitam 6 ekoq tu.
sebatu nmpk tali bra depa.
pastu asek selak tudung ja dengan aksi2 kononnya cuaca sgt panas.
BITCH kan???


sbb tu aku tak suka.
tapi kwn2 aku yg jantan ni, tudiaaaa punya dok ligan(kejar) laaa.
aku tak suka bkn sbb jelez tapi geli.
jahat2 aku.
aku tak pernah cuba tarik perhatian lelaki sampai macam tu skali.
geng2 dibawah naungan aku, dikenali sbb asek naik perhimpunan.
bukan dikenali sbb dok angkat tudung konon2 panas.
hahahaha


kami memang mempunyai aliran kefahaman yang berbeza.
lalu geng aku n geng bra hitam ni mmg tak ngam.
plus plak si hajar mata ikan kaloi ni jeles dengan aku sbb bf dia slalu lepak umah aku 24 jam.
dah kau bodoh sgt pasai apa.
bf dia tu kawan baik amcik aku yang masa tu adalah mat rempit sejati kat daerah kg aku tu.
memang la 28 jam si Johan yang mmg sedia kala hensem tu dok lepak rumah aku sbb dok pulun setting moto dorang.


dan.
bila geng bra hitam ni lalu.
mmg muka aku 1 geng akan jadi 3R la.
bukan rilex, respect, respond.
tapi Rhepot, Reput, Remot
(ni bahasa utara, sila rujuk kamus di bawah nanti)

kamus:
rhepot= tua berkedut
reput=reput la
remot= berkedut


kan aku kata hajar mata ikan kaloi ni mmg bitch.
boleh dia fitnah aku dok pulun goda bf dia kat rumah.
bila bf dia dtg rumah aku.
aku pulun pki hot pant segala.
tapi johan syg dia bukan suka tapi geli.
merata dia jaja fitnah tersebut hingga sampai ke telingan amcik aku.
skolah??
heh.
tinggai bilik guru ja xtau.


sampaikan effect mulot bitch dia.
ada laki yang nak test aku la!
mmg aku hilang sabaq la wei.
aku sket punya suci.
tapi sbb mulot dia, aku difitnah.


sebagai balasan.
budak laki yang mai tanya leh nak test aku dak tu kena tampar dengan aku.
dah tu, aku lututkan 'barang"dia skali sampai biru muka2.
haaaa, amek.
nak test skali kan?
sedap tak abaaaang???
=p


dan hajar si mata ikan kaloi a.k.a bitch murahan tu mesti di ajar.
lalu, aku dan geng basikal p skolah mula setting nak gaduh.
heh.
tak payah bantuan tenaga lelaki.
stakat geng bra hitam tu yg asek tau tempek bedah tebai2 pastu selak2 tudung tu.
aku sorang leh tumpaskan.
cetttt.


lalu.
balik ja skolah.
aku tunggu hajar bitch tu kuar pagar skolah.
sumpah wei, 1 jam aku tunggu dia takot kuar.
pastu dia sgt bijak bila tepon pak sedara aku.
cam sial.
pak sedara aku cikgu kat skolah keturunan aku tu.
aku punya la sorok aku ni anak sedara beliau.
tapi hajar ni yang mmg suka kaji hal keturunan aku.
bocorkan dan skali lagi dia fitnah aku macam2.


dan.
hajar si mata ikan kaloi yang aku tunggu tak mai tapi pak sedara aku yang mai.
babi la.
kena khutbah jumaat 1 jam.
pastu tak abes kat situ.
balik rumah malam tu dia mai lagi.
nasib bapak aku takde.
kalau tak.
aku rasa aku tak hidup dah.


cettt.
hengat aku tau serik kau main pak sedara aku??
bitch mcm kau perlu di ajar.


apa lagi.
aku xdapat time balik skolah.
aku wait b4 g skolah.
apa susah.
tunggu punya tunggu, dia muncul.
kebetulan mmg sorang2 lak.
heh.
memang aku hentam dia abes-abesan laaa.
maap.
bukan aksi tarik2 rambut ea.
aku tak suka skill tu.
aku kan ada taekwondo.
sia2 menang tonemen kan?
sehengat aku la, aku tahan dia.
dia ngelak2 tapi benti jugak.
sambil mulot dia macam2 kata kat aku.
aku sepak basikal dia.
heh.
memang lembik la minah tu.
baru sepak basikal, dengan tuan2 basikal dah jatuh.


pastu dia memang maki aku la.
besa la pompuan.
maki memaki mmg berlaku la.
aku hengat lagi.
aku sempat sepak dia yang tengah terjatuh tu pastu tolak kepala dia.
hahahaha puas!


rasakan kau ikan kaloi.
nak sgt cari pasal dgn aku.


siang2 lagi aku dan stanby.
siap ponteng skolah agik punya nk cepuk kau!
yesss.
puas!


melalui laporan kwn2 aku.
dia tak dtg skolah.
pastu bf dia johan lak sebok datang rumah aku tanya aku pasai apa.
heh.
depan amcik aku, aku bgtau mamat hensem tu hal bagi pihak aku.

" eima xbuat apa pon. sepak basikal skali. sepak dia skali.tolak pala dia skali. cukop la kan. bayaq balik dia dok fitnah eima sampai ada laki mintak izin nak test eima.apahal. johan kenai eima jenis bitch mcm gf johan tu ka? macam eima xtau johan nk pakai dia ja. tak payah nak back up dia la."


hahahaha muka si hensem tu meram padam.
ok.
sangat hensem.


aku tau dia malu dgn kenyataan tu.
lalu, dia mintak maap bagi pihak aku.
n cuba suruh gf dia cool.
heh.
apa aku kesah dia nak cool ke x.


aku hengat lagi.
amcik aku kata kat aku pas johan balik.

" adoi, adik2. amcik baru nk p cari jantan tu. hang dah p settle sendiri. cepat gila. jaga2. pak ndak (pak sedara aku) mesti masuk campur"


heh.
amcik aku cool.


panjang lak kisah ni.
aku sambung esok leh?
penat nak taip.


ok.tipu.
acah je.
hahahaha tak rock la simpan2 story
=p


keesokan harinya.....
macam yang aku agak.
aku kena panggil dengan cikgu disiplin skolah.
hahaha
bukan aku ja.
1 geng aku yang terdiri 8 orang kesemuanya.
(mak aii, ayat skema)


konon2 rundingan damai la ni.
sapa lagi yang report kalau bukan ikan kaloi tu.
kali ni mmg macam2 la tuduhan dia.
aku ni tubuh geng kaki pukul student pompuan la.
aku ni suka sekat (tahan) budak2 yang aku tak puas hati bila balik skolah laa.
aku ni suka pecah masuk kebun cikgu la.
aku ni anak sedara Cikgu Adnan tapi prangai memalukan pak sedara aku la.
geng2 aku ni kaki ponteng kelas la.
suka blah balik skolah awai la.
ponteng solat la.
sume kesalahan jenayah geng aku buat la.


dah kau.
yang geng kau beromen bercumbu2an kat tangga bangunan blakang tu tak mau story lak.
bodoh!


tak payah la kau nak bela diri eima jer.
dah bapak sedara aku tu pon back up dia.
sebab apa??
nak jaga nama sendiri.
cettt.
sedangkan mak aku dah terangkan semua.


aku diam je.
geng2 aku ja yang potpet2 bela diri.
bila sentuh bab bapak sedara.
aku mmg touching bila dia lnsg tak berunding dan dengar penjelasan pihak aku tapi terus2 hukum aku.
nak jaga nama beliau.
biar je la aku ni nmpk mmg jahat tak masuk dek tegur.


lalu.
hasilnya aku diturunkan kelas.
ni mmg hukuman paling aku tak boleh terima.
bila org buang aku dari kelas 1st bukan sbb aku bodoh tapi sbb nak jaga repurasi kls.
cam haram!
konon2 aku ni tahi la dalam kls tu.
geng2 aku lak.
kena tulis rekod la dalam rekod skolah.


wei.
sampai mati aku tak maapkan hajar mata ikan kaloi tu.
dan sampai skrg ni aku masih berkecil hati dengan pak sedara aku tu.
kalau nak adilkan orang, beliau perlu panggil dua2 pihak.
kenapa tak panggil aku??
terus2 dengar cakap bitch tu.


bila sume cikgu dah tau aku anak sedara cikgu adnan.
maka, tahu lah dorang rumah aku.
start je hari tu.
aku buat hal ja.
sampai la cikgu skolah aku kat rumah aku tu.
sumpah aku tension!


dan penurunan aku ke kelas no 2 tu telah buat aku hilang mood nak jadik budak nakal agik.


hajar tu plak, aku dah hancuqkan rumah tangga dia dengan johan tu bila mana dengan sengajanya aku bagitau kat dia yang johan tu nak "pakai" dia ja sambil aku tunjuk kat dia gamabr johan berpelok2kan dengan gf sebenar beliau di waterfall.
pic sponsor by: amcik gua laaa
hahahahaha


dan aku jugak bagitau hajar ikan kaloi tu.
semua benda2 tak senonoh dia buat dengan johan tu.
semua abg2 aku tau.
semua budak2 kg aku tau.
sebab johan dok pulun cerita.
hahahahaha

cerita2 lucah itu jugak sponsor by: amcik gua agik.


hahaha sape leh tgk adik sendiri kena buli mcm tu ja??
hahahaha padan muka kau ikan kaloi.

ikan kaloi pon malu tak terkata lalu mengambil keputusan untuk bertukar skolah ke kl.
hahahaha.
dah jadi bohsia jgn pilih jalan hitam mungkin dia kat kl nun.
=p


aku frust bila kn dok kls no 2.
start tu, aku pulun blajaq sbb nak masuk balik kelas no 1.
aku tak bleh sket bila aku rasa aku cam bodo.
cettt.
dan hasil ketekunan aku mmg dapat tentangan hebat geng2 aku sbb tak peduli dorang sgt dah.
pastu naik je tingkatan 3.
aku mula serius dengan masa depan.
no more notie2.
lebih focus!
mati dah sorang setan dalam skolah tu.
sekian.


pikir balik.
bagus gak sume2 tu jadi.
tapi mmg real bitch la kau hajar mata kaloi woi!


Eima Jer: takde sambungan dah. ni paling tragis. huhuhu aku agak bangga dengan diri aku sbb nakal macam mana pon aku, aku tetap nak yang terbaek untuk pelajaran aku. tu prinsip aku. masa depan wei. masa depan. dan johan plak, mmg lepas hari tu dia mmg malu nak tegur aku lagi. dan slalu mintak maaf kat amcik aku dengan apa dah jadi kat aku. frust sbb hajar blah?? heh, mamt tu elok ja bahagia. =p


p/s: skrg ni geng2 aku xtau p mana dah. tapi yg aku tau semua dah kawen n keje kilang. takde yg sambung blajar pon. geng bra hitam tu plak, bila dah besar2 ni elok je tegur aku. siap blanje minum lepak2 lagi. dan semua pon pakat dok kawen bagai dah. dan bila jumpak semua2 geng nakal2 dulu. mesti dorang tanya aku:


geng: hang buat apa lani eima?? dah kawen lum??
aku: aku blajaq lagi la wei. nak kawen apa nya.
geng: blajaq? kat mana??
eima: Utm Skudai.
geng: wei. tak aci. jahat sama2 tapi aku dok keja kilang tapi hang masuk U.


hahahaha lu pikir la sendiri wei.
=p

p/s 2: kalau ada silap heja, buat2 paham ja la..malas nk betoikan laaa

Sesi Bertemu Madu Sayangness Aku

Honey Is Madu

ok.
tanpa tak disengajakan.
tetibe sabtu hari tu aku plan nak balik hometown aku iaitu Bagan Serai yg indah.
ya la.
"hujan emas di negeri org, hujan batu besaq2 kat negeri sendiri..p kutip sume emas tu hangkut la bawak balik negeri sendiri"

bijak..bijak...

ok tipu.
aku bebai dengan senet asek nak p main futsal ja even weekend pon.
lalu aku majuk.
"abg hantar saya balik rumah mak saya"
auw!!
hahahahahahaha

ok.
melalut.
maap.


sesi pulang ke rumah sbb nak tgk baby Qis anak amcik aku yang makin bijak itu.
pastu dah pandai derhaka tak suka kat aku.
cettt.

Photobucket
baby derhaka


sebelum balik rumah, singgah jumpak madu dulu.


yeah.
layan pic dulu la.
xpayah aku terang lagi madu aku tu sapa n bla bla bla.
pasai apa madu??
heh. baca entry ni.
aku siap rajin bagi link lagi.
'aku chomel'
tau manusia ni makin berteknologi makin malas.
teknologikan diciptakan untuk melahirkan manusia yang makin malas n ngengada.
contoh?
aku.
senang.
hahahahaha

dah2.
melalut lagi.

Photobucket
ratu ghenyeh

kamus:
ghenyeh=senyum

Photobucket
abaikan perbezaan kegelapan kulit aku..hahaha haram laa

Photobucket
KAMI =p

Photobucket
KAMI version merah perkasa. hahahaha


ok.
apa aku boleh kata.
my madu memang GOSSIP GIRL PARTNER aku yang TERBAEKKK laaaa.
2 jam bergosip tanpa henti dengan hanya berbekalkan milo ais kaw sudah cukop!
ngeeee
tanpa mencontrol volume suara yang macam pakai mekropon dah..
tapi kami tetap bahagia.
hahahaha persetankan orang sekeliling.
saja la tu.
nak mengorat la tu.
lalalalala
=p


sumpah akan rindu n rindu hang lagi madu oit.
thanx sbb sudi dengaq n share problema2 aku.
terbaik la ang.
awat la ang kat UUM hutan madakaskar sana.
klu sama UTM kan bagus.


ok.
pasai ang propose aku jadi lesbian partner tu.
i'll think bout it in serious.
hahaha lelaki men-fade-up-kan.
sumpah!


eceh.
kenyataan.
mau kn tangkap dgn jabatan agama lak aku.
"membuat kenyataan yang diluar batas2 kerohanian yang baik"
lalalalala


act.
otak aku sewel sket hari ni.
pagi2 lagi dah melalak.
cam haram la pagi senin kali ni.
thanx madu.
sudi dengaq luahan hati batinku.
now dah pulih.
ok.
dah leh berblogging balik.


ok la.
xmau tulis dah.


btw.
aku dapat perlepasan abeskan internship awal sminggu.
great!!
yippy.


ok dah.
bersurai.


Eima Jer: Apa korang rasa bila tengah sengkek kelaparan nak shopping tetibe saja gatai2 p check CIMB kot2 ada durian runtuh. tetibe memang ada 5 6 rat?? hahahaha heavenkan? sumpah aku loqlaq p bawak keluar semua duit2 tu dengan alasan takot bank amek balik?? hahahaha annoying gila kan?kan? budget mcm klu bwk kuaq sume, bank xleh amek balik. heh. thanx UTM. baek hati. lalalala

kamus:
loqlaq= tak senonoh

June 19, 2009

Tingkatan Satu



ntah budak skolah mana laaa aku ciplak


tetiba teringat zaman skolah tingkatan 1 dan 2 dulu.
aku ni punya la nakal.
degil nak mati.
bila pikir balik prangai skolah2 dulu, sumpah memang erti kata nerd lansong takde dalam kamus hidop aku.

Tingkatan 1

aku pelajar pintar UPSR. heh. tapi haram lansong tak dapat mana2 panggilan dari skolah2 asrama penuh. aku mmg frust abes. masa zaman tu, kalau dapat masok asrama penuh ke mrsm ke sure mak bapak kembang kempis hidung menahan bangga la. alaaaa, aku kan budak kampung. membesar di kampung. tapi kesian mak aku. tak dapat kembang kempiskan hidup kat jiran tetangga sebab skolah turun temurun keluarga aku tu jugak aku di campakkan untun meneruskan sesi skolah menengah. kesian aku.


aku mmg tak sudi lansong act masok skolah ni. tak payah la aku sebut skolah apa. bukan ada yang nak amek hal pon. cukup sekadar aku gelar skolah keturunan sbb dari zaman mak aku lagi skolah ni dah ada. semua keturunan aku masok sini. tak style lansong skolah ni. harap ada pokok ru besar cantik tempat dating semua pelajar konon2 nak study je pon. yang lain, buruk je.
almaklumlah,
aku kan pelajar pintar upsr.
tak sepatotnya aku kat sini.
heh.


masok seminggu aku kat skolah keturunan ni.
aku mmg fade up la nak blajar2 ni.
umur pon dah masok zaman akil baligh (on da way, belum agik masa ni).
zaman perubahan hormon.
umur2 remaja memberontak.
ya. aku juga tak pernah lepas dari umur2 memberontak ni.
tapi aku memberontak malas belajar.
dengan prinsip bodoh masa tu.
"blajaq pulun2 pon bukan boleh masok asrama penuh pon"
hahaha macam bodoh je kan prinsip tu.


masuk je skolah keturunan ni
aku masuk kelas no 1. biasa la.
lansong tak baik dengan clazmates aku sbb semua dorang nerd2 belaka. adoyai.
alaaa, yang jenis bungkus bedak dalam kertas tu.
pastu ada cermin kecik 1.
jap2 tengok muka kat cermin.
jap2 tempek bedak.
jap2 betui tudung tu.
hahahaha boleh plak aku masuk dengan budak2 macam tu.
sedangkan waktu tu, BMX milik amlan(abg aku) dan bertukar tangan kepada aku.
paham2 la kan?


masa tingkatan 1 ni.
hampir setiap hari aku kena pulau dengan student pompuan kelas aku.
sebab dorang kata aku ni just kawan dengan dorang dalam kelas je.
kat luar aku ada geng lain.
dah kau.
takkan la nak ajak aku join korang tempek2 bedak belek2 muka kat cermin segala bagai?
pastu balik skolah jap lagi, aku pulun kayuh BMX??
masyukkkk ke?????
huh, peduli hapa aku.


masa di tingkatan 1 ni.
aku hanya rapat dengan budak2 cina kls aku.
semua ada 8 orang.
cina2 pandai.
bukan cina laut macam mak aku kata 'keturunan lanun laut tu'.
hahahahaha
bebudak laki kls aku??
sumpah aku jarang cakap.
macam tak wujud pon ada gak dalam hidup aku masa tu.
mak elergic kwn dengan lelaki2 nerd ni ok nyaahhh!!

dan siapa geng aku??
sudah pasti semua student bermasalah dari kelas paling blakang skali!
hahahaha.
ntah la, aku rasa tenang kwn dengan dorang.
tak ke bodoh kan masa tu.

maka,
sesi persekolahan menengah aku memang dipenuhi dengan aktiviti2 bodoh.
hahaha tapi benda2 bodoh tu jugaklah merupakan kenangan2 yang masih segar aku ingat sampai skrang.
otak aku ni sewel sket la.
memory asek hengat benda2 yang jahat ja aku buat.
yang baik2 macam jadi ketua kumpulan nasyid tu xmau hengat.
haish!


contoh aktiviti permenant yang aku buat sampai la ke tingkatan 2 adalah menukar kertas jawapan exam dengan student cina melalui perjanjian kerjasama yang telah dipersetujui.
aku bagi jawapan untuk paper BM n Sejarah.
Dorang bagi aku Math n Sains.
maka,
sure la result aku gempak.
kelas jarang gile masok tapi result tetap top 10 u!
dan sebab tu aku bodoh sains!
hahahaha


seterusnya adalah sesi memonteng solat zohor dan asar secara berjemaah.
oh ya. aku skolah petang masa tu.
sesi pemontengan solat tu kami 1 geng penuhi dengan memecah masuk kebun2 buah milik cikgu kemahiran hidup yang dijaga rapi.
rekod aku penah buat, panjat pagar kebun tu semata2 nak curik anggur dia tanam.
masa tu tengok anggur dapat hidup kat mesia abes bangga la klu dapat p petik makan.
walaupon masam tak hengat.
kesian cikgu tu.
aku rembat abes!
sebiji pon tak tinggai.
lagipon masa tu cikgu tu p kursus.
line clear.
hahahaha dan segala buah kedondong mangga belimbing dalam tu kau tak payah la nak cakap.
memang disapu bersih la.
tinggai cempedak je aku tak amek.
bukannya lapaq.
tapi tu la.
benda bodoh saja gatai nak buat.


dan aku jugak mempunyai masa PJ yang banyak skali dalam 1 minggu.
kelas aku pj aku pj
kelas org lain pj aku salin baju p pj gak.
memang hari2 la aku bawak baju pj.

tapi yang aku bangga masa tingkatan 1 ni.
bapak aku yang garang tu lansong tak dapat hidu aktiviti durjana aku kat skolah.
walau pak sedara aku cikgu kat skolah tersebut.
aku jugak bangga sebab lansong tak pernah terlibat dengan dating2 kat tangga skolah atau pulang berdua2 keluar pagar skolah sbb aku tak pandai cintan2 tu lagi.
dan aku jugak bangga walau aku jahat tak masuk kelas bagai, paper agama islam, sejarah n BM tetap aku maintain A.
tak tiru ok.
orang yang tiru aku.

dan aku masih kukuh berada di kelas no 1 walau prangai aku.
ado la clasmate je yang tau cane.

eima oh eima

Eima Jer: Hahaha bila hengat zaman nakal aku, cam pelik lak aku boleh masuk u skrg ni. hahaha mak aku pon pelik sampai skrg. sbb mak aku kata, bila tgk prangai aku zaman tu, mak aku mmg tak penah set aku akan p u. hahaha

p/s: Tingkatan 2??? akan bersambung isnin ni..

June 18, 2009

ABAH

sekadar tatapan percuma


ini entry khas sempena sambutan hari bapa sedunia end of this week.
knape awai??
saje je.
sekadar nak ingatkan korang2 semua yang mana bapak masih sihat menjalani hidup.
jangan lupa wish ok!

aku lak.
terpaksa akur dengan kehendak Ilahi.
arwah abah dah pergi menyahut seruan Ilahi kira2 6 tahun yang lalu.
semoga arwah diberkati dan sentiasa dirahmatiNya.
Al-Fatihah buat beliau.
amin.
makaseh.
=)


cerita bab ayah, aku sebagai anak yang sudah kehilangan seorang ayah.
aku paling tak boleh blah bila dengar sesetengah anak yang lansung tak mesra dengan ayah dorang. ada tu yang aku dengar, bertegur sapa pun tak. cakap sekadar menjawab soalan2 si tua je. tu la anak hasil teknologi zaman sekarang.
sedangkan.
tahukah anda bila perginya insan yang bergelar ketua keluarga itu,
maka sesebuah keluarga tu seperti kehilangan gam gajah yang meng-gam erat ikatan kekeluargaan tersebut.
seperti sebuah rumah yang kehilangan tiang serinya (tiang utama)
seperti kapal pirate yang kehilangan Jack Sparrow nya lalu terumbang-ambing.
tahukah?
aku tahu.
sebab aku sedang merasakan perubahan itu.


ayah.
segarang mana pun beliau.
beliau tetap ayah.
kita dari beliau.


ungkap kisah ayah.
arwah ayah aku memang terkenal dikalangan kami adik-beradik sebagai seorang ayah yang sentiasa menggunakan kuasa vito beliau dalam memerintah kawasan jajahan beliau.
sangat super duper garang.
muka beliau sudah.
penuh dengan tahap keseriusan tahap gaban.
seorang peng-conquer tv yang sangat berjaya.
suka akan berita dunia jam 10, wwf, semua filem P.Ramlee, Mydin pelakon tu bukan pasaraya mydin.
pengganggu tumpuan dan penghayatan aku tiap kali tengok drama kantonis sebab nak tibai aku solat magrib lambat.
ye la, masa dulu cite cina kan slalu main pukul 7-8 malam.
tension tui.
tapi bestkan ada ayah?


hidup aku di bawah penjagaan beliau memang penuh rapi.
segala kemahuan aku akan dituruti beliau.
tapi senyap2 je dia sediakan apa aku nak.
macam silap mata tu.
ting! terus ada.
sronokkan ada ayah??


bila hari ujan dan terpaksa antar aku p skolah.
aku dah bleh tau yang aku akan dapat duit blanje skolah sebanyak rm10.
hahahaha mak aku nk bagi byk tu?
huh.
rm2 xpenah2 naik.
sronokkan ada ayah??


ayah aku seorang yang sangat garang dan lansong tak openminded.
kau jangan harap la dapat bawak kawan2 skolah laki mai raya rumah aku.
mampos kena hambat keluar nanti.
hehehe hasilnya, sampai form 4 kawan2 laki aku tak pernah datang raya rumah aku.
kesian mereka.
dan mengikut pengiraan aku, talipon rumah aku tu dah 8x berkecai sebab beliau hempuk bila aku ditangkap sedang bergayut dengan jantan2.
hahahaha.
rock babe.
tapi aku tau, beliau nak yang terbaik untuk anak perempuan dia.
dia tau aku degil.
aku boleh buat apa yang aku nak.
sebab tu beliau halang.
taknak aku jadi gadis liar pada umur baru mencecah belasan tahun.
kalau serah kuasa kat mak aku??
hmmm mak aku terlalu cool.
bestkan ada ayah??


aku ingat lagi.
masa umur aku 13 tahun.
aku nak basikal BMX nak bawak p skolah.
gile cool aku rasa masa tu kalau dapat basikal tu.
dan hasilnya, abah aku nak bawak aku pi kedai mamak gunting rambut untuk botakkan kepala aku. dah kau, nak jadi jantan sangatkan nak BMX bagai.
aku hengat abah main2, aku sengih2 kerang la.
tgk2 memang betui dia heret aku masuk keta.
waktu tu aku memang menangis la wei.
kau gila.
dah la rambut aku masa tu panjang sampai ke bontot!


abes bab BMX, next month tu aku mintak izin beliau nak masok taekwondo lak.
hahaha tak abes2 cari pasaikan??
kena la mintak izin sbb mana nak dapat duit beli uniform.
kalau uniform sengget 2 je, aku dah p senyap2.
tau ape aku dapat???
abah nak bagi aku benti skolah waktu tu jugak.
nak sangat jadi jantan.
amek kau.
tapi macam aku kata tadi.
mak aku cool.
senyap2 mak hulur duit beli uniform.
masuk la aku taekwondo tu senyap2.
sampai la aku masuk tonemen(saja eja mcm ni) peringkat skolah2 perak dan MENANG lalu bawak 2 pingat emas bagi abah aku.
baru hari tu dia support aku gila2.
dah insaf xnak bagi aku kawen agik.
hehehe kan best ada ayah?? kan??


tali pinggang.
hahaha bukan black belt taekwondo tu yg aku nak cerita.
tapi sesi merotan.
aku adalah anak perempuan abah yang telah berjaya memecah rekod tradisi kakak2 aku.
rekod apa?
rekod yang anak pompuan sure tak kene tibai dengan tali pinggang mcm mana abang2 aku kena kalau nakal sangat.
tapi aku??
3 kali ok aku kena tibai dengan tali pinggang.
sakit tak payah nak cakap la.
1st tu sebab salah paham semata.
suatu malam mas atu aku form 2, abah cari aku dalam rumah tak jumpa.
dan beliau jugak terlupa yang rumah beliau tu agak besar.
cari tak abes tup2 nampak aku terus amek tali pinggang pukul aku.
dengan alasan aku keluar rumah malam2.
terkencing kot aku.
sakit plus terkejut.
dah tu, aku tak salah kot.
abah2.


2nd plak, sebab aku gi kedai pastu gatai tangan p gayut telipon kat public fon kampung aku tu.
kau jangan wei, bapak aku pantang sket anak2 dia gi bergayut kat public fon tu.
aku pon musykil pasai apa.
hahaha dia yang kebetulan lalu kat situ setelah balik dari masjid bersolat asar, lalu ternampak lah aku.
apa lagi, sampai ja aku kat rumah.
beliau dah standy manbai dah dengan tali pinggang nak sebat aku.
kena lagi.
skali lagi aku terkencing.
hahahaaha sakit bodoh!


dan yang 3rd tu masa umur aku 15 tahun.
aku keluar rumah tak mau pakai tudung.
pastu aku curik2 potong rambut pendek gile vavi macam jantan masa tu.
memang mencabar keegoan lelaki bapak aku la.
abah memang pantang kalau aku mintak nak potong rambut.
kalau boleh dia nak rambut aku panjang sampai macam langsuir tu kot.
hahaha sape suruh gatai pi potong.
dah tu berlagak segak degil takmau pakai tudung bagai.
haaa amek kau!
nak jadi jantan sangat.
kali ni lagi dasyat skill bapak aku sebat aku.
mula2 beliau attact aku, slow2 je dari blakang pastu lilit leher aku dengan tali pinggan tu pastu macam2 dia bebel kat aku pastu papp terus kena sebat gila2.
amek kau!
dah terasa nk berak dah aku time tu.
aku jenis tak nangis bila kena sebat.
tapi aku tahan sakit sampai terkencing laaa.
hahaha
yang mak aku lak, pulun nangis macam anak mak ni nak mati.
hahahaha lex la mak.
adik kan rock!
=p


tapi bila pikir2 balik.
aku asek kene sebat je ni.
sebab tu skrg ni aku jadi orang kot.
bukan sampah masyarakat kat luar sana.
aku tak pernah berdendam dengan abah aku.
bagi aku.
tu satu kenangan zaman2 remaja aku bersama arwah.
kakak2 aku tak dapat rasa.
aku je.
kire untung pe.
hahahaaha
sronokkan ada abah?


dalam family aku.
rekod yang paling banyak kena sebat, tentulah aku dengan amcik aku.
kebetulan muka kami memang iras.
dan kami tau, kami berdua adalah anak kesayangan beliau.
anak yang sentiasa nama disebut2 beliau.

dan ditakdirkan jugak.
asa arwah nazak nak hembuskan nafasnya yang terakhir,
aku dan amcik aku yang berada disebelah telinga kanan dan kiri beliau tak henti2 mengiringi arwah mengucap dua kalimah syahadah.
semua anak2 lain tak cukup kuat nak lihat abah aku yang bakal pergi.
tapi ntah kenapa aku sangat kuat dan hati sangat kental nak menghantar abah pulang ke pangkuan Ilahi.
mak aku 2 kali pengsan.
kakak2 aku lagi laaa.
nangis sampai pengsan2.
tepat jam 10.15 malam, khamis malam jumaat, 17 ramadhan bersamaan 21 Nov 2002..
arwah abah pergi selamanya.
tu kata orang sekeliling.
tapi bagi aku dan amcik yang berada dekat dengan beliau.
hanya kami sahaja tau.
abah masih bernyawa dalam tempoh 15 minit dan hanya mampu menggerakkan kening.
dan hanya kami tau, abah pergi selama-lamanya tepat jam 10.30 malam.


alhamdulillah, arwah pergi dengan sempurna.
cukup sempurna.
aku mengiringi arwah hingga ke liang lahad.
ya.
aku dan amcik.
anak yang slalu disebat beliau.
anak yang dah beliau bentuk hati menjadi kuat dan kental.
dan kami jugak adalah anak yang lansung tak mengeluarkan air mata setitis pon semasa mengadap arwah nazak.
bukan tak sayang tapi ntah kekuatan apa yang sedang merasuk hati kami ketika tu.


dan aku hengat lagi.
aku hanya mula menangis bila arwah abah mula dikafankan.
dan saat muka beliau sudah mahu ditutup untuk menyempurnakan pengkafanan mayat, masa tu baru air mata aku gugur menyembah bumi.
ya.
aku takkan lagi dapat melihat wajah tersebut selama2nya.
sangat sebak!


aku masih ingat lagi.
sepulangnya kami dari kubur.
aku dan amcik masuk bilik abah.
kunci pintu.
lalu menangis macam orang gila ber2.
air mata yang aku dan amcik tahan.
sebab mahu abah pergi dengan tenang.
kami tahu.
kami berdua yang terlalu beliau sayang
dan kami berdua jugak yang paling degil dan nakal.
abah dah didik kami abah.
abah dah lepas.


adeh.
sedih lak.
dah la xnak tulis lagi.


kepada korang yang masih ada seorang ayah.
hargailah.
hargailah masa2 anda bersama beliau.
ayah sentiasa mempunyai ego lelakinya.
dan sebagai anak, layankan je.
sebab bila beliau dah pergi, segala benda yang kita tak puas hati tentang bapak kita tu la kenangan yang paling indah untuk kita ingatkan beliau.
contoh macam aku la.
kenangan disebat!


Lastly,
SELAMAT HARI BAPA
aku ucapkan buat:
Arwahyarham Ayahda Yussof Bin Hasan
semoga abah sentiasa diredhaiNya

serta

SELAMAT HARI BAPA
jugak aku ucapkan buat:
Abah Baharin(mertua)
semoga sentiasa dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
jutaan terima kasih atas kasih sayang yang dah diberi.
abah memang cool!




Eima Jer: penceritaan di atas tiada kene mengena dengan siapa2. hanya aku dan aku.sekian.