June 30, 2011

Bahasa Jiwa #24



ketika sekeliling menikam kau
sewaktu sekeliling tanpa kau sedar menolak kau jatuh ke dalam gaung kecewa
pijak dan bodohkan kau tanpa ada rasa kita sesama manusia


aku masih ada untuk semua keadaan KITA


kerana aku tak berminat menjadi sebahagian daripada mereka
aku tak kejar bahagia dengan jalan pintas
redah apa sahaja
cantas apa yang perlu
tanpa berfikir
hidup ini punya KARMAnya
yang sentiasa berputar selalu adil saksama




aku sedikit MARAH
bila kebahagian kesayangan aku diganggu



walau aku tak bisa berbuat apa
TAHU yang tidak masuk campur
aku tetap punya rasa sedikit marah
kerana ia libatkan kondisi hati kesayangan aku



terus tabah ya
aku masih ada untuk kau
selalu dan sentiasa
tanpa kau tahu
dan mungkin kau tak perlu akan ia



tapi aku masih ada
;)



June 27, 2011

Ya, mungkin




masa tengah tunggu officemate settle hal-hal dia
wasapp bebunyi
seorang kakak yang agak rapat luah perasaan tentang isu hati
tentang cinta lama
tentang rasa yang pelbagai



secara jujur
diskusi di wassapp tadi sedikit menyentuh hati aku
kakak, hati aku jugak sebenarnya runsing
minda aku jugak sebenarnya serabut
tapi runsing dan serabut itu tak aku tahu nak ungkap nak kongsi macam mana
terima kasih ya sudi pinjam bahu aku
tak sangka kau hulurkan titi untuk aku luahkan apa yang terbuku
lega
sumpah lega



aku dan kau
memikirkan benda yang sama
yang boleh buat kita takot akan masa depan



3 tahun tu terlalu lama
sekeliling terlalu mendesak
aku semakin kemarau alasan
macam mana mahu fahamkan insan yang patot faham



ibu semakin beransur usia senja
ah
fikirkan ibu
kata-kata ibu
harapan ibu
impian ibu
lagi buat aku hiba
aku buntu
sedih dan terus memendam


ini hidup yang dah ditentukan Tuhan untuk aku
masih punya kekuatan untuk lalui
mungkin
ya, mungkin







June 26, 2011

Nasi Goreng Ketam Dan Madu Saya



ini entry lapuk mendam berahi
HAHAHAHAHA
lupa nak updated hari bertemu Hunny Madu Chenta Kaliau saya


lepas habis je wedding angah hari tu
periuk belanga semua dah gosok bersih
hati mak abah dah gembira senang hati tersenyum gembira
madu pon mulalah menjerit ajak jumpak


makanya kami decided nak jumpak kat JURU sahaja
sebab ajie memang owe me Nasik Goreng Ketam Juru
dah sangat lama dah hutang tu tertangguh
sebab penulis pon dah lama tak balik penang
T__________T


Ini nasik goreng ketamnya
tapi ketam je saya sempat amek
nasi gorengnya lupa plak nak amek
hahahaha nasi goreng dan orang asia tak dapat dipisahkan
macam iklan CIMB tu
hahahah
makanya imagine la sendiri nasi goreng tu macam mana
haishhhh!

ini Hunny madu saya yang baru balik kerja
abaikan muka penulis yang tak siap tu
mata saya sakit
plus muka yang sangat letih memang tak manage pape lansung
HAHAHAHAHAHA

kami berdua memilih nasik goreng ketam sebagai menu pilihan tekak
mommy and daddy cool madu pon kami tapau nasik goreng ketam gok


ini plak nasi goreng sotong
^_____^
menu pilihan Ajie saya
banyakkana sotong tu kan kan kan
ini memang menu untuk seorang makan sahaja
samalah ketam di atas

tengok muka gembira plus senyum cacat boyfriend saya
ngeeeee




ini plak mee udang
menu pilihan Ajaq sayang
gemok woooo udangnya
melimpah ke ladang gandum



ini si Ajaqnya



dan ini hasil kerakusan perut kami semua
sekelip mata sambil dok berborak sakan



sekejap sangat jumpak madu
tak puas sangat
dah la payah nak balik



naaaaaaaaaaaak jumpak madu lagi
nak jumpak lelama lagi


madu, nanti kita lepak kat rojak tonggek plak okay??
ngeeeeeee



entry ni terhasil setelah frustrated dengan Stanza Cinta yang tak bersiaran malam ni untuk laluan konsert jom heboh yang tahi itu
ok bye!



June 25, 2011

Bahasa Jiwa #23




kau tipu aku
aku tahu



kau tikam aku
aku tahu



kau datang dengan tujuan
aku tahu



kau muncul dengan niat
aku tahu


kau terang untuk selamat
aku tahu



aku tahu dan aku diam



aku tak berminat dengan kisah lalu
makanya jangan terlalu risau
aku baek-baek aja
cuma kadang-kadang tergelak sinis
dengan rentak yang sedang kau main




ikhlas kau muncul itu
masih aku tak dapat rasa
dan kalau mahu diam, terus diam
mahu pergi, teruslah pergi
mahu tergantung biar sahaja terus tersadai di atas
aku tak berminat untuk berusaha
untuk sebuah hubungan yang tak punya keikhlasan dan kejujuran




mari bahagia dengan cara kita sendiri
itu mungkin yang lebih terbaek



p/s: semua yang jadi buat aku paling tenang tahu. terus delete yang punya dendam punya hati busuk itu dari hidup. dan kalau sekelilingnya mahu ikut sama. terserah. pergi. jangan lambai-lambai dengan niat tertentu. aku jijik. ;)


June 24, 2011

Cucur Jagung


Mari main masak-masak bersama EJ
dan macam biasa
mestilah masak-masak benda yang EJ suka makan SAHAJA
lalalalalalala!~



ini resepi Mak saya Mommy Saba dan juga resepi Mak Ajie iaitu Mommy Nab
kebetulankan
family saya suka makan
family Ajie pon sama gak



teringat lagi dolu-dolu
kali kedua jumpak Ajie
dia bawakkan bekal dari Penang
masa tu saya tunggu beliau balik dari Penang dengan penuh sabar di Hentian Pudu
auw!
masa tu dia balik untuk raya haji
saya plak hanya sambut di Kuala Lumpur sahaja
dia bagi saya rasa air tangan Mommy Nab iaitu KETUPAT JAGUNG +Serunding
dan
.
.
.
.
.
.
CUCUR JAGUNG
^_____^


masa tu feelin ala-ala sungguh berbunga tulip la kan
sebab kami sekeluarga punya kegemaran yang sama
Mommy saya pon suka buat ketupat jagung
dan sangat suka jamu anak-anak beliau dengan cucur jagung
auw!
samalah kita


ok habis imbasan kenangan lama as INTRODUCTION



sebab lambat lagi hari raya
saya taknaklah belajar masak-masak ketupat jagung bagai
TAPI saya nak main masak-masak menu berkaitan jagung iaitu
-CUCUR JAGUNG-
weeeee
^____^



okay lets go!


BAHAN-BAHAN:
-4 cawan tepung gandum
-2 tongkol jagung
-setengah biji bawang besar
-garam
-ajinamoto
-gula
-sedikit serbuk kunyit
-air suam




CARA-CARA:


senang sahaja. masukkan je 4 cawan tepung dalam bekas seperti di atas
masuk minyak masak dalam 2 sudu kecil
masuk air suam
kacau dan adunkannya
sambil tu masukkan serbuk kunyit sket
masuk garam, gula, ajinamoto
kacau dan adun jangan henti ye
^______^


bila dah comel adunan tu macam kat atas tu
masuklah hirisan bawang tadi


ok. bab jagung plak ada sedikit pesanan penaja
ini pesan Mommy Saba
masa hiris jagung tu
pastikan 2 layer yep
jangan sekali hiris je
sebab lagi nipis n hancur jagung tu lagi sedap
manis jagung tu nanti meresap dalam tepung
dan cucur anda akan jadi lebih wangi




masukkan la jagung tadi tu semua ke dalam adunan
kacau sampai sebati
rasa apa yang patot
dah bolehlah sambil-sambil tu panaskan minyak kat kuali



kuantiti minyak janganlah terlalu sedikit yep
masak ni jangan kedekut
niat nak bagi tekak orang n tekak sendiri makan
hehehehe


minyak dah panas
guna sudu teh tu
kau gorenglah jemput-jemput comel tu
ikot sukalah nak bentuk macam mana


tapi kalau Mommy saba n keluarga saya
suka yang agak leper macam kat atas tu
lebih garing



inilah hasilnya
nyum nyum nyum



hidang plak petang-petang ahad dengan air teh panas kan kan
fuyoooooo



ini juga kegemaran ajie sayang saya
^______^



selamat mencuba
kalau malas, datang rumah saya okay
saya buatkan


pesanan: cucur= jemput-jemput





June 22, 2011

YUEN vs SKULMATES = GATHERING


18 June, 2011
malam sabtu yang manis
yang meninggalkan kesakitan kepala hingga ke hari selasanya
HAHAHAHAHA


kenapa boleh sakit kepala??
sebab banyak gelak kahkahkah



kenapa gelak sangat banyak??
sebab malam sabtu adalah malam gathering kecil bersama skulmates sayang
^_____^




dah lama rasanya tak update story mory pasai skulmates
mari updated mari updated



actually Betty dah ajak saya kuar lepak sangat lama dah
tapi ntah apa yang saya busy ntah la
asyik tak jadi je
dah merajuk dah budak tu
penah skali dia kuarkan ayat puaka kat fb sebab bebai dengan saya asyik tak jadi je kuar lepak dengan dia
"ooo rambut dah panjang. patot la berlagak takmau jumpak aku"
HAHAHAHAHA
Bet, tahu tak hang punya ayat sangat comel! mintak penampaq tau sebab comel sangat
T________T



eh siapa Betty?
okay
ini Cik Betty shayang kami
nama sebenar actually faradilla
tapi since skolah dulu memang kami semua panggil dia Betty
my gorgeous Betty!



baeklah baeklah
nak cerita pasai gatheringkan kan kan


-ini DETAIL tempat kami bergathering-

Lokasi:

YUEN STEAMBOAT

credit: google
p/s: abaikan mamat baju merah tu T____T


It was my 1st time actually datang makan kat sini
itu pon suggestion cik Betty kita kat atas tu
katanya sedap lagi pada Floaming
^______^


Steamboat ni terletak di PJS 8, Bandar Sunway
alaaa, dekat Mentari Business Park tu
blakang Mcd


mari-mari saya tunjuk sket makanan-makanan sedap beliau

ini view dalam restoran ni
taklah selesa sangat macam floaming
tapi sumpah feeling HONGKONG okay
auw!!!

ini variety foods yang boleh kau campak dalam kuah steamboat kau
macam-macam
best!

p/s: semua gambar di atas adalah ihsan google sebab saya tak sempat nak ambil semua gambar di atas sebab sebok dok sembang!


TAPI
ada 1 gambar yang saya tak LUPA nak ambil
jeng jeng jeng


ini paling special yang ada kat YUEN Steamboat
Chicken Wings yang sangat super duper yummy!
good bye-lah chicken wings NZ Wangsa Maju tu lepas makan chicken wings ni
adoiii
teringat-teringat sampai today hokay!



habis bab foodies
now kita pergi kepada ahli gather pula



Ahli-Ahli Mesyuarat Yuen:

BETTY+EJ+DARLIN FARAH+AMREENA+ZIERA+KYN+SUE



Ini Datin Farah
si gebu yang sewel banyok
I called her Darlin Farah since skolah dulu
Dunno why

Ini Cik Kyn
senget jugak minah ni
tapi jangan tak tahu
KAPTEN ASYKIN actually

Ini pula Mommy Amreena
mama kepada si Mikael yang super sepet super comel
dan beliau jugak seorang mommy yang gebu!

Hey
ada sorang lagi mommy
ini Mommy Ziera
jiran katil sebelah saya masa zaman hostel dulu
lembut selalu
diam tapi garang
ini mommy kepada Adam yang comel

dan ini da housemate EJ
macam tak tahu
malas la kenal banyak
selalu je ada dia dalam entry saya
ngeh ngeh ngeh
housemate jangan maroh

penutup ahli mesyuarat Yuen adalah EJ aka penulis
hahahahahaha
^_____^



ini je yang datang that nite
padahal gather ni Cik Drunbella yang organized
tapi dia tak dapat datang sebab ada urusan peribadi



jom layan gambar kami on dat night
tak banyak sebab semua dok sebok makan dok sebok gelak dok syok menjerit
HAHAHAHAHAHA
Yuen memang sangat HongKong okay
hahahahahaha
Volume suara tu kena tinggi sket ala-ala nak buat latihan vocal
hahahahahaha
^____^


-KAMI-

say: 'taikooooo'
hahahahah

mommy and her baby, Mikael

Mikael super sepet
I likeeeee
Hmmm Adam enjin tak panas lagi
merap!

EJ and Betty

Betty amek berkat mommy!

dan ini gambar last before semua balik sebab sakit kepala
HAHAHAHAHAHA
yang migrain ada yang pening lalat ada
semua sebab Yuen yang feelin' ala-ala HongKong ni



apa yang boleh saya cakap
steamboat kat sini memang sedap dari Floaming tu
seyes
ada chicken wing syurga
cuma agak bising la
dan table memang 'Q' habislah
TAPI
kat sini memang UNLIMITED time



so, tak payah kejar-kejar sangat nak makan ok
hehehehehe




To all my skulmates sayang
tq for coming
nantio kita jumpak lagi tau


To: Bella
mai KL bawak Loewy hang!













June 19, 2011

Dua Abah




percaya atau tak
sehingga tarikh 22 November, 2002
tarikh pemergian abah selamanya mengadap Ilahi
aku tak banyak gambar kenangan dengan beliau



abah bukan seorang ayah yang mesra dengan anak-anaknya
tak mesra tak bermakna beliau bukan abah terbaek bagi aku
cuma sifat, karakter dan perwatakan manusia tu macam-macam
macam-macam itulah yang membentuk abah aku
-seorang ayah yang tak pandai nak tunjuk kasih sayang beliau melalui sentuhan, pelukan, ciuman-
senang cakap ayah aku memang tak mesra dengan anak-anak



dulu masa kecik
ada jugak jiwa ni skali skala memberontak
-kenapa abah aku tak macam abah-abah yang lain?-
pelok cium anak dorang
aku ni?
tak payah dicium
pegang bahu pon tak pernah
percaya tak?

tapi tak bermakna dia bukan abah terbaek untuk aku



cara abah tunjuk kasih sayang
lebih kepada cara beliau penuhi kehendak kehidupan aku
dan anak-anak dia yang lain
contoh:
melalui makanan


dulu masa aku masih skolah kat kampung
tak masuk asrama lagi
selalu tengok macam mana abah excited giler tiap kali dapat panggilan telefon dari kakak-kakak dan abang-abang aku di Kuala Lumpur sana
dorang cakap nak balik
woah lah
persiapan nak sambut anak menantu tu beliau dah start buat dari hari beliau dapat kabar gembira tu
penat mak aku nak melayan
*tersenyum


bayangkanlah
keluarga aku besar
aku ada 4 abang 4 kakak
yang dah kawen masa tu dah 4 orang
anak menantu plus cucu
dan setiap dari mereka akan abah siapkan makanan kegemaran masing-masing
SETIAP SEORANG
terpahat dalam minda dia
anak ini suka makan apa
anak yang itu suka makan apa
menantu punya makanan kegemaran apa
cucu suka apa
SEMUA
tak perlu ingatkan
tak payah diberi peringatan



itu cara abah tunjuk kasih sayang
yang bukan dari cara sentuhan pelukan mahupun ciuman seorang ayah



abah jugak akan sentiasa penuhi kehendak aku
yang tak memudaratkan
contoh:
sepanjang hidupnya
aku tak pernah sempat mengidam makan apa-apa dalam tempoh melebihi 2 hari
ting!
semua akan ada depan mata
peti sejuk tu penuh dengan semua makanan kegemaran aku
senang cerita
aku tak pernah suka pon pergi kedai beli jajan ke hape
semua ada di rumah



itu cara abah tunjuk sayangnya kat aku
walau aku tak pernah beliau pelok beliau cium
tapi aku tahu
kasih sayang beliau sama macam ayah-ayah terbaek lain kat dunia ni



masih segar dalam ingatan
masa tu aku tadika
peeegghhhhh merengek pada mommy nakkan PATUNG BARBIE tu
mak bukan ibu berkerjaya
hanya suri rumah sepenuh masa
kalau ada duit berkepuk pon
bukan beliau boleh nak ke pekan beli apa yang aku nak kan?



dalam keluarga milik aku
segala patung teady bear tu
bukanlah kegemaran
abah sendiri memang tak suka kakak-kakak aku main patung main beruang segala



satu hari tu
abah bawak aku pergi klinik
aku demam panas
keluar dari klinik tu
adalah kedai toys
aku ni jenis takut nak mintak
dalam hati ya Tuhan tak nampak dah mainan lain selain patung tu
tapi telan air liur je
ingat lagi
aku sempat sentuh je
mulut terkunci rapat nak meluahkan apa yang terbuku



abah plak buat dunno je
takde lansung isyarat harapan ke hapa
*kecewa yang amat



TAPI
tak sangka sungguh
esok pagi bila aku bangun tido
atas katil aku
bukan sekor je patung barbie tu
tapi ada 3 ekor tahu
patung biasa yang gemok
ada 1
teady bear ada 1
bayangkan perasaan aku masa tu
baru smalam telan air liur
sekarang bangun pagi dah ada depan mata
dengan kuantiti yang tak terjangka



aku tanya mak
kenapa banyak sangat
mak jawab simple
"takkan nak main sorang-sorang je. kawan-kawan lain tengok je? beli untuk semua la. bawak main dengan kawan-kawan lain. abah pesan"



sebab tu aku cakap
walau aku tak dibesarkan dengan pelukan dan ciuman seorang abah
itu tak bermakna
beliau bukan abah terbaek buat aku


-beliau ada cara beliau sendiri nak tunjuk betapa beliau sayang-



2011
dah hampir 8 tahun lebih abah pergi tinggalkan kami sekeluarga
sekejap je masa berlalu
*sigh



hidup tanpa seorang ayah ini adalah hidup yang PAYAH, tahu?
sangat payah



banyak kali aku mengeluh tentang hidup tanpa seorang ayah
mungkin abah pergi terlalu cepat
tak sempat lihat aku membesar
aku ke menara gading
semua tak sempat




tapi aku LUPA
di sebaik keluhan hati aku itu
Allah sebenarnya hantarkan aku seorang abah
yang hampir sama perwatakannya
untuk aku tumpang kasih sayangnya
untuk aku terus-terus rasa
aku ini masih boleh merasakan kasih sayang seorang ayah




ini ABAH BAHARIN
seorang abah yang berjaya buat aku rasa
aku masih punya seorang ayah hebat di dunia ini
dan seorang ayah hebat di dunia yang lagi satu



perwatakan yang hampir sama
kasih sayang yang hampir serupa
semua buat aku terlalu sayangkan beliau sekeluarga



terima kasih untuk kasih sayang yang menggunung ini




untuk ABAH YUSSOF dan ABAH BAHARIN:


SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA
Terima kasih untuk segala didikan teguran nasihat dan perkongsian kasih sayang
anda berdua adalah antara LELAKI TERHEBAT yang punyanya saya





p/s: terima kasih ajie. sudi pinjamkan ayah hebat awak untuk saya menumpang sayangnya. terima kasih tak terhingga.




June 18, 2011

Kerek Seorang Isteri


kalau cantik macam ni apa pon takpe
hahahahaha




Salam Sabtu
selamat berhujung minggu semua
maaf lama jugak tak updated blog sayang yang dah bersawang
lappy dah bagi anak buah balik dah
ni pon main blasah pinjam PC kat rumah ni
T_____T




saya nak bercerita tentang KERJAYA saya
hahahahaha
agak bosan
tapi saya memang sedang KECEWA dengan bangsa saya sendiri
okay
penulis berbangsa MELAYU ye
hahahaha
perlu ke mentioned??
-abaikan-




penulis adalah seorang VALUER
juru nilai rumah
-ke arah nak bagi pembaca paham-
hmm ada ke org baca??
-abaikan-



ini luahan berkaitan 1 KES kerja saya ye


DOUBLE-STOREY TERRACE HOUSE
end lot with extra land
fully reno
di Jalan Suadamai 4/1, Cheras




baeklah
saya tak bekerja pada hari SABTU
tapi bila client hanya available on WEEKEND sahaja
makanya tuntutan kerja meminta untuk saya berkorban weekend saya sedikit
itu tanggungjawab dan amanah yang dituntut ditimbang balik di akhirat nanti
takpe
saya IKHLAS bekerja di hari sabtu


IKHLAS tu lagilah mendalam bila saya tengok nama client yang tertera dalam Instruction Letter itu adalah MELAYU
ye
bangsa saya
lagi semangat
lagilah berkobar rasa nak tolong cepatkan application loan dorang
"kalau kita melayu tak tolong melayu, siapa lagi nak tolongkan?"
-ayat cliche gile!-



appointment awal gila ye kawan-kawan
seawal jam 8.30 pagi
dan ia agak jauh dari rumah saya
takpelah
melayu kita jugak kan



sampai je rumah client saya
kelihatanlah si suami sedang menikmati weekendnya dengan membasuh kereta
rumah yang terpampang depan mata ni pon agak cantik
berkobar nak SKETCH
sebab macam 1 cabaran barulah
End lot with extra land yang fully extended


bagi salam
perkenal diri
disambut baek si suami
-senyum-



tanpa buang masa
keluarkanlah segala alat-alat nak settle kan kerja saya
dan dengan manisnya cakap
" Encik, saya mintak izin tengok 1 rumah ye/ saya nak amek gambar dan ukur sket. dalam 15 minit macam tu je masa saya ambil"
si suami riak muka takde hal
saya tambah lagi
"Encik boleh follow saya naek atas. sebab tak lama pon saya buat kerja. tapi memang kena masuk semua tempat la sebab unit encik ni ada extension"
si suami pon cakap
"okay"


lalu dipanggilkan si isteri untuk teman
sebab penulis ni kan perempuan


maka keluarlah si isteri
tak paham kenapa pakai tudung dalam rumah
errrrr pelik
abaikan je la



bila si suami suarakan je yang mintak si isteri teman penulis tengok ruang atas rumah
terus si isteri keluarkan ayat-ayat puaka beliau
macam-macam
T______T



makanya berlakulah pertikaman lidah sedikit antara penulis dan si isteri
penulis terus-terus menegakkan tuntutan kerja beliau
dan si isteri bermain dengan isu PERSONAL TEMPAT TIDURnya
hukum sana hukum sini
prefesional sana profesional sini
habis tu?
PROFESIONAL saya macam mana?


mula-mula macam nak give up dah dengan pompuan ni
tapi bila ingat muka LEMAN yang memang sduka cari pasai dengan aku lately
maka saya teruskan jugak keprofesionalan saya sebagai valuer berdepan dengan situasi tegang ini
mak aiiii ayat apakah ini EJ??
ok serius!
saya explain cara baek dengan beliau berkaitan prosedur kerja saya
prosedur pejabat
prosedur bank
bla bla bla
semua saya terang
DETAIL gila
dah boleh buat ceramah berbayar tahu?



TAPI
malangnya si isteri taknak mengalah taknak cuba paham
terus-terus tak izinkan saya naek ke tingkat atas terutamanya ruang bilik beliau


tengok secara fizikal
saya tak rasa beliau tengah buat packaging dadah kat dalam bilik tu
T________T
ntah la hukum agama mana la dia guna
hukum donia mana dia amalkan
sob sob sob


lantaklah Leman
I'll explain to you laterlah
then saya dah give up malas nak tegakkan fakta kerja untuk orang yang tak paham bahasa kerja
buang masa okay!



maka saya buat kerja saya di bahagian bawah sajelah
okay okay
yang bawah ni pon dia tak izinkan ukur
"amek gambar je lah"
T_________T
apsal la kau ni minah



penulis dah bebal
ambil barang terus kuar rumah tu
settle-settlekan keje luar
terus blah



sebelum segala ayat puaka saya keluar
baek saya berlalu je dari situ
tak boleh tahan dah setan dok panaskan hati ni
kang tersembur keluar jugak



makanya kes saya tadi sumpah macam sampah je saya rasa hasil kerjanya
tiada kepuasan di situ
kerisauan ada laaa
ketidakpuasan hati lagilah ada
perasaan marah meluap-luap lagilah adaaaaaaaaaa
X__________X



macam mana ea nak gambarkan perasaan saya waktu tu
macam berak sembelit tahu
tahi taknak kuar
apa kau rasa??
tapi rasa nak berak
-apsal ke isu tahi dan sembelit plak ni?-



saya bekerja dengan HATI
tanpa hati, kerja saya memang macam tahi
dan situasi tadi memang membuatkan saya hanya ingat akan tahi
kerja yang dah jadi macam tahi
client yang macam tahi
mood swing yang dah macam tahi
hati bertukar busuk macam tahi
tahi oh tahi
taik wooo taik
grrr



kenapa hati busuk macam tahi??
sebab saya benci dengan bangsa saya sendiri


kenapa hati busuk macam tahi?
sebab saya takkan siapkan report client tahi saya ini dengan kadar segera
ada dendam di situ
makanya jahatlah saya
busuknya hati saya


kenapa hati busuk macam tahi?
dah jangan harap saya akan dapatkan diskaun ke hape untuk kau wahai client tahi?


kenapa semuanya macam tahi?
saya sedih hati
appointment after tu dengan bukan bangsa saya sendiri
Chinese yang very nice and soft spoken
masih tersenyum even saya lambat 15 minit
teman saya sampai habis kerja saya
hantar saya sampai ke pagar



dan Indian yang sangat baek
bersih
anak yang comel n sopan
layan saya baek
BAGI-JE-SAYA-MASUK-SEMUA-BILIK-DORANG
siap belikan air tin sebab tau saya takleh minum/makan kat rumah dorang
DAN
anjing dorang pon sangat sopan
biar besar gila macam singa
tapi tak menyalak pon even skali pon kat saya
buat muka comel lagi
gila teruja
itu anjing tau



tapi bangsa saya??
tak payah air rebina sejuklah
air kosong pon takde


tak payah air la
jemput duduk pon tak

"bila Tuhan bagi sedikit kesenangan pada si suami. kau para isteri suka nak kerek"


bukan skali tau saya hadap macam ni
minggu lepas pon si isteri jugak buat hal
haishhhh!


tu baru duduk dalam rumah double storey yang lingkungan harga RM300k to RM500k
belum lagi banglo ke villa ke
manusia manusia
bangsa saya oh bangsa saya






June 10, 2011

Soya Cincau Depan Kubur




bila tengok PAPARICH sure teringat air soya cincau gula melaka beliau yang sangat superb kan kan kan
T_________T
ok terliur sudah




tapi siapalah saya kalau nak buah air soya cincau gula melaka paparich tu macam beli teh ais je kan yang kau boleh beli hari-hari
sekali sekala boleh la




TAPI
kalau kat PENANG
tak payah nak terliurlah sangat dengan PAPARICH tu
I ada port air soya cincau yang lagi heaven hokay!


Let me introduce
ini abang pemilik restoran tepi jalan soya cincau yang syurga
beliau hari-hari ada di depan Masjid Kubang Semang
gerai dia depan kubur je
cool kan?
hahahahahaha
^______^

bila nak kaya abang ni
tak tahu lah
air yang saya minum tu
harganya hanya RM 0.50
dalam bahasa penang
5 kupang ja segelaih woi
adoyai
cincau melimpah ke ladang gandum
soya plak pekat macam susu cap teko
haishhhhh
heaven
letak plak dalam cawan macam tu
sejuk je tekak


tengok muka AJAQ yang tengah-tengah tu
teruja kan kan kan
maknanya sedap laaa
^____^



yang baju hijau awek sebelah dia tu
adik Ajie
amacam??
tinggi tak?
I yang renek ni u olls bawaha ketiak dia je
T__________T
tekanan




yeah
dah Friday
orang jauh di Penang datang melawat saya today til sunday
weeeeeeee
cepatlah malam!







June 09, 2011

AHAD


Ahad lepas ahad milik Nazaa Sherry dan Keluarga
kecuali Sue housemate sayang yang pulang ke kampung


Weekend agak terisi la jugak walau hubby wibby jauh di penang sana
ngeeee
tq Nazaa sudi lepak rumah kite yang tak indah mana tu
tq sherry sudi datang culik kite bawak jenjalan pusing KL
auw!
okay salah
teman awak bawak nazaa jenjalan pusing KL
ok ini baru betul



Ahad tu kesian tengok Nazaa hampir mati kebosanan lepak kat rumah
HAHAHAHA itulah panahan duduk dengan EJ
saya ni memang sangat suka dok rumah



makanya
petang tu ajaklah Jim and Unisha bawak Nazaa keluar dari rumah ini sebelum beliau nyawa-nyawa ikan
^______^
kebetulan Sherry pon nak join jugak
maka bertambah meriah laaa



KL ni apa laaa sangat la boeh buat
untuk orang sengkek macam EJ ni
kan kan kan
makanya kami memilih untuk pergi karokss saja
memandangkan adalah terbaca tweet cik nazaa ni yang nak sangat pergi karoks
dan
jumaat malam masa kuar bertiga tu pon dia ada bunyi nak karoks jugak
baeklah baeklah
sebab kesian dia kena kurung dalam rumah tunggu EJ bangun tido
makanya marilah membawa beliau ke karoks



kami sekeluarga memilih karoks ini



Music Zone, Sri Petaling

sebab EJ ada member card!
auw
=)


harga kat sini?
berpatutan la jugak


dan agak selesa
^____^



okay
ini Nazaa yang dikurung saya seharian di rumah




ini Sherry gebu
=)


ini keluarga
-Unisha EJ Ajim-
=)


penulis dan peace

KAMI




okaylah
sampai dah part tempek gambar setelah habis memperkenalkan watak
ini VERSION 1 okay
version 2 coming sooon





keluarga lagi
=,="

semua enjin dan panas jadi macam ni la
=)

Nazaa kusyuk dengan lagu PASRAH
auw!!
thumbss up

Sherry malu-malu kucing sampai sudah
next time takmo centu tau sherry
=="

my favor pic eva!
credit to Nazaa
hp awk hebat

UTM
kerana Tuhan untuk Manusia
hahahahahaha
saya paling muda di situ
=)

enjin Unisha dah panas dah tu
=)
cool

adik saya yang gila
sepesen je semua memek muka beliau dalam gambar petang tu

sherry yang masih malu-malu tapi GEBU

tapi Nazaa
please noted muka beliau happy gile dapat mic!
passraaahhh je laa
^____^



ok fun jugak layan karoks dengan dorang semua
dan bila balik
sambung plak aktiviti weekend dengan SWIMMING TIME
ngeeeee


tak banyak gambar yang LULUS untuk ditayangkan kat sini
cukup sekadar gambar comel mereka bertiga ini

comel kan?
smangat gila nak mandi kolam
tetambah yang tengah tu
=,="



haaa cuba tengok warna air kolam kat blakang tu
actually kan kan kan kan
tak patot pon terjun mandi
tapi masing-masing sedapkan hati sendiri cakap memang management tukar air dari biru jadi hijau
hahahahahahaha
padahal?
T_____________T
esoknya kolam tu tutup
hahahahaha
nasib la korang tak jadi pape
sengal!


lepas ni ingat
air kolam kale hijau
means
dilarang terjun mandi
^___^



afta mandi mesti lapar kan kan kan
EJ dah malas nak masak memandangkan chef terkemuka kat rumah tu balik kampung
makanya lepas swimming kami lepak mamak pulak
T_______T





masing masing lapar tak hengat
gambar sebelum tak sempat nak amek
nah
tataplah gambar selepas
haishhhh



banyak gila makan malam tu
tak larat nak bawak perut



anyway
thank you so much to Nazaa n Sherry sudi datang melawat kami sekeluarga
spent time dengan korang memang best
nanti kita lepak lagi hokay!



like always
EJ sangat suka making friends!



June 08, 2011

Bahasa Jiwa 23#



TAHU yang TIDAK ikot masuk campur
dan
TAHU yang IKOT masuk campur
dua situasi berbeza



kau harus paham itu



hidup aku simple
bila orang datang hulurkan persahabatan
aku sambut
jangan terus-terus letak NEGATIF di hadapan
kalau ada cerita buruk cerita aib cerita tak bagus dah disaji ke minda kau
sambut huluran dengan senyuman
ambil masa untuk saling mengenal
kita itu manusia
tak semua baek belaka
tak semua buruk dan busuk



hidup aku simple
bila orang datang mencari kebenaran untuk kekeliruan mereka
kenapa aku takot untuk bantu?
kenapa perlu aku hidden
itukan kebenaran
kebenaran di pihak aku
mereka ada akal
mereka masih mampu berfikir
ceritakan yang benar
lepaskan mereka untuk berfikir
timbangkan
dan cari jawapan kebenaran itu sendiri


kenapa perlu takot?



hidup aku simple.
aku buat salah, aku mengaku saja
kenapa kena malu untuk mengaku keburukan tentang kita?
dah itu salah kita
akui
beri penjelasan kenapa dan mengapa
orang nak terima orang terima
kalau buat muka taknak terima sekalipon
sebelum tido kau pikir jugak
janji kita mengaku
SEBAB
kita manusia
punyai fahaman berbeza
mungkin ini cara aku paham tentang KITA
dan itu cara kau paham tentang KITA
kita dua kan manusia



hidup aku simple.
bila aku cakap aku lepaskan semua
makanya
aku lepas yang betul-betul lepas
untuk point apa aku mahu ikot campur?
nak RAIH UNDI?
untuk apa?
aku elok sihat ukuh gembira dan berani bediri di tempat aku berdiri sekarang ini
untuk apa raih undi
dengan jaja cerita basi?
yang dah busuk yang dah mereput
yang dah lama berlalu
untuk apa?




hidup aku simple.
aku bukan jenis yang suka cari cerita
aku jugak bukan jenis yang KEDEKUT bila ada yang nak pinjam bahu
luah apa yang sakit
apa yang terbuku
aku sentiasa ada
ada pengaman aku yang bisa kau ambil untuk jadi iktibar
ambil
kaut habis
yang buruk jangan sesekali kau serap masuk dalam diri
simple.





hidup kau serabut.
kau bermain dengan isu lama.
kau bermain dengan aib manusia
kau takot nak cerita kebenaran
sebab kau tak suka orang tahu segala
segala yang sebenar
kau taknak nampak kau salah
kau tak mahu nampak kau kalah




hidup kau serabut.
dengan burukkan aku berguni bergunung berbukit
untuk raih apa?



aku jenis simple.
tak amek pusing
malas nak bising
apa terjadi antara kita
tak ada orang lain yang lebih paham SELAIN KITA
kau tepok dada
kau tanya minda



cerita aib aku yang dijaja
lansung tak jadi kudis untuk aku terus berdiri bahagia di sini
tahu kenapa?



sebab aku positif dengan kau!



kebenaran tu kerja TUHAN
DIA akan tunjukkan segala
nak raih undi buat apa



dan kalau kau terus negatif dengan aku
aku masih boleh tersenyum
sebab kau hanya masa lalu aku
yang punya pelbagai isu tak sudah



if you think u want To destroy me,
I think u should think TWICE
coz my life is tooo wonderful
WITH or WITHOUT you
^_____^



saya bercerita secara random



June 05, 2011

Bahasa Jiwa 22#



rasa bersalah yang aku biar menular dalam diri
selama ini
sehingga detik semalam
semuanya sia-sia tahu?



dalam erti kata lain
rasa itu rasa yang sia-sia
tak perlu ada tak perlu wujud



kau propa
kau banyak isu
kau bijak bermain dengan kelemahan
kau punca segala ISU TAK SUDAH



kau ada dendam
tak
kau penuh dendam




dah sudah sampai masa
aku berfikir yang negatif melebihi yang positif
tentang perihal kau
semua tentang kau




p/s: buat pertama kali.hati aku lahirkan perasaan jijik tentang perihal kamu. dan aku rasa aku perlu. =)




June 01, 2011

Surat Untuk Batu Di Bulan





saya nak pinjam blecky jap jumaat malam and weekend ni boleh?
saya tak tahu nak contact awak kat mana
blurrr




hope awak baca ini
This Sunday, I'll bring him to Along back okay



tq so much sebab ambil berat
jasamu dikenang
so tq!




ASMARA 2 Yang Macam Haram Endingnya



hokay
penulis tak tengok tau ASMARA season 1 tahun lepas
ntah masa tu serabut dengan apa
tak hengat


bila ASMARA 2 kembali
housemate suka sangat drama ni
tak pernah miss
as housemate yang memang suka lepak online depan tv
maka saku pon turut sama terpengaruh untuk mengikuti drama series ni



makanya
habis ASMARA 1 tu aku khatam dekat TONTON
and bila dah faham perjalanan cerita
sumpah excited nak mamposlah kan tiap kali hari selasa datang
sanggup tak STAY BACK tau kat office semata-mata kerana asmara 2



malas nk bebel panjang
semalam LAST EPISODE ASMARA 2
bila tengok gazet
memang macam biasalah
GEMPAK!
penuh suspendes cakap lu


aku yang masih di Penang that time
punyalah LEGA sebab tak balik naek bas tapi naek flight
flight plak jam 3.30
means dalam around 5 dah shud be at home
tak terlepas nak tengok episod akhir asmara
fuyooooo
semangat ni



sampai rumah terus mandi
layan Nora Elena jap
layan berita
online depan tv
punya tak sabaq la weh aku habaq kat hang


TAPI
KENAPA-ENDING-ASMARA 2-SUMPAH-MACAM-HARAM???
macam tu je?



pungkoq la!


kalau kot ye pon nak ada ASMARA 3 sampai ASMARA 14
lantaklah
plot cerita kau best
TAPI janganlah ringankan sangat ENDING tu
ini dah ANTI-KLIMAKS tahu??



kecewa tau
sangat kecewa
I aspect MORE and MORE


season 3
season punya cerita la
season 2 janganlah nak tergantung macam tu
bodoh sangat ending macam tu
kau hengat kau GOSSIP GIRL drama series ke?
aiyooooooo



T_____________T




dah la bengang dengan ENDING Asmara 2
mata ni dok hadap dengan gazet drama seriens baru yang bakal replace tempat Asmara 2 dalam slot Lestari
fuyooooo macam haram
oit Nora Danish
kau tu dah tua
even muka nampak muda-nak-mati
sudah-sudah la bawak watak manja nak mati tu
meluat dah
awak dah ada anak
bawak watak matang sket boleh?



okay
tak masal Nora Danish kena bebel



ok bai
Happy Wednesday peeps
have a blast!