April 22, 2014

Selamat 5 Bulan Aaron Muhammad Aariz




Masa berlalu cukup pantas
menyelak satu demi satu cerita hidup seorang ibu muda
yang saban hari sentiasa teruja
dengan setiap saat masa-masa bersama anak
dan dengan setiap inci pergerakan tumbesaran anak
teruja yang sama setiap masa
tak pernah berkurang grafnya.


Peduli pada yang jemu dengan keterujaan ibu
ibu tak ambil hati
peduli pada yang bosan dengan berjuta potret anak ibu yang dikongsi setiap masa
ibu lansung tak berkecil hati


Ibu gembira dengan semua tentang kamu, anak
Ibu bahagia dengan segala berkaitan kamu, anak
Ibu teramat bersungguh teruja untuk apa sahaja yang ibu lakukan untuk kamu, anak



Kamu anugerah ibu
Kamu nyawa ibu
Kamu berada di setiap saluran darah ibu
Kamu menguasai seluruh emosi ibu
Kamu perkara terpaling mudah untuk ibu senyum. 
untuk ibu ketawa.
untuk ibu bersemangat.
untuk ibu menjadi kuat.


dan kamu jugak terlalu berkuasa 
untuk membuat ibu sedih
untuk membuat ibu menangis
jika ada masa-masanya
ibu gagal menjadi pelindung terbaik
dari segala penyakit yang datang kepada kamu


Anak
Impian ibu cuma satu
Mohon dipanjangkan umur ibu
agar ibu sentiasa punya masa dan peluang
menjadi pelindung kamu
menjadi pendidik kamu
yang sentiasa ada saban masa
di sisi kamu


Selamat 5 bulan anak
Ibu sayang Aaron sampai syurga Allah




1 comment:

Ain Ibrahim said...

Sweet ever lah eima...pedulikan kata orang. Orang2 yang berkata tu mesti yang belum ada anak dan masih tidak merasa keterujaan menjadi seorang ibu. Bahagia yang tidak dapat digambarkan. Hanya golongan ibu-ibu sahaja yang faham. Hiks.