January 11, 2009

Al-Kisah Nama Aku Yang Lansong Tak Glamour Lagi Masyur...

Yess...
My 2nd posting...

Malam tadi mmg HEAVEN gile tidoq. Dengan sejuk nyaman lak tu, ditambah lak kipas yg aku pasang no 2 ja tu, mma layan abes la kenyenyakan aku tidoq. Tapi, kebahagiaan itu hanya sementara saja bile aku dikejutkan dgn deringan handset aku yang agak best ringtonenye (aku mmg seorang PENGGEMAR cut mp3)kire2 jam 6.30pg mungkin...

Telefon Tanganku : neno neno neno neno
Eima jer : berbicara dlm hati ( adoyai, nape lupa nk
silet without vibrate lak smlm..grrrrrrr )...haa helo
awat???

Mas Ajie : ni RAHIMAH BINTI YUSSOF oi, bangun keh.. smayang subuh..dh nk abes waktu dah..apa nak jadi la anak dara sorang neh..cane nk buat bini..bla bla bla bla

Eima jer : Ha la...nak bangun la neh...sapa soh ngorat kalau xmau wat bini...syok no boleh beletiaq pagi2 buta..huh! macam orang tua!!
(perbualan tamat)

Lalu pastu aku bangunlah bersolat subuh dgn redhanya...
pas solat, aku bermuhasabah diri jap..
tetibe teringat lak perbualan aku kat tepon tadi. Tu la chenta hati aku, prangai mcm org tua2 klu dapat beletiaq (membebel) kat aku. Dan perangai dia yang mmg xboleh nk kikis walau aku try nak kikis byk kali dah adalah penggunaan nama penuh aku bile memulakan sesi bebelan..Haish!!! kalau nama aku glamour xpe gak. Ni style nama zaman bile ntah..

Seperti yang diMENTIONEDkan di atas, tu la nama penuh aku dalam ic, lesen dan sebagainya. Gile OLD SKOOL kan nama aku??? Seyes, aku slalu kene bahan je dgn kawan2 aku. Antara ayat-ayat durjana mereka adalah seperti berikut:

1. Mak ai, nama RAHIMAH..haram tak style lansong!! Baek nama mak aku lagi update........................> ni paling durjana

2. Weh, tak budget dowh nama ko RAHIMAH. Tak macam tuan dia..hahahaha simpati simpati..........>
ni bawah sket pd durjana

3.
Laaaa RAHIMAH CHAWDRY..hengatkan MAHIMA ChAWDRY tadi........>
ni keperlian tahap mencabar keimanan!

4.
Eima, nama penuh ko xpadan dgn gaya ko..pakai nk stylo je tp nama gile old skool..hahahaha .............>
ya tuan, kuatkan kesabaran hambamu ini..

Act, banyak lagi. Xmuat space nak aku describekan. Cukoplah sekadar 4 ayat yang mmg durjana itu....
Tapi secara kebenarannya, aku xpenah amek hati pon dengan kawan2 aku tu. Tu sume gurauan over dorang je. Lagipon tu hakikat ape..

Sebenar-benarnya, nama aku nih ada sejarahnye yang tersendiri. Menurut mak aku la kan, masa dia mula-mula menunjukkan tanda-tanda mula mengandungkan aku seperti muntah serta mual tak tentu hala ditambah pula mula mengidam nak makan mcm-mcm, abah aku dah siap pikir nama untuk aku dah. Mak aku kata, abah siap tulis dalam buku 555 (peberet book abah aku) dia. Mak aku mmg lansong tak di beri kesempatan nak letak nama anak-anak dia. Semua secara rasmi jadi tugasan abah aku. Dan setelah diputuskan, abah aku nak letak la nama aku NURUL ZAIMAH BINTI YUSSOF sebab mak aku kata masa tu ada budak kampung area rumah aku tu nama zaemah dan beliau berambut sgt panjang. Lagipon dengan confident nya abah aku dapat merasakan dia akan dapat anak pompuan dan terakhir mungkin. Maka, tertulislah alreadynya nama aku dalam buku 555 kesayangan beliau yang disimpan rapi selama 9 bulan 11 hari..

9 bulan selepas tu..
tanggal 11 November 1986, jam 7.30pg lahirlah aku kat dunia ni. Abah aku bukan main suka lagi sebab jangkaannya sangat tepat iaitu anak perempuan. Ye la, atas pada aku sume abang. Abah aku dah bosan dengan kebuasan mereka mungkin..

Aku dilahirkan di Hospital Besar Parit Buntar, Perak dan bukan melalui bidan seperti mana kakak2 dan abang2 aku yang lain. So, proses pendaftaran nama agak cepat perlu diselesaikan. Disebabkan pertama kalinya abah aku digesa berkaitan pendaftaran surat beranak anaknye, abah aku bertukar menjadi seorang yang kalut dan gelabah. Habis sume sifat cool serta garang terlampau dia tu hilang ntah ke mana. Hasilnya, bila pegawai berkenaan mintak abah aku isikan form utk surat beranak, dia dah lupa dah ape nama yang nak sangat dia letak tu- merujuk kepada isi kandungan buku 555 dia tu la....

menurut penceritaan mak aku lagi.... maka, pihak menguruskan tanye lah abah aku.." pakcik, nak letak nama anak pompuan pakcik ni ape? saya nak tolong lengkapkan borang".. Ntah kenapa dengan abah aku time tu, dia sudah terlupa nama NURUL ZAIMAH itu.. " Ntah la anak, pakcik pun dah lupa..ada tulis dalam buku tapi lupa plak nak bawak buku tu.." Dalam keadaan gelabah dan kalut itu, lalu kedengaranlah irama lagu nyanyian RAHIMAH RAHIM dikeroncong radio yang berada berhampiran abah aku...Ape lagi, dia pon mula membuka mulutnya.." Hmmm xpe lah anak, letak je nama anak pakcik ni RAHIMAH BINTI YUSSOF, lebih kurang lah dgn nama yang nak pakcik letak tu.."

Maka, berdaftarlah aku sebagai RAHIMAH BINTI YUSSOF.. Adoyai la abah aku neh, dia tak tengok ke kalender tahun tu. Zaman-zaman tu nama anak orang semua dah moden.. Mak aku cerita lagi, balik je rumah abah aku dok gelak sorang-sorang..Ye la, dia baru sedaq yang nama aku tu agak old skool bila aku dah besar nanti..Tapi ape leh buat daaaa, sudah didaftarkan....Yang mak aku ni lak, da siap panggil aku ni dgn nama nurul dh siap..tp skali surat beranak yang aba aku bawah balik xde lansong pangkal nurul..hahahahaha

Secara teorinya plak, aku rasa aba aku ni jenis yang simple. Mana tak nye, nama kakak n abang2 aku sume sempoi2 je..Pernah skali tu aku tanya mak aku..

Eima Jer: Mak, nape la nama adik ni old skool sgt...Mak ni xstylo laa..tgk kawan adik kat utm tu..mak abah dia lagi tua
pada mak n abah..dah tu jawa pekat lak tu..kampung jugak..tp mak tau pe nama kawan adik tu??? AZA ELLIANI tau mak..double "L" lagi...

ibondaku: Alah..musti kakak dia yang letak nama tu..bukan mak ayah dia..

Eima Jer: Bukan kakak dia mak, tapi JIRAN sebelah rumah dia..berfikiran jauh jiran dia tu..kan mak??

Ibondaku : Dah tu, bukan salah mak la...Sape suroh JIRAN dia tak duduk sebelah rumah kita..Kalau tak, bukan stakat double "L", double "Q" pon mak leh letak kat nama adik tu...hahahaha

Mak ai, leh tahan jugak kesengalan mak aku ni...relax je beliau mengeluarkan kata-kata pujangga sebegitu..tp ade benar jugak...uwaaaaaaaaaaa nape la jiran aku tak macam jiran ko aza oit!!

Muhasabah diri:
Tapi, aku tetap bersyukur dengan nama yang mmg dah ditentukan dan ditetapkan ALLAH utk aku. Meaningnya sangat bagus.."PENYAYANG"..yess, aku mmg sgt penyayang orangnya.. Kepada arwahyarham ayahandaku, jutaan terima kasih atas nama yang cukop indah maksudnya..Kepada ibondaku, terima kasih atas jawapan sengal itu, sesungguhnya anakanda tidak akan bertanya lagi soalan sebegitu rupa..

So, terjawablah persoalan dari sesape yang masih samar-samar nak budget nama penuh aku tu.. =)

January 10, 2009

+[[ PERTAMA KALINYA]]+

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim maka secara RASMInya terCIPTAlah blog aku yang dicipta serta di create dgn secara ala kadar plus bodo-bodo alam ni.... my first time okey....

Nape Nak Buka Blog Jugak haaaaa?
Simple answer, tentulah sbb Tuhan dah bukakkan pintu hati aku nk bukak blog ni...sbb tu aku di sini kan...
Tapi klu berdasarkan teari kemanusiaannye pulak, byk reasons plus sebab plus musabab plus objectives plus misi plus visi nye nape aku terasa hati nk bukak blog (walaupun aku tak pandai sgt karang mengarang goreng menggoreng ayat neh =.=)...

antara sebab nape baru skrang aku teringin nak bukak blog adalah kerana:


FREE READER...
aku dilanda demam menjadi free reader utk blog-blog yg menarek di pandangan benak pikiran aku..maybe ni salah satu kesan drp kebosanan tahap vavi naek viva kot sepanjang semester break ari tu... adalah beberapa senarai blogger yg sgt kreatif&inovatif yg berjaya menarek chentaku kepada dunia blog neh... tahniah..tahniah... (nak paste pic act tp lembap la plak)...akibatnya, kepada mereka-mereka itu a.k.a pemilik blog blok yg menarek itu, sila2lah bukakkan hati dgn menambahkan lg KESESAKAN follower di blog anda sbb aku akan terus n terus berjalan-jalan di sana..hehehehe!!

KEBOSANAN TERLAMPAU
aku jugak skrg ni tgh mengalami tahap kebosanan yang agak melampau dgn beradanya aku kat UTM yang mmg sedia kalanya membosankan plus plak dgn kengkawan sekepala yg amek cuti bersalin 1 semester dgn menjadi trainee plus dgn aku ni dok bilik single...aaaaaarrrrggggghhhhhh grrrrrr mmg GILE bosan kat cni...sampaikan aku nk PONTENG CLASS (peberet xtvt sem lps dan sem sebelum2nya) pon aku kn pikir byk kali lu sbb kalau ponteng pon, aku nak wat ape je kan???? baek aku g kls sambil cuci2 mata sepanjang pejalanan ke kls itu...adoyai, xmenareknya idop.. Ye la,ape yg leh aku buat hanyalah dgn melayari internet yang LEMBAP ini bg meneruskan perjalanan idop di sini...HASIL kebosanan tahap meGHOYAN ni maka lahirlah blog aku yang sememeh neh...