September 26, 2014

Ini Tentang Amanah dan Perikemanusiaan



Perasaan ni semulajadi
Allah yang wujudkan di dalam hati sanubari


aku sangat sensitif dengan isu ABIN dan MINMIN
sangat sensitif



anak aku warded/admitted last week
sebab dia demam taknak kebah
selsema
batuk berkahak sampai sesak nafas



macam biasa
bila anak sakit je
mesti Abin Minmin orang petik sebagai punca
bulu la
taik la
rumah sempit la
rumah apartment la bukan landed la
semua terperaplah



semua-semua di atas punca kepada anak aku tak sihat
tambah-tambah bila anak aku SESAK NAFAS
orang dah tak nampak isu KAHAK
yang orang nampak 2 ekoq makhluk kat atas tu
ntah apa la dosa mereka
T______________________________T



dan mulalah keluar ayat-ayat puaka
atau suggestion yang meluluhkan hati aku seperti
"buang je la kucing-kucing tu"
"jangan bela lagi la kucing-kucing tu"
"do something la dengan kucing-kucing tu. kesian anak"



dan paling puaka
"inilah akibatnya bila bela kucing dalam rumah"


T_______________________T



macam mana aku dapat ayat tu?
meh nak storey




masa anak warded
macam biasa, ramai juga sahabat handal family members datang melawat
alhamdulillah dan terima kasih



dalam ramai-ramai tu adalah seorang hamba Allah ini
membangkitkan soal kucing


Hamba Allah: Bela lagi ke kucing?
Suami: Dah letak dekat yard. Tutup. So depa tak boleh keluar merata (jawapan selamat suami bagi)
Hamba Allah: Hmmmm inilah akibatnya kalau bela kucing dalam rumah


Disiat-siat hati aku masa ni
telinga pulak macam bernanah je keluar meleleh
nikmat sangat ayat
lalu aku susun ayat aku dengan penuh sopan membalas ayat ini



Penulis: Hmmm kenapa cakap macam tu? 
Hamba Allah: Anak saya dulu warded macam Aaron ni jugak. 
Penulis: Owh sebab kucing ke?
Hamba Allah: Eh tak. tapi sebab carpet. bulu carpet tu. sama la macam kucing. bulu kucing tu la punca anak sakit. Sekarang ni kami dah tak pakai dah carpet dalam rumah nak elak habuk.
Penulis: Oh. 



Hmmmmmm sedih!
carpet dengan kucing tu 2 benda berbeza
lepas tu MALAS dengan RAJIN tu pon 2 perkara berbeza.




Nak je iols tanya
dah berapa lama tak vacum carpet sampai anak leh infection dengan carpet sendiri?
dan kenapa nak salahkan kucing kalau kau selalu mop lantai, sapu sampah, bersihkan pasir dorang, lap habuk sawang?




rumah aku memang takde sekeping carpet pon
pernah beli sekeping carpet ikea
masa tu tengah cewi nak deco rumah sebab baru beli set sofa
tapi seminggu pakai
aku rasa TAK PERLU carpet sebab aku ada anak dan ada kucing
carpet boleh keep habuk dan bulu
jadinya aku gulung dan simpan bawah katil sampai sekarang




Aku bukanlah wanita terlalu rajin
rumah aku pon bersepah jugak
ada masa jugak messy
TAPI takde la sampai lantai aku biar tak mop sempai seminggu
takdelah rumah tak bersapu
takdelah pasir kucing tak bertukar
najis kucing tak aku kutip




Dan takdelah aku biar anak aku tido dengan kucing
bergomoi dengan kucing
cium-cium kucing
dan kucing-kucing aku pon
takde la pulak mencari pasai nak kena buli dengan aaron
pergi serah diri menyendeh bagai 
depa pon tahu batas
sebab aku dah pesan kat dorang




ada masa tu memanglah abin minmin tu tak behave
nama pon binatang
ada masa bengong si abin tu
kencing jugak ditempat bukan sepatutnya
ada masa gila si minmin tu
ada jugak laaaa buat pasal punggah tong sampah la
muntah la
depa tu binatang
bukan ada akal yang waras



Tapi tidaklah jugak aku biar je semua tu
on the spot aku settlekan
T________________________T




TAPI kenapa tetap nak salahkan KUCING bila anak tak sihat
aku sangat tidak paham
aku dah buat macam-macam



Abin Minmin tu INDOOR CATS
dan VACCINE
T______________________________T





Okay okay okay
entry ni aku buah sebab aku nak luahkan apa yang aku rasa
aku just nak pihak terlibat faham
aku berfikir secara mendalam
menimbangkan semua perkara
bukan sebab aku ni cat lover dan terlalu obses dengan abin minmin
sampai aku abaikan anak aku
TIDAK




aku hanya berusaha menjadi manusia BERPERIKEMANUSIAAN
menyanyangi sesama manusia
dan tidak kejam dengan binatang




aku tak pernah mintak Abin Minmin datang dalam hidup aku
aku tak pernah iklankan kat fb ke kat blog aku aku mencari kucing untuk aku adopt
TIDAK
selepas Tuah pergi menghadap Ilahi
sumpah aku fobia dan trauma nak bela kucing
sebab takot nak facing kesedihan akibat kehilangan Tuah
aku payah nak move on
TAPI
Allah hantarkan mereka sebagai amanah untuk aku pegang
secara kebetulan
disusun cantik olehNya




Masa aku tinggai seorang kat rumah sewa sebelum akad nikah
abin minmin yang teman aku
sampailah aku berkahwin
abin minmin jugak yang menghiburkan kami berdua
dan bila Aaron datang dalam hidup kami
takkan lah aku nak BUANG abin minmin ni macam tu saja?
sebab aku dah dapat hadiah dari syurga Allah?



Habis tu
amanah Allah ni macam mana?
dari hidup yang selesa
takkan la aku nak biarkan depa hidup melarat kena cari makanan sendiri
tidur berembum kena hujan panas bagai
makan pon kena meminta minta di kaki kaki manusia
dan TANGAN ini yang ambil belai mereka ketika seusia sebulan
Takkan tangan ini jugak yang seksa hidup selesa mereka?




macam mana pulak dengan doa-doa yang mereka kirimkan saban masa untuk kita?
dan rezeki-rezeki yang Allah selitkan untuk mereka melalui rezeki kita
juga rezeki-rezeki yang Allah kirimkan kerana kita menjada amanahNya?



macam mana?




owh.
aku tahu
nikmat ini nikmat yang tak boleh kita kira dengan jari
yang kita tak nampak dengan mata kasar
sebab tu senang sangat kita nak buang nikmat ini.




dan kenapa KUCING menjadi binatang kesayangan Nabi?
Nabi jugak ada para isteri
nabi jugak ada anak-anak
dan kalaulah kucing ni bahaya
sudah pasti ada barisan ayat di dalam Al-Quran dan Hadith tentang bahayanya kucing seperti bahayanya anjing dan babi




owh.
Nabi itu Nabi
maksum.
sentiasa dipelihara.
kita ini siapa?



Hmmmmm
Nabi itu utusan Allah yang terlampau sayangkan umatnya
kalau kucing itu bahaya
sudah pasti Nabi orang pertama yang berpesan kepada generasi umatnya.
dan tidak sesekalilah kucing itu menjadi kesayangan baginda.
kerana Islam itu mudah
sentiasa memelihara umat manusia.






aku tak pandai ilmu sains
aku bukan doktor
aku bukan manusia hebat tentang sains
jugak bukan individu yang penuh ilmu di dada
aku cuma mahu menjalankan amanah Allah
sampai masa yang dah ditetapkanNya.
itu sahaja



dan dalam masa yang sama
aku sentiasa berdoa
agar Allah pelihara anak aku
dari sebarang penyakit yang berpunca dari Abin Minmin
sebab aku sentiasa yakin dengan percaturan Allah
dan aku ikhlas dalam menjaga amanahNya.





Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya
mana ada ibu yang tak mahu sesuatu yang terbaik untuk anaknya
aku YAKIN akan Allah
Allah akan sentiasa pelihara anak aku





p/s: Anjing tu lagi bahaya. Tapi sihat je aku tengok anak-anak cina. Bijak belaka. Most of them, amek langkah menjaga hygiene instead of mengeluh dan menyalahkan. Okbye










September 11, 2014

Selamat 9 Bulan Anak Ibu



9 bulan penuh senyuman anak teruna
Indah. 
Bahagia.
Gembira.
Walau kadangnya diselit dugaan tersendiri



Anak teruna seorang ini gemar tersenyum
Bangun tidur senyum.
Sedang lena senyum.
Bertentang mata dengan ibu tak pernah tak senyum.
Berkongsi apa sahaja yang dirasakan baru untuk dia
Akan senyum dan senyum.



Cukup manis.
Cukup indah.
Jutaan senyuman itu di mata ibu



Terima kasih anak
Sentiasa menjadi pembakar semangat
Untuk ibu berjuang tentang semua perkara berkaitan hidup.



Kerana hidup ibu seluruhnya semua tentang kamu.



HAPPY 9 MONTHS OLD AARON MUHAMMAD AARIZ
Harta ibu
Buah hati ibu
Segalanya bagi ibu.




Ibu sayang Aaron sampai syurga Allah.




Selamat 8 Bulan Anak Ibu



Untuk yang je 8 bulan ini
Ibud an baba sediakan ganjaran bulanan
Kerana kesayangan ibu baba yangs eorang ini
Sudah pandai bermain permainan budak lelaki.



Anak ini baik
Walau tertarik tapi tak sekali meminta
Hanya memerhati dari ekor mata
Apa-apa yang berkenan di hatinya.



Aaaaah jangan ebgitu sayang
Hati ibu luluh tatkala tertangkap
Pandangan mata kamu itu di mana.



Mintak sahaja anak.
Tak mengapa.
Kalau ibu mampu, pasti ibu penuhi
Dan jika sedikit sukar, akan ibu usaha sehabis mampu



Terima kasih Aaron ibu.
Kerana cukup memahami



HAPPY 8 MONTHS SONSHINE!!!




Ibu baba sayang Aaron sampai syurga Allah




p/s: Ini update lapuk. Copy paste from IG ibu aaron aka penulis aka eima jer aka bla bla bla T______________________T