September 20, 2013

Berkenan Sungguh



Selain makanan
Ibu mengandung kebanyakannya akan ada perangai-perangai pelik dan tersendiri yang dibawanya sepanjang tempoh kehamilan
kan kan kan kan



Selain itu
mesti akan ada orang-orang yang si mak buyong berkenan sungguh-sungguh secara semulajadi sukanya
kan kan kan kan



ke aku je yang mengalami symptom tu?
T________________T





aku istiqamah gilakan 2 orang mahkluk Allah yang ditakdirkan menjadi perhatian mata aku
kahkahkahkah
ntah la tak tahu siapa yang berkenan
aku ke atau anak dalam kandungan
tapi kegilaan tu berpanjang dari mula-mula pregnant sampailah sekarang ni
aku pon pelik



siapa?



kalau baby tu aku rasa semua dah tahu kot
sebab selalu sangat aku tempek gambar baby idaman hati aku tu kat semua social network aku
twitter la facebook la tumblr la instagram suami la
sampaikan wallpaper kat pc opis ni pon gambar si baby idaman ibu dan anak
eh




TAPI ada seorang lagi yang tak masuk akal
kihkohkihkoh
kenapa aku kata tak masuk akal?
sebab seseorang itu adalah hamba Allah yang dah dewasa
seorang lelaki bukan muhrim aku
seorang lelaki yang tak aku kenali
[bercakap pon tak pernah]
tapi selalu nampak di sekitar tempat kerja sebab kami bekerja di sebelah-sebelah bangunan



sebenarnya dari sebelum kahwin lagi dia dok ada je depan mata
selalu je terserempak
reaksi aku biasa-biasa je
TAPI sejak pregnant ni
terus kemain berkenan ke mamat ni
sampai tahap kalau terserempak dia tu
baby pon menendang-nendanglah bagi isyarat suka
lepas tu muka ni mulalah nak senyum galak
haishhhhhh


suami dah tak boleh kata apa dah
hahahahahah
dia pon masak sangat dah
opismate lagilah malas nak layan dah
kihkohkihkoh
galakkan
tapi ni natural attitude tau
bukan sesaja
anak kot suka sangat
sebab ayahnya memang suka tengok LELAKI KACAK



okay okay
beliau memang kacak
T_________________T



*harap maaf tiada gambar*
sebab menurut sumber beliau adalah suami orang



Hmmm kalau anak keluar-keluar muka dia
perggghhhhhhhh
kahkahkahkahkah
iyelah tak cari pon anak dalam perut ni tolong zoom kan untuk ibu dia
mesti nampak je walau takde pon rasa nak cari
kadang-kadang duduk tak duduk laaa pergi teringat ke dia
padahal lansung takde kaitan
saje je nak bagi dosa kering ke aku
selalu mintak maaf kat suami
sebab semua ni adalah diluar kawalan



Kita tak boleh tampal gambar lelaki kesukaan anak EJ
tetapi kita boleh tampal baby kegemaran si ibu, anak dalam perut dan termasuklah si baba sekali


inilah baby kegemaran saya sepanjang mengandung
Namanya Aina Nur Mardhiah
atau
Baby Dhia
^______________^



tahap terlampau suka Dhia ni
kalau lepas jumpak Dhia
sure muka iols macam muka dilamun cinta
berbunga-bunga gila hati
siap pakej senyum sorang-sorang punya seronok la dapat jumpa Dhia
;p


lepas tu selalu rindu budak tomei ni
kesian mommy Dhia terpaksa melayan iols
dua hari skali mintak gambar terbaru Dhia
sampaikan sekarang ni mommy Dhia pon dah paham
ada gambar terbaru je mesti hantar ke mama EJ 
kihkohkihkoh



eh eh eh bukan saya je yang eksaited tau
baby dalam perut pon galok semacam
hari tu masa pergi beraya rumah Dhia
si ibu sampai mengah sesak nafas la sebab si anak punya menendang laaaaa
bila nampak je Dhia depan mata
macam si anak nak keluar dari perut
kahkahkahkah



si baba pulak
kalau ditunjukkan gambar terbaru Dhia
kemain dia eksaited
dok alolololololololololo sambil senyum sorang-sorang



nampak tak nampak tak betapa kami anak beranak gilakan baby Dhia ni
HAHAHAHAHAHA
mintak maaf laaa mommy and papa Dhia
mesti rimas melayan kami anak beranak
;p



Jom layan gambar-gambar Dhia yang super comel



uwaaaaaaaaaaaaa
comelnya semua
senronok mata ni menatap saban hari
wallpaper henpon pon macam-macam version gambar Dhia sebab semua comel
wallpaper desktop pon
;p



nak tahu kenapa Dhia comel?
jawapannya sebab semua baby kat dunia ni adalah sangat COMEL


nak tahu kenapa Dhia comel?

sebab Mummy Dhia memang comel
dan Papa Dhia memang kacak
^____________________^



kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?



Dhia memang fotostat papa sebijik
tapi sangat kecik molek macam mummy nye
perfect combination




kite tahu
semua mesti suka mata Dhia yang kuyu tapi bulaaaaaaaaaat tu kan
kite pon!



mohon anak mama EJ ada la terkenan comel Dhia sket
mana la tahu tang mata and bulu mata tu jugak ke
kihkihkihkihkih




Esok majlis aqiqah Dhia
Insyaallah akan cuba curi masa pergi sana
sebab esok mama kena pergi daftar adik ipar masuk belajar



Kami bertiga doakan majlis aqiqah Dhia berjalan lancar
dan jangan risau
ahad nanti bila mommy dah free pasti kami whatsapp mintak gambar lagi
kihkihkih
;p



anak ooooo anak
high taste sungguh awak ni
kalau macam ni punya comel
dari skrang baba and ibu kena manabung dah ni
sebab kalau takde 50k jangan sebut-sebutlah kan
;p



Love you Dhia!
Friendship forever mommy Dhia





p/s: Mummy Dhia ni roomate penulis selama 2 tahun masa pengajian diploma di UTM City Campus, Jalan Semarak. Ke mana memang berdua. Bercinta pon sama-sama. Sebab dulu papa Dhia and Baba both study kat Sepang. Banyak kenangan bersama. Dah kawen dah kami berdua. Alhamdulillah dengan lelaki yang sama. Yang dicinta saban masa dari dulu sampai ke syurga insyaAllah. ececececece. okbai!



September 17, 2013

Fuhhh Dah Masuk 30 Weeks



Tak tahulah aku je ke yang over feeling 
atau semua bakal ibu akan rasa perasaan yang sama bila masuk MINGGU KE 30
aku je kot over feeling



perasaan bercampur baur pon ada
sama macam perasaan lagi 30 hari nak jadi isteri orang dolu-dolu tu
macam mana ea nak describe perasaan campur baur ni
perasaan macam SANGAT EKSAITED tapi NERVOUS



EKSAITED sebab lagi 10 weeks je lagi boleh jumpa buah hati yang saban hari teman ibunya dalam perut ni

EKSAITED sebab bakal menggembirakan hati suami dan keluarga dengan kehadiran anak sulung buat aku dan suami dan dan dan cucu sulung buat keluarga mertua

EKSAITED sebab baby bump dah besar. Si anak pulak bukan setakat kicking, bagi bontot la bagi siku la bagi kaki la bagi kepala la tertonjol-tonjol kat perut kita ni. kelakar

EKSAITED sebab sejak 2 minggu lepas dah boleh beli barang-barang baby. Ya Allah, beli barang baby sendiri ni memang EKSAITEDnye lain macam. Memang tak hengat apa dah. Rasa-rasanya macam nak mintak sape-sape azankan sekejap kat telinga ibu dan baba si anak ni supaya jangan terlebih eksaited

EKSAITED sebab pergi mana semua orang sayang, semua orang dahulukan kita, semua orang baik-baik dengan kita, semua orang tegur-tegur kita, layan kita dengan paling manis sebab masyarakat sentiasa di belakang wanita-wanita mengandung. 



tapi dalam eksaited tu dah masuk week 30 ni aku jadi NERVOUS lain macam pulak dah.


NERVOUS bila tengok drama-drama, video-video orang nak bersalin. Uwaaaa rasa macam mampukah aku untuk semua ini.

NERVOUS bila fikir-fikir aku dan suami ni layak sepenuhnya ke nak pegang amanah Allah yang aku rasa paling terbesar dalam hidup kita sebagai manusia ni

NERVOUS bila fikir macam manalah bentuk kelahiran yang dah Allah susun untuk aku dan anak. Semua tu kan masih rahsia Allah. Tengok rakan sesama mak buyongss ada yang melahirkan anak tak cukup bulan, yang terlebih hari, yang normal, yang terpaksa dibedah.
macam-macamlah. semua ni buat hati mula berteka-teka yang mana laaa pulak yang diaturkan Allah untuk aku. 


NERVOUS jugak bila fikir nanti perut dah masuk 9 bulan macam mana nak drive pergi kerja
takooootnya kalau buatnya tengah hadap jem Jalan Klang Lama tu aku tetiba sakit nak beranak
macam mana?
HAHAHAHAHA lepas tu sedih sebab mungkin terpaksa susahkan suami hantar dan amik aku dari tempat kerja sedangkan tempat kami bekerja lansung tak sehaluan.


NERVOUS bila fikir cukup ke segala persiapan nak sambut orang baru. Cukup ke simpanan dan budget yang dibuat. Mohon sangat rezeki aku dan suami bertambah hari demi hari. InsyaAllah bukan untuk siapa segala usaha ni, semua untuk anak dan kedua ibu bapa kami 
ya Allah.


NERVOUS jugak dengan jantina anak. Iyelah kan sebab si ibu dan babanye dah buat scan 4D
jantina tu dari usia kandungan 4 bulan plus pon memang doctor dah bagitau
cuma confirmation tu doctor buat bila kami buat 4D masa usia kandungan 26 weeks
Doctor kata jelas jantinanya
Suami lagilah siap menangis bila nampak jantina anaknya
Tapi si ibu kahkahkahkah lansung tak pandai tengok
kahkahkahkah
T______________T
Persiapan barang baby katanya nak yang GENERAL COLOUR je
tapi tipu je semua tu
tetap cari ikot jantina
kahkahkah
;p


NERVOUS terlampau bila fikir mampu ke berpantang dengan sebetul-betulnya masa bersalin nanti
aku ni dalam mengandung ni pon lansung tak disiplin makan ubat
dalam pantang nanti macam mana la
T________________T



Semoga terus-terus diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan kehamilan dan kelahiran.



Next entry nanti kite attach list barang baby dan keperluan ibunya
my own list yawn
setelah membuat survey sana sini sinun
harap-harap dapat dikongsikan bersama
;p




p/s: EKSAITEDnya bila kakak-kakak dah start pass bengkung la, tungku la, barut la, set sebelum dan selepas bersalin pon ada, baju-baju newborn anak buah, bath tab baby pon ada. Alhamdulilah, jimat banyak ibu dengan baba. Kami tak kisah pon re-use barang-barang for anak sulung. Taknak anak bermewah sangat. Nak dia belajar susah dahulu. Hidup bersederhana mengikut kemampuan kedua ibu bapanya. Yang penting kami pon masih dalam proses belajar dan belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik agar mampu mendidik anak kami yang bakal mendoakan kami pula suatu hari nanti.



nah saya attach luahan dari hati seorang ayah yang baru menyambut cahaya matanya
saya menangis tatkala membaca puisi indah ini

Tahniah Maryam dan Muslih
selamat menjalankan tanggungjawab seorang ibu dan ayah
dalam mencorak amanah Allah
yang dianugerahkan kepada kalian


eh tersentuh lagi hati ibu iols ni
nak nangis lagi
sobs







September 09, 2013

Selekeh

Note: 7 Months 1 week


Senronok tengok preggy mommy yang sangat-sangat bergaya 
everywhere whenever they go
sebab aku memang selekeh je all the time sepanjang mengandung ni
kahkahkahkah
sampaikan aku rasa dalam department aku kat pejabat opis ni
kakak yang dah 53 years old tu pon lagi super bergaya pada aku
T_________________T



Masa 1st trimester dulu
pakai je apa yang ada
aku lebih selesa hentam baju kurung je all the time
lepas tu stock baju kurung pulak taklah banyak macam aweks gomen kan
so pedulik pedulik repeat baju kurung yang ada
kahkahkah




masuk 2nd trimester
alah dah habis
dah pulak aku meluat gila nak urus muka
bedak compact aku habis
aku buat tak tahu je
suami ajak pergi beli aku boleh cakap nantilah
malas nak pakai bedak
kahkahkah
suami pulak layan kan je pemalas aku ni



pergi kerja muka memang owsem
sudahlah memang owsem gebu bagaikan
T_____________T
bertambah-tambah jelita laaa sepanjang 2nd trimester tu
kahkahkahkah
sampai hasben cakap
"anak lelaki ke ni yang? asek belasah baju saya je kat rumah?padahal dulu memang tak pernah pon pakai baju saya kat rumah"



kahkahkahkah
ajaibkan moment pregnant ni



aku sangat malas bersosial
malas nak keluar shopping complex
malas nak jumpak kawan-kawan lepak minum citcat tu 
semua malas
suka duduk rumah je tengok tv layan internet
kalau dah duduk rumah tu
nak turun kedai kat bawah tu pon malas
hahahahahahaha



stakat pakai suar ngandung and tshirt hasben pergi GIANT tue perkara biasa
selekehnya!!!




Masuk 6 months
baby bump dah kelihatan
kalau orang lain sure dah eksaitedddddd dengan dress-dress mengandungkan yang meletop-letop kat pasaran
aku masih maintain biasa-biasa sahaja
sampai suami ajak pergi beli baju mengandung pon aku boleh tangguh
kalau orang lain
bukan kita yang mengajak, suami yang ajak ni
tunggu lagi?
HAHAHAHAHAHAHA



sekarang ni kandungan 7 months ++
terpaksa okay terpaksa tukar baju yang ada
sebab dah tak muat
kahkahkah
bila dah gemok tu
perut dan bam bam ke depan kan
kenalah kurangkan selekeh yang ada menjadi sedikit kurang selekeh tapi tetap selekeh
kahkahkah kesian kau anak
dapat ibu selekeh macam ni




ramai cakap anak lelaki memang ibunya selekeh
anak perempuan ibunya selalu nak cantik-cantik
betul ke??




bagi aku pulak
aku rasa segala seri bertunang seri pengantin seri mengandung yang selalu orang sebut-sebut tu
tak pernah sampai ke aku
kesian betei
mak aku pon perasan
semua seri tu ada tapi bukan pergi kat aku
TAPI ke suami aku
since dari bertunang
dia yang over naik seri darah manis
aku ni maintain comot
bila dah kawen
seri pengantin pon pergi kat dia jugak
ramai yang tegur 
aku ni still comot jugak
sampai laaaa ke mengandung
aku jugak yang selekehnya
seri nak dapat anak tu korang memang akan nampak kat suami aku lagi
kahkahkah



tu belum kira lagi seri yang dok ada tu
membuatkan perempuan tetiba tertarik galak menggalak dengan dia
sampai tahap dia jadi takot
dan melarikan diri
nasiblah aku ni bukan jenis cemburu
dan dia pulak mungkin dah puas enjoy dengan zaman bujang dia
HAHAHAHAHAHAHA



padahal bukan kacak macam aaron aziz pon
tapi kalau tengok aweks menggeletis tu
aku pon jadi naik hairan
haishhhh kuasa Allah
dan Allah sedang menguji iman suami aku



eh ni bukan memuji ni
bukan bukan
jangan salah anggap
cuma hakikat yang terjadi
pengalaman



so bagi uols yang masih bujang
dan bakal bertunang bakal berkahwin tu
get ready!




sambung isu selekeh balik
aku hanya berkongsi pengalaman dan situasi 
jangan muntah darah baca pasai laki aku tu tau
kahkahkahkah
tau tau tau tak kacak pon
kahkah



yang selekehnya tetap aku
harap-harap lepas bersalin nanti
anak aku nanti berseri-seri laaa
amek semua seri tunangs eri pengantin seri mengandung 
yang lansung aku tak pernah dapat aku rasa tu
hahahahahahaha




takdelah
sebenarnya nak cakap
semoga lepas bersalin nanti 
aku akan kurus seperti ketika amek SPM 2003
kulit menjadi mulus gebu [tak mungkin jadi]
dan terhindar dari rasa ingin selekeh lagi
kahkahkahkah



tengah mengandung boleh laaa nak selekeh ke apa kan
dah lepas beranak ate nak cari nahas
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
takot!



so tumpang ada masa ni
jom la menikmati kuasa Allah
untuk terus-terus selekeh
enjoy the moment katanya
sebab bukan boleh kawal
kalau ada rasa nk MELAWA cantik-cantik pon
hasilnya tetap selekeh jugak
aku pon tak paham
hahahahahaha




PLUS hasben aku memang PANTANG dengan WANITA BERMAKE UP
lagilah mimpi tinggal mimpi je la nak cantik mulus gebu muka warna warni
hahahahaha




errrrr
anak saya lelaki ke nim?




okbai


eh kejap
nah amek tatap gambar mak buyong selekeh ni




September 06, 2013

Genap Setahun



Gambar takde kaitan dengan entry. Perkara biasa di sini. ;p


Taknak bebel pasai drama melayu
taknak cerita pasai mengandung dan dikandung
lain entry laaa ye



Nak cerita serba sedikit pasai kerjaya 
tak banyak
simple updated
untuk simpanan sendiri



-2 SEPTEMBER 2013-
so genaplah setahun jagung di kompeni sekarang ni
sekejap je masa berlalukan
lepas tu sekejap je lupa daratan berlagak macam dah kerja lama je kat sini
poyo sana poyo sini
ular sana ular sini macam senior valuer sangat-sangatkan
padahal baru je kerja kat sini setahun
T__________________T



kompeni yang sekarang ni BEST
hati senang dan girang je all the time kerja kat sini
sebab management memang bagi kelonggaran untuk keluar masuk office asalkan kerja kau siap on the time
tak macam kompeni lama
semua nak record nak pantau sampai kalau berak lama sikit pon kepala tu dah macam itik angsa mencari-cari kita ni kat mana


BEBAN KERJA??
tak payah nak cakap laaa
punyalah berlambak dan lansung tak setimpal dengan pulangan
rasa macam bodoh pulak bertahan sampai 2 tahun kat sana
orang tak hargai sangat pon
hmmmmmm




dulu macam dah jadi FOBIA dengan kerjaya as valuer
macam ex-officemates yang lain
pernah cuba bidang kerja lain
tapi apakan daya
jiwa saya masih sebagai valuer
hingga ke hari ni la
sebab saya tak boleh berkerja all the time dalam office
saya jadi stress
kemurungan je



Alhamdulillah
Allah bukakan jalan masuk ke kompeni sekarang ni
rejeki sangat je ni
sebab kompeni ni bukan jenis iklan sangat jawatan kosong kat jobstreet
mostly mulut ke mulut je
PLUS valuer dia memang susah nak berhenti
ada yang dah kerja almost 20 years kat sini
memang rezeki sangat-sangatlah!
syukur




gaji tu takde la super masyukkkkkk macam kau kerja kat kompeni BERHAD kan
sebab kau pon bukanlah lepasan ijazah sarjana muda KEJURUTERAAN ke KEDOKTORAN ke bla bla bla bla
bukan jugak ada darah arkitek kan
hanya pemegang ijazah sarjana bahagian hartanah
kenalah terima hakikat
nak kaya kenalah cari pengalaman sebanyak mungkin tentang hartanah
dan gunakan pengalaman itu untuk membentuk hidup yang lebih baik
gitooooooo
hartanah itukan pelaburan jangka masa panjang
so kerjaya kau pon jenis yang berjangka masa panjang untuk senang lenang
InsyaAllah
kena bijak cari peluang
*merepek panjang gile*



APA SAYA SUKA TENTANG KOMPENI INI?


alah standard la
semua kompeni ada baik buruknya
samalah macam kompeni aku kerja sekarang ni pon
cuma yang bestnya
dulu kompeni lama 1 hari kena fixed appointment for site view at least 5-6 cases
baru kau tak payah masuk opis
tapi kompeni sekarang ni
2 cases dah memadai kalau kau taknak masuk opis
kihkohkihkoh


kalau kompeni lama dulu
taknak masuk pagi
kau kena fixed appointment paling minimum 2 cases
kalau kat sini most of the valuers akan pergi site untuk 1 case je
after lunch masuk
tak pon around 12 ke
ikot sukalah
JANJI kerja tu siaplah



Management memang tak amek tahu sangat department valuation
sebab dorang tahu dah
kerja kami keluar masuk
PLUS boss aku pulak seorang yang comel
dan tak tahu nak marah orang
Assistant Manager pulak seorang perempuan melayu yang sangat understanding and always jaga kepentingan valuers dia
Alhamdulillah
senang hati je kerja kat sini
persekitaran tu memang macam kerja goverment



sikit-sikit ada perangai lebih kurang tu
kita telan je la
asalkan perjalanan kerja seharian tu banyak mudahnya dari sulitnya



suami memang suka aku kerja kat kompeni ni
katanya tak terikat sangat
masa aku flexible
ada banyak masa nak uruskan rumahtangga
bagi aku pulak
benda paling aku rasa LEGA adalah bila kami melangkah ke dunia keibu bapaan
sebab dengan persekitaran dan masa kerja aku sekarang ni
aku rasa aku tak akan menghadapi masalah tentang masa
kalau aku nak urus ANAK aku nanti
sudahlah anak sulungkan
kepada wanita berkerjaya, ia memang suatu cabaran besar
sementara nak adapt dengan semua perkara



aku sangat TAKOT aku letih dengan urusan kerjaya
sampaikan aku terabai tanpa sedar tanggungjawab aku sebagai isteri dan bakal ibu nanti
sebab syurga aku adalah di bawah redha suami
dan tanggungjawab utama aku adalah tanggungjawab terhadap suami
kerjaya hanya sampingan
itupon dengan keredhaan suami 
berlandaskan niat nak membantu ekonomi keluarga
takot sangat tersasar niat tu tanpa sedar



buat masa ni
hampir 9 bulan dah mendirikan rumahtangga
urusan rumahtangga masih berjalan lancar
aku masih ada masa memasak
mengemas rumah
uruskan makan pakai suami dengan teratur
alhamdulillah
urusan kerja pon bergerak selaras dengan teraturnya urusan rumahtangga
aku syukur sangat-sangat



harapnya nanti
bila aku dah ada anak
anak aku akan dapat masa yang secukupnya dari aku sebagai ibu
dan suami aku dapat perhatian setimpalnya dari aku sebagai isterinya
rumahtangga teratur
ekonomi keluarga meningkat
kasih sayang terus-terus erat ukuh dan bertambah antara kami
amin



eh bukan taknak cerita pasai anak ke?
HAHAHAHAH
so mak mak tau melalut kau ni EJ
;P




mak selalu pesan
"semua orang nak gaji besar. duit banyak. hidup senang. tapi ramai isteri sekarang lupa, tujuan langkahan mereka keluar dari rumah tu. bekerja dengan niat untuk membantu ekonomi keluarga. tak tinggi gaji pon takpe, yang penting sentiasa di bawah keberkatan Allah. InsyaAllah selalu cukup untuk kita. Setiap kali keluar rumah, betulkan niat tu. Jangan tersasar. sebab niat itu letaknya keredhaan Allah"



jadinya
marilah kita para isteri mencari keberkatan di dalam pencarian rezeki seharian
amin.



p/s: aku pon kompius aku ni nak buat entry pasai aku dah kerja 1 tahun kat kompeni ni ke atau tentang keberkatan rezeki. kahkahkah okbye!



September 05, 2013

SEPTEMBER 2013 Dan Drama Melayu Pilihan EJ


Lama tak updated pasai dunia drama melayu tempatan
maybe sebab semua cerita best dah berlalukan
kita pon busy dengan bulan puasa
syawal lagi
takkan laaa penulis nak update pasai cerita bodoh slot akasia tv3 sepanjang bulan puasa tu kot?
alaaaaa yang ada Elfira Loy yang tak pernah pandai berlakon tu
kahkahkahkah
oh puhlease!!!!!
;p



September nak share drama melayu mantap di mata penulis
harapnya korang pon bersetuju
kihkihkih



moh le mulakan entry nanti panjang lagi bebelan dan kemerepekan aku nanti ni




MUSTIKA HD memang terkenal dengan drama-drama melayu mahal
why aku cakap mahal
sebab semua dramanya pelakon yang meletop SAHAJA dan drama yang cukup cantik jalan ceritanya
Dari Adam Dan Hawa - Sehangat Asmara - Dahlia
dan sekarang ni Mustika HD sajikan drama hebat yang menampilkan hero yang susah nak jumpa dalam drama iaitu FARID KAMIL



-JODOH ITU MILIK KITA-
Pelakon sangat-sangatlah hebat
walau penulis kurang gemar dengan Farid Kamil
tapi beliau memang tak dinafikan sungguh berbakat dan berkualiti
watak memang sangat kena dengan dia
dan first time tengok dia digandingkan dengan my super talented Tiz Zaqyah
hmmmm agak mentarik mata


Selain itu
drama ni jadi lagi mantop dengan adanya wanita kegemaran penulis iaitu NABILA HUDA yang tak payah laaa nak sangkal lagi kehebatan beliau
Tak kurang juga Syazwan yang macho kacak ala-ala hero kampung gitooo
Just PERFECT!


Jalan cerita??
Hmmm memang kebas laaaaa muka ni asyik senyum je sepanjang layan drama ni
kalau korang nak rasa kebas tu
moh le layan bersama
^_____________^



Slot Akasia tv3 pulak tengah dilanda demam CINTA JANNAH yang aku rasa hampir separuh malaysia
biasalah NELYDIA SENROSE memang ada kekuatan lakonannya yang tersendiri
PLUS jalan cerita memang teratur kemas
tak jemu nak layan


CUMA bagi aku sebagai peminat tegar AERIL ZAFRIEL ni
bagi aku dia terlalu over romantik dalam drama ni
sampaikan aku tak boleh nak fee romantik dia
tapi dok rasa macam tengah tengok lelaki gila seks plak dah
kahkahkahkah
mungkin hanya pada pandangan aku



Adik ipar dan suami sangat gilakan NELYDIA SENROSE
so tak pernah la layan drama ni sorang-sorang
memang bertiga
kahkahkah




Sekali lagi NABILA HUDA menggembirakan hati beta dengan kemunculannya dalam slot drama melayu di TV9 jam 8.30 malam 


-SANGKAR-
Kekuatan drama ni aku tengok memang bergantung sepenuhnya pada si Nabila Huda
ntah la
Nazim Othman ni terlalu mahu jadi KPOP
sampai aku hilang feel dengan lakonan dia
padahal dia sangatlah pandai berlakon
why tak kekalkan imej lakonan macam dalam Deejavu Di KInabali
why why why




Nazim dan Nabila Huda bukan PERFECT partner
macam ada tak kena
tapi Nabila Huda tu cukup hebat
dan kalau berada dengan siapa pon
cerita tu nampak hebat



Tudia!



3 Drama hebat di bulan September buat masa ni
nanti ada yang hebat lagi
akan penulis update insyaAllah



Tak sabar nak tunggu drama TENTANG HATI keluar
lama sangat dah ni simpan rindu dendam nak tengok lakonan FASHA SANDHA
plus dengan AARON AZIZ pulak tu
tak tahulah suami iols jadi macam mana nanti
both memang pelakon kegilaan dia
extremely minat!