December 31, 2012

EJ's 2012 Highlights



*sapu sawang*
fuhhhhhhhhhh kasik tiup sikit habuk-habuk december 2012
ye la kan lansung takde entry ni
apa laaaaa yang penulis sibuk sangat tu
padahal december laaa banyak perkara besar berlaku dalam hidup
gitew!~


wah wah wah menyepi sebulan
tup tup hupdate entry 2013
adehhhhhhhhh


ehem ehem!~
macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ini
penulis pasti akan updated sedikit hightlight kisah hidupnya sepanjang tahun
sebab tu even dah masuk 6 januari pon penulis tetap tak malu nak update entry lapuk!


hek ellleeeehhh
orang dah tak borak pasai tahun baru la babe
orang dah busy dengan AJL 
orang dok busy dengan wedding Apex Luiney
haishhhhhh!
errrrrr


baek teruskan entry kau EJ!


wah wah wah
tengok tu status facebook penulis bertarikh 1 JANUARY 2013
memang jahanam betei
sebab tu lah nak hasilkan entry pon jahanam punya lambat
memey jahanamlah!


tapi apa yang status ni cakap
memang ada betulnya
nak tahu kenapa??
sebab yang tulis status fb dan entry belog ni orang dan jemari yang sama!
kahkahkahkah




jom jom sambung entry turun temurun ni
sebelum melalut sampai ke laut lagi ni

JANUARY 2012


aku taknak bebel panjang pasai anniversary aku dan ajie tahun 2012 ni
sebab semua entry HIGHLIGHT je mesti dimulakan dengan gambar-gambar kasih sayang sempena sambutan ulangtahun perhubungan cinta pada 8 January setiap tahun


kali ni amek korang
aku letak gambar sepotong kek je
sebab sambutannya pon memang sepotong kek je pon
kahkahkahkah


Alhamdulillah
cinta yang sama
kasih sayang yang masih sama
walaupun terlalu banyak dugaan ditengah-tengahnya
Makaseh Allah


yang paling penting sekali
wishlist masa anniversary ke 6 tahun ni
sudah pon menjadi kenyataan
iaitu memiliki cinta yang halal 
alhamdulillah syukur



January jugak menemukan aku dengan buah hati kesayangan aku iaitu si bijak TUAH
comot. 
kecik.
ntah mana-mana keturunannya.
Alhamdulillah membesar segak cantik comel elok di bawah jagaan aku
harapnya tanggungjawab aku ke atas haiwan kesayangan aku ni terlaksana 
hingga saat terakhir nafas beliau
harapnya


Kakak sayang awak Tuah
sampai sekarang ni
walaupun kamu dah berbahagia di syurga Allah sana


*kesat air mata*
;(




woot woot
January jugak menyaksikan adik kesayangan saya menamatkan zaman bujangnya!


haloo Puan Ajim
kakak always love you!



FEBRUARY 2012


February bulan cinta bulan kasih sayang
bukana untuk aku
tapi untuk Tuah


ini Atan
boyfriend Tuah
disebabkan Tuah dah mula bosan hidup sendiri dan start bercakap dengan cermin
aku carikan Tuah boyfriend segak kacak bernama Atan


maka berserilah rumah kami sepanjang February ni
macam-macam perangailah budak dua orang ni menghiburkan hati kami
sehinggalah saat-saat Tuah dipanggil Tuhan


*kesat air mata lagi*


MARCH 2012


March menganugerahkan shahid dan pipah seorang puteri sulung bernama Amanda Zara
march melihat betapa aku dan ajie sangat-sangat happy untuk pasangan sahabat baik kami dunia akhirat



tadaaaaaaaaaa
Amanda on mama EJ and Baba Ajie's wedding day~
cantik gebu dah anak mama and baba ni


March jugak march yang sedih
bila mana Allah memanggil Tuah selamanya
mimpi ngeri
aku meroyan macam mati anak


Ini last picture of Tuah
sebelum aku gerak ke Kuantan
dan esoknya Tuah pergi menghadap Ilahi



*dah aku taknak cerita lagi. sedih yang sama*


APRIL 2012


April tahun lepas takde yang menarik selain SELAMAT HARI LAHIR CHENTA HATI!

okbai



MAY 2012


-



JUNE 2012



-




JULY 2012

SELAMAT HARI LAHIR IBU

SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG EJ!

Alhamdulillah
8 July 2012 saya selamat menjadi tunang orang dan ibu tersayang selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 65
semua pada hari yang sama





tarikh kawen semua dah ditetapkan sebelum bertunang
saje galak je tu nak bertunang
hahahahhaha

aku pon nak jugak merasa benda-benda yang insyaAllah kalau boleh nak sekali je rasa seumur hidup ni.


Majlis tunang aku rasanya lagi happening dari majlis resepsi sebelah aku
hahahahaha
kawan-kawan plak tak sangka sangat datang ramai-ramai especially kawan-kawan ajie
terharu tau
sebab tu for those yang tak dapat hadir majlis resepsi kami
aku tak marah pon sebab rasa terharu tu dah aku rasa masa majlis pertunangan


nak tau ramai tak ramai??
jap ye nak tempek gambar


ini sebahagian kawan-kawan rapat aku
sebahagian tau
yang datang ramai lagi


ini separuh dari kawan-kawan lelaki ajie
separuh baru ni


ramai lagi tau
sampai tak muat laa mini pelamin tu nak ambik gambar semua


terima kasih semua!~


family aku and family ajie masa tu memasing terkejut sebab ramai sungguh yang datang
paling penting abam kacak MAHALI JASULI dan BUNYAMIN OMAR yang gile punya busy training tapi sempat jugak curi masa datang ke majlis pertunangan kami
sayang korang!



AUGUST 2012


-




SEPTEMBER 2012




-




OCTOBER 2012


Abdul saya akhirnya graduated jugak
hehehe dia bukan extend ke hape
tapi itulah mula belajar la lewat sikit pada aku
so lambatlah sikit grad
tapi takpe habis je final exam terus masuk meminang aku
itu bagus!
;p




ini sekeluarga mertua saya
gambar ni tergantung cantik di rumah mak abah di Penang
suka sangat tengok


TAPI jangan tak tahu
version gilaaaaaaa pon ada
tak pernah dibuat orang amek gambar konvo kat studio tapi gila macam ni



semua pakat layan je
lepas orang lain yang dok tunggu Q turn dorang amek gambar keluarga semua dok terpinga-pinga tengok kami dok menggila
yang photographer tu pon 
punya layan
berbelas-belas shoot jugak la dia hentam
eleh sukeeee lewtew amek gambar family kitew
;p



NOVEMBER 2012

November saya biasa-biasa sahaja
sambutan hari lahir saya yang ke 26 pon biasa-biasa je
masa ni kepala hotak pikir nak settlekan keje kawen je


yang comel gaji bulan 10 ajie dah beli hadiah bufday siap-siap
katanya takut sampai je bufday aku
duit dah habis buat kerja kawen
kahkahkahkah



tapi november tak pernah kecewakan aku!



DECEMBER 2012

Jeng jeng jeng
ini bulan paling bermakna buat aku dan seluruh hidup aku
bulan di mana aku bertukar STATUS


apa lagi kalau bukan KAWEEEEEEEEEEEEEN!
Yehoooooo!~


aku yehoo bukan sebab syiok dapat hasben
syiok tu syiok la
everything halalkan
bercinta laa puas-puas siang dan malam
takde siapa nak marahkan


tapi benda paling aku rasa seronok 
sebab berat beban dok buat kerja kawen tu selesai
majlis berjalan lancar


LEGA tu taktau nak describe macam mana
nanti uols kawen uols tau la




gambar ni dulu okay


nanti aku review lah majlis kawen aku
gile ke hape tak review
separuh gila buat keje kawen


TAPI bila tu ntah la
I have no idea
kahkahkahkah



eh eh eh eh EJ kejap nak tanya. Bulan-bulan lain yang kau letak simbol 

-

apa maknanya??



HAHAHAHA maknanya itu semua bulan JAHANAM.
okbai



Semoga 2013 ni aku boleh mengandung
dapat anak
bina keluarga
jaga suami dengan baik
doakan aku ye kawan-kawan


HAPPY NEW YEAR!


-Entry 2012 tamat di sini-