October 29, 2012

Sup Meletop EJ



SELAMAT HARI RAYA QURBAN 
untuk semua muslim dan muslimah seluruh dunia
^______________^



macam biasa
penulis dah lama tak pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya haji
masuk tahun ini merupakan tahun ke5 berhari raya di bumi selangor sahaja



WHY?
bukan kacang lupakan kulit
bukan siput yang lupakan lautan
cuma mak saya dah bermastautin di selangor
sejak abah pergi menghadap Ilahi



kakak dan abang masing-masing sudah berkeluarga dan agak aktif dengan aktiviti masjid khariah masing-masing
so setiap tahun
mak akan pulang ke rumah mana anak yang beliau suka
dan kami akan berkumpul di pagi raya sekeluarga
^__________^



Ajie pulak 
ini merupakan tahun kedua beliau tak pulang ke kampung untuk berhari raya haji
huehuehuehue
dan sedikit sedih tahun ni
beliau tak dapat cuti raya wooooi
maka pada hari raya yang lalu
beliau bekerja seharian di hari raya
tsk tsk tsk





apalah erti hari raya qurban tanpa sup gearbox sup tulang lembu kan?
sedihnya bila tunang penulis merengek teringinkan sup tulang 
taknak yang beli
nak yang daging qurban punya
lain macam sedap katanya





tahun ni agak susah nak dapatkan daging atau tulang lembu qurban
khariah kakak tumbangkan 20 ekor lembu
tapi hampeh
takde rezeki nak cop sikit tulang lembu
habuan nak buat barmia 




bila ajie request nak makan sup tulang
dah semua 1 keluarga kalut mencari sup
nasiblah mak berjaya dapatkan tulang lembu qurban
untuk bakal menantunya




TAPI mak tengah menjaga kakak dalam pantang
kakak pulak memang dari kecik alah dengan bau daging
makanya mak simpan daging dan tulang temulang fresh sahaja
mak suruh aku buat sendiri
untuk bakal suami sendiri
ameeeeek kau!





aku bukan peminat daging
potong daging pon aku tak mampu
agak kecut perut jugak
nak masak sup tulang untuk pertama kalinya
dan lagi mencabar sebab nak bagi orang mengidam yang tak dapat pulang raya yang makan
nanti tak sedap mesti dia sedih
ingatkan kampung
ingatkan masakan mak abah
T__________________T
sudahlah anak manja
haishhhhhh




makanya 
pakcik google jadi peneman setia
call kakak call bakal mertua
mintak tips mintak petua itu dan ini




hasilnya



taaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~




my first try tidak menghampakan!~
sedap tak sedap blakang cerita
yang penting daging empuk sekata
lembuk seirama dengan kepekatan kuah supnya



sebab aku sukakan sup yang seperti di atas
^___________^



untuk mendapatkan seperiuk sup tulang yang penuh kasih sayang seperti di atas ni
aku rebus semalaman
percaya tak??



dari jam 11 malam
sampai terlelap dan terjaga sekitar jam 3 pagi
tutup suis rice cooker
sambung tidur
dan keesokan paginya
pagi-pagi lagi sambung mereneh sup ni



serious cakap
kalau bukan dek kerana ada faktor kasih sayang
memang tak lah menjadi
buat sup tulang kena sabar
kalau tak sabar
daging tak empuk tak lembut
kuat tak pekat manis
dek gandingan hebat air rebusan tulang dan daging
nomnomnomnomnomnom





hye.
penulis orang utara
tunang penulis juga orang utara
maka bihun kami mestilah warna kuning seperti di atas
baru terbuka luas-luas selera
nak makan mihun sup meletop EJ version utara
ecececececececececece





hye.
penulis orang utara
tetapi penulis tak suka sambal merah untuk penambah perisa sup utara
penulis lebih gemarkan sambal kicap seperti di atas
auuuummmmmmmmmmm






ini hasilnya!!!
^_______________^



tunang makan sampai berpeluh-peluh
maksudnya??
;p




nah amek resepi kalau nak cuba:



BAHAN-BAHAN UTAMA:

Tulang lembu 
2-3 ketul daging lembu 
(dihiris dadu besar)
Halia
Lengkuas
Sup bunjut
Serbuk sup
kiub pati ayam


BAHAN-BAHAN TUMISAN:

bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
halia
bawang merah
bawang putih



BAHAN-BAHAN LAIN:

Daun sup
daun bawang
batang saderi
limau/tomato




BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:


Cili api
bawang goreng
kicap




CARA-CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah 5 ulas, bawang putih 3 ulas, halia 2 inci
  2. Panaskan periuk dengan minyak, tumiskan bunga cengkih bunga lawang kulit kayu manis sampai naik bau
  3. Masukkan hasil tumbukan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan semua tulang temulang dan daging
  5. Kacau dan biar sebati dengan bahan tumisan sampai keluar sedikit air daging
  6. Masukkan air secukupnya. Masukkan 2 kiub pati ayam. sedikit ajinamoto. rebus daging sampai empuk dalam lebih kurang 3 jam
  7. Tambahkan air kalau kuah mulai mengering
  8. Bila daging dan empuk, masukkan sup bunjut, rempah sup 1 sudu, rempah kurma 1 sudu dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati
  9. Rebus lagi sampai kuah yang terhasil berwarna pekat
  10. Masukkan hirisan lengkuas
  11. Renehkan sup dalam tempoh 30 minit
  12. Masukkan hirisan batang saderi dan perahkan sedikit limau nipis 
  13. Taknak limau nipis, masukkan hirisan buah tomato pon boleh
  14. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup
  15. SIAP!


CARA-CARA MENYEDIAKAN SAMBAL KICAP:

  1. Bersihkan segenggam cili api hijau
  2. Bland cili bersama 2 sudu bawang goreng rangup dan kicap
  3. SIAP
*WHY letak bawang goreng? nak kurangkan pedas dan lemakkan sambal kicap anda ;) bawang goreng jugak dapat kurangkan bau cili.





SELAMAT MENCUBA!

October 23, 2012

Bahasa Jiwa #43



Sejak dua menjak ini
rasa rindu suka menerpa jiwa
sentuh urat saraf otak
yang menyimpan kemas jutaan kenangan
tentang cinta
tentang sayang
tentang kisah-kisah gembira
bersama orang-orang yang pernah aku simpan kemas
dalam satu sudut terpencil
yang aku namakan hati





ada apa dengan rindu ini?








kenapa ia perlu muncul lagi?








ada apa dengan mereka?






atau rindu ini muncul kembali
dek kerana semua yang pernah aku sayang
semakin mula menjauhkan diri?





ah.
mereka tidak pernah salah.
memangnya kau saja yang terlupa
masa-masa bebas kau sudah hampir ke titik penamatnya






jadi mereka pergi.
mereka juga punya impian sendiri.






yang pergi itu titipkan sebuah rindu
untuk dirasai hati





jangan dihalangi.
kerana mereka pergi kerana menghormati.





menghormati bahagia yang bakal kau kecapi.






SELAMAT HARI LAHIR KESAYANGAN YANG 3 ORANG



Hai.


Hari ini hari Isnin
Monday blues bagi mereka yang tak punya mood mahu ke tempat kerja
hari di mana Malaysia sangat sejuk dan dingin
buminya subur disimbahi hujan indah milik Allah
Alhamdulillah syukur



Hari ni 3 kesayangan menyambut hari lahir mereka
pelbagai peringkat umur
tetapi mereka-mereka ini istimewa cara mereka sendiri di mata dan hati saya




disebabkan mereka-mereka ini special buat saya
maka 
saya titipkan ucapan selamat hari lahir secara panjang lebar di sini
mana tahu
di tahun hadapannya
saya mungkin sudah dipanggil Tuhan
makanya
ucapan melalui penulisan comot saya ini
boleh diulang baca sebagai kenangan


Hari ni bufday adik ipar tunang saya
merangkap bakal ipar biras saya


my favor pic
mesra betul laaa
jeles tau!

err itu dinding bilik saya
okbai



Kak Eima and Along ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 25 ADEQ
semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan
dan berbahagian hingga ke syurga Allah sana


We love you sibling!
^___________^




Gadis manis di atas ini namanya Nas
I love to call both oh them 'yayang'


princess of Yayang Ijal ini juga meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 26 hari ni
Saya dan Ajie ucapkan
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN NAS SHANTEK
semoga Allah anugerahkan kamu
kejayaan dan kebahagian yang tak pernah putus
amin.


We love you both sooo much!




Ini Cik Puan Akma
mommy comel yang baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya
seorang puteri yang diberi nama indah
'DHIA'


Mommy comel ni ex-roomate penulis masa zaman diploma
dan hari ni hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke 26
^____________^



To my dearest Akma
HAPPY BIRTHDAY SAYANG
semoga anak sihat ibu cantik ayah hebat
dan semoga keluarga kecil yang sedang dibina
dipelihara dan diberkati kasih sayang yang ada


We love you all
Mama EJ and Baba Ajie love you baby Dhia
^____________^




October 16, 2012

Graduasi Khair Baharin




14 October 2012
AHAD


ini hari manis buat insan tersayang saya
ABDUL KHAIR BAHARIN
[AJIE]



Setelah tanpa jemu bersemangat menghabiskan juga perjuangan dalam memiliki segulung Ijazah buat pembakar semangat adik-adik dan juga anak-anak di masa hadapan nanti
TAHNIAH SAYANG
You make me PROUD!~




Bukan senang membawa status bercinta dengan lelaki masih belajar
bukan mudah membawa diri di kalangan rakan sebaya bila ditanya sahabat dan saudara
'apa kerjanya si pakwe'
bila dijawab 'eh masih belajar'
selalunya senyum sinis yang diberi sebagai ganti galas
atau jawapan paling selamat
'ooooooooooooooo ye ke'



bukan juga perkara mudah membawa status TUNANGAN kepada si fresh graduate
yang lagi 2 bulan sahaja lagi
bakal dihalalkan apa yang haram
bukan senang.



ah.
tapi aku lansung tak kisah
berpakwekan lelaki masih belajar
bertunangkan fresh graduated



yang aku lihat.
budi beliau
cara beliau menjaga aku saban masa
keluarga beliau
keturunan beliau
kasih sayang beliau yang melimpah ruah



sebab aku tetap akan terus pegang pada pesanan ibu
"ada habuan indah untuk hamba Allah yang sentiasa sabar"



siapa tahu masa depan kita di hadapan
kan?



bagi aku
jangan kita tinggalkan orang yang sudah susah senang bersama kita
untuk kita kejar orang yang sudah senang dan menanti kita
sebab hidup kita ini adalah garisan lurus yang dibengkang bengkok kan dengan dugaan
perkara rawak yang sedih
perkara rawak yang gembira
jadi apa yang kita perlukan
adalah manusia yang nak bersama kita
susah dan senang kita
kurus dan gemok kita
cantik dan buruk kita



jap aku ni nak buat entry pasai graduation day ajie kan?
okbai



......................................................................................................................................................................................


mak demam pagi ni
agak panas
so subuh tu abah decide abah je akan masuk dewan
mak gerak dengan aku n adik-adik lewat sikit



hmmm kacak tengok tunang kite bersiap-siap nak bergraduasi
auw!



aku tak masuk dewan
so kami sampai betul-betul dah sampai timing graduan nak get ready keluar dewan
kahkahkah
cepat-cepat kami sekeluarga carikan hadiah untuk Along
dan menunggu beliau keluar dewan
^____________^




ini hadiah dari penulis kepada tunangnya
apalah ertinya hari graduasi tanpa jambangan bunga
dan macam biasa
penulis dan warna merah tak dapat dipisahkan




ini dari Angah dan isteri
^___________^



ini dari Raazak Mohd
^_____________^



ini pulak dari adik bongsu untuk alongnya!
^__________^



untunglah tuan badan
hadiah convo banyak pada kite
T___________T




Mak dan Abah
pandai tau sedondon bagai
wewiiiitt!

*nampak muka mak Nab demam ;(



THE FAMILY
^_______________^


THE COURSE-MATES
^_________________^



and
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

THE FIANCÉE
;p



Congrats Tunang


Tahniah kawan-kawan


Semoga terus cemerlang di masa depan



October 15, 2012

Weekend Yang Semalam



banyak betul benda sweet berlaku WEEKEND ni
Alhamdulillah
terlebih dahulu panjatkan rasa syukur kepadaNya
tanpa izin yang Esa
rasa happy ni tak akan ada




Why weekend lepas sweet?
weekend lepas family Tunang datang rumah kite
sempena preparation for Along's Graduation Day
Along itu siapa?
Along itu tunang penulis laaa



lambatnya tunang EJ habis blajar?
eh takpe, penulis setia menunggu
asalkan niat dan semangat nak habiskan degree beliau tak pernah terluput
syukran
untuk siapa?
untuk awak jugak ke depan nanti EJ
untuk siapa?
untuk anak-anak kamu di masa hadapan nanti jugak EJ
untuk siapa?
untuk kamu hey untuk kamu hey untuk kamoooooo!~
^_________^




Family mertua sampai Jumaat malam lagi
macam biasa mommy tunang kite memang suka masak sedap-sedap dari Penang
bekalkan molek-molek
nanti dah sampai rumah comel saya ni
kami nanti bentang tikaq luas-luas
semua dinner skali together-gether
haishhhh ini moment paling penulis dan si anak tunggu-tunggu
why?
sebab ajie sure dah bosan makan aku masak
aku pulak dah bosan makan aku sendiri masak



malam tu mak dan abah mertua memang terbaek
bawak bekal Udang gemok masak sambal + Sotong masak kuning + Ikan tenggiri masak goreng kunyit bawang
woaaahhh
ini memang favourite penulis, tunang dan Raazak Mohd



Raazak Mohd siapa pulak?
Raazak Mohd sibling kami
anak angkat mak abah
kawan baek saya dan ajie
bakal tunang doctor fieza
dan sangat dadah dengan twitter
errr panjangnya description tentang Raazak Mohd?
zzzZZZZZZzzzzzzz




Weekend lepas
segala DIET memang wajib dipunahkan
kerja kau mestilah makan gelak makan gelak tidoq
makan gelak makan gelak tidoq
T___________T
ayat kami bertiga sama ja
alaaaa makan je laa
bukan selalu pon dapat makan mak masak
hahahaha




Weekend lepas??
hahahaha baru semalam je pon weekend lepas tu
kahkahkahkahkah


........................................................................................................................

okay
Ini cerita Saturday Morning pula



mak masak nasik lemak untuk semua
sebab rumah kite sejuk teramat
mak tak lena sangat tido
so mak bangun awai sangat sensorang dia masakkan nasik lemak untuk breakfast kami
sesuatu yang paling heaven adalah
nasik lemak yang mak masak
bersambalkan SAMBAL SOTONG KERING
fuyooooooo terbaek!



mak memang terbaek
mak macam ada instinct yang me and ajie memang teramatlah mengidamkan sambal sotong kering sejak beberapa minggu yang lalu
Alhamdulillah
terima kasih ibu!
eceehhhhhhhhh
*tapi kau tido je kan EJ tak tolong pon
T_________________T



inilah sambal sotong kering owsen tersebut
haishhhh sedapnya!




memang penulis tak tipu bila penulis kata weekend lepas diet sumpah ke laut sungguh
sebab apa??
sebab lepas makan kan kan kan
kami all the siblings turun mandi kolam plak



First time turun mandi sini
padahal dah duduk sini almost 2 months


eh eh eh jangan tak tahu
kami semua mandi kolam tengah hujan
kahkahkahkah
senronok senronok beronok ronok
tapi dalam hati kan kan kan
memasing takot jugak abam-abam guard datang tiup wisel



one thing pasal adik-adik saya
mereka sangat sukakan air
tetambah la angah and munir
memang tak bosan laaa mandi kolam dengan diorang semua
macam-macam dok tehegeh-hegeh dalam aiq tu
Love you siblings in law!
^_________________^





lepas mandi kan kan kan
sekali lagi diet punah ranah sebab standard laaa lepas berendam dalam air
perut mesti lapar 
so belasah lagi nasi lemak mak mertua yang teramat enak tu
comel tengok mak menikmati waktu rehat beliau tiap kali datang rumah kite
baring-baring layan hindustan
abah pulak sibuk dengan facebook belia
main game!




as tuan rumah
saya rasa happy tengok suasana macam ni di rumah saya
^___________^




lepas makan kan kan kan
semua orang apa lagi
tido!
kahkahkahkah memang punah ranah laaaa diet segala
kecuali Raazak Mohd dan tunang yang terlepas adegan ini
kerana mereka berdua bekerja pada hari sabtu tersebut





bangun je tido
abah ajak pergi Pudu Raya amek Uteh yang bertolak dari UMP, Pahang sana nun
semua orang diwajibkan ikot
sebab lepas amek Uteh
nak pergi menjemput isteri tersayang angah
di Shah Alam sana 
yang teramat merindui suaminya
^___________^



panjangnya penulis buat entry
lepas ni buat apa??



hahahahahahaha
lepas ni laaa part terpaling SWEET untuk hari sabtu yang hari itu



lepas amek menantu pertama mak abah
kami gerak ke Puchong
buat apa pergi puchong??
pergi puchong sebab mahu mentemankan Along (Tunang kite) menjemput my biggest gift
iaitu baby AMAD



Siapa AMAD??


hehehe Amad tu baby baru kite
tunang kite belikan
terharu sangat
Tuhan je tahu
Makaseh sayang!





Siapa AMAD??



For me to know for you to find out
*ni jawapan mintak penampaq
ZZZZzzzzzzzZZZzzz




naek kereta unser ramai-ramai penuh macam sardin kan
memang moment paling saya suka
terasa masing-masing dah membesar
sebab 3 years ago
semua muat je!
hahahahahahahha


ini hero-hero mak
kiri: si kacak munir (anak no 2 bongsu)
kanan: si gebu Uteh (anak no 3 dari kiraan sulong)



ini pula heroin mak abah
kiri: ehem ehem ini bakal menantu. Munir's lovely girlfriend. Mira namanya
kanan: inilah si bongsu kamu. adik Tini



ini pula moment-moment kami menunggu Amad siap diuruskan kelahirannya
hahahahhaa
*ayat mintak penyepak
okbai



Lepas amek AMAD
maka bergeraklah kami sekeluarga ke restoran kegemaran abah
iaitu MURNI BUKIT JALIL
Bukit Jalil Branch saje tau yang abah suka
yang lain taknak
William pon taknak
nak yang ini jugak
;p



aku rasa
kalau abah jenjalan KL
tak dapat makan kat murni
macam tak sempurna vacation beliau ke Kuala Lumpur
hahahahahaha



Nasib laaa aku tak sewa rumah kat Jalil Damai APartment
kalau tak mesti abah orang paling hati dalam sana ada taman
silap-silap abah tinggalkan game facebook dia
pergi lepak murni je 24 jam
hahahahaha


meh layang gambau meh



okay
cabonara Murni Bukit Jalil memang owsem!
my favor



Makaseh abah sebab belanja anak menantumu ini
semoga abah terus-terus dimurahkan rezeki




so malam sabtu kami semua
adalah malam PERUT LETIH MAKAN
so semua orang tido awal
kahkahkahkah



alasan:
kena tido awal sebab esok nak bangun pagi 
along nak grad
kahkahkahkah
;p




cerita convo cerita hari ahad
insyaAllah satu lagi entry convo
dalam masa terdekat ini




happynya family mertua datang
seronok rumah penuh dengan gelak ketawa adik-adik



dan ketika entry ini ditulis
punya laaa sunyi rumah
sebab yang tinggal memang hanya penulis
T______________T




kat sini dulu
thanks sudi habiskan ayat terakhir kite



so kita bagi korang baca ayat last ni




.




titik maknanya 
okbai
;p