April 23, 2014

TOKSU AARON



Aaron Muhammad Aariz 4 months++


Sebagai seorang wanita berkerjaya walau tidaklah berapa berjaya di dalam kerjaya
sejak tahu je diri ini pregnant
antara perkara yang selalu berlegar dalam kepala hotak ni of courselah 
PENJAGA KEPADA SI ANAK ketika ibu keluar bekerja


Ingat lagi saban masa survey sana survey sini
tanya sana tanya sini
selalu cakap dengan suami
kalau boleh nak orang yang jaga anak nanti golongan nenek yang penyayang
yang akan sayangkan anak kita macam sayangkan cucu dia
merata orang iols bertanya
merata orang iols merisik kabar
manalah tahu ada yang tahu mana-mana nenek yang kebosanan di rumah 
dan berminat nak jaga anak kite
sambil diri tak pernah henti berdoa agar Allah permudahkan urusan mencari penjaga baby dalam perut ni
siap mintak mak doakan selalulah


bukan apa
sebagai ibu yang punya komitmen dengan kerjaya
perkara ini adalah perkara terpaling serius yang perlu dititikberatkan
mana tidaknya
saban hari kita disajikan dengan kisah-kisah nursery/taska/pengasuh/maid yang bukan main kejam dan zalim mendera anak kita
subhanallah



Alhamdulillah
Allah dengar doa kami



Saya seorang ibu yang bertuah
Allah permudahkan urusan Penjaga Aaron
Allah hantarkan ibu dan bapa saudara sendiri sebagai penjaga kepada Aaron sepanjang saya keluar mencari rezeki


Percaturan Allah cukup sempurna
disusun kemas pertemuan
dipermudahkan urusan risik merisik
dan 22 January 2014 yang lalu
Hari pertama Aaron tinggal dibawah jagaan Maksu Munirah dan Paksu Fuad saya
aka Toksu Aaron
Alhamdulillah
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ini teramat lega dan bersyukur bila maksu dan paksu bersetuju untuk menjadi penjaga kepada Aaron



Banyak perubahan baik kepada Aaron sejak toksu jagakan dia
orang kata kalau anak serasi dengan penjaga tu
Insyaallah sihat selalu 
badan tegap
berat badan naik sempurna
tidur malam sentiasa lena
tak meragam
dan selalu happy sepanjang masa


YES
itulah yang berlaku pada anak saya
sentiasa tersenyum dan gembira
Alhamdulillah, tahap kesihatan pon baik baik belaka



Sekali lagi saya ini ibu yang bertuah
bukan sahaja Allah hantarkan saya penjaga anak yang datangnya dari ahli keluarga sendiri
Allah bagi bonus lagi
bila setiap hari bila kami pulang kerja
datang menjemput anak kesayang
sentiasa didengari dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dari sekalian kanak-kanak yang datang belajar mengaji dengan toksu aaron
dan paling terharu bila tiap kali lihat
sambil diribanya Aaron, Toksu mengajar pula anak-anak kecil mengaji al-quran
dan ada juga masa-masa
anak kesayangan lena nyenyak tidur dalam buaian
yang mana sekelilingnya teramat bersemangat anak-anak kecil menelaah isi kandungan al-quran nur karim


SubhaAllah
bertuahnya saya 
terima kasih ya Allah
Kau anugerahkan kami kesenangan dan kemudahan dalam menguruskan anak kami
terima kasih untuk Toksu Aaron
Kami suami isteri teramatlah bersyukur


ALHAMDULILLAH YA ALLAH


teringat kata-kata penuh makna kawan kongsi difacebook beliau baru-baru ini


"Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakannya

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"



Percaturan Allah itu maha adilnya
Allah datangkan dugaan dan rezeki itu sama banyak
cuma berbeza masa, bentuk dan situasi
cuma kita sahaja tak perasan



Saya mungkin tidaklah sesenang semewah para isteri yang lain
tapi alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya ditempat lain
Saya mungkin tak secantik koleksi-koleksi exgirlfriends suami pada masa lalu
tapi alhamdulillah saya masih mampu menguruskan makan pakai suami dengan baik
Saya melalui proses kelahiran anak yang agak rumit dan penuh kesukaran
tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan menjaga beliau
Suami saya masih berusaha untuk memewahkan kami sekeluarga
tapi alhamdulillah keluarga milik suami terlampau kaya dengan kasih sayang melimpah
alhamdulillah
mungkin belum masa nak senang
tapi Allah senangkan kami dengan kasih sayang dan sekeliling yang menyenangkan


Allah itu maha adil
yang penting kita kena yakin




Terima kasih Ya Allah untuk Toksu Aaron







1 comment:

Ain Ibrahim said...

Alhamdulillah...