Showing posts with label Tentang Perihal Blog. Show all posts
Showing posts with label Tentang Perihal Blog. Show all posts

November 04, 2011

Saya Janji Nak Update Awak Kan Belog



hye semua
salam Jumaat

penulis mahu mengupdate entry mungkin setiap hari lepas ini
sila bersedia untuk jemu
^____^



WHY lama tak updated blog EJ?


banyak snagat sebabnya selain alasan busy
walau belog ini takde TRAFFIC takde tutorial tudung belit-belit mahupun gambar penulis yang so retis . ya memang takde
tapi penulis tetap tahu masih ada yang sudi membaca bukan?
dan me-stalk juga bukan?



so, penulis datang untuk berkongsi cerita


err macam tak jawab soalan je kau EJ?



baeklah
penulis dah lama tak updated belog sebab LAPTOP takde
sudah sah menjadi milik anak buah yang continue study beliau
laptop tu dah jadi orang penang dah


so bila sekadar tumpang-tumpang online kat laptop housemate memang susahlah nak updated entry
short-short entry tu bolehlah



HP kan ada EJ? Tweet saban hari sampai bengkak jari boleh plak?


HAHAHAHAHA
untuk pengetahuan semua
penulis kurang gemar berblogging thru hp
sebab penulis hanya memakai blackberry bukan galaxy tab ke Ipad ke
susah tahu
kecik je hah skrin
kalau twitter tu memang dah sebahagian dari rutin harian dan terapi hati dah
T_____T
teruk sangat dah kena demam twitter ni
utara cakap dah LOGHAT dah



kire sampai bangun tido buka mata checked TL dulu la baru bbm boyfie
hahahahahahaha



eh eh eh eh nak follow or kawan-kawan dengan kite kat twitter?
ADD lah
dah follow tu jangan lupa mentioned saya ea
InsyaAllah saya balas
*gile ayat poyo ni. kau retis??hak tuii! ade ke yang nak follow?hahaha




Ouucchhh ni entry pasai twitter ke blog kau yang dah kau tinggal bersawang semak samun ni?


errrr okaylah okaylah sambung balik
now now now
tak perlu risau wahai belog
sebab semalam penulis baru sahaja membeli sebuah CPU baru untuk dilepakkan ke dalam bilik penulis yang agak besar ini
sebagai peneman penulis di kala housemates semua sebok berada di dalam bilik masing-masing
T________T



makanya aktiviti online secara pukal dah boleh kembali dijalankan
dan lepas ni kalau takde aral melintang
adalah entry baru setiap pagi
sebab penulis memang gemar menghasilkan entry di waktu pagi sebelum ke kantornya




seperti sekarang ni
entry ni dihasilkan setelah appointment untuk site view dicancelkan oleh seorang agent dengan selumbernye iaitu very last minutes!




sebelum penulis akhiri entry ini
boleh tak nak buat ucapan??
hahaha




Hye NOVEMBER!
EJ Love November so much!!



6 days to go to 11.11.11





and its my BIRTHDAY!




p/s: entry masih tiada gambar. sila paham ketika entry dihasilkan, kondisi PC ini adalah EMPTY dengan sebarang document. hahaha okbai


August 14, 2011

Tentang 500 =)

sumber: Encik Google



lihat segala macam memek ayam tersebut
cepat lihat
ia pelbagai bukan



cuba kira kalau rajin
;p
cukup tak 500 ekor ayam-ayam tu?



rajin ke?



HAHAHAHAHAHA ok sudahlah intro yang macam taik tu
tahulah jejari runcing ni dah lama tak menulis
hak tui pui pui pui runcing celah manonya ejah oit!
ok melalut




makanya
intro panjang tak lebar tadi itu
hanya mahu cakap
Salam ramadhan yang ke 14
^_______^




itu aje?




okeylah okaylah ok-lah
bukan itu SAHAJA




Alhamdulilah
ini adalah ENTRY saya yang ke-500
ye saya ulang
yang ke 500 ye kawan-kawan
setelah dibelek dan didelete segala draft yang tak di post
yang dikepam yang diperap seperti pekasam
makanya
ini total entry saya yang bernyawa
oh yeah!!



penulis sangat excited!
tahu kenapa?


sebab masa aku baru-baru blogging dulu
aku tertarik sangat dengan pencapaian 1 blogger ni
dan aku blajar blogging pon dari beliau sebab suka baca belog hijau beliau
tak payahlah aku link kan blog beliau sebab blog hijau tu dah move
dah tak seaktif dulu


agak sedih sebab beliau memang sumber inspirasi aku
besederhana
tak kejar nuffnang
tak kejar followers
tapi jalinan persahabatan antara followers beliau sangat rapat
aku suka blogger yang besederhana macam tu
sampai sekarang rasa KEHILANGAN itu ada
dan aku adalah orang paling happy kalau beliau terbuka hati untuk serikan kembali blog hijau tersebut macam dulu
tapi kita perlu hormat keputusan orang bukan?



aku baca entry beliau yang ke 500 tu adalah pada tahun 2009
so sekarang kau bagitau aku
berapa lama aku tunggu untuk capai tahap ni
entry aku ke 500
T_______T



aku sangat excited
bukan nak meniru
cuma dulu memang pasang niat
suatu hari nanti bila sampai ke entry yang 500
aku akan buat entry khas
untuk diri sendiri dan dunia kecil ini
finally!




blog aku bukan blog kegemaran
blog aku kerap dijenguk oleh segala haters aku je
cari isu baru nak buat bahan tambahkan pahala aku
;p



blog aku bukan ada kutipan nuffnang pon
hahahaha sebab aku pemalas blog-walking
just suka melepak di blog-blog yang aku senarai kat tepi tu je
tu je lah aktiviti blog-walking aku
nak hai hai kat chatbox pon malas
loser kan?



makanya jangan tanyalah pasai apa even dah blogging almost 3 years
followers aku baru banyak tu
tak macam retis tak macam jejari tak macam adinda evans yow
auw!



hahahaha sebab aku mahu jadi gadisjahat
menulis tentang hidup puaka hati jahanam
yang jadi diri sendiri melalui penulisan
yang menulis tanpa harap sesiapa baca
tapi penulisan berkualiti
yang boleh buat orang macam aku terus dan terus jatuh cinta dengan penulisan beliau



aku mahu jadi Sloeka
yang tanpa sebarang gambar dan info diri
penulisan beliau tetap mampu terpahat dalam ramai hati
penulisan tentang jiwa yang sungguh mendalam sungguh halus dibaitkan menjadi ayat
ayat yang membentuk 1 entry yang bagi aku setiapnya adalah sangat mahal sangat kualiti


tahu kenapa?
sebab aku seorang penulis yang tak punya apa
yang bukan menetap luar negara
yang takde suami kaya
yang tak cantik rupa
yang tak pandai buat tutorial belit-belit tudung
T____T


aku hanya seorang blogger yang pandai tempek-tempek apa gambar yang ada
yang comot yang tak cantik
yang kadang-kadang gedik kadang-kadang menggelabah dengan bf sendiri
yang baran tak tentu hala bila marah
yang annoying sangat kepada setiap mata segala haters
yang punya kisah hidup susah
yang ditakdirkan miliki kondisi hati jahanam
yang dan yang


itu aje aku ada
yang boleh aku sandarkan aku cagarkan aku gadaikan
untuk terus hidupkan blog ini
dunia kecil yang memang dah jadi sebahagian hidup aku
serius!




kepada yang punya masa membaca
terima kasih masih datang menjenguk
mohon aku
terus doakan blog ini akan dan akan terus hidup sampai bila pon



menulis itu antara kepuasan hati untuk aku



errrr kejap ayat gedik
kejap ayat merepek
tetiba ending dengan ayat jiwa


sekejap saya sekejap aku
err apa la kau derr
T_______T




oh yeah
entry ke-500 TAMAT







August 06, 2011

Buruk, Sepi Dan Su

sumber: tumblr.com



aku nak menulis
tapi tak tahu kenapa jemari terhenti dari bergerak menghasilkan bait ayat
damn!




kesian dengan dunia kecil milik aku
buruk sepi sunyi



haishhh ni semua salah Ajie sebab rajin baca blog aku
aku jadi kurang bebas menulis
HAHAHAHAHAH



Ajie, tak payah baca dah la


please!


July 23, 2011

April 16, 2011

Header Baru Lagi


okey
HEADER baru
untuk sajian semua



p/s: saaaaaangat saaayang nak tukar layout blog. so sebagai perubahan aku main tukar-tukar header baru boleh??


February 02, 2011

Belog Kau Manis


-keluarga kecil saya-
gambar tiada kaitan




agak lantang ya


belog kau manis
ayat kau susun cantik
tapi ya Tuhan
bertahun nak tunggu loading


kalau boleh setiap sudut dunia kecil kau tu
kau nak tempek gambar
nak padat dengan segala link
nak letak lagu-lagu bingit
salji turun sana-sini
haishhhh!~


yang datang berkunjung
walau tak selalu macam aku ni
nak tatap entry-entry kau
susunan ayat manis penarik hati
hasil karya kau



permudahkan boleh?
senangkan yang mana boleh senang
lajukan yang mana boleh laju


ini tak
kadang-kadang tu ade yang sampai 3 lapis layout gile-punye-hebat-ke-depan
T_________T



Errr lagu satu lagu tu jangan la sampai pagi aku cario punat nak tekan stop TAKKAN JUMPA
janganlah macam tu
semak!
ganggu kekusyukan membaca menikmati entry-entry segar anda



memang belog kau
dunia kau
kau punya suka



aku mintak tolong je
itupon kalau sudi nak permudahkan apa yang mudah nak ubah
^_________^



eh eh eh
EJ tegur secara RANDOM ye




January 27, 2011

Dear Bloggers+Followers, INI PENTING


awak
korang
kamu
cik adik manis
cik abang hensem


ini perkara sangat PENTING


boleh tak saya nak mintak tolong you guys
tolong tinggalkan link blog u guys kat komen entry ni
tengoklah kiri anda
list THE SENET semua hilang
T_________T



oh my GOSHHHH
list KEGEMARAN pon dah hilang semua
tak tahu kenapa
maybe sebab penulis lately gatai tangan main coding
sebab keinginan hati ini mahu menukar layout
at last hilang list-list korang
macam mane nak updated semua story korang neh
uwaaaaaaaaaaaaaaa
sedih sangat




pelish pelish pelish ea
thak you!



December 13, 2010

Dear 1OO FollowersKu




Hey
saya seorang blogger yang sangat malas blog walking oh
T__________T
saya benci kemalasan saya tu
maaf maaf maaf



Hey EJ
no wonder la kau dah blogging almost 2 years baru 1oo je followers


Hey
100 JE awk kate?
JE??
OMG
for me 100 tu angka yang cukup besar untuk blogger malas macam saya
yang menulis lebih kepada untuk diri sendiri hati sendiri oh ho dan selalu syok sendiri
lalalalala!~



sempena 100 followers ni
meh sayang meh
tinggalkan jejak anda di ruangan komen entry ini okeh
nak jugak saya jenjalan belog kamu orang
nak ubah sket perangai pemalas saya



saya cepat jatuh cinta dengan penulisan orang
tapi tu la saya
sangat pemalas nak blog walking
shopping online pon malas
kalau nak apa-apa
saya buleh pergi sms kawan saya Cik Puan Drunbella tu suruh dia yang usha-usha
tahap apa la kau malas kan EJ



baeklah baeklah
masuk bulan depan belog sayang saya akan menyambut birthdaynye yang ke-2 tahun
kahkahkahkah
tahun pertama takde sambutan harijadi
tahun ke-2 ade okeh
sebab makin sayang lebiu piu piu lah kat belog ni



makanya saya mahu menerjah ke semua dunia anda wahai followers sayang
^____^



Ej, tahun depan tukar layout??
kan tukar layout setahun skali?


Hmmm tengoklah macam mana
saya sangat SUKA dan SELESA dengan current layout
simple
kemas
sedap mata saya memandang



hope korang pon macam tu jugak!~



Have a greet Monday peeps!



November 08, 2010

Dear STALKERS



Dear SILENT READER
oh ho
maybe i should put sssssssssss
yeah
dear SILENT READERS



janganlah anda sakit hati dengan penulisan saya
dengan cerpen saya
dengan bahasa jiwa saya
dengan segala-galanya tentang saya



walaupun URL blogspot ini adalah percuma pendaftarannya
ia tetap tanah jajahan milik saya
segala kaveat gadaian pajakan mukim bagai
semua under hak milik saya
ya
saya
si tuan tanah


makanya
suka hati sayalah saya nak menulis tentang apa sayang!
tentang bahasa jiwa yang jahanam ke
tentang kesayangan ke
tentang chenta maut ke
tentang amarah membuak ke


jangan nak halang



gerak jari saya ni tak pernah ada kawalan
menulis itu adalah PASSION saya



kamu datang singgah
saya menghargai
kamu blah saya lambai-lambai bye-bye
bye-bye awok!


tapi janganlah mempertikaikan gerak bentuk susunan penulisan saya
please!
saya penat dah nak cakap
SAYA NI MENULIS DENGAN HATI
tiada paksaan
NO RULES!


dan dan dan
satu PERKARA kamu perlu tahu
saya ni kalau marah
tak pandai saya nak buat CERPEN yang tuju khas kat orang yang saya marah
tak pandailah saya
jari saya otak saya hanya pandai menyusun ayat-ayat double triple meaning
yang memang saya karang saya susun padat
untuk kau duduk pikir
eh eh eh apa yang EJ tulis ni
pegang hati
dapat tak rasa KEPANASAN HATI
kalau tak dapat rasa
yeah
ANDA BUKAN YANG KITA CARI
teeeeeeeeeeeeeeeeeeetttt



kan simple



janganlah pikir terlalu mendalam sangat
janganlah cepat terasa sangat



dunia sekarang DUNIA PRINT SCREEN tau
jadi saya nasihat kamu
ELAKlah menulis CERPEN menulis STATUS menulis WALLPOST bagai dengan meletakkan nama penuh nama samaran nama seseorang
eh eh eh
mana-mana orang pon lah
kang orang print screen kang
kan naya kan celaka nanti



Ooopppsssss
stop it EJ
Hari ni isnin yang indah
takmaulah bebel-bebel ni



off to work!
Have a great MONDAY peeps!!


Have a wonderful MONDAY stalkers!!
You Know You LOVE Me
thats why U ARE HERE!
Auw!!
^_______^




September 17, 2010

Handbag dan Terjahan





baeklah baeklah Cik Dunbella
saya buat TAGGED awok yep
saya ni pemalas actually untuk hal permainan sekeliling belog yang tujuannya saya tahu amat manis
-merapatkan silatulrahim-
ok la ok la
kali ni saya rajinkan diri okeh



"Mari dekat mari dekat.
Lihat apa yang ada dalam handbag i.
Isk geli kuutt sebut handbag.
Cekidauuttt."

p/s: ini ayat cik bella. ayat saya nak tempek kat sini macam mana??hey saya tak pandai



baeklah
TAGGED ini lebih kepada sebuah cabaran
nak USHA sket apa kau setorkan dalam handbag kau
tak perlukan kekuatan zahiriah
cuma kecekalan batiniah
hahahaha
apa aku merepek ni??


-teruskan EJ-
tolong!



hey
ini dua makhluk penting tiap kali saya HANGOUT
tak sempurna tanpa salah satu daripada mereka
saya pakai untuk situasi yang berbeza
contoh:
kalau lepak dengan kawan-kawan yang sebaya saya, opismates, skulmates, si gejez si cantik manis saya lebih selesa yang hitam tu
tak nampak saya comot budak-budak sangat
T__________T


DAN
kalau saya rasa saya nak hangout dengan adik saya AJIM and UNISHA
better bawak yang puteh tu sebab dorang suka buat bag saya setor mereka jugak
ok
melalut
si puteh untuk nampak lebih santai and relax
^___^



EJ, please!!
ini bukan entry pasal handbag
jangan melalut buleh???
Grrrrrr



baeklah baeklah
tak bagi chance lansung!
tau lah saya takde handbag LV GUCCI CHANEL COACH bagai
huh
tapi LAYOUT LV saya MALATOP okeh
auw!
kan kan kan kan?



EJ, tolong okey
teruskan?
mahu cik bella marah??



okey okey okey
sebelum cik bella bertukar jadi gorila version kering baek saya mulakan terjahan isi-isian handbag saya
lalalalalala!~




hey
lihat kat atas ini
INI SAHAJA keperluan kepentingan kemestian saya jika keluar berjimba bersuka ria gedik menggedik lepak melepak sasau mensasau dengan segala jenis kawan dan tempat
ini BENDA WAJID perlu ada



di sini saya lampirkan mengikut turutan kepentingan
PALING PENTING kepada SUAM-SUAM PENTING
x____x



1. PURSE
hahahahaha mari tampar saya
memang la PURSE benda paling penting paling kemestian keperluan kalau nak keluar hangout
biar kosong asalkan bawak
kahkahkahkah
ini antara purse kesayangan saya


hey EJ
macam budak sekolah pakai purse Roxy


weh
okeylah tu pada aku pakai purse Hello Kitty?
eeeerrrrr
[nak kena bakar dah aku ni dgn peminat hello kitty]
erk??
okey la okey la
purse Winnie The Pooh
mau?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA


okeylah tu Roxy
saya budak kampung
mana ada roxy punya boutique kat ulu Bagan Serai tu masa saya skolah-skolah dulu
so
pakailah waktu sekarang ni
lalalalalala!~




2. SIKAT MERAH
hey. sikat sangat penting bagi saya.
biar tak sikat pon sangat rambut tapi sikat tu kena ada dalam bag
baru tenang jiwa
macam gegurl kat luar sana yang tak boleh hidup takde cermin solek kecik nampak lobang hidung aku je tu kalau pi sua muka sebab terlampau comel dan mesti nak kale pink kan kan kan




3.PERFUME BERBOTOL COMEL
ini juga penting
saya jarang sembur pon
tapi saya suka merepek pergi merata hala tuju mengukur jalan serata KL dan Lembah Klang
dan mewangikan diri untuk tempat-tempat dan situasi-situasi yang kita rasa perlu itu penting jugak kan?
untuk SELESA saya
ada aku kesah perfume aku perfume murah tak mahal macam orang laen?
hehehehehe
DKNY BE DELICIOUS sudah memadai untuk maintainkan kompiden diri saya
^_____^



4. COMPACT POWDER
ini antara kesayangan saya
tapi takla keutamaan sangat yang perlu saya bawa
sebab saya pakai compact powder sekali je
masa nak keluar tu
dah habis kat muka maka habislah
tak bawak takpe bawak pon takpe
dan buat masa ini, ia adalah jenama kegemaran saya



5. SKIN BASE VISAGE
dah pakai compact powder of coz saya perlukan base visage ini
sama macam compact powder, tak bawak takpe bawak pon takpe




6. EYE LINER
hey
saya ini pemakai eye liner yang comot paling tegar
orang nak pakai saya nak pakai jugak
gatai gedik
tapi genyeh mata ikot suka ja punya pulun tenyeh
mana tak comot??
maka, perlulah bawak eyeliner tu ke mana-mana
nak topup yang mana dah bertukar macam gothic tu
hahahahahaha



7: SERUM
hehehehehe ini sesuatu yang penting jugak
untuk rambut mak lampir saya
kat dalam gambar tu economic punya
DOVE oh ho sangat murah
saya pakai bila perlu sahaja
tertarik sebab bau beliau
kalau tanya serum terbaek untuk rambut saya
saya always jatuh cinta dengan Loreal Alseve Smooth-Intense Anti Frizz Serum
amek kau
panjang gile nama
hehehehe alaaa yang bottle kale orange-orenge coklat jernih tu
ia bagus untuk saya
cuma botol dia tu agak besar
tak selesa nak usung merata
makanya DOVE di buat pengganti sementara



8. HANDPHONE Cap Ayam Saya
ia hp paling manis dan selesa
hahahaha
hp memang keperluan
tak payah nak cerita la kan
huh



Okey
cukup cik bella??



dan saya tagged kesayangan yang lain ya
nak tahu jugak apa yang ada dalam handbag anda!


.
.
.




thank you!






August 31, 2010

Dunia Kecil Saya



Lately
dunia kecil milik saya dipenuhi dengan ramai insan-insan yang penuh kasih sayang
saya gembira



dunia kecil saya
kecil sahaja
tak ramai penghuninya
tapi yang datang menjenguk pintu dunia kecil itu
semua secara tak sengaja
manis-manis belaka
pelbagai karakter
tapi punyai fahaman yang sama
dan memahami apa yang saya rasa



dunia kecil saya dunia yang senyap diluarnya
tapi penuh kegembiraan di dalamnya
yang melihat mungkin tak sedar
saya ada dunia kecil saya
yang penuh dengan kesayangan saya



EJ
kau gila??



tidaklah
saya tak gila
saya bercerita tentang bahagianya saya
punyai dunia kecil miliknya saya
tak gilalah



hey
saya tahu
ada di kalangan anda adalah watak di dalam dunia kecil saya
yang sentiasa mengikut cerita hati saya
cerita hati yang sebahagiannya tersimpan kemas di dalam dunia kecil miliknya saya
hanya penghuninya sahaja dapat merasa dapat memahaminya



oh oh oh EJ
kamu ada dunia khayalan??fantasi??
bukan kamu benci akan perkara yang bukan realiti?



hey
dunia kecil saya bukan dunia khayalan
bukan juga ciptaan imaginasi saya
yang membentuk sebuah fantasia
dunia kecil saya adalah sebahagian realiti diri saya
yang hanya nampak keseluruhannya
jika anda adalah sebahagian daripada penghuninya



terima kasih twitter saya
terima kasih belog saya
terima kasih facebook saya
terima kasih formspiring miliknya saya
hey
kamu semua adalah teknologi yang mendekatkan saya dengan ramai kesayangan saya
ya
kesayangan yang juga penghuni dunia kecil miliknya saya




hey
kenapa kamu tersenyum sendiri??
kamu mulai rasa kamu adalah sebahagian daripada dunia kecil saya??
oh oh oh
itu tepat
kamu adalah penghuninya
kerana kamu merasa




manis sangatkah mereka-mereka di dalam dunia kecil kau tu EJ?



hey
sangat manis okey
sangat tabah
sangat perhatian
sangat memahami saya
saya yang punyai jiwa yang mungkin pelik bagi semua
tapi tidak bagi mereka
kerana mereka jua punya jiwa yang sama



kepada yang sedang senyum
terima kasih kerana terus dengan saya
berkongsi cerita jiwa
bergelak ketawa
tiup meniup semangat dan kekuatan jiwa
bagi mengawal pelbagai rasa
rasa yang ion nya lebih kepada kuasa negative dua
negative dua?
HAHAHAHAHA teori apekah itu EJ
nak jadi saintiskah pula??
hehehehe
maap
si buta sains cuma cuba membuat teori sendiri
menggambarkan rasa negatif yang sama kuasanya dengan kesedihan kelukaan kepahitan
T______T
buruk plak teori saya itu
abaikan!



eh eh eh
saya nak cerita pasal dunia kecil saya laaa
apsal pergi kepada teori palsu pula?
haishhhhhh



hey chenta dan kesayangan saya
terus menjadi sebahagian daripada dunia kecil saya
saya memerlukan anda semua!!



ini serius!!




^__________*




August 25, 2010

Omelnya Omelnya Omelnya!




jelajah stock wallpaper yang membukit berfolder-folder dalam lappy ni
tetibe jumpa yang ini
threesome!


OMG
omelnya
omelnya
omelnya!
^_______^





Eeeeeeeeeeeeee rasa nak gigit je budak 3 ekor ni
comel cangat!
T_______T



May 17, 2010

Susah Jadi Single

kalau dulu macam mana aku merepek cakap dengan orang pon, takkan ada yang take serious apa aku dok merepek cakap menggoda menggedik hantam la dengan bf orang ke suami orang ke sebab dorang tau dah aku ade SOMEONE already.
TAKKAN ada yang jeles




TAKKAN jugak ada yang cuba ignore aku sebab gf kesayangan marah akan keakraban aku sebab masing-masing dah masak
YES, aku already ada SOMEONE
Hmmm
persahabatan sentiasa direstu pasangan masing-masing




Kalau dulu
aku tak payah nak kena cover ayat
nak kena pikir ape aku nak cakap aku nak gurau
apa entry aku nak hasilkan
sebab macam mana aku merepek merapu menggaban pon
aku tau
orang dah masak sangat n cukup jelas aku ada SOMEONE sudah




TAPI sekarang
aku lupa akan status aku yang bujang trang tang tang
tetap aku HANTAM main ayat bukan-bukan macam dulu
tulis entry ikot suka hati
tulis status fb suka-suki
drop komen kat kawan-kawan yang aku dok selalu mengada-ngada seperti biasa
macam biasa
tanpa aku pikir
BOLEHKAH lagi aku sebegitu rupa
kahkahkahkah




DAN hari ini
secara tak sengaja
aku mula terpikir
aku memang terlepas pandang akan semua-semua ni
ye la
dah 4 tahun kot aku dah biasa hidup as gf SOMEONE
jadinya
aku sudah TERBIASA





dan bila hari ini aku rasa seperti ada SOMEONE yang cuba mengelak diri dari aku
aku mulai faham
CONTROL YOUR WORDS please Eima Jer
kau single beliau ada girlfriend
sila paham
jangan membawakan masalah kepada hubungan orang lain
walau apa pun niat anda




kepada SOMEONE
sorry kalau saya terlepas pandang
PLUS saya baru tahu
yang kamu sudah ada SOMEONE
kahkahkah
hengatkan masih trang tang tang
sebab tu ayat saya slalu pakai HANTAM jaaa
soooooooory
Teeeeeeeeeeeeetttttt!





even takde niat pape pon
suci murni niat di hati
hanya mahu merepek seperti sebelumnya
^____________^




May 10, 2010

MEMEN


-MeetDaBlogger-


yeah
khamis malam yang lalu saya telah membuat sesi pertemuan dengan blogger kesayangan saya
wahh
blogger kesayangan tu
amek kau!!



naaaaaaaaahhhh
blogger kesayangan ramailah!
apalah sangat Eima Jer di sisi Emir Faez aka Jalak Lenteng



Oooopppssss
kenapakah begitu teruja??
hensem sangat ke si jalak lenteng tu??



kahkahkahkah
dia Hyun Bin saya
juga Jehan Miskin saya
Oooooppppssssss




tidaklah
tidaklah
sebenar-benarnya Jalak Lenteng adalah blog pertama yang buat saya jatuh cinta dengan dunia blog
penah saya ketawa kahkahkah macam orang gila seorang diri di tengah malam di Lobi hostel menikmati entry-entry beliau yang super duper sengal!
serius
tak tipu
dan kepada follower beliau pasti paham apa yang saya cuba sampaikan
tak perlu terlalu banyak pujian
nanti beliau kembang
sila ke sini jika mulai berminat
nescaya anda tidak akan kering gusi dengan pakcik lenteng ni
www.jalaks.blogspot.com

saya kenal blog beliau almost 3 years
seawal semester 2 saya di UTM Skudai
melalut ke Friendster
melalut ke Facebook
melalut ke talipon
melalut-lalut ke sms yg jarang-jarang ok kena berhati-hati takot kena lempang dengan peminat fanatik beliau mungkin
dan boleh dikatakan kami agak rapat
rapat ke??
hahahahahahaha




Okeylah
pertemuan di NZ Garden di depan KLCC yang indah itu memang sungguh FUN!
sumpah taknak tipu-tipu...
sungguh!
Ia benar!



dah jom layan gambar

Ini Jalak Lenteng aka Emir Faez aka Memen aka Jejaka Idaman Melaka
kahkahkah

Eima Jer and Emir Faez
lawa je kalau letak dalam kad jemputan kawen
teeeeeeeeeeeeeeeeettttttt!


nasik-nasik tambah pada malam itu





Okey
kalau boleh nak 10 jam lepak dengan korang
sebab fun sangat
tapi next time maybe
sebab saya je yang baby pada waktu ini
yang lain bapak dan mak orang yang perlu bekerja pada keesokkan harinya



Jumpa lagi nanti ye
^__________^





March 12, 2010

My First Time


my first time jumpe blogger
=)
semuanya PERFECT!
2 minit je jumpe, dah boleh borak macam-macam



Cik Sha
nice to meet u!



nanti kita lepak minum TEH AIS kegemaran kita berdua okey =)


p/s: Apai dan Aza penyeri majlis =)


February 27, 2010

You've Got Style Contest

masuk contest lagi
tu je yg aku mampu buat sepanjang hari-hari busy ni
nak update blog dengan cerita-cerita panas panas panas tak sempat nak pikir
banyak lg student matters yg perlu diselesaikan dahulu



seperti biase
ini banner dan link saudari empunya contest
^_____^


dan ini link beliau dan contestnya
http://meandmylife1376.blogspot.com/2010/02/youve-got-style-contest.html

credit to my bff Drunbella
I dapat tau contest ni from her yang masih mempunyai byk masa berblog walking
thanx!




Ini pula pic yang saya pertaruhkan

ini pic kenangan act
sebab I lost my favor necklace
tercicir dalam fitting room Zara
demn!
and my favor long sleeves shirt yang hancussss sebab terlibat dengan kemalangan kelunturan warna baju mana ntah..
haishhh
X______X
sedih sungguh!



baeklah saudari penganjur
ini pic yang saya pertaruhkan
sebab tiap x pakai baju n necklace tu
they gain my confident level to da highest level!
oh ho
Good Luck Eima Jer
ada style lah!
eceh

February 22, 2010

~Ezma, you jump, I jump! Contest~

my second contest sepanjang berblogging
yeah!
^_____^




contest apakah yang menarik minat penulis ni??

ini dia banner contest ni
tajuk macam cool je
teringat plak zaman-zaman gilakan hero titanic
heh



Okey bagi bloggers lain yang nak cuba nasib jugak
mari-mari kita buat rombongan masuk contest ni
simple just upload je pic lompat-lompat milik anda
macam saudari empunya contest di atas tu


sedikit explaination untuk memudahkan pihak juri dan rakan-rakan yang lain
actually saya dapat tahu contest ni last week
tapi saya memang sangat kurang bergambar tapi mempunyai agak banyak koleksi gambar lompat-lompat yang saya sendiri shoot
sebab saya minat photog
makanya menjadilah tanda tanya
samada saya layak atau tidak memasuki contest ni dengan mempertaruhkan gambar kawan-kawan saya yang di shoot sendiri oleh saya sebagai contester
sebab memang teringin nak masuk!



ni bukti pertanyaan saya kepada saudari penganjur




dan semalam saya mendapat jawapannya


malu bertanya sesat jalan
rajin bertanya bertambah pengetahuan
ok sudah lulus
mari lihat pic yang saya pertaruhkan



sebelum itu
sebarang maklumat lanjut contest ni bolehlah klik di bawah ni ea

http://ezmaliza.blogspot.com/2010/02/ezma-you-jump-i-jump-contest.html




okeylah
ini gambar yang saya pertaruhkan
natural shoot without apa-apa photo editing
natural itu lebih baek!
^_____^



Lokasi: Datarab Helipad UTM, Skudai
Masa: sekitar jam 7 malam
Pihak Terlibat: Dari kiri Cik Nad, Cik Epy, Cik Aza, Cik Pekjah, Cik Ana, Cik Mar dan Cik Yuni


saya suka akan pic ni sebab suasana matahari dah hampir melabuhkan tugasnya
kawasan yang lapang
background view yang tidak terlalu padat
dan kawan-kawan saya melompat dengan penuh keringan!
tinggi-tinggi semuanya




jangan risau
saya sudah mendapatkan keizinan mereka untuk memasuki contest ini
sebab merek juga adalah readers blog saya
^__________^



Good Luck Eima Jer







January 31, 2010

FRIENDSHIP CONTEST

OKEY KAWAN-KAWAN
my first time masuk contest neh!!

oh tidak
owh tidak
woah tidak


bukan contest siapa cantik angkat tangan ye
sebab tau dah aku mesti ranking paling last
kahkahkah


mari ramai-ramai join meh

Klik untuk maklumat berkaitan saudari penganjur
[Marmie]
=)



baeklah aku masuk contest ni pon sebagai tanda penghargaan aku atas sebuah persahabatan yang terbina dari keikhlasan dan keserasian
alhamdulillah!
aku sedih aku akan ingat mereka
aku susah aku akan cari mereka
aku gembira aku perlu kongsi dengan mereka
dan susah senang sedih ketawa mereka adalah susah senang sedih ketawa aku juga!
This is for u guys!
for our friendship


our sweet memory@Genting, 2008

hey my hottie besties
aku tau gambar ni still mampu buat korang tersenyum sendiri
sebab aku pon tak pernah tak senyum bila tengok gambar ni
terlalu banyak gelak tawa antara kita
i love u my senet-senet sayang!
=)


btw,

"kawan sejati tak akan marah tak akan terasa hati tak akan cemburu bila kau ada kawan rapat yang lain"
sebab mereka sentiasa mahu ada kawan lain yang boleh gantikan tempat mereka bila aku memerlukan kawan untuk dipeluk dan untuk dipinjamkan bahu mereka agar aku boleh menangis bilamana jarak memisahkan KAMI
'go with your life and enjoy making friends! bcoz, theres no rules in friendship!"
I LOVE U GUYS!


aku emosi lak
aaarrrrrggghhhh jadi rindu dengan my senets di atas!
2 weeks t0 go
bersabar!



"wei eima, tak aci la gambar ajie pon ada skali. ajie bf kau. percampuran konsep perhubungan."
hahahahaha macam aku pernah cakap dulu
aku treat ajie as my bestfriend
sebab kita tak pernah jemu dengan bestfriend kita
he is my love and he is also 1 of my besties
=)



p/s: thanx miss Marmie sbb sudi luangkan masa melayan ayat-ayat 'nasik tambah' saya. hahaha





January 24, 2010

Panas

weekend aku minggu ni sungguh terisi
sampaikan penat tak terkata
kalau boleh tido pagi tadi takmau bangun-bangun
dah tu lepas lunch petang tu bantai lagi tido sebab sangat letih
sampaikan isu Aduka Taruna pon sumpah tak sempat nak amek tahu
just baca-baca kat twitter je
=p


Isu Aduka Taruna:
aku taknak komen pape sebab tak tahu hujung pangkal. bloggers punye pemikiran ni memang subjektif. baek jangan masuk campur. hehehe



cuma berkaitan pemikiran manusia ni
aku memang sangat berminat untuk lihat, baca, fikir dan tafsir sejauh mana kematangan, kebijaksanaan dan keprofesionalan seseorang tu melalui penulisan mereka


berdasarkan link-link yang aku dapat from twitters and facebook
sangat suka baca komen-komen si pengkritik
ada yang ayatnya superb mantap tak terkata
ada yang merapu menggaban penuh maki hamun
campur tangan isu-isu politik
isu melayu yang dilambung-lambung balik
kat situ dah nampak melayu ni sangat suka berpecah untuk sesuatu yang tak pasti lagi




kalaulah bukan melayu yang baca semua caci maki ni
fuhhh pasti mereka-mereka ketawa sinis



pasti tak pasti isu Aduka Taruna ni
kita tunggu dan lihat
diam jangan cakap apa-apa
sebab aku bukan pengikut setia entry beliau
jadinya aku tak boleh nak nilai jenis penulisan beliau
lainlah kalau gdsjht punye entry
semua aku khatam abes
makanya kalau isu mcm ni naik, aku dah boleh paham apa yg sebenar-benarnya penulis sedang sampaikan
sebab aku sangat sudah paham akan cara penulisan beliau
sama jugak macam hal di atas
jangan terus menghentam tanpa kita tahu akar umbinya dulu
tak tahu baik diam
diam tu lebih baik
hehehehe


p/s: bila melayu dah bertelagah sesama sendiri, pasti akan di campur-adukkan isu politik kau umno aku pas kau BN aku PKR bagai. mula naik isu melayu bila nak maju bla bla bla. haishhhh



Eima Jer:
Tak kenal maka tak cinta. tak khatam entry makanya jangan berkata apa-apa =p. isu ni isu sensitif, skali lagi aku tekankan aku hanya menyentuh isu pemikiran pengkritik melalui penulisan mereka dan isu melayu berpecah bergaduh bagai. bukan isu berkaitan Aduka Taruna. tak cukup info untuk hal itu. =)