April 22, 2013

HeartBeats



Pertama dalam hidup
;p



nak kongsi ni
hehehehe



hari ni ada 2nd medical check up appointment
super nervous


aku dan suami selesa dengan urusan perubatan di klinik ini

dekat je dengan rumah kami
PLUS suasana agak islamik
doctor pulak yang paling penting setiap urusan perubatan beliau dimulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad
sedap hati kita ni



PLUS doctor ni kacak!
mana tahu anak terkenan
;p


masa fisrt time buat pregnancy check up kat sini
doctor terus scan perut
sebab nak pastikan baby dalam rahim
bukan diluar rahim
masa ni baby tak nampak sangat sebab terlalu awal
masa tu baru nak masuk 5 weeks
doctor cuma dapat sah kan kandungan normal dan berada di dalam rahim
Alhamdulillah



Today our 2nd time medical checkup
dengan doctor yang sama
yang baik dan kacak
jugak penuh sopan santun dan kelembutan teramat
sejuk mata memandang
penerangan pon sempurna dan tak rushing pape



Kali ni doctor scan lagi
dan bagi aku dan ajie dengar HEARTBEATS anak kami


masa dengar degupan jantung tu
hati aku sebak sangat
berkaca air mata ni
sebak gila



masa ni
hati seorang ibu tersentuh sangat
segala rasa penat dan loya
hilang sekejap sebab hati ni girang sangat
dengar doctor terang satu persatu perkara baru dalam hidup aku
memang satu kenangan yang paling manis


Terima kasih ya Allah
untuk keajaiban ini



Doctor cakap
baby sihat
ibu pon sihat
semua okay
Alhamdulillah
lega sangat-sangat



Jumpa 22 May nanti



Now dah boleh buat buku ibu dan anak kat Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak
kopak la baba kalau nak buat check up kat klinik swasta je manjang
nanti kita buat ultra sound semua kat doctor yang sama hokey baby



esok nak pergi klinik kesihatan ibu dan anak seri kembangan
dekat je dengan rumah
Alhamdulillah
tak payah amek cuti sebab boss bagi perlepasan je
^_____________^



doakan semua lancar ye kawan-kawan



April 19, 2013

Mengidam #Part 1




Jangan salah sangka
ini bukan perut penulis
cantik sangat ni
;p


sumber: google image


masih dengan topik PREGNANT
almaklumlah anak sulung
pengalaman pertama seumur hidup 26 tahun ni
mestilah terover dan over eksaited!
^___________^




entry kali ni nak share pasai hal-hal MENGIDAM ni
;p

 sumber: google image


amboi sedapnya buah mangga kat atas ni
T__________T
*lap air liur sendiri



MAK selalu cakap
IBU MENGANDUNG NI MENGADA
badan mengada
emosi mengada
TEKAK?
lagi laaa subhanallah mengada
sebab tu Allah jadikan suami
yang dilembutkan hati untuk melayan semua kerenah si isteri



TAK NORMAL la seorang bakal ibu tu kalau takde lansung symptom MENGIDAM
ye dok??



aku ni normal hidup sebelum kawen pon suka mengidam macam-macam sampai penat ajie nak layan
tambahlah dah berbadan dua ni
MENGADA tu naik tahap menjadi-jadi
tinggi melangit
anak sulung pulak tu
dilayan seperti puteri
 ;p




selepas kawen
ini MENU aku sangat gilakan
Nasi putih panas-panas + Telor Mata+ Cili potong dengan kicap
aku makan menu ni hampir setiap hari


sedapnya tak tahu nak gambarkanlah
sebelum pergi ke kerja pon aku boleh masak nasik pastu goreng telur
breakfast dengan menu berat ni
memang gila!!



ini pulak snack WAJIB aku sekitar bulan february
OREO CICAH SUSU
sanggup berhenti petrol pam semata-mata nak beli susu and oreo
ajie tak larat nak layan laaaa tengok aku mencelup oreo dalam kotak susu 
masa dalam kereta tengah jem
padahal rumit tau nak makan oreo cicah susu dalam kereta
T__________________T




Aku jugak sangat gilakan RENDANG PEDAS AYAM
nak buat sendiri
orang lain masak taknak


gila tak gila
aku boleh masak rendang pedas ni seminggu sampai 3x
takde orang nak makan
aku sendiri yang memang nak makan



bila lapar je
rendang pedas ni punya bau mesti melekat kat hidung
mula tak sabar nak drive bali rumah
nak masak


kegilaan aku terhadap rendang pedas ni baru je hilang masa aku punya kandungan masuk 5 weeks
masuk je weeks 6
dengaq nama rendang pon PANTANG
rasa kembang tekak



masa awal MARCH
aku memang gilakan SUP EKOR tahap kronik
kenapa kronik??


mana ada orang makan sup ekor setiap hari setiap malam selama seminggu direct??
nak kat 1 kedai area rumah ni je
nak tukang masak tu je yang masak
dia solat asar aku sanggup tunggu lama mana pon
asalkan dia yang masak
tudia tudia


sekarang??
segala jenis sup laaa paling aku tak boleh dengar
imagine pon tak boleh
kembang tekak


masa taip entry ni pon
dok tahan mual je ni
T___________________T



ini mengidam secara istiqamah
aku gilakan MANGGA EPAL ni dari awal kawen sampai la sekarang
sama naik je dengan ajie
cuma masa early pregn KAWAL ancy ni
akusiit makan benda-benda masam
takot rahim tak kuat lagi



TAPI kalau tanya tekak aku
bila-bila pon mau mangga muda ni
kena pulak dengan kuah rojak MAK BEE
perrggghhhhhhhh




ini menu kegilaan masa week 5 pregnant
pantang dengar BAKSO
meleleh je air liur ni



nak bakso area rumah kakak je kat PJ
tempat lain taknak
penat la kakak and anak buah melayan


TAPI masuk je week 6
macam sup ekor la
dengar nama bakso pon boleh buat marah!




SAMBAL IKAN SEMILANG MAK MASAK
ini bukan mengidam
tapi memang 1 anugerah Tuhan kalau dapat makan



bukan selalu dapat peluang makan ikan semilang masak cabai version mak
mak kan dah bermastautin di JENDERAM HILIR
ikan semilang owsem pulak memang aku nak AMCIK je yang mancing
beli taknak
hanyir



Amcik memang dah paham sangat
kalau aku balik dengan mak
mesti dia akan pulun kuar mancing
untuk penuhi keinginan tekak


awal bulan april hari tu balik kampung
dapat jugak merasa
aku makan nasik 3 pinggan
masa ni morning sickness tak berpaling pada aku lagi
masih milik ajie
selera memang tengah sedap


sekarang??
hmmm mak taknak masak pon takpe
bukan dalam list kegemaran untuk sementara waktu
;p




 IKAN BAWAL GORENG + SAMBAL KICAP



bila tahu je aku pregnant
ini MENU paling kau teringin
taknak makan kat kedai 
TAPI nak BAPAK MERTUA yang buatkan


First time makan menu ni ayah ajie masak masa tahun 2009
ingat sampai sekarang


Alhamdulillah
keinginan tekak dipenuhi hajatnya oleh bapak mertuaku yang tersayang
dua ekor aku hantam!
tersenyum abah tengok





masuk week 6
dah start morning sickness
buah JAMBU SUSU ni je laaaa sentiasa bermain di benak fikiran aku


tapi tak dapat pon sampai sekarang
just dapat makan sebijik je masa balik kamoung awal bulan hari itu
itu pon buah sesat
bukan musim kot ni


alangkah indah kalau dapat bawak balik dari kampung barang SEGUNI!
bahagia tekak
gebu anak nanti
;p




sekarang ni
pada tahap morning sickness dah melarat pagi petang siang malam
tekak ni nak sangat buat CERMAI
nak penyet-penyetkan pastu cicah dengan campuran gula+belacan+garam+cili api
sedaaaaapnya!



Suami tengah usahakan untuk dapatkan aku buah cermai
tak sabarnya
harap-harap gemok macam dalam gambar ni




mual-mual aku ni
mengidam tu tetap ada
cuma bezakan
lepas makan tu terus MUNTAH



selamat!



ini kisah mengidam part 1
nanti aku celoteh lagi part 2 part 3 dan seterusnya sampai la meletup
;p



ini kenangan manis ni
perlu catit moment-moment ni semua!



^________________^



April 17, 2013

Aaron Abin + Dayang Nur Minmin



Dulu masa Tuah pergi menghadap Ilahi
aku sedih teramat sangat
macam dah taknak bela kitten lagi
sakit sangat rasa kehilangan tu



Tapi
Abin and Minmin datang secara tiba-tiba
tak pernah aku plan pon
untuk ada sepasang kitten lagi
Boss mintak jagakan kitten dia
sebab dia kalau boleh nak sangat tuan untuk kittens dia tu
jenis penyayang




gambar ni aku ambil masa hari pertama they both masuk rumah aku
kecik je
manja dan comel




siapa sangka
tak sampai 4 bulan lagi pon
dah GEMOK macam ni dah budak kecik 2 ekor kat atas tu
GEMOK + BIJAK + MANJA + MENGADA + KUAT MAKAN

plus


SANGAT NAKAL



nak bukti??
nah amek ni


nakal kan??


bila tengah kerja
boleh dikatakan hari-hari terjadi kat aku
aku akan rasa rindu sangat dekat dorang



macam skrang ni
sebab tu entry ni terhasil.


okbai


April 16, 2013

Morning + Afternoon + Evening + Night Sickness

hambek ni
purple tulips
saje nak fefeeling Lia Suraiya dalam Cinta Jangan Pergi
;p


sebenarnya bukan nak cerita pasal bunga tulip ke drama melayu ke tiz zaqyah ke remy ishak ke
bukan
taknak cerita pon pasai semua-semua ni
sesaje tempek sebab tetiba rasa PURPLE TULIPS tu cantik sangat
^_________^
penulis memang peminat tulip dan tuberose
bunga simple tapi punya kecantikan tersendiri



melalut lagi
;p



sebenarnya penulis nak menulis tentang ini

MORNING SICKNESS
atau 
ALAHAN KETIKA HAMIL


lain orang lain cara pembawakan budak (alahan)
tapi mostly alami semua ni pada lingkungan masa yang sama
3-4 bulan pertama hamil




Impian aku dari zaman anak dara
adalah untuk Bunting Pelamin
tapi memang dah tertulis yang aku tak punya rezeki untuk bunting pelamin
bulan ke 3 perkahwinan baru diberi Allah anugerah ini
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya
aku percaya ada hikmah mengapa dan kenapa Allah susun macam tu



aku lansung tak jangka aku pregnant
sebab dah 2x kecewa
malas nak layan sangat perasaan berharap tu
bila period start delay
aku still letak NEGATIVE THINKING kat situ
yang aku sedang alami stress melampau laaa
perubahan horman badan la
and bla bla bla
so delay tu bukan preggy tapi nak ubah tarikh
WALAU diri sendiri tahu yang period time aku memang TEPAT setiap bulan



So bila hasben suruh buat pregnancy test
aku akan buat dunno je
nak tunggu sampai end of March jugak-jugak
kononnya period akan datang jugak within this month
huehuehue
TEKAD dalam hati yang aku hanya akan buat test tu 1 APRIL 2013
hahahaha poyo gila!
;p



One day tu suami muntah teruk sangat kat tempat kerja dia
suami call bagitau setiap 15 minit sekali dia ulang alik masuk toilet muntah dan muntah
aku ingatkan dia kena food poison sebab symptom-symptom macam aku dulu tu ada kat suami
sudah laaa masa tu kondisi kesihatan suami sangat mendadak turun
macam-macam sakit
tambah lagi FOOD POISON



on that day
pihak management tempat kerja suami suruh dia pergi klinik
so doctor senang-senang bagi dia MC untuk 2 hari
 kebetulan mak ada kat rumah
mak call aku cakap ajie muntah teruk
pastu mak gelak-gelak



so aku paham apa maksud di sebalik gelak sinis mak tu
makanya balik kerja tu
aku singgah laaa pergi beli pregnancy test
macam kompiden sikit nak check
sebab mak kata maybe ajie tu muntah pembawakan budak
ecececececece



TAPI yang peliknya
bila aku sampai kat rumah
bila ajie nampak je muka aku
dia terus STOP muntah
lansung tak muntah
boleh makan dan minum dengan seleranya
*pelik



So rasa kurang kompiden nak check aku preggy ke tak tu kembali menular dalam hati
sebab tengok suami dah sihat.



Lepas solat maghrib
doa-doa sikit
amek wuduk
aku pon senyap-senyap buat test
Alhamdulillah
keputusan POSITIF



Masa bagitau mak and suami
Ajie menangis
masa tu dia tengah makan
mak pulak tak habis ucap syukur ke hadrat Allah
menangis-nangis suami call ahli keluarga semua
kabarkan perkabaran gembira
mohon didoakan aku sihat dan dipelihara semua



Seronoknya rasa tu
rasa yang semua wanita di dunia ni tunggu
dan alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk merasakan salah satu kebahagian dunia yang paling bermakna ini
Terima Kasih Allah



-HABIS BAB MELALUT NI-



Masa tahu aku preggy
kandungan dah masuk 5 week
dah boleh scan dah perut buncit aku ni
baby nampak kecik sangat lagi
tapi alhamdulillah kedudukan baby adalah di dalam RAHIM
itu yang sangat penting
baby kecik je lagi
yang buncit tu LEMAK semata
=,="


Minggu ke 5 pregnant
aku takde alahan apa
selera makan macam DRAKULA ada la
itu nak makan ini nak makan
sampai mak dan suami penat nak melayan


Minggu ke 5 suami aku yang membawa alahan mengandung ni
ajie yang muntah-muntah teruk
sekejap muntah
dengar sebut perkataan muntah, dia muntah
lepas makan muntah
sampai demam-deman


kondisi alahan ni lagi teruk bila dia berjauhan lebih dari 5 jam dari aku
senang cerita bila bini dan anak takde depan mata
kemain dia muntah
sampai tak boleh buat kerja
nak pitam pon pernah



dari kesian dan risau
sampai jadi LUCU plak
anaak ooooo anak
anak ayah betul la
kecik lagi dah tunjuk 
;p


Minggu ke 6
kondisi alahan ajie makin parah
bila dia terpaksa pulang ke kampung awal 4 hari dari aku
untuk mendapatkan rawatan sakit dia
iyelah ini memang berpisah jarak jauh beratus batu
baby bukan stakat bagi baba dia muntah-muntah
siap pakej demam panas gila
muntah-demam-muntah-demam
sampai tak boleh bangun ajie


kondisi aku pulak di KL ni mula tak betul
mual mula datang
loya sana-sini
pandang nasik lansung tak boleh
dah start muntah-muntah
memang weak gila!


akibatnya
4 hari laaa aku lansung tak sentuh nasik
makan biskut, kurma, buah and kismis sahaja
T________________T



TAPI kan kan kan bila balik je kampung
salam je dengan suami
semua rasa loya dan tak lalu makan tu hilang serta merta
we both dah tak muntah
dan boleh makan nasik dengan senang hati
T____________T


anak ooooo anak
macam-macam




masuk week 7 lain pulak cerita
si ibu pulak dah start morning sickness
sampai laaa week 8 ni
bukan morning sickness dah
morning+afternoon+evening+night sickness semua ada dah ni
apa pon tak boleh makan
air kosong pon tak boleh telan
makan sepinggan nasik
sepinggan jugak la keluar
minum segelas air
segelas air jugak laaaa jadi rejeki mangkuk tandas




badan jadi letih sangat
prestasi kerja memang merosot habis
perut lapar
tapi bila makan semua keluar balik
tekak dahaga
tapi minum je
semua keluar balik



ada 2 je jenis minuman yang aku boleh makan sepanjang sekarang ni
TEH AIS dan MILO AIS KFC
nampak tak nampak tak betapa mengada anak gua??




TAPI nampak jugak tak perkataan 'AIS' dalam setiap pilihan air dia tu??
haishhhhh tak elok untuk ibu hamil pengambilan ais tu
kata orang ais tu tajam
tapi macam mana nak buat
badan takde energy
T_____________T



week 9 dan seterusnya
kita tengoklah apa baby nak ajar mak ayah dia



apa yang boleh aku cakap
ini kenangan manis as ibu


kawan-kawan slalu pujuk
kata dorang kalau masa pregnant ni anak buat hal macam-macam
alahan teruk-teruk
nanti bila dah lahir
tak banyak songeh
mintak-mintaklah anak ibu pon macam tu


Mak pulak pujuk
masa mak mengandung
lagi teruk
lansung tak bangun 3 bulan
so mana nak lari alahan kalau dah mak sendiri alahan teruk
T______T


so bersabar je la
bukan untuk siapa
untuk anak sendiri jugak



seronok plak bercerita tentang anak ni
berjela entry aku
okbai




April 15, 2013

Perkongsiaan Berita Gembira Dan Pengharapan Doa



nak update belog
betul-betul nak
tapi maaflah PC di rumah rosak
laptop adik ipar plak dia bawak balik kolej
makanya berkurunlah bersawang belog ni
nak update kat opis
tak sampai hati plak
bukan tak sampai hati cuma feel tu tak masuk
kang ada yang tengok aku updated belog
kate aku ni ulorrr besar plak




ini ALESA SAIRISH
bukan anak korean mana-mana
anak pasangan melayu kita
mama yang gorgeous papa yang kacak
makanya lahirlah baby yang adorable teramat sangat ni


ini anak buah pertama Unisha
ex-housemate masa kat OUG dulu
^______________^


p/s: Along Umairah, mohon izin curik pic anak comei awop sekejap ;p


dari hari pertama Alesa lahir kat dunia ni
hari-hari aku akan tatap muka beliau melalui facebook
semua gambar yang mama beliau upload di instagram and facebook
semua aku tatap dengan rasa penuh minat dan geram
memang secret admired habis dengan baby alesa ni


sambil-sambil tengok gambar-gambar adorable baby Alesa
sambil tu asek berangan nak baby bijak and comel macam dia
pergi mana semua orang suka
gilakan camera
hiburkan semua orang



tak gebu macam alesa
adorable macam alesa pon jadilah!
^___________^





So sekarang aku dah PREGNANT
lagi giatlah menatap gambar-gambar alesa ni
screen hp muka dia
wallpaper pc kat opis muka dia
harap-harap adalaaaa yang terkenan
^___________^
tak pernah minat baby sampai tahap ni
huehuehue



sebenarnya just nak kongsi perkabaran gembira yang penulis bakal menjadi IBU tak lama lagi
eh lama lagilah
mengandung tu bukan macam memasak
sekejap je dah terhasilnya baby
;p



kandungan dah masuk 8 weeks
Alhamdulillah
due date lahir baby ni insyaAllah pada 
26 NOVEMBER 2013
lari 2 minggu dari bufday ibunya
;p
takpelah anak
asalkan berkongsi bulan kelahiran sama macam ibu




Aku sangat-sangat harapkan doa-doa pembaca sekalian
doakan aku sihat
doakan suami aku sihat
doakan baby dalam kandungan aku ni sihat
di permudahkan segala urusan 
di beri kebahagian yang berpanjangan.
amin
jutaan terima kasih aku dahulukan untuk segala doa kalian.




banyak benda nak kongsi sepanjang 40 minggu indah bergelar wanita mengandung ni
insyaallah mana yang sempat aku kongsikan




TAHNIAH jugak buat ipar biras aku
adik ipar kepada suami
yang juga bakal menjadi ibu sama macam aku
beza kandungan cuma 2 MINGGU
so masih jadi tanda tanya siapa yang bakal melahirkan cucu sulung buat keluarga MERTUA kami
^___________^



tak kisah yang mana cucu sulung
bagi aku both our baby memang cucu sulung
sure akan macam kembar je nanti
sebab muka suami aku dengan muka suami ipar biras
dah macam kembar
;p



Hai suami tersayang
ini hadiah paling bermakna dari saya si isteri
untuk kamu
didiklah kami nanti dengan penuh kasih sayang dan agama



nanti aku update lagi yar!



bye