March 19, 2012

Surat Untuk Tuah

To: Tuah
From: Kakak



Hari ni hari ke-4 kamu mengadap Ilahi. Subuh ke-4 kakak bangun tanpa kamu disisi. Maghrib ke-4 kakak balik kerja tak disambut kamu. Weekend pertama tanpa keletah kamu. PERIT.


Tuah,

Hari ke-4 ini, kakak masih kakak yang lemah. Kakak yang masih tak mampu nak ziarah pusara kamu. Kakak yang masih tak mampu nak tatap wajah Atan. Kakak yang sama yang masih menangis saban subuh saban maghrib saban waktu bila wajah comel kamu menerpa minda. Kakak masih kakak kamu yang sama, yang sayang dan rindunya tak pernah berkubur bersama jasad kamu. Masih hangat masih kuat dalam jiwa, diri dan setiap aliran darah ni.



Tuah,
Kenapa cepat sangat kasih sayang kamu pergi?
Kenapa singkat sangat perkongsian hidup kita berjalan sempurna?
Kenapa sekejap sangat kita berkongsi hidup berkongsi sayang berkongsi segalanya bersama?
Cepat, singkat dan terlalu sekejap.



Tuah,
Sayang kakak terlalu dalam untuk kamu. Kakak bagi semua hati kakak untuk kamu. Sampaikan perginya kamu ke syurga milikNya, kamu bawa sekali hampir separuh jiwa kakak bersama. PERIT. Jiwa kakak sakit tanpa kamu.



Hari ke-4,
Tapi kakak?? Gambar kamu pon masih tak mampu kakak tatap. tengok sofa kamu tido kakak nangis. tengok sofa kamu cakar kakak nangis. tengok pasir berak kamu kakak nangis. tengok selendang kamu main saban pagi kakak nangis. tengok pintu bilik kakak nangis. setiap sudut rumah kita ni penuh kenangan kamu Tuah. 



Saat rumah sunyi sepi tanpa penghuni, kamu ada temankan kakak.
Saat kakak sedih makan sendiri, kamu ada temankan kakak.
Saat takot berseorangan lalui malam seorang diri di OUG, kamu ada temankan kakak.
Saat rumah bersepah tak sempat berkemas, kamu tak pernah jemu temankan kakak. Moping, sapu sampah, sidai baju, basuh toilet, basuh balcony, lipat baju, semua kamu ada setia temankan kakak. Penuh minat. Semua kita lakukan sama-sama. Sebab tu kakak sakit bila kamu pergi. Hampir seluruh kitaran hidup kakak di rumah kita ini, ada kamu menemani.



Tuah,
Hari ni hari isnin. Hari kakak beli ikan kamu dan Atan. Hari kamu paling excited tunggu kakak pulangkan?? Sebab ada sedikit rewards makanan kucing sedap. Semua berhenti tiba-tiba. Semua RUTIN kita hilang macam tu saja.



OUG sangat sunyi tanpa keletah kamu. Rumah hilang seri tanpa kehadiran kamu. Bilik kakak  kusam dan muram bila tiada lagi kamu yang excited nak terjah masuk saban masa. Semua jadi sunyi jadi sepi jadi suram dan kusam.



Yang tak lalui masa-masa bersama mungkin kata kakak gila. Terlalu sayangkan kamu hingga terseksa jiwa. Tanya saja pada mereka yang pernah memeluk tubuh kecil gebu bersih kamu. Pasti sedih yang wujud dalam jiwa itu, sedih yang pilu kan??



Abang nangis. Cik Sue nangis. Atok nangis. Atan sendiri menangis. 
T___________T



Tuah,
Kamu anak kucing paling istimewa. Yang mampu pahatkan rasa sayang pada kamu dalam setiap hati yang pernah mengenali kamu. PAHAT. sebab terlalu kuat ikatan sayang tu. 



Biar orang kata kakak gila. Biar orang kata kakak terlalu ikotkan rasa. Yang tak rasa, hanya mampu berkata-kata. Yang lalui bersama?? Air mata bukti rasa perit yang diselindung ditampal ditanggung yang dah tak tertanggung.



Tuah,
Jangan macam semalam. Teruslah muncul dalam mimpi kakak walau sekejap. Kakak rindu sangat. Rindu yang teramat.



Salam Sayang,
Kakak



March 12, 2012

MySweetSoulFriend



Buat sahabat gemilang saya yang ini
tahniah dapat tamatkan pengajian ijazah anda
dan saya doa ia penamat yang cemerlang
^______^




My Sweet Soul Friend Toty Yahaya
selamat menempuh alam pekerjaan
semoga dimurahkan rezeki dibukakan segala peluang pekerjaan
dan dipermudahkan segala urusan
doa saya tak pernah tak ada untuk kamu
sentiasa tak pernah tak ada




hidup berdikari anda sudah bermula
tabah
saya tahu kamu mampu



Tuhan 
jutaan kesyukuran kau hantar dia untuk aku





March 11, 2012

My Eira Engagement Day



yeay mari kawen
yeay mari menjadi tunang orang!
^___________^



mulakan entry dengan tagline gembira
moga-moga penulisan yang terhasil
penuh nilai bahagia
*wewit!




Hari ini 10 March 2012
hari paling bahagia buat salah seorang sahabat gemilang saya
merangkap officemate sayang
merangkap adik kesayangan
merangkat teman akrab saya




siapa??



inilah buah hati saya
Cik Eira namanya
orangnya lemah lembut
tak banyak cakap
penyabar
dan yang paling penting
selalu ada dengan aku tak kira apa jugak situasi kami


ini pula pasangannya
Encik Syafiq




cinta mereka cinta lama
cinta penuh ranjau
cinta di zaman-zaman menimba ilmu di bumi Melaka
Alhamdulilah
berkat doa, usaha, sabar dan tawakal
ke sini jugak kalian berdua
peringkat hubungan cinta yang serius
amin 
syukran!




maaf maaf
penulis tiba ke majlis agak lewat sebab kami sesat
dah pulak sampai betoi-betoi baru habis sarung cincin
haishhhhh!
rugi-rugi




jom layan serba sedikit gambar selepas selesai majlis adat
^__________^




cake ni gift dari kawan-kawan baek Cik Eira kat atas tu
sweet kan kan kan kan
^__________^



okay okay ini je gambar yang saya ada


kat bawah ni jom layan hantaran mereka serba satu
bab-bab hantaran ni memang saya suka nak zoom
mentarik je hati ni



EJ amek idea ke??
teeeeeeeeeeeettttt!~


ini sebelah perempuan kepada tunangnya









wah banyak pulak hantarannya ye
^_________^


penulis sangatlah suka hiasan hantaran ni
simple tapi kemas dan cantik!



okay jom tengok hantaran pihak Syafiq kepada bakal isterinya
wewit!










itulah serba sedikit review majlis
kemain semangat tau EJ neh




semangatlah
sahabat gemilang punya majliskan
aku dengan dia jatuh duduk bangun berdiri
macam mana pon dia sedang gembira dengan sahabat-sahabat lain
aku tahu, dia tetap ingat aku
sebab aku pon selalu macam tu
*perasan!



dia adik aku dunia akhirat
yang boleh buat aku jadi marah
bila ada yang datang lukakan dia
serious!




kepada kesayangan saya DOLCE EIRA



SELAMAT MENJADI TUNANGAN CHENTA HATI KAMU!




Kakak doa bahagia ini sentiasa menjadi milik kamu hingga hari hakiki nantinya
you deserved it



With Love,
Eima Jer.
+




March 09, 2012

Double Bufday


Buat pasangan suami isteri ini


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-25



Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki 
dan dikurniakan Allah bahagia hingga hari hakiki



Happy Birthday Jim
Selamat Hari Jadi Apit



bestnya kongsi bufday yang sama 
^_________^




p/s: get well soon adik!



March 05, 2012

Pernah Tak?



kau pernah tak
niat baik nak tolong perbetulkan benda yang tak betul
dan diminta untuk membetulkan apa yang tak betul
TAPI at last
kau yang kena buang
kau yang kena delete bagai
kau yang kena kesan busuk buruk semua tu



pernah tak??




tersepit tahu?
tak amek tahu terasa macam tak bertanggungjawab lansung
bila amek tahu
yang busuk terpalit kat aku



*pejam mata buat tak tahu sahaja



itu jalan paling baek aku rasa


ini satu pasal jugak
sebab tu rasa ini ada!



okbai