Showing posts with label Tentang Perihal Study. Show all posts
Showing posts with label Tentang Perihal Study. Show all posts

January 26, 2011

Classmates Shayang. Saya Rindu


ok.
Cik Nad tagged picture ni kat fb saya
tengok je gambau ni
omg
sangat rindu classmates shayang saye semua ni
T____________T



abaikan perempuan baju kurung puteh tu
berlagak betui cara dia pose
wek
kahkahkahkahkahkah



October 06, 2010

Convocation Saya Part 2#



Ini Mommy Sabariah yang selalu sabar dengan kerenah anak bongsunya
^___________^
Love you Mommy!




Ingat lagi
masa graduation diploma hari tu
Mommy ada ajukan soalan paling panas kat aku
tergamam jugak nak jawab



Adik,
Kenapa kawan adik Soraya Othman tu pakai pingat kat leher dia??
Awat anak mak takdak pon???



Errrrrr...errrrr
dia pelajar hebat mak
errr adik tak sebijak dia





Ohhhhh baguih noh dia
dah la segak
pandai plak
dia rajin lebih sket kot dari adik
heran jugak mak nape anak mak tak pakai pon pingat tu




errrrr hehehehe






SENTAP kan???




sejak hari terkeluarnya soalan panas panas suam tu
aku NEKAD dalam hati
mak takkan ajukan soalan yang sama lagi masa datang konvokesyen degree aku



maka
tiap kali mood PEMALAS STUDY datang menjelma
soalan cepumas mak tadi selalu jadi pemanas aku
untuk terus sabar menelaah apa yang patot untuk cemerlang dalam setiap ujian dan final exam



Alhamdullilah
INI UNTUK MAK




hanya untuk mak
adik bersengkang mata berusaha setakat termampu dek otak
walau tak cemerlang mana
ini adalah hasil usaha habis-habisan adik
khas untuk mak




terima kasih ibu
selalu jadi pembakar semangat anak kamu
kalaulah arwah abah dapat tengok adik membesar
merangkak mengorak hidup
kan indah
T__________T




kepada yang masih perlu mengadap final exam every sem tu
anda masih ada masa
untuk buat ibu bapa tersenyum bangga
cemerlang di hari Graduation
adalah sesuatu yang MANIS






p/s: errrrr selamat grad hari tu mommy tak tanya 'mana suraya othman?' mati aku nak pikir cane nak further ke JEPUN sana. hahahaha mommy mommy, beliau bijak sangat! =,=






September 29, 2010

Convocation Saya Part 1#




before tempek gambau banyak-banyak million-millon
Part 1# ni aku mulakan dengan ucapan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih (gile skema ayat aku!) buat TIGA MANUSIA kesayangan yang banyak membantu dan melayan kerenah aku sepanjang 5 hari indah di bumi UTM





ini Nurfadilah
awek hensem yang paling banyak tolong aku sepanjang aku kat sana
eh tak
before aku sampai lagi dah dia dah banyak tolong aku
dialah yang tolong amekkan jubah (siap pakej pulang jubah! =p)
dia jugaklah yang tumpangkan aku menginap di hotel 5 Starz milik beliau
kenapa 5 starz??
sebab ada pakej dobi sidai baju lipat baju iron baju
kahkahkahkahkah
mengadanya kau EJ!
dan beliau secara lansung merangkap PA saya sepanjang majlis konvokesyen itu
tq Nurfadilah
kamu kawan yang baek dan adik yang manis
bak kata Mommy Saba
" nurfadilah yang cantik!'
auw
terima kasih untuk 5 hari yang indah
nanti saya jadi PA kamu plak okeh untuk konvo kamu nanti
siap pakej photoshoot percuma
ok janji!




ini Sapik classmate tersayang yang melanjutkan pelajaran ke peringkat master
auw! ayat tak boleh blah la kau EJ
hehehehe
manusia kesayangan ini jugak sangat banyak bantu saya sepanjang saya di sana
jemput saya kat Sri Putri jam 2 pagi
bawak saya jenjalan sana jenjalan cni
lepak sana lepak sini
makan kat sana makan kat sini
dan hantar saya pulang naek bas kat Sri Putri semalam pon beliau jugak
baekkan manusia ini?


hey sapik!
tq sooooo much okey untuk 5 hari yang indah
kamu kawan saya yang terbaek di antara yang terbaek
saya sangat happy kat sana




ini plak Chenta hati kesayangan saya
si manis Nad Nad Nad
si kecil yang manis tapi berjiwa kental
beliau semangat hati saya
hati milik EJ yang jahanam kondisinya
tak banyak sangat masa dapat saya luangkan untuk si manis ini
saya kurang sihat dan beliau agak sibuk dengan tuntutan assignment
tapi masa-masa kami luangkan bersama walau sedikit tetap padat dan manis sekali
terima kasih ya Nad sudi datang konvo saya
berbaju merah lagi
berbekalkan chocolate comel dan sekuntum bunya rose yang habis romantic
saya sangat sayang kamu!!





okey habis part penghargaan
nanti saya upload segala kenangan indah yang sempat saya rakam!



Tahniah kepada diri sendiri EJ
tahniah kawan-kawan seangkatan
dan
Good Luck untuk semua bakal graduan!



Hey
cemerlang itu indah rasanya bila tiba hari konvokesyen anda!
masih ada peluang bagi yang sedang di menara gading
usaha ya!




-back to normal life. no more honeymoon EJ. mari kerja!!-



August 11, 2010

Kerana Tuhan Untuk Manusia



hari ini takmau cerita pasal hati
takmau
taknak
wek!



okey
sekali lagi aku nak sentuh nak ulas nak komplen sikit pasal isu-isu tempat kerja ni
iya la
aku kan fresh graduated
masih bangang
masih kosong
layak ke nak bagi nasihat nak bagi teguran
yang aku boleh buat
tengok rasa tanggung layan!
dan
perlu diam
nak mengeluh pon kena tengok kiri kanan
2 bulan baru bercampur gaul dengan persekitaran
bukan kita tahu tahap mana hati budi sekeliling
manusia ni pelbagai luaran
dan kita selalu gagal untuk menilai
makanya
baik ambil jalan selamat untuk diam
atau
mengeluh diam-diam
HAHAHAHAHAHAHAHA




eh eh eh
aku ada belog kan
tanah jajahan aku
apa susah
mengeluh la sehabis kau mahu EJ
takkan ada sesiapa yang mempunyai HAK untuk tidak puas hati tentang keluhan kau
sebab?
kau ada satu ayat power tentang tanah jajahan kau ni
'belog aku, aku punya suka la nak tulis apa. kau suka kau baca. tak suka angkat kaki no need to say babai hai2"
heh.
apa aku dok merepek ni?
mukadimah panjang berjela!!




persekitaran kerja aku penuh stress
ini kenyataan paling terus terang
yang berjiwa kental je boleh lepak lama kat kompeni ni
yang lembik yang touching yang gemar sentap tak pandai bawak diri curi peluang bersaing secara sihat
memang akan rabak hati
tekanan perasaan lalu akan mula menghantar surat cinta kepada tuan empunya kompeni mahu say babai!
seriously!!



baru 2 bulan aku kat sini
dah lali tengok orang keluar masuk keje
tak paham aku!



okey okey
tak kisahlah mereka-mereka yang keluar masuk ni
tak pernah ada kaitan dengan aku pon
masing-masing ada target hidup sendiri yang dorang cuba capai
manusia itu sama
naluri yang sama
mesti nak yang terbaek untuk diri sendiri bukan?



cuma kali ini bila melibatkan rakan sekelas aku masa diploma
rakan seuniversiti sefakulti aku masa degree
hati aku agak tersentuh
agak tak puas hati
agak sedih
hingga hati kecil ini sedikit terusik sedikit sedih sedikit mengeluh
walau ia tiada kaitan dengan diri aku pon
tapi
ntah la
aku kan manusia
yang hidup atas perhubungan masyarakat sekeliling



okey
ringkaskan cerita
kawan aku ni memang tak brape kental mungkin nak lepak lama kat kompeni hebat aku ni
kahkahkah
tak sampai sebulan
3 minggu je tak salah aku
terus dia decided nak blah
alasan?
dapat peluang kerja yang lebih bagus
environment kerja yang lebih baik
kompeni melayu
okey
macam aku cakap tadi
masing-masing mahu yang terbaek untuk masa depan sendiri
kan?
makanya aku perlu sokong
bagi moral support
kalau itu yang membahagiakan dia
kan?



makanya surat cinta untuk bos pon dia hantar hari sabtu lepas
dengan harapan dia boleh quit dalam notis 24 jam la
sebab less than 1 month kan



tetiba kompeni tolak notis 24 jam dia
dengan alasan notis perlulah 21 hari
kecewa la minah ni
sebab dia dah planning baek punya isnin tu nak masuk keje tempat baru
ok.
aku tumpang sedih tengok dia serabut
dan hanya mampu suruh dia sabar
prosedur tetap prosedur
itu realiti tuntuan kerja
bukan?




cuma dan cuma
apa yang aku kurang suka
apa yang berlaku semalam
sumpah aku tak suka bangsa aku dilayan macam tu
wah
main bangsa
hehehehe biasalah kan aku keje kat kompeni komunis
lalalalalala!~



ntah kenapa after lunch hour semalam
kompeni berubah pikiran
slumber je suruh kawan aku balik
tak perlu notis 21 hari tu lagi


ok
itu menyenangkan kawan aku yang memang dah takde hati nak keje kat sini
tapi dan tapi
kenapa perlu suruh dia blah after lunch hour?
tak boleh ke tunggu office hour habis dulu
dan pesan
" tomorrow u taknak datang pon takpelah, no need 21 days tu lagi..bla bla bla"
kan lagi manis pemergian kawan aku tu
dengan cara sedikit hormat
tak la macam di HALAU!
grrrrrrr


aku taknak tahu kenapa jadi macam tu
taknak tahu sape kipas sape buat aduan tentang apa-apa perkara berkaitan dia
taknak tahu
TAPI
tak perlu kot layan orang macam tu
bukan lama pon lagi dari jam 2 petang nak ke 6 petang
sedih aku tengok kawan aku blah petang tu
serba salah
blurr
haishhhh!
tak sanggup nak bayang



ini la hakikat dunia kerja
memang perlukan hati sekering yang mungkin
terlalu banyak dugaan!


dah la
taknak cakap lagi
semoga kamu berjaya diluar sana kawan
=)
Kerana Tuhan Untuk Manusia
tetiba semangat UTM datang
hahahahaha
hey, sebab kita ni bangsa UTM kot aku jadi macam ni
TERASA


salam ramadhan kawan!
selamat bersahur jap lagi


ok bye!

April 25, 2010

UTM and People Im Gonna Miss A Lot!

okey kawan-kawan
sudah 4 hari saya tinggalkan bumi UTM
tinggalkan kesayangan di sana
tinggalkan segala kenangan manis pahit masam tawar hebiar di sana
semuanya!



dan
saya sudah mulai merindui mereka-mereka si kesayangan saya
T___________T

YES!
ini kesayangan yang sangat saya rindui
miss aza elliani
kawan yang sangat paham saya
masalah saya
kesusahan saya
conflict yang melanda saya
semuanya beliau paham!

Im gonna miss u a lot my dear aza
kamu kawan terbaek saya!

Aunty Lasteri
Kak La
Pakcik Omar
Syaqeera my adorable little girl
Miasarah
Kak Yut
OMG, aku pasti sangat rindu akan kalian semua!


Ili Amira
yess i wil miss her a lot too
sahabat stay up saya
online sampai subuh
gossip sampai subuh
tea session
dia sahabat yang sangat openminded
saya sangat selesa!

good luck my dear Ilik for your new world
dah nak kerja kan
ang have fun bila g travel nanti
=)



My Boss My Hero
this is my lovely classmate
Mr.Ong Hong Yiew
classmate terbaek yang pernah saya ada
sangat dan sangat care!
very openminded and easy going
saya sangat selesa dengan kamu


I am already misses u my dear boss!


my good listener to all my problem
untuk semua masalah
untuk semua situasi
beliau memahaminya!

3 tahun jadi classmate
ntah brape banyak dah bergaduh
hahahaa
tapi kami tetap close
sebab kami serasi

Good luck syafiq for your future undertaking
i wish kamu keje di KL
=)


my hawt stuff!
khai bukan nama sebenar
alim tapi sporting
heheheh
saya sentiasa admired kamu bila setiap kali kamu membaca doa
=)
menusuk ke kalbu

p/s: selamay=t menempuh alam pekerjaan n alam perkahwinan maybe. hehehe


senet-senet kesayangan
si kaki picnic
hehehe
Im gonna miss u guys a lot a lot n a lot!!
sayang korang ketat-ketat!


si pemilik room number 417
yess jiran tingkat ampat saya!
adik kesayangan
si pembuli kakak
penghibur hati
I miss her sangat2..
mari berdoa anda akan menjadi orang bagan serai
hehehehe I like!



tidak dilupakan juga si kelawar saya dan ilik
adoii sot bha sama ini budak
sengal sangat!
hari-hari buat i ketawa jak!

Good Luck for your internship tomorrow!





haishhh!
sayang you UTM




bye!









April 21, 2010

UTM dan Memorinya #Part 3




WOAH
3 hari ini hari paling menguji hati
jiwa sebak mata rabak
kilang air mata sangat aktif!



Pagi ahad menyaksikan perpisahan kakak dan adiknya
aaaaarrrrggghhh cik hati ni sangat-sangatlah sedih tapi dipaksanya keras
kilang air mata seawal pagi dipaksa otak untuk bertahan dari mengeluarkan produknya
aku taknak beliau pergi dengan sebaknya
adik
tahukah anda sangat disayangi saya
sayang yang sungguh banyak
dah sayang itu datang dengan sendirinya
kenaturalan yang tak mampu nak diterangkan dengan kata-kata




dan hari ini
sorang lagi kesayangan pergi meninggalkan bumi UTM
kembali ke pangkuan keluarga di sana
dan meninggalkan aku yang masih bertapa kat sini
aaaaaaaaaaaarrrrrgggghhhhh
ini betul-betul menguji ketahanan mental
keutuhan jiwa
kekentalan hati
tapi kilang air mata tetap tewas
rabak jugak mata ni tengok beliau mulai hilang dari pandangan mata
demn!




ya
tempoh masa kami bertiga bergelak ketawa memang sungguh singkat!
pedulikan
tapi masa-masa itu dipenuhi dengan kegembiraan
kalian betul-betul menghiburkan hati saya
T_____________________T





DAN
ketika entry ni dibuat
mata sekali lagi rabak
kilang air mata overtime barangkali
aaaarrrrrgggh skali lagi aku menangis
dan kali ini menangis yang sungguh pelik
jenguk je kepala ke luar tingkap
mata tertangkap pada tingkap bilik 417
hati jadi sayu
segala jeritan gurauan dealing from tingkap to tingkap sudah tak kedengaran
tingkap tertutup rapat
langsir ditarik kemas
tiada lagi gantungan-gantungan kelawar burung layang-layang
yang menjadi bahan gelak ketawa kami bertiga
woah
apsal cik hati
kenapa ni?
kenapa begitu sebak!!



2 orang budak gile si pembuli kakak
saya sayang anda berdua
saya sudah sangat rindu anda berdua dengan banyaknya
saya mahu menjerit ke tingkap kamu berdua seperti biasa
saya mahu guling-guling tido bertiga
saya mahu bergurau senda guling-guling bertiga sampaikan terhantuk kepala di katil
dan saya mahu bangun pagi lalu cakap
'LAPAR'


Oh Tuhan
saya perlu keluar dari bumi UTM ini secepat mungkin
sebelum hati semakin tenat!


To both of my sayang
Nur Fadilah Darmansah n Syafawati Johari
(memang kegemaran panggil nama penuh!)

Saya sayang anda berdua
tolong percaya
dan perasaan ini adalah sangat ikhlas
hingga mampu tundukkan si hati
lemahkan liang-liang air mata



Love Our Friendship
semoga kita diberi peluang untuk kongsi hidup bersama lagi
doakan kejayaan kakakmu!
Good Luck untuk Internship kalian!




off to sleep
tak tahan sedih!
good bye my lover good bye my friends!




April 16, 2010

UTM dan Memorinya #Part 2

Nota:
malam tadi buat BBQ kat hutan UTM mana ntah
jalan gile gelap sbb utm miskin nak pasang lampu jalan
saje nak bg student jumpe cik Pon barang sekor dua
haishhhhh







15 april 2010
12 tengahari
yeah
memang SAH sudah aku tamatkan LAST PAPER aku untuk SARJANA MUDA PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH di UTM kampus kesayangan!



aku bakal tinggalkan Fakulti kesayangan
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI
[FKSG]
dalam masa terdekat
dalam masa tak sampai seminggu je lagi
thesis settle makanya kaki pon akan mula melangkah tinggalkan anda wahai fakulti!



jap
apsal fakulti?
kahkahkah




InsyaAllah aku akan sambung MASTER
dan bakal bertukar fakulti
sebab tu fakultiku akan dirindui
mari berdoa application saya diterima!




perkara kecewa??
aku benci si mulut penjanji manis
hahaha bukan main nak 20 orang, naaah kau short listkan last minutes jadi 10 orang
alasan?
nak bayar gaji mahal sket
hmmmm dah tentu kawan-kawan aku yg cantik-cantik belaka kau pilih
aku yg muka semak ni?
heh
takpe
aku kan ade company sendiri
tunggu masa je CEO abes study
WTF!



mari mencari kerja sayang-sayangku
aku nak keje sebab aku SANGAP DUIT
tapi aku seriously nak sambung master
hmmm keje kat 7E boleh?
hahahaha
kire hape aku
kalau experiences lansong takde, kau jangan nak pandang rendah la keje-keje cool jaga kaunter 7e tu
heh!
malas wei nak p interview keje
sebab aku bukan nak full time keje pon
aku masih nak belajar
masih otak anak-anak
hahahaha
ada kolej-kolej mana nak pakai lecturer sambilan??
alaaa, admin pon ok gak!
asalkan ade environment study
aku taknak aku LEKA dengan duit
niat nak sambung master hilang macam tu jak!



adeqku syafa dah mula kemas barang
aku bila plak??
Hmmmm ade sesape ahli keluarga TERINGIN nk amek aku dan barang-barang aku?
LOL
takkan la nak suruh aku angkat guna gigi sampai PETALING JAYA sana??
masing-masing buat dek je??



sebab aku ade bf kah?
sebab bf aku excited nak datang jemput aku kah??
keluarga mana??



kadang-kadang ajar diri ni berdikari dari kecik dulu pon susah jugak
sampai kadang-kadang aku rasa aku terbiar!
masuk duit bulan yang tak sampai 1 juta tu bukan alasan lepaskan aku uruskan hidup sendiri
lainla kalau duit bulan aku 3 juta sebulan
credit card unlimited
haaaaaaaaa
takpe la aku sewa FIREFLY awan dania 1
siap pakej si dania n da geng angkat barang-barang aku especially beg mekah tu
terbaek!
aaaaaaaaarrrrgggggggghhhhh




mak
adik dah abis blajar
tunggu adik balik peluk cium mak ye
peeerrrggghhh rindu kot ketiak mak tu
menawan cik hidung
terasa sungguh manja dapat cium ketiak mak!
haishhh
haishhhhhhhhhhhh




aku tinggal basic things aku kat bumi UTM ni je
kasik mereka-mereka lepak dalam kotak bf tingkat ampat
nanti aku dapat master aku amek
aku tak dapat master ameklah kau pakai dila oit!
sekurang-kurangnya kau akan ingat apa tu memori bersama senior comel serta cool bernama Eima Jer
alaaa senior yang bila kau datang lepak bilik beliau main urut-urut main ketawa-ketawa main pelok-pelok tu tapi paparazzi pikir pelik ingat kita BEROMEN!
senior tu la
hahaahahahahahaha
Gonna miss selipar jamban kau HIJAU KUNING tu
sebab parking je selipar tu depan pintu bilik
orang dah hengat kita beromen dah kat dalam ni
haishhhh ape daaaaa!
nasib adeq aka rumate mu memahami perhubungan kita
eceh!



telinga menanah je dengar kawan-kawan yang dah dapat A untuk thesis
hahaha aku??
A- tu macam sangat tipis dah
apantah lagi A
A+?
heh pegi cium NC pon lum tentu aku mampu dapat
VIVA macam taik
2nd Panel terbaek
mana nak dapat A+??
BODEK supervisor pon aku tak pandai!
nasib la second reader mmg sungguh baik hati
makaseh KFC tengahari semalam
awak memang lecturer terbaek!
sebab blanja saya makan KFC
dah 2 bulan saya teringin makan KFC
hahahahaha tapi ayam UTM lagi best dr KFC
=p





okeylah
nak qado tido
tido sampai lebam
biar sampai orang hengat aku lepak dalam bilik romen dgn bf tingkat 4 sepuluh round lalu letih tido tak hengat dunia!
grrrrrrrrrrrrrrrr



mana baby kitten 2 ekoq yang datang bilik aku pagi smalam??
dapat pelok sedap ni!


okeylah
jiwa aku kacau sket
sedih nak tgk KESAYANGAN mula mengatur langkah balik ke hometown
bullshit la wei
i hate this feeling



tata sayang!






April 10, 2010

UTM dan Memorinya #Part 1


ini my Aza Elliani
hebat dalam ilmu-ilmu menjerit ni
hyper active
happy go lucky and she always makes my day
seyes!!




ini my boss
si ensem Ong
cool person and sangat caring
cakap je nak makan kat mane
mesti dia penuhi permintaan cik hati ni
aku pasti akan rindu beliau dengan banyaknye
dah la ensem
pastu baek lak tu
dah la baek
caring lak tu
chinese guy yang paling nice pernah aku kenal



ini syafiq
tempat aku meluah segala jenis perasaan masalah n kerja-kerja gila
very openminded and good listener too
thanx bro sudi layan macam2 masalah aku
^________^




yess
3 manusia di atas ni memang akan aku rindu dengan tahap yang sangat banyak bila TAMAT je sesi menuntut ilmu di bumi UTM ni nanti
T_________________T



SEBAB
hari-hari aku dibumi UTM ni pasti diwarnai dengan watak-watak indah mereka
u guys rawk
I LOVE YOU SOOOOO DAMN MUCH



ok.
sebak
nak teriak



bye!


skali lagi



I LOVE YOU GUYS







March 11, 2010

VIVA Part I



I mahu update mode VIVA!!



Okey
VIVA bukanlah sejenis kereta yang saya maksudkan
VIVA saya adalah Final Year Project Presentation
ini adalah saat paling menakutkan sebagai seorang student!
30% tau!





my VIVA will be on THURSDAY [18.03.2010]
10.30 AM


Panel 1 (Second Reader):
Puan Hidayah

Panel 2:
Puan Adibah




Wish me luck kawan-kawan
=)



p/s: semoga saya tidak di shoot dengan begitu terok! panel 2 saya sangat menyeramkan ok!


Finally

thesis yg sentiasa menghantui ketenangan hati
+_____________+





finally draft thesis berjaya dihantar semalam
plus
seminar paper


semua classmates aku kalau korang tgk smalam mata masing-masing macam panda
semua tak tido
semua tak boleh nak tido



ntah apa yang jabatan aku rushing kan sangat
aku tgk jabatan tlain relax je
bukan macam kami yang terkejar sana terkejar sini



bayangkan seminar paper kena submit sekali dgn full draft thesis
tak ke kau rasa nk tangan kau tetibe ade 14 n otak ade 3??



semalam pukul 5.30 petang jugak baru settle semua
penyelaras pon dah nak balik
siap je hantar, aku tgk list ramai yang tak hantar lg
hope dorang sume sempat!
Cik Ruby siap suruh aku balik tido lagi
maybe semak tgk mata aku yang sembam gile
muka yang kuyu letih
plus
LAPAR nak mati
since pagi tak sempat makan apa



panahan thesis ni memang TERBAEK lah!



semalam
settle je antar segala azab dunia tu
aku dan rakan-rakan pi makan
masing-masing tak sempat makan tau
ada yang order air sampai dua
ada yang order lauk sampai dua
semua nafsu perut tong memasing
tu la
bila stress sangat
dan penggunaan otak yang maksimum!
penat tau dunia student ni!
huh




okeylah
mari berdoa everything wil b okey
Next Wednesday aku dah start presentation FYP
demn!




semoga aku LAYAK menjadi GRADUAN UTM nanti
=)




p/s: for those yang final year korang tak perlu buat thesis or fyp bagai. memang tak mencabar la wei g kelas balik kelas jawab test kuiz bagai then grad! hahaha macam aku cakap tadi, panahan thesis ni memang terbaek. buat kau tido pon tak lena asek memikirkan aku ni layak ke tak grad ni. UTM memang lasak la wei. LI kau wajibkan, Thesis pon kau wajibkan. fuhhhhh



its Thursday!
weekend aku dah bermula!
=)





March 07, 2010

Pengenalan






MPG's Dinner itu adalah Majlis Malam Pra Graduan
^_______________^


Danga Cruise, JB
makanan sedap sedap belaka sumpah tak tipu
tempat pon selesa
majlis pun berjalan lancar


gambar berdozen-dozen
yang jadi ade yang sampah pun ade
(sila upgrade lens wahai eima!)
semua org sporting habis
enjoy!




thanx junior buat majlis utk KAMI para pelajar tahun akhir




tq jugak kepada Encik Ajie ku sayang sebab sudi datang dari KL semata-mata utk aku dan majlis
tengok kawan-kawan sangat friendly dgn dia
aku suka
bukan senang nak cari 1 masa nk kenalkan Ajie kat semua classmates syurga aku tu
bukan nak menayang ok!
takde asset pon nak menayang
tapi just nak dia kenai semua kawan aku
kan senang sket hubungan tu
eceh
melalut je





ini entry pengenalan untuk timbunan gambar yang bakal menjengah dalm masa terdekat
=)





March 04, 2010

UTM dan 'Say NO To Polystyrene'

sumber: google image



hari ni mood baek
sangat baek
thesiskan dah hantar kat supervisor untuk semakan terakhir
sure la hati bunga-bunga



sebab mood penulis sangat baek
nak bercakap sesuatu yang ILMIAH sket
hehehehehe



'SAY NO TO POLYSTYRENE!'


ini yang nak dibincangkan oleh penulis
ilmiah bukan?
^___________^



sebelum tu, jom kita ushar sket bahaya penggunaan polisterin atau dlm bahasa inggerisnya polystyrene ni


Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Californians Against Waste misalnya mengklasifikasikan polistiren ini sebagai ancaman masa depan yang mampu mewujudkan revolusi hijau yang menganggu gugat elemen pembangunan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.

Sumber:
http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/berita-bahaya-politerin-terhadap-alam.html
makaseh tuan empunya blog di atas ini




Isnin lalu bersamaan 1 March 2010, seluruh kampus UTM sudah mula mengharamkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan
proud so!
sehingga entry ni dibuat, tiada lagi kelihatan wajah-wajah polisterin di sekitar kafeterian UTM ni
semua pelajar dan kakitangan sangat comel dibekalkan dengan bekas makanan plastik yang boleh dikitar semula seperti di bawah ini oleh pengusaha kafe jika mereka memilih untuk membungkus makanan

comelkan??
mesra microwave lagi!




menurut maklumat yang saya perolehi sepanjang kajian thesis saya berkaitan sustainable campus ni, perancangan ke arah penggunaan polisterin sifar di kawasan kampus adalah termasuk di bawah Program Inisiatif Perlaksanaan Kampus Lestari Fasa 1 di bawah pengawalan Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM
ini merupakan hasrat NC UTM yang sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar
sungguh bangga dengan NC baru kami!



berita baik!
UTM memang sudah mula mempunyai perancangan ke arah perlaksanaan kampus lestari di mana draf perancangan untuk dimuatkan di dalam projek-projek pelestarian kampus di bawah RMK-1O nanti sudah mula dirancang dan diatur dengan teliti
tahniah Pejabat Harta Bina, UTM!
tahniah NC untuk ketegasan anda!




pengusaha kafe tak rugi ke?
taklah
sebab bagi sesiapa yang willing nak tapau makanan, mereka akan di charge RM0.30 bagi setiap bekas makanan di atas
dan kalau kau taknak membazir RM0.30, rajin-rajinlah bawak bekal makanan sendiri1
comel dan jimatkan??




ada warga UTM yang mengeluh ianya remeh??
oh ho
jangan begitu
sebagai golongan berpendidikan, mentaliti kitalah yang sepatutnya sangat senang diubah
kan?
bukan susah pon untuk mula membawa bekal sendiri
dan ia bukan sesuatu yang memalukan lagi bila semua warga UTM berbuat demikian
saya sangat suka
sangat bangga
taknak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk UTM
taknak buat utk UTM, buatlah untuk alam sekitar kita
kalau alam sekitar pon kau berkire nak jaga
cuba buat untuk generasi kau keturunan kau akan datang
=)




act, banyak lagi perancangan UTM yang dah saya tengok di bawah program ni
antaranya penggalakan warga kampus menunggang basikal di kawasan kampus
sungguh comel kan??
dan mata kepala sendiri pon sudah dapat melihat ramai para pelajar yang sudah mula gila membeli basikal
parking untuk pembonceng basikal pon sudah mula dititik berat oleh pihak UTM dari segi peningkatan penyediaannya
bagus!
saya bangga dengan kamu, UTM



haishhh
selamatlah saya lagi 2 bulan je nak lepak kat bumi UTM ni InsyaAllah
kalau tak, dah beli dah basikal satu
bestnya!!




kepada semua warga UTM
teruskan mensupport usaha pihak pentadbiran ke arah program-program yang berunsurkan alam sekitar dan kelestarian kampus sebegini
bukan untuk siapa-siapa
untuk kebaikan bersama juga



cukup kata-kata ilmiah saya setakat ni saja
nanti orang suruh masuk pilihanraya MPP lak
hahahahahaha



sebarang info yang lebih lanjut berkaitan sustainable campus, anda boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM iaitu Encik Zulkarnain bin Mohd Shah.
^_____^



UTM
'kerana Tuhan untuk Manusia'



February 25, 2010

AZAB DUNIA

25 Feb 2010
  • Bertungkus lumus siapkan chapter 4 and 5 untuk thesis aka PSM II aku.

  • Malam nanti ada discussion dengan Haliza pastu kena siapkan jugak-jugak Laporan Pelan Tindakan Desa sebab nak kena submit kat Zul esok pagi!

  • Target PSM II untuk siapkan full draft masih tidak berjaya dicapai. Chapter terakhir masih pending


26 Feb 2010
  • ada group discussion Assignment Cik.Ruby

  • Submit report kat Zul

  • perlu siapkan slide presentation Pelan Tindakan Desa sebab kena submit kat Haliza esok!

  • perlu jugak-jugak siap dan edit semua bab PSM II

  • perlu siapkan Slide presentation untuk Assignment En.Husaini sebab kena submit kat Zul isnin ni sebab presentation pada hari Rabu


27/28 Feb 2010
  • perlu final edit semua chapters untuk PSM II

  • perlu STUDY untuk TEST Dr.Ismail Isnin ni


01 March 2010
  • TEST Dr. Ismail

  • Perjumpaan dengan supervisor

  • Perlu submit draft PSM II

  • submit slide presentation kat Zul



02 March 2010
  • Presentation Pelan Tindakan Desa

  • Kuiz Cik Ruby



03 March 2010
  • Presentation En.Husaini



05 March 2010
  • Seminar Penyediaan Kertas Seminar


06 March 2010
  • MPG'S Dinner 2010


10 March 2010
  • kena submit FULL DRAFT PSM 1 & 2 kepada Penyelaras PSM

  • kena submit SEMINAR PAPER



17 to 19 March 2010
  • VIVA -Final Presentation FYP



20 March 2010
  • Submit full report Assignment En.Husaini (Laporan Cadangan Pemajua)



21 March 2010
  • Kemungkinan aku GILA! T_______T


.........................................................................................................................................................................

sekian laporan dari bernama

jangan kata apa kalau aku masuk ICU sebab otak aku crack or hang!
+_______________________+


dan jangan harap aku nak isi borang permohonan online program MASTER!
sekian



Mommy, jangan kecewa
otak dah tepu nak sambung blajaq

February 09, 2010

CNY Holiday #Part 1

wokey
semalam aku gerak from utm to kl lewat jugak
class abes lambat
En.Adib lecturer kegemaran memang sangat suka mengajar sedangkan memang dah nampak dengan terangnya separuh ahli class aku dh balik hometown
yang tinggal muka-muka yang tak boleh blah ketara nampak hati minda otak semua kat kampung halaman dah.
yang tinggal just jasad yang mengadap kuliah En.Adib lecturer kegemaranku
hahahaha



aku sampai Serdang dalam area jam 10 malam jugak
perjalanan dengan Cik Yuni kali ni agak memakan masa yang lama
kitorang exit Ayer Keroh jap antar Cik Epy ke pangkuan keluarga
Ajie amek aku kat Serdang
seperti biasa
hahahahaha buah hati wei
mesti kena jumpak dulu



perut ajie dh melalak lapar
perut aku cool je sebab dah bantai mee goreng sepinggan kat hentian Machap
pesanan: mee goreng kat hentian Machap memang sedap!


bila perut aku kenyang aku hilang idea nak terjah makan kat mana
pity ajie dapat awek macam aku
punya la kawan dok tahan lapar nk makan dengan aku
tup-tup aku dah kenyang
hahahahahaha


sudahnya kami decide nak pergi tempat kami berchenta-chenta dolu-dolu kala
menjenguk Selera Semarak yang terletak sebelah sangat dengan UTMKL dan berhadapan dengan PULAPOR tu
warga UTMKL pasti tahu
=)



oh ho
tetiba jadi rindu kat utmkl
maybe sebab aku dah nak abes blajar kot
tu yang emosi gatai nak rindu-rindu ni
utmkl banyak dh perubahan
pagar dah cantik wei
hahahahaha utm memang suka upgrade pagar ea??
kampus skudai pon kan
hahahahaha
and dah banyak construction in progress
ke arah pembangunan kampus utmkl yang lebih lestari mungkin!
=p
oh ho itu tajuk thesis aku



actually aku singgah Selera Semarak sebab rindu akan 2 orang insan yang aku anggap macam mak ayah aku dah
PakLong and Maklong
both meniaga kat Selera Semarak tu
pasangan yang cool n very loving
dah lama aku tak datang jenguk mereka be2
padahal kerusi meja makan kedai dorang ni la yang menyaksikan sesi kenal-mengenal aku and ajie
Ingat lagi, masa 1st time bawak ajie jumpak Paklong, bukan main tak suka lagi orang tua tu kat Ajie. tapi ajie tak putus asa. terus-terus dia usaha amek hati paklong sampailah skrang ni aku tengok paklong bukan main rapat dengan dia
melebih-lebih pada aku plak


oh ho
siapa paklong??
mari aku kenalkan
hensem woah even dh tua
cool kan?
and dah tau apsal boleh baik gile dgn ajie kan?
tengok jersey la kan


dia ayah yang baik
penyayang and funny
aku, cpoo, yam, kechik, sue membesar 3 tahun depan mata dia masa kami kat utmkl dulu
tak boleh tak makan kat cni
dari malam pertama aku kat utmkl lagi tempat aku tuju adalah gerai kecik milik mereka berdua sampailah hari terakhir aku bergelar student utmkl


Maklong?
wife yang cool
maaf tiada gambar
masa aku datang smalam maklong tak cukup tangan melayan kerenah pelanggan
btw,
kuewtiaw kerang n nasik lemak Maklong masak memang sedap!!
superb


ni meja aku n kawan-kawan akan habiskan masa-masa dinner kami setiap hari
meja ni jugak ajie and KTT's students dari Sepang nun dia hangkut datang makan kat sini
aku ingat lagi favor makanan dorang sume
Nasi Goreng Cendawan Butang
sedap + banyak + murah
ada yang siap pesan tapau!
haishhh rindu kenangan lama


-cerita sedih-
paklong n maklong ada jugak mengeluh
selera semarak tak semeriah zaman-zaman kami dulu
table manjang je penuh sampai ke malam
akibatnya BONDA ( femes stall kat cni) dah move ke area USIM
melepas aku nak makan ayam goreng kunyit dia yang gile best!
kuewtiaw kongfu dia memang terbaek!
mana nak gi cari la sampai ke USIM sana
=(


paklong plak kurang sihat skrang ni
sampai pernah kena tahan wad
hal-hal berkaitan jantung
aku sebak actually masa Paklong tunjuk semua ubat beliau
banyak kot
rasa macam nak pelok je paklong suruh jaga diri makan ubat slalu
aku risau
sama macam aku tengok abah dok paksa makan ubat berdozen-dozen dulu
InsyaAllah, yang baik-baik aja kita doa untuk paklong
=.=


this is Ajie's favor drink
air tangan Paklong
tembikai laici
dengan hirisan tembikai dengan taburan laici
ia menjadi sangat sedap!
masa dulu rm1.50 je pon secawan
sekarang tak tau la plak dah brape harganya
sebab smalam kami makan free ja
siap paklong buatkan air pisang blanded lagi
memang sumpah sedap!


aku macam biasa
teh ais dan aku tak dapat dipisahkan
cawan yang sama macam dulu
kat sini je boleh dapat
Paklong tau apa aku suka
teh ais milik aku mesti tak manis sangat
ketulan air tu xnak besar
biar hancur halus halus sket
-ok terharu-
beliau masih ingat
siap tak perlu order
terus je sampai 2 air tu
terharu terharu


ajie dan kuewtiau kerang Maklong
kalau nak rasa kuewtiaw kerang version ala-ala cina datang sini ok
tu style maklong masak
arrrrggghhhh sepanjanga teman ajie makan smalam
sumpah aku sangat rindu korang be5
tahu tak
aku rindu?
tapi mana korang?
aku je ke yang rindu?
ok tak mau cakap lagi




"ingati orang yang mengingati kamu, hargai orang yang menghargai kamu, jangan mengejar orang yang semakin menjauhkan diri dari kamu"

tapi aku nak mau semua tahu
aku masih sama macam dulu
masih menunggu masa-masa indah kita be6 kembali tercipta
=.=



p/s: biar kedai milik paklong n maklong tak sehebat the ship kg baru tak sehebat Old Town White Coffee, Starbuck bagai
tapi penuh dengan kasih sayang mereka
penuh dengan kenangan aku and ajie
penuh kenangan aku dan 5 orang kesayangan
aku sayang paklong n maklong
aku sayang korang be5!


ok bye!

February 01, 2010

Thesis oh Thesis

itu thesis untuk fakulti saya
kahkahkah


hari ni aku sedikit kecewa dengan data collection untuk thesis aku
sorry to say
government memang suka lepas tangan tolak kau ke sana ke sini ke sinun
sampaikan aku sekarang ni stuck taktau nak refer bahagian mana dah
sudahnya
maklumat tak lengkap lagi
masa aku terbuang
hidup tak tenang
sebab chapter 4 tak boleh nak gerak dengan sepenuhnya lagi


dah la aku malas nak cerita


cuma 1 ayat yang buat aku agak kurang selesa tadi

" saya harap penerangan yang saya bagi ni memuaskan hati awk. saya tak boleh nak bagi lebih-lebih sangat, yang lain awak kena tanya bahagian-bahagian terlibat. cuma, boleh tak SAYA DAPATKAN SALINAN THESIS AWAK NI NANTI BILA DAH SIAP?? boleh saya gunakan untuk rujukan jabatan saya nanti. UTM pun memang dah mulakan sikit-sikit dah perancangan berkaitan sustainable campus ni cuma takde draft yang terperinci lagi. Janji tau bagi kat saya 1 salinan"


okey okey
aku sangat-sangat hargai pihak (terpaksa dirahsiakan) ni nak simpan thesis aku
tapi tahukah anda untuk menyiapkan thesis tersebut dengan sempurnanya aku memerlukan data yang lengkap?
kerjasama taknak bagi
tapi hasil cepat je nak
aku tak cakap encik yang aku temubual tadi tak bagi kerjasama
sangat bagi kerjasama
tapi yang aku sedihnya maklumat yang aku perlukan tak mencapai kehendak aku
penat aku cuba buat appointment dgn dia yang sememangnya always fully booked tu
3 weeks ago tau
tadi baru dapat jumpe
tapi hasilnya tak sempurna mana
aku tetap diarah untuk menemu bual ketua unit bahagian-bahagian lain
tak ke membazir masa aku?
sebabnya kalau aku tahu macam ni baik aku buat je temubual dengan dorang since 3 weeks ago lagi



dah tu kenapa tak buat?
dah buat wei
tapi semua tolak aku pergi kat encik tadi.
arrrrgggghhhhh
tension!


good luck test Pengurusan Tanah Luar Bandar esok pagi
3 chapters need to cover
haparak aku tak sentuh lagi!
grrrrr


thesis oh thesis
bikin aku SEMAK!


Eima Jer: Maaflah detail berkaitan pihak-pihak di atas aku tak nyatakan..pandai-pandai bayanglah. takleh takleh nanti kau tak grad. hahahaha sekarang kan zaman PRINT SCREEN!!


January 27, 2010

Final Year Woah

MPG's Dinner 2009
Organized by: My Classmates
Photo By: BakriHafizHisham


yeah
Malam Pra Graduan datang lagi
kali ni tak perlu mengadap muka-muka SEMAK senior yang sangat suka menyebok urusan junior uruskan MPG untuk seniornya
tak payah mengadap dah
tak perlu
tak usah
kalau jumpa kat kafe pon memang dah tak perlu nak paksa mulut ni senyum
[bagi yg sedang sambung master]
macam aku cakap la kan
senior aku tahun lepas lansung tak kenai aku sapa
dan yang paling penting
bagi aku senior aku ada sorang je
nama Eda
putih gebu cantik cool
takpayah nak sebok-sebok panggil dia 'kakak' sebab nanti kena sepak
panggil 'kau aku' sudah
sumpah cool
kau nak buat MPG's Dinner kat mana lantak kau la junior
aku tau, aku pergi je
bukan mcm sesetengah tu kita booked hotel mana sume nak amek tau
heh
kau anak sultan kah?




yeah
classmates aku cool
lansung tak amek hal
its mean ada 53 orang yang cool macam Eda
kau nak buat kat mana, lantak kau
nak theme apa
lantak kau
kitorang layan je
sampaikan kau nak letak harga brape pon, lantak kau
fuhhhh
kalau senior aku dulu mcm kitorang, kan smooth je kitorang manage event
dah
tak payah hengat!
bukan boleh dapat 4 flat pon



MPG's Dinner 2010
Place: Danga Cruise, Danga Bay
Date: 3 March 2010
Theme: Flora and Fauna



aku baru bayar deposit rm10
kahkahkah sila gelak
Flora dan fauna
amek kau!!
ape aku nak pakai wei
dress bunga-bunga pastu ada ranting kayu kat atas kepala ka?
pastu pakai sock kulit buaya
hahaha ada ke?
=p



ada cadangan?
sumpah aku sangat lemah bab-bab nak melaram ni
kena la cantik sket sebab hengat this year nak gatai sket
nak angkut ajie skali
amacam?
ok?
kata final year student kan
tayang bf pon abes-abes orang pakat dok pulun mengumpat bf aku tak hensem bla bla bla
dalam tak bawak pon dok mengata gak
baik bawak
kahkahkah




ikutkan hati aku nk pakai baju kurung cotton bunga-bunga plus converse bunga-bunga
sumpah berbunga-bunga
tapi please la Eima Jer
atas kapal ok!
ok.jom tukar plan



any idea
any idea
yang membunuh imej aku pon xpe
=.=




Eima Jer: Congrats buat my besties Ajaq di atas kemenangan pilihanraya MPP Upm semalam. Majoriti ok! Bravo bro..amek kau, tak payah bayar yuran. demn! aku jeles.



January 14, 2010

Ada Apa Kat JB?

KL-KLUANG-JB


ahad hari tu aku bawak 2 jejaka yang aku sayang jenjalan JB
sudahnye sesat
padan muka!



itulah namanya bila tak suka jb
jalan jb pon tak suka nak amek tau
heh.
tipu!
aku memang buta jalan
hahahaha


entry ni lebih kepada kerja-kerja penempekan gambar sebagai coretan memori
aku malas nak upload kat facebook



kalau rajin sila layan
kalau malas sila gerak dan blah
=p






..........................................................................................................................................................................



ni ondaway nak ke Kluang
rumah kekasih hati mamat gheyeh (senyum) baju biru tu
kakak si Aisyah ni kawen


p/s: kami bertiga datangnya dari sebelah utara
agak excited nk merasa nasik kenduri orang selatan
my 1st time gi wedding blah johor
kesian kat aku!

-kami-

muka aku dah memang pecah abed this time
panas kot!


ok.
mari jujur
aku tak suka pergi wedding actually
aku tak suka tempat panas yang ramai orang
cth: masjid india, jalan TAR, kenduri kawen
muka pasti jadi JU-ON version kurang puteh kurang sepet
tak market
tak market

ok
pose ala-ala bakal bapak mithali penyayang bagai ni adalah perkara biasa bila kat rumah mertua
hahaha lakonan semata ni
padahal tengah tahan sangap nak hisap rokok
cettt!
blah la Ijal
=p


aku dan ajie
pertama dan mungkin terakhir di Singgah Selalu, JB
gile la
ajie datang jb kot!
hahahahaha


muka puas makan otak-otak
cett
tipu la wei
ni aku candid sebab beliau tengah pulun dok usha cuci mata awek-awek jb
hahahaha


ni ajie bersama senyum cacatnya
=p


ok
Danga Bay
tu je aku mampu bawak dorang
JB ade ape kan?


tu pun muka dh cukup bahagia
kira okey la kan?


ok.
jom balik


nak laut?
penang pon ada laut
nak kapal?
penang pon ada kapal
nak danga bay?
penang pon ada pesta pulau pinang
nak makan seafood?
fuyooo nasik goreng ketam kat juru lagi syurga!



dah dah
jom balik
kahkahkahkah



ok.
ni penulis aka pemandu pelancong paling kejam paling hampeh
dan
buta jalan jugak!
kahkahkah


sekian
bye



November 22, 2009

LATELY


lagi gambau yg xde kaitan!
=p







salam



lama aku tak menulis
ye ke lama??
hahahaha lately aku prefer jadi silent reader untuk semua blog-blog pojaan hati aku especially gdsjht
omg!
aku sungguh adore penulisan beliau
diluar kemampuan batasan pemikiran aku cara beliau menyusun bait-bait ayat
cara penulisan beliau
gaya beliau
kestyloan beliau
heh.
sumpah aku admired!





lately jugak aku sedikit kecewa dengan result exam aku
sangat terok bagi aku
apa perasaan korang bila semua subjek korang dah score cantik punye siap ade ++ kat hujung gred tu tapi tetibe je ade 1 subject yang memunculkan resultnya lalu membunuh segala-gala yang dh discore cantik itu.
apa korang rasa?
sangat terkilan kan??



tapi xpayah nak tunding jari kat orang lain
tak payah nak cari salah orang lain
semua kat kau..
kalau kawan-kawan sama sewel dengan kau boleh score A- untuk subject tu
maknanya yang bodohnye kau
yang careless nya kau!
yang lembabnya kau!
tak payah nak salahkan lecturer tu kedekut markah
tak payah nak cakap lecturer tu buyers
tak payah nak cakap kau benci subject tu
tak payah nk cakap subject tu killer
sbb killer tu adalah KAU!


dan bila
sepatotnya kau boleh letakkan CGPA kau sebagai first class musnah
tu bukan salah lecturer
bukan salah ADR
bukan salah sesape
tapi salah kau!



dan bila transcript kau nanti cacat dengan satu2 nya result yang paling hampeh penah kau score..
tak perlu aku ulang la kan salah sape
memang totally salah kau wahai Eima Jer
tap perlu menangis
tak perlu terkilan
tak perlu nak moody
sebab kau yang memilih untuk itu
=(





so.
bersedia untuk bayar PTPTN
hahahahahaha






teruskan penceritaan lately








lately jugak
aku banyak menambah senarai kawan-kawan baru
yang mungkin akan menjadi teman raoat aku nanti
atau mungkin sekadar teman biasa
yeah
aku sangat-sangat bergumbira menambah senarai kenalan
=)






lately jugak
aku enjoy lepak kat dapur
memasak apa sahaja yang terlintas di otak untuk sajian anak buah, kakak, abang ipar terchenta dan kadang-kadang chenta hati yang datang menziarah keluarga
=)
haishhhh masak itu suatu ketenangan
dan melihat orang yang kau sayang makan dengan kenyangnya
sumpah ia lahirkan suatu kepuasan





ooopppsss lately jugak
aku dah mula berminat membantu kakak membuat tart nenas beliau yg sangat superb itu
yeah
kalau tak
kau jangan harap la kan
membuat biskut adalah perkara yang paling aku benci selain lipat kain
hahahahaha
=p



okey la
aku memang pemalas
asalkan blog tak bersawang jadila kan??
hehehehe




happy sunday kawan-kawan
have a great day!!
=)




Eima Jer: Sangat rindukan Penang..sangat rindukan madu..sangat rindukan nasi kandaq line clear..sangat rindukan baby qis..sangat rindukan amteh n amcik..tapi kenapa kaki ni masih ditahan oleh hati untuk pulang ke hometown??? masih berkecil hatikah aku ini??