June 30, 2010

Wont Let You Go


"Won’t let you fall
Fall out of love
‘Cause together we’ll be holding on
‘Cause all we have is us
Won’t let you go
Go away again
Because life don’t mean nothing at all
If I don’t have your love"

"Wont Let You Fall"
by: FERGIE


pernah lirik ini aku nyanyikan perlahan-lahan ke telingan kamu
pernah lagu ini aku tujukan khas untuk kamu
ketika pertama kalinya kamu pergi



dan
kedua kalinya kamu pergi
masih aku nyanyikan lagu ini
masih
dengan perasaan yang sama
harapan yang sama



bila kali ketiga
perlukah lagi


kenapakah perlu begini
T_________________T



June 28, 2010

Bahasa Jiwa 4#



kalau aku ada kuasa
aku mahu kau menjadi raja sang hati
sebab aku tahu kau sangat SETIA pada cinta



tapi aku tak berkuasa
takdir dah tetapkan begitu rupa



jangan biarkan perasaan untuk memiliki yang menguasai diri hancurkan jalinan kasih sayang yang kita ada
aku tak mampu untuk memenuhi apa yang dinginkan dikehendaki akan hati miliknya kamu
aku tak mampu
sedaya upaya mana aku cuba
aku tak mampu
dan takkan mampu



jangan terus-terus begini
aku bimbang aku TAMAK
aku tak jujur dengan hati
dengan realiti



Maaf bila mana aku rasa kasih sayang aku itu banyak membunuh hidup kamu
menenggelamkan realiti kehidupan dari benak akalmu
semua kerana kasih sayang aku
maaf




Isnin

Mengupdated blog ketika waktu bekerja??
oh itu amat membanggakan kalau aku mampu buat
T______________T



Isnin hari ini aku CUTI
mensettlekan segala urusan bank



impian semakin hampir
yang penting dengan usaha sendiri


Terima Kasih Ibu
untuk segala doa dan restu!




p/s: senyuman atas tu sumpah FAKE belaka.

Harapan



hari ini
telinga didengarkan dengan harapan lagi
harapan untuk luka disembuh seperti sebelum ini



hari ini juga
realiti masih bertanyakan kehadiran cinta itu
dari keluarga
dari si anak kecil yang dari seusia 4 hari sudah dipeluk cium kau
Ya
anak buah aku mencari 'Paksu'nya di majlis harijadinya yang ketiga tahun
kerana dia sudah bijak bercakap
sudah pandai bermain kata
bersoal tentang itu dan tentang ini


kerana tahun sebelumnya kamu ada
ada disini
kita sama-sama memeluk beliau
sungguh bahagia



aku sebak bila soalan comel penuh kepedihan ini muncul
"Maksu, paksu mane??"
aku sebak
cuba aku senyum tawar
cuba aku larikan mata dari memandang wajah ibu
takut kekuatan yang aku bina runtuh dengan titisan air mata pedih
kerana ibu sangat memahami aku
memahami kisah hati aku
memahami lakonan senyuman aku




hidup sebelum ulangtahun harijadi kamu yang ke 24 adalah sangat sempurna
walau pernah tercalar tercarik dek dugaan
ia masih aku rasakan sempurna
kenapa begini?
kenapa disini?
mengapa kita tidak terus di sana
di saat-saat kita bahagia



sebelum majlis berakhir
aku salam tangan ibu mohon restu kehidupan baru
ibu di situ sedang bersiap sedia menunaikan solat asar
bertelekung putih bersih
sesuci hatinya
salam aku disambut lembut
pipi aku dikucup penuh kasih sayang
dan bila kucupan sampai ke dahi
bibir ibu mula mengeluarkan kata-kata nasihat hikmatnya
'anak mak jaga diri. belajar melupakan kalau itu jalan terbaek. jangan dendam. mak tak ajar macam tu. Redhakan. itu dugaan Allah. ada ganjaran untuk orang yang sabar. Mak doakan yang terbaek untuk adik. '
badan aku dipelok erat



aku sebak!



Mak
kalaulah mak tahu hati anakmu ini terlalu DEGIL??
saya masih di sini ibu
tetap di sini



boleh ibu bantu saya??
tak salah menagih dari ibu sendiri
sebab anak kamu ini sudah tak berdaya sebenarnya






June 24, 2010

Aku Si Gagal



malam ini malam yang cukup sunyi
tapi tenang



tanpa gangguan pengganggu ketenangan
betul tenang
sunyi yang tenang
sepi yang separa sedih
yang mana ketenangan masih menguasai



tapi hati tak pandai menipu
ada sedikit rindu di situ



aku si gagal


*hmmmmm



Maaf Ya



bila berbicara tentang HATI
saya sukakan bahasa jiwa
darinya saya dapat luahkan segala
TAPI tak secara terus terang




saya puas
Ia mampu melapangkan sedikit ruang hati yang penuh sesak dengan pelbagai keserabutan
keserabutan yang tak habis dipikir
makanya bahasa jiwa mampu menjadi teman saya
kadang-kadang pencetus semangat untuk saya kuat




dari bahasa jiwa juga
saya sedar saya tak sendiri
ada ramai spesis saya
yang hatinya terluka
yang jiwanya dicangkul kecewa
yang kebahagiaannya diracun dan dituba




tak salahkan kalau saya meluahkan perkara hati
dengan cara macam ni?
anda selesa teruskanlah di sini
saya alukan




penulisan saya adalah secara random
tidak terikat
dan tolong
jangan mengikat saya
saya kurang selesa





June 23, 2010

Sedih Itu Sepi



saya takde ego.

saya agak sabar.

saya tak suka mengkritik.

tapi saya suka mengeluh tentang kesedihan.

Bagi saya, sedih itu sepi.





T____________________T

Aida Shery dan Dia




malam semalam malam untuk tersenyum dan mengingatkan perkara lucu dalam hidup
kahkahkahkah



thanx aida untuk komen chumil di atas
sumpah memori tu memori paling sengal yang penah kita berempat ada!
teringat plak diri sendiri yang suka belagak macam student kolej tu
HAHAHAHAHA orang lepak kat kafe aku lepak kat kafe
orang lepak kat bilik tv aku lepak bilik tv
orang lepak kat hostel aku lepak kat hostel
adoi!
^_____________^




KTT temukan aku dengan ramai kawan
dan alhamdulillah baik sampai sekarang InsyaAllah
^____^




okey Aida
bukan senang nak dapat peluang naik JUARA BAU IKAN dengan awek gorgeous macam you!
paling manis kenangan tu
even perfume kamu pon tak mampu tandingi kenaturalan bau ikan JUARA tu
hahahahahaha




saya rindu akan masa indah kita berempat
saya rindukan kasih sayang yang ada
saya rindukan gelak tawa yang ada
saya rindukan anda, dia dan sahabat baiknya
T____________T




tq buat saya senyum semalam!
ikhlas tu
ok




btw,
nak repeat tak lagi rombongan cik aida naik JUARA??
ajak SARAH skali tengok beliau macam mana
^_________^



saya tahu anda membaca blog saya!
neeeeeeeeehhhhh
tersenyumlah tu!







Eima Jer: Hari ni kat opis semua orang nak naik hangin nak moody nak naik marah. tak paham aku. MANA ADA KERJA YANG MUDAH SEMUDAH MURAH.COM?? huh?? tak masal! =p



p/s: for those yang tanye mcm mana kerja saya. dunia kerja saya baik-baik aja. dunia hati caca marba.takpe.SENI =)






June 22, 2010

Akankah?




kadang-kadang aku rasa
PERLU bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini
jangan terlalu pikir dengan banyak dengan rumit dengan mendalam
nikmati apa yang ada
rasai apa yang kau punya



tapi aku manusia yang mahukan kesempurnaan yang dinamakan bahagia
walau tak semua
biarlah HAMPIR serbanya
sebab hati aku satu
jiwa aku satu
cinta aku jugak satu
HANYA SATU




makanya tak salahkan?



tapi soalnya hati
layakkah?
mampukah?
akankah?





June 21, 2010

Jahat







aku terasa diri aku JAHAT
mengharapkan kesengsaraan hati
tak adil untuk hati




*sigh



lupakan sesaat keserabutan hati
mari raikan kemenangan kemeriahan pesta goal PORTUGAL!
^_________^



okey
aku masih kuat untuk senyum
makanya aku itu KUAT!



June 20, 2010

Bahasa Jiwa 3#

aku pelari tanpa tujuan
pejuang tanpa medan
pencinta yg tiada masa depan



Tuhan
hulurkan aku sedikit petunjuk kepada tujuan, medan untuk aku terus berjuang dan cinta yang ada hala tuju dan masa depan


aku lemah

Bahasa Jiwa 2#

aku dapat jawapan
jawapan tentang hati sendiri


ya
hati aku tamak
hati aku degil
hati aku tolak bulat-bulat konsep 'berserah sebelum berjuang"
hati aku EGO untuk menerima kekalahan
kehilangan
kekecewaan


sebab diri aku
bencikan kesepian
bencikan kesedihan
benci bila aku terpaksa harungi hidup seorang diri



sebab tu aku di sini
masih menimbang balik untuk MEMILIKI
dan membiarkan hati kembali DIMILIKI
tapi jiwa aku hanya separa
separa untuk membiarkan hati dimiliki dan memiliki
separa kerana jiwa sudah bangkit untuk berfikir
fikirkan REALITI masa depan
yang si jiwa nampak hanyalah KESULITAN




mengapa objek-objek hidup sekeliling aku
sering dan sentiasa berminat dengan cinta aku?
kenapa perlu meracuni kesucian cinta itu
kenapa perlu mempengaruhi dua watak penting ini
mengapa tak biarkan kami tenggelam dalam permasalahan kami
kesulitan kami
keperitan kami
biarkan kami kental mengharunginya bersama
kenapa perlu jadikan kami MANGSA?
dan aku sebagai si kerdil yang senantiasa diletakkan sebagai platform utk segala kesalahan kekurangan dalam hubungan
*sigh


setiap saat aku mengeluh
Hmmmm
haishhhhh
sigh
hoih!


EGO
aku perlukan kau sekarang ni
sekurang-kurangnya aku boleh menambahkan kekuatan diri
dan cuba menjadi ketuhar pembakar
supaya hati bisa dibakar dibentuk menjadi KERING
tak lembik
tak lemah
tak lagi longlai



deria rasa cinta aku makin menghilang
dek kerana ketidakpastian
tapi hati masih tamak
walau jiwa sudah separa


sekali lagi aku bertanya
ada cara??




June 19, 2010

Bahasa Jiwa 1#



dua hari ni urat saraf otak terlalu banyak pikir
sampaikan hidup aku sehari-hari aku ajar untuk mengukir senyuman palsu




aku tak yakin dengan harapan yang ditabur
semakin aku cuba selam
semakin aku tak nampak masa depan



aku stuck
terhenti
hati terus-terus bertanya pada jiwa
"mampukah kau berdiri di sana nanti?"
otak mula berimaginasi
tentang perjuangan untuk bahagia
hanya aku yang perlu berjuang habis-habisan
itu hakikat



batiniah aku memerlukan masa lalu yang indah
zahiriah aku memerlukan nafas segar penuh semangat seperti yang dulu
tapi akal yang waras masih berfikir
"adakah sebesar ini risiko yang perlu dan bakal aku tanggung untuk setiap nafas segar itu?"
risiko bahagia
risiko derita
risiko dicampak sesukanya
risiko dibuang begitu sahaja
risiko untuk perjuangan itu berhenti tanpa sempat sampai ke destinasi impian



destinasi impian??
masih ada untuk KITA?
ia makin samar
makin kabur
walau dah aku tambahkan power kaca mata aku ni
tetap kabur
aku cuba tambahkan jugak power mata hati aku
tetap jugak kabur
aku tak yakin
aku hanya nampak sengsara
aku hanya mampu berimaginasi tentang keperitan tersepit
dikalangan aku dan kesayangan kau yang lain




aku terlalu memikir?
TAK
masa mula memperlihatkan kesukaran itu
masa mula memberi ruang untuk si hati dan akal bergabung
memikirkan dengan secara mendalam
dengan penuh keseriusan
tentang masa depan itu
hati mahu berlari mengejar kebahagian yang terlalu diinginkan jiwa aku
tapi
kewarasan hati bisikan naluri masih cuba menahan hati cuba mengikat jiwa merangtai kaki
dari mula menjadi
"pelari tanpa tujuan"
yang akan penat dengan kekecewaan lagi




hati aku gila!
sebab terlalu degil untuk menerima suatu HAKIKAT!



ada cara???



June 17, 2010

14 Hari






Tralalalalalala!
14 hari sudah aku bergelar pekerja!



Hasilnya??
World Cup baru 3 game aku tengok!
Grrrrrr
mata masih tak kental
antibody masih tak tabah
HAHAHAHAHAHAHA



saya sedih dengan SPAIN!
penat aku stay up!
grrrrr




TAPI takpe
hero memang kalah dulu
kahkahkahkah




aku tetap dengan SPAIN!
tetap!





June 13, 2010

Geli Hati


awak oh awak



kenapakah awak sebegitu??
saya tersenyum sendiri ni
sebab awak sangat lucu!




takperlu karangan 350 patah perkataan nak cerita awak hebat
saya tau awak hebat!
auw!!



bye!
^_______________^




MODE:
geli hati dengan seseorang!



June 11, 2010

Waving Your Flag!



WAVING YOUR FLAG by TONITE!!




GO SPAIN GO!



GO ENGLAND GO!




^__________________^



Selamat melebamkan mata pergi kerja!
Hoooooooyeh!



June 03, 2010

Kenapa Perlu Moody?


AWAK


KAMU



YOU




ANDA




KAU





SAYA SANGAT TIDAK SELESA NAK MENGADAP ORANG MOODY
T________________________T



kenapakah perlu moody??
seronokkah anda??




saya jadi sedih bila orang yang saya rapat sebok nak moody
kalau saya salah
tell me beby
tell me!


kalau ada masalah
share dengan sayalah awak!
nak pinjam bahu saya pon boleh
kalau ia boleh kurangkan beban yang kamu tanggung



TAPI
please erk sayang
janganlah MOODY
saya tak selesa
saya jadi sedih nanti
saya kadang-kadang rimas
dan menunggu masa
nak MELETOP!
sebab kesabaran saya hanyalah senipis kulit bawang
sekian



saya bercakap secara RANDOM!
saya memang dan memang tak selesa dengan orang yang selalu MOODY
dah la saya ni cepat sgt rasa bersalah
suka banyak pikir
tak boleh duduk kalau orang sekeliling kurang happy



So, please!
JANGAN moody2 dengan Eima Jer ok?



sebab
bila saya meletup, boleh tahan jugak bisa mulut saya ni
kahkahkahkah
^________^





June 02, 2010

Situasi Kerja




Dua hari ni aku cukup penat
9am to 6pm
[dalam agreement je]
hakikat??
jam 8 baru balik
9 baru nak nampak batang hidung kat rumah



experiences oh experiences
aku berSABAR dengan banyaknya untuk kamu
akan bersabar 2 tahun ni
experiences kan the best teacher!



2 hari start kerja
macam-macam perasaan ada
BUSY memang tak terhingga
tu kau kena pandai
ni kau kena catch up
yang tu kau kena amek tau
yang ni kau kena alert
SEMUA
dan
MACAM-MACAM



dan bila big boss kau plak si Apek
pastilah straight je kepala hotak dia
dalam kepala hotak dia ada satu je
'$'

time is money
time is money


aku plak?
time is experiences
time is experiences


bersabarlah Eima Jer!



aku tak kisah kerja dengan environment ramai Chinese
aku dah biasa 3 tahun bergelumang dengan Chinese friends
kerja straight je 28 jam macam takde HARI ESOK dah
semua kerja nak cepat
semua kerja kena kualiti
TAKDE tea-time break lepak-lepak beli pisang goreng
takde ok
takde




takpe
aku perlu sabar
sebab hadiah kesabaran nanti
banyak aku akan belajar
banyak aku akan cekap
^________^
asalkan takde discrimination
masih 1 united 1 Nation
aku HAPPY di tempat kerja baru!
=)