bertukar kerja itu mudah
TETAPI bertukar bidang kerja itulah bukan sesuatu yang mudah
dari bidang A kita terjun ke bidang B
ibarat seperti mahir menunggang motosikal sehingga mahir memandu kereta
tiba-tiba disuruhnya memandu kapal terbang
semuanya berbeza dan perlu dimulakan dari peringkat awalan
sebab itu aku katakan bertukar kerja itu mudah
bukan bidang kerja
kalau bertukar kerja mungkin sahja seperti memandu MYVI disuruh pula memandu
AUDI TT COUPLE
hanya kurang biasa dengan persekitaran yang baru
tetapi asas masih sama
tapi perlu ingat
TIADA YANG MUSTAHIL bukan?
kalau kita yakin
kita selitkan usaha dan minat
betul tak??
dah seminggu aku bertukar bidang kerjaya
tinggal terus aku rasa bidang property yang memang aku hadap ilmu-ilmunya dari seawal usia 18 tahun lagi
temuduga yang aku hadiri sekadar temuduga tak dirancang
dapat forward number dari kawan rapat
disuruh cuba nasib
hari ni aku call terus pihak sana set appointment untuk interview session keesokkan harinya
ingat lagi
nak pergi interview ni aku Emergency Leave
bhahahahaha
dengan tak tahu apa nak study
last minutes lagi
masa interview sedang berjalan
nervous tahap tak tahu nak cakap
sebab candidates yang ada taklah ramai
10 orang je yang tengah status menunggu dipanggil interview
tak ke telan air liur tak lepas??
naaaaahhhh
kena plak di interview dengan General Manager
sepatutnya hanya Senior Manager sahaja
nak dijadikan cerita
keluar lunch si SM maka hadaplah aku yang kosong ni dgn GM nya
T_____________T
maka harapan adalah KOSONG untuk di select
ingat lagi
balik interview
rasa kecewa teramat
lalu call ibu tersayang yang baru selesai zohornya
nangis dengan ibu
mintak ibu doa ada rezeki interview tadi
after seminggu ingatan aku tentang jawatan ni dah makin lupus
hinggakan hampir terlupa!
ditambah plak proses aku nak berhenti kerja memang lahanat tak terhingga
lagilah buat aku lupa
TAPI itulah
rezeki diatur Tuhan mungkin
hari terakhir aku dilepas awal oleh kompeni dengan cara kurang beradab
esoknya aku dioffer kerja ini
HATI BERBUNGA TERAMAT
sebab sudah ada option untuk tidak memilih jawatan valuer yang sedang menanti di
Kuala Lumpur sana
sebab memang hati aku sudah mati untuk bidang ini
macam-macam persediaan aku buat
ingat-ingat macam kelakar plak
macam si freshy yang baru mendapat offer pekerjaan
^___________^
ISNIN lepas hari pertama
pagi yang berbunga
kemeja rona PINK terang dikenakan
buat pertama kali ke office dengan heel 3"
sedikit calit-calit makeup
CERIALAH conclusion nya
TAPI ceria tu sekejap saja
bila dibawa masuk ke dalam office
rupanya bukan aku sahaja yang dioffer jawatan yang sama
T__________________T
cis cisss cissss cheese cake!
ada 5 orang lagi yang paginya tadi penuh ceria seperti aku
briefing bermula
aku yang KOSONG mula disi dengan pelbagai ilmu baru
alhamdulilah entah datang dari mana minat dan semangat
seperti ditiup-tiup dihembus-hembus
aku sendiri pelik
dah 2 tahun aku tinggal dunia belajar
tetiba saban malam aku ulangkaji apa yang diajar
pelik-pelik
HARI KEDUA:
dari 6 orang yang ceria semalam
pagi ini sudah tinggal 4 orang yang ntah ceria ntah tidak
HARI KETIGA:
dari 4 orang yang punya pelbagai rasa itu
pagi itu yang tinggal hanyalah 2 orang yang ntah apa dipandang kompeni
HARI KEEMPAT:
tetap maintain berdua pagi itu
masing-masing tak bertegur sapa
ahhh mungkin tidak mahu berkongsi rasa
atau berkongsi kelebihan yang ada
2 orang ini dipecah dan diasingkan manager
diberi latihan secara berasingan
si lelaki tak tahu apa yang si perempuan diajar
si perempuan tak tahu apa yang si lelaki didedahkan tentang ilmu yang ada
si perempuan yang comot ini
yang baru belajar apa rasa ke tempat kerja berheel 3"
yang baru tahu betapa seksa bermake up
berhandbag segala
bermonolog setiap hari sendiri
mengungkap sendiri pelbagai persoalan diminda
tentang bidang baru yang dikongsi ilmunya
kenapa mengapa dan bagaimana
dan kenapa kenapa kenapa semua orang terlalu berhati-hati berkongsi ilmu mereka
semuanya sangat 'reverse-psychology'
seksa minda
sesak jiwa
saban saat berperang dengan hati sendiri
betulkan jalan ini
betulkan jalan ini
sampai terlupa adakah hari ke4 ini akan berterusan tanpa ada penyingkiran
sungguh terlupa
sebab terlalu banyak yang bermain di fikiran
HARI KELIMA:
si tampan sudah tiada
yang tinggal hanya si comot yang punya nasib sedikit baek rupanya
dan hari terakhir minggu itu
segala soalan aku dijawab sempurna
segala kekusutan jiwa diuraikan sempurna
menjadi satu jawapan yang penuh dengan vibes vibes positif yang terus dicucuk masuk ke dalam diri dan jiwa
satu sahaja kalimah yang aku ingat masa tu
ALHAMDULILLAH
aku terpilih dikalangan barisan-barisan terpilih
ini doa ibu
semoga ini adalah jalan terbaek untuk aku
harap-harap aku tak tersalah langkah dalam membina masa depan aku
terima kasih dunia hartanah
kalian mengajar aku erti tabah
erti untuk bekerja dengan membuang semua sifat mengada-ngada itu jauh-jauh
terima kasih kompeni komunis
dengan pengalaman disumbang engkau
aku terbentuk secekal ini
terima kasih orang-orang atasan kompeni penjajah
kerana tak pernah menghargai aku di sana
sebab bila di sini
aku tak goyah dek puji tak tergoncang bila dihargai dan disayangi
alhamdulillah
kalian.
doakan aku ya
ingatlah
rezeki Tuhan ada dimana-mana