March 06, 2013

Home Made Ketam Masak Cili Berempah EJ



Halooooooooo
Lama tak hupdate belog
*ayat lama*


Okay PC kat rumah rosak
taknak appear gambo
so memang jarang la dapat online
kebetulan adik ipar plak bawak lappy beliau pulang ke kampus
T___________________T
*Menangis*



Today nak kongsi resepi KETAM tam tam tam nyum nyum
nah amek dlu gambar ni


HOME MADE KETAM MASAK CILI BEREMPAH


ekceli resepi ni aku google je
google dalam 3,4 resepi lepas tu aku combined bagi jadi resepi merapu sendiri
suami kata sedap
orang lain makan tak tahulah rasa apa
iyelah
suami ni kalau tak puji isteri
takot la pulak kena tido luar
kahkahkahkah



Resepi ni sangat simple
suruh Abin and Minmin masak pon dorang pandai
teheeeee
T______________________T



Bahan-Bahan

Bahan A
Ketam
(4-5 ekor)
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari ikan
sedikit garam



Bahan B
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 cili api
(semua di atas ditumbuk)


Bahan C
1 tangkai daun kari
1 batang serai
(di potong halus)
2-3 sudu cili kisar
2-3 sudu sos cili


Bahan D
1 biji telur
(dikacau di dalam mangkuk)



Cara Memasak

  1. Ketam disiang dan dibersihkan sempurna. Masukkan ke dalam bekas yang agak besar dan selesa untuk proses pemerapan.
  2. Campurkan semua BAHAN A dan gaul sempurna
  3. Gaul sebati ketam dan semua bahan A (macam kita garamkunyitkan ikan tu)
  4. Perap barang 20-30 minit
  5. Panaskan minyak. Kuantiti perlulah sesuai untuk proses penggorengan.
  6. Goreng ketam yang dah diperap sehingga masak sempurna
  7. Angkat ketam dan toskan minyak
  8. Guna kuali yang sama, buangkan lebihan minyak menggoreng dan tinggalkan untuk menumis sahaja.
  9. Tumis semua BAHAN B sehingga naik bau dan kekuningan.
  10. Masukkan hirisan serai
  11. Masukkan semua BAHAN C dan biar pecah minyak dan masak sempurna
  12. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  13. Setelah sebati rasa, masukkan BAHAN D secara 1 sudu by 1 sudu dan kacau
  14. Jumlah bancuhan telur tadi adalah mengikut kepekatan kuah yang diingini
  15. Final, masukkan ketam dan kacau sebati
  16. Tutup sebentar dengan penutup kuali dalam 3 minit.
  17. Buka, kacau dan bolehlah dihidangkan

^________________^
senangkan kan kan kan



Selamat mencuba


okbai




1 comment:

erin.suhaimin said...

dapnyer!! nak makan kat umah EJ la.. nak sotong goreng n ketam! hehehe