March 07, 2013

Sotong Goreng Tepung Lembut Mulus Gitooo By EJ


Tepi tepi tepi
EJ nak masak lagi dan lagi
;p



banyak cerita nak kongsi sebenarnya
TAPI masak jugak yang best dibuat entry



Hujung bulan lepas 1st time balik kampung suami sebagai menantu
ecehhhh
FIL so eksaited nak masak macam-macam
beliau memang suka masak pon
TAPI sangatlah terpaut dengan SOTONG GORENG TEPUNG beliau



Bila pergi CHERATING weekend lepas
order sotong goreng tepung jugak masa dinner seafood dengan aza elliani
hmmmmm sangat mengecewakan walaupun ketam cukup OWSEM!
tepung tebal sangat
sotong pon tak tahu sembunyi kat mana
T________________T



Disebabkan makan seafood dengan bersenang lenang tanpa suami di sisi
so rasa bersalah mulai menguasai diri
jadinya aku dengan ikhlas hati REPEATLAH memasak seafood untuk suami


smalam dah share resepi ketam berempah
today nak kongsi resepi SOTONG GORENG TEPUNG
yang tepung tu nipis dan lembut-lembut sahaja
^____________^



macam ni laaa
nyum nyum nyum
;p



BAHAN-BAHAN

Sotong gemuk
[dibersihkan dan dipotong, lepas tu toskan air. Kalau boleh tekap dengan tisu dapur nk bg sotong betul-betul kering]

1 biji telur
2-3 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu rempah kari ikan
garam



CARA-CARA MEMASAK
  1. Pecah dan kacau telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam
  2. Masukkan sotong ke dalam bancuhan telur dan garam
  3. Perap barang 10 minit
  4. Campurkan tepung beras, tepung gandum, serbuk kari sebagai 1 serbuk adunan [guna mangkuk besar dan selesa untuk proses menggolek]
  5. Panaskan minyak mengikut sukatan sesuai untuk proses penggorengan
  6. Ambil sotong yang dah diperap dan golekkan di atas campuran tepung dan serbuk kari tadi
  7. Bila sotong dan sebati digolekkan, masukkan ke dalam minyak panas untuk proses menggoreng
  8. Sotong akan menjadi kekuningan cantik. Jangan terlalu lama menggoreng dan terlalu banyak kuantiti di dalam kuali.
  9. Angkat dan toskan minyak
  10. Sedia dihidangkan


WHY KENA KERINGKAN SOTONG?
sebab taknak meletop masa menggoreng


WHY TEPUNG BERAS BUKAN TEPUNG JAGUNG
sebab tepung akan jadi lebih lembut


Suami kata sedap
habis sepinggan besar beliau makan
suami anda??
tunang anda>
bf anda?
keluarga anda?


So cubalah



p/s: seafood macam sotong dan ketam, baik beli basah dan masak di rumah. Puas sikit masak. Sotong dan ketam untuk hidangan 5 pax ekceli kos dalam rm50 je compare kalau kita makan di luar. Jimat tau dan paling penting puas makannya.


ramai tegur bila aku memasak
memang hidangan tu kena hias bagai ke
jawapan aku
YES memang aku pentingkan bab food presentation
sebab bagi aku
menggembirakan tekak dan mata orang yang nak makan tu
adalah salah satu cara kita meraikan kasih sayang
sebab memasak itu perlukan kasih sayang dan keikhlasan
^___________^




2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

This is awesome..sok nk try tok hubby ★★★★