May 18, 2009

KONSERT AKHIR AF7 -Review

Photobucket
=.=

Konsert Akhir AF7 dah pun selamat disempurnakan Sabtu malam yang lalu. Aku tak la tengok dari awal sebab pada masa yang sama epl live MU vs Arsenal. Sure la aku tengok bola dulu.

Esoknya,
Aku baru tengok balik siaran ulangan konsert akhir tersebut.

KENAPAKAH konsert akhir kali ni sangat-sangatlah hambar ea??

Seyesly, aku lansong tak terasa terhibur pon. Boleh dilabelkan Konsert Akhir AF7 yang macam h***m la. Maap principal Tiara, walau anda cantik sangat di mata aku tapi anda tetap gagal sediakan konsert yang hangat!

Pemilihanan lagu sangat-sangat tidak kena! Satu pun aku rasa tak best. Dah tau la kan semua pelajar nak kena bawak lagu baru, sepatutnya tenaga pengajar kenalah bagi lagu tugasan iaitu 2nd song tu dengan lagu-lagu yang tengah meletop sekarang ni dan yang paling penting sesuai dengan pelajar tersebut. So, kalau lagu baru tak syok lagu tugasan boleh cover bagi havoc balik konsert tu. Tu pon tak tau ka Principal??? Ni tak, lagu suma nak bagi penonton tido nyenyak! Hahahaha

Bagi aku, Konsert Akhir AF7 sangat-sangat GAGAL! Konsert Mingguan lagi best perrrr

Lagi seperkara yang aku tak puas hati....

Photobucket

Aku sangat-sangat simpati dengan Isma yang pulang dengan TANGAN KOSONG!! Kesian wei... Punya banyak laaa Astro untung melalui AF7 ni takkan la hadiah saguhati untuk Isma koang tak mampu nak sediakan?? Henpon Ekpress Music tu pon jadi la daripada bawak balik trofi semata-mata ja. Apa?? Koang hengat trofi koang tu si Zul suami Isma tu boleh bawak p lebur pastu buat seutas rantai ke untuk isterinya??

Sangat tidak berbaloi la Isma berjuang tinggalkan suami tinggalkan anak-anak hanya untuk sebuah trofi tu je. Aku memang tak puas hati dan tetiba rasa macam sangat tidak patot pulak ARIL masok balik ke Final. Sebab kemasukan beliau, Isma jadi mangsa tak dapat apa-apa hadiah saguhati. Ya la, mungkin dari awal lagi sponsor hanya sediakan hadiah untuk 4 orang peserta sahaja. Bila ada afundi masuk, yang jadi mangsa adalah peserta yang mendapat tempat ke-5 laaa.

Dan,
Aku sangat hairan la dengan pengundi-pengundi Yazid tu. Sepatutnya dia yang dapat No.5 bukan Isma. Tak sedap lansong lagu dia. Hahahaha

To: Isma
Takpe la, nak buat macam mana. Dah tertulis kamu balik dengan tangan kosong. Mintak la duit sket kat adik kamu si Tomok yang kaya itu. Hahahaha =p

Eima Jer: Sangat lawak tengok muka AKIM yang jeling tajam kat ARil masa tengah berdebar-debar tunggu pengumuman tempat ketiga oleh AC Mizal. Muka gile tak puas hati. Hahahaha nak buat macam mana Akim, Aril tu tenaga pengajar sayang sangat kat dia sampai tak boleh nak cover dah. Contohnya: Kegedikan Ida Nerina bila bersama Aril. Sangat nampak okey!! =.=

No comments: