May 15, 2010

Ladies' Coach




Happy Weekend Peeps!!


pagi ini entry aku lebih kepada kemasyarakatan
auw!
okey saya sedang cuba menjadi semasyarakat yang mungkin
kahkahkahkah
^_____^



apa yang aku nak cakapkan kat sini
adalah berkaitan dengan kempen yang sedang hangat dijalankan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk perkhidmatan Komuter mereka iaitu LADIES' COACH atau KOC WANITA



apa itu LADIES' COACH??
ok
apa yang aku paham kempen ini adalah merupakan salah satu kempen mempromosikan peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan komuter di mana berlakunya pengasingan ruang bagi penumpang lelaki dan wanita
terbaek kan??



aku bercerita berdasarkan pengalaman aku seminggu ini okey
aku banyak menghadiri sesi interview kerja
dan kebanyakannya adalah di area Kuala Lumpur
makanya penggunaan public transport adalah inisiatif terbaek untuk aku sampai ke destinasi temuduga tanpa perlu merempuh sesak jalan raya
kalau DULU
yes, sebut je KOMUTER dan sebut pulak KOMUTER ketika WAKTU KEMUNCAK
apa yang akan aku bayangkan
orang ramai yang sumpah PACK nak mampos
berhimpit sehimpit yang mungkin
macam-macam bau
macam-macam kerenah
macam-macam dan macam-macam
sampaikan cik hati ni memang takkan sanggup GAGAHKAN diri meredah lautan manusia tersebut



TAPI
tidak lagi kini dengan adanya perkhidmatan atau peraturan di atas
YES
saya alami sendiri
penumpang wanita dan lelaki diasingkan
penumpang wanita ditempatkan di ruang tengah gerabak manakala penumpang lelaki ditempatkan di ruang hujung sebelah kanan dan kiri gerabak
dengan sticker pink yang diletakkan di cermin tingkap dan pintu komuter sebagai guide kepada penumpang
ia memang satu peraturan yang sungguh comel!



jap
comel??
adakah sebab sticker tu kale pink kau mabuk kata peraturan tu comel?
kahkahkahkah



Tidak
ada lagi perkara comel yang berlaku



sepanjang pengalaman saya menggunakan perkhidmatan komuter seminggu ini
macam-macam kerenah macam-macam situasi comel saya tengok
kerenah penumpang
kedegilan kaum adam mengikut peraturan
ketegasan kaum wanita menegakkan hak dan ruang mereka
memek muka TERMALU kaum adam bila tersalah masuk ruang penumpang wanita
hahahahaha
sungguh comel



ada satu situasi tu
seorang makcik comel yang sungguh tegas
dah macam buat PART TIME SECURITY untuk KTM dah aku tengok
mana-mana kaum adam yang masuk ruang penumpang wanita
memang tak berlengah masa lansung
beliau terus SOUND SETEPEK je
gile kentang!
" encik, tolong ea. berdiri di tengah-tengah tu je.encik tak baca ke arahan?ni kan ruang penumpang wanita? tolong hormat sikit ea"
HAHAHAHAHAHA
gile garangkan makcik tu?
sedangkan masa tu banyak gile ruang kerusi yang tak dipenuhi penumpang
NAAAAAAAAAAAAAAH abang-abang
rasakan
sape suruh tak alert dengan sticker pink comel yang dilekatkan di cermin dan pintu komuter
PLUS
berkali-kali juga akan kedengaran suara lembut yang membuat pengumuman tentang peraturan baru ini
telinga abang-abang letak kat mana??
kahkahkahkah



Ooooopssssss lupa nak cakap
sedikit info
peraturan Ladies' Coach ni masih peraturan baru
dan buat masa ni hanya terpakai untuk komuter train bagi perjalanan Pelabuhan Klang-Rawang sahaja
Seremban-Sentul belum lagi la kakak
hehehehehe
^_________^



apa-apa pon
saya sebagai wanita sangat MENYOKONG kempen ini
sangat SELESA bila mana waktu-waktu pack tu
anda hanya perlu berhimpit dengan kaum sejenis anda
kalau nak terpeluk pon
anda terpeluk sesama kaum hawa
dan potensi untuk menikmati bau ketiak yang sangat BUSUK TENGIT memang sangat rendah
sebab wanita-wanita malaysiakan mandi perfume!
kahkahkahkahkah



ANDA BAGAIMANA??





1 comment:

Aqilah Rohizad said...

i like that makcik yang sound tepek tu..huhu..