July 19, 2010

Pergi Jauh Kamu



pergi jauh kamu
sila pergi jauh dari cinta aku




aku masih insan gagal
yang gagal untuk memenuhi hati ini dengan cinta kau
yang masih merangkak sedikit demi sedikit cuba mengosongkan hati
masih tak mampu mengisi
masih tak mampu
aku masih pemilik hati yang gagal



tapi aku sedang cuba
cuma
aku mohon kamu pergi jauh dulu
serahkan saja pada takdir KITA
aku masa ini
terlalu banyak KITA
kita aku dan dia
kita aku dan kamu
kita aku dan sesiapa



aku perlu masa
mencari balik keagungan cinta aku
yang dah tenggelam dek sejarah yang menjajah aku




cukup aku menjadi aku yang sekarang ini
jangan kau bentukkan aku menjadi aku yang kejam
aku jijik
jijik memikirkan kekejaman yang bakal aku lakukan
jika kau masih di situ
jadi aku mohon
pergi jauh dahulu ya?



serahkan pada takdir yang aku jua harapkan adanya 'KITA' di dalamnya
kisah itu pasti sempurna
maaf
hanya ini harapan kecil yang aku bisa ciptakan untuk kamu
selebihnya aku masih mencari
masih mencari
masih menghapus terlalu banyak 'KITA' antara aku dan dia
masih cuba
masih terus cuba
harapnya aku akan berjaya!



maaf



1 comment:

Amir Syahir said...

sob2..gua bru mai..dh kena halau..menciiii..nak ngadu kt mummy u..hahaha.