August 26, 2010

8 Tahun Pemergian Abah



malam ni malam yang sama 8 tahun lepas
malam paling sedih seumur hidup aku
malam yang paling menduga



malam Abah pergi menghadap Ilahi selama-lamanya
ya
malam inilah
17 Ramadhan
Malam Nuzhul Al-Quran
10.30 malam
khamis malam jumaat


dan ketika barisan ayat ini ditaip disusun
ketika yang sama 8 tahun lepas
Abah hanya ada sekujur badan tanpa nyawa
di mana nyawanya telah diangkat Tuhan ke langit milikNya
dan ketika ini juga
kami si anak-anak begitu tabah menahan air mata
menguruskan segala persiapan pengebumian
sambil diiringi bacaan Al-Quran yang berjaya kami khatamkan dengan semalaman bacaan tanpa henti




dan malam ini
Emak sangat sedih
lansung tak diangkat mana-mana panggilan kami
terus menyendiri di dalam rumahnya Allah
hari yang beliau tidak mahu diganggu
mungkin malam ini malam yang ditunggu emak sepanjang tahun
malam di mana Abah terasa dekat hampir dengan kami
seolah-olah beliau kembali
memeluk erat kami dengan penuh kasih sayang



Hati sangat risau dengan segala panggilan telefon yang tak berjawab emak
tapi hati ini juga pasti akan sesuatu
Emak pasti tabah



teringat kata-kata yang terkeluar dari mulut arwah sehari sebelum beliau pergi
"Isteri saya, awak cukup sabar menjaga saya sepanjang saya sakit. tanpa jemu tanpa sebarang rungutan. saya mohon ampun maaf kalau sepanjang kita berumahtangga, ada dosa saya pada awak. saya mohon maaf. dan kalau dah Allah janjikan syurga seorang isteri itu di bawah keredhaan si suami, awak miliki ke semua keredhaan saya sebagai suami. pilihlah mana-mana syurga untuk isteri yang taat seperti awak"
ayat ini hanya Emak yang tahu Emak yang dengar
dan diizinkan Tuhan untuk aku turut sama terdengar
waktu tu waktu subuh
aku dibangunkan Emak
Abah agak tenat subuh itu
diminta aku untuk call semua ahli keluarga pulang ke kampung
rakan-rakan masjidnya yang sedang menunaikan solat subuh di masjid datang menziarahi beliau
takot tak sempat katanya
dan waktu ini jugaklah aku terdengar ayat keramat Abah itu buat sang isteri bernama Sabariah Jaafar.
aku menangis
curi-curi menangis dalam bilik
tersentuh
dan dalam hati kecil aku
aku semakin redha dan percaya
malaikat maut itu makin menghampiri Abah
dan perpisahan selamanya bakal berlaku




Abah
adik rindu abah


tak perlu banyak
cukup kalau diberi Allah peluang untuk menatap wajah abah di dalam mimpi
cukup 1 ukiran senyuman
itu sudah terlalu besar buat anakmu ini
semoga tertunai
saya berharap saya berdoa saya memohon ya Tuhan
amin.



SALAM NUZHUL AL-QURAN semua!
Islam itu agama yang benar



2 comments:

Zoe Ana Yusof said...

be strong EJ, remember i will always be there when u need someone, tau.
:)

slay said...

salah satu harta yang boleh kamu beri kepada arwah abah kamu di sana : doa anak-anak yang soleh, dan solehah. ;)