July 11, 2011

BERSIH 2.0 dan Memori Manis



malam bufday mommy last friday memang malam panas
roadblock merata
sempena menyambut ketibaan hari yang digeruni kerajaan
iaitu BERSIH 2.0
hahahaha



amboi
kerajaan je takot?
kau tak takot ke EJ??



HAHAHAHAHA
aku tak takot pon
sebab aku dok rumah je
sambil layan TV3 buat liputan dorang yang macam haram hak tuiii puuii puuiiii




aku bukan pro-kerajaan
aku bukan pembangkang
aku hanya anak Malaysia yang mahu sistem demokrasi yang saban hari dilaung-laung itu
dijalankan dengan TELUS dengan JUJUR
buka semua saluran TV saluran Radio dan media massa yang lain kepada semua pihak
TAKNAK asyik tatap muka yang sama
barisan kumpulan yang sama SAHAJA tiap kali BULETIN UTAMA 8malam ke 9malam tu
buka untuk SEMUA
bagi rakyat dengar,lihat,fikir
kemudian nilai sendiri



dari zaman berzaman
apa bangsa sekali pon
dah diterapkan dalam kehidupan
"BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana anda SALAH"
so?



ok itu mukadimahnya


tinggalkan isu-isu panas BERSIH 2.0
now aku nak share pengalaman manis tentang BERSIH 2.0 yang aku pon tak tahu kenapa sampai detik ni masih mampu buat aku senyum sorang-sorang
HAHAHAHAHAHA



*cerita ini tiada bantuan gambar



macam ni
selesaikan je family gather sempena bufday mommy malam tu
aku, ajie n sue pon geraklah balik rumah masing-masing
rumah kakak aku kat PJS 6 dan rumah aku dekat area Taman OUG tu
maknanya kena lalu Jalan Klang Lama lah



aku tahu dan sedia maklum
memang kami terlepas segala jem masa nak datang rumah kakak
tapi bila nak balik rumah aku
sure jem terok sebab Jalan Klang Lama adalah antara laluan masuk ke Kuala Lumpur yang menjadi kawalan ketat segala jenis polis


sangkaanku benar-benar belaka
memang ada roadblock dekat simpang area nak masuk Taman Sentosa tu
sebab kat situ macam main junction yang temukan PJ State, Taman Sentosa and semua yang dari PJS 1,2,3 until 6 bla bla bla sila google
;)
paling tak tahan
polis siap buat khemah lagi
macam nak tido kat situ dah sepanjang malam tu
Link yang pada asalnya ada 3 hanya dibuka satu


maka mari bayangkan sendiri kesesakan tu macam mana kan
memang padat ketat sendatlah jalan tu
hon kenderaan yang tak henti berbunyi dah macam baby menangis mintak susu
nyaring memekik
dan dalam kesesakan tu
ada kisah lucu yang menarik pemandangan kami 1 keta ni layan
HAHAHAHAHAHAHAHA




*situasi ini adalah 10 meter dari jarak anggota polis sedang membuat pemeriksaan ye




sumpah sesak dan bosan
bingit telinga tahan bunyi-bunyian hon pelbagai jenis kereta
dan bila aku toleh ke kiri aku
sumpah aku gelak tak hengat



nak tahu apa yang aku pulun gelak?


boleh tak dalam jarak 10 meter dari polis tu
ada seorang uncle singh ni
dengan selamber berhentikan motosikalnya
siap double-stand lagi tu
lepas tu bukak seat motor dia
lalu keluarkan sticker 'L'
dengan gerak perlahan tanpa ada perasaan takot yang sedikit pon
uncle tu layan je perasaan sendiri lekat sticker 'L' pada bahagian depan dan belakang motosikal milik dia
siap belek-belek lagi
senget ke tak
lekat kemas ke tak
padahal polis dengan beliau hanya jarak lebih kurang 10 meter je
HAHAHAHAHAHAHAHA



kalau bukan sebab BERSIH 2.0
kau rasa kau boleh tengok ke situasi macam tu
cool gila
berhenti depan roadblock
double-stand
lepas tu buat dek je semua polis kat depan tu
sumpah muka uncle tu cool gila



aku ingat sampai saat ni
dan masih tergelak sendiri tiap memori tu datang




tabik springlah uncle!!








No comments: