August 14, 2011

Almost 3 years, but they still da best for me ;)





dah hampir 3 tahun terjebak dengan dunia blogging
macam-macam retis yang naek seperti cendawan selepas ribut
mereka menjadi fever menjadi kegilaan ramai
tahniah di atas pencapaian


yang mana agak cool
aku follow baca jugak
;p


cuma blogger-blogger terkenal ni kebanyakan mesti yang cantik
yang ada DSLR yang ada LOMO
yang selalu kena invite pergi photo shoot
yang body shantek macam amber chia
yang berkawan baek dengan Yuna, Hana Tajima walla Hunny Madu
yang pandai buat tutorial belit-belit tudung
semua blogger jenis ni memang sumpah fofular
riban dan puluh riban followers



itu rejeki mereka
cuma agak kecewa
kenapa bila dah terkenal
kualiti penulisan mereka mula merudum
dan tak sebest dulu
sebelum naek sebelum femes
kenapa ea?



sedangkan pada asalnya mereka pandai menulis
semua punah
sibuk sangat ke jadi femes blogger ni?



sebab tu aku prefer semua blogger yang low-profile
penulisan mereka maintain



here we go
ini adalah mereka-mereka yang tetap menjadi pojaan hati aku sentiasa
^_____^
thank you sebab terus menulis


penulisan beliau terus-terus superb
tetambah bila marah
bila kondisi hati perjalanan hidup tak berjalan lancar
tak berada pada paksi gembira dan selesa


hmmm pemilik blog ini kurang aktif kebelakangan ni
mungkin sedang berbahagia
mungkin juga beliau sebahagian dari mangsa pengaruh twitter
=p


blogger kualiti macam ni
tak pernah paksa diri untuk menulis
dan hanya menulis bila beliau rasa perlu untuk beliau menulis
ah bila aku mampu jadi seperti beliau


ini EMIR FAIZ
pemilik blog JALAK LENTENG yang super sengal
penulis bukan penagih dadah
penulis adalah pemilik mulut puaka yang bijak berkata-kata
laser yang penuh seni


penulisan beliau penuh dengan imaginasi dan kenangan-kenangan tentang azab hidup beliau
apa yang unik
walau mulut puaka nak mati
jalaks mampu bawak pembaca masuk ke dalam dunia penceritaannya
dan kau akan gelak dan gelak mungkin pada nada yang paling kuat bila kau dalami setiap bait penulisan beliau



alhamdulillah
blog ini penah bercuti hampir 4 musim
dan ada ura-ura mahu bertukar url
lately ia kembali updated
kembali hidup
suka sangat!
sebab aku antara jalakians yang sentiasa menanti entry-entry baru yang diupdated



EJ pernah berjumpa secara live dengan beliau
dan persahabatan terjalin hingga ke hari ini
syukur alhamdulillah amin
;p

ini blog kakak shantek actually
dah 3 tahun aku follow blog ni
penulisan beliau tak pernah berubah
maintain cool
maintain gila
maintain merapu



beliau merupakan contoh blogger yang tak kesah tentang kepopularan
mampos la sekeliling dok kejar glemer
beliau tetap dengan beliau



blogger yang punya follower yang agak ramai
yang shantek
yang bijak
tetapi berjaya maintainkan kualiti penulisan beliau hingga ke saat ini

ini penulis pujaan
blogger kegemaran



dulu di masa awal kemunculan beliau
puluhan puisi bahasa jiwa menghiasi tanah jajahan beliau
masa tu kondisi hati beliau tak stabil
parah dan luka
semua diluah melalui bahasa jiwa


dan bila beliau mula move on
tekad yang nekad
semua entry tu di delete
dengan nekad



penulis yang tak aku tahu siapa beliau
bila masa dan ketika beliau akan muncul
yang tak ada facebook
yang tak ada YM
yang hanya ada chatbox dan email sebagai sumber untuk berhubung


beliau tak pernah cuba tonjolkan diri
dengan sebarang identiti pengenalan diri
aaaahhhh
tapi penulisan beliau mampu menarik ramai hati
hati yang memahami apa yang disuarakan hati beliau


aku antaranya
;p


blogger yang tiada info tentang diri ni
akan muncul dan hilang sesuka hati
mungkin sebab aku perlu menunggu dan mencari itulah
cinta pada penulisan beliau makin mendalam





4 blog ni aku memang WAJIB baca
dan aku khatam semuanya
satu tak tinggal
hingga ke saat ini




aku harap sangat korang terus updated dan jangan pernah pergi dan menghilang
penulisan korang ada sentuhan seni yang tersendiri
serius!



sayang blog korang sangat-sangat



p/s: yeah. aku akui ramai lg blogger yang best yang kualiti kat luar sana. aku mungkin tak tahu atau tak amek pusing. cuma mahu berkongsi kualiti mereka ber-4




2 comments:

Kabusribut said...

pergh .. saye berada dalam list .. ~ tq EJ .. nak blanjer ape nih ? (kire2 duit) .. tq for support .. skang ni dah tak sehebat dulu okeh .. tp eima still maintain..yeah

yonna said...

i cukup respect blog yang readers ramai,tapi beliau masih meng-hadkan diri dia di khalayak readers.

dia tak tunjuk diri dia siapa.
tapi dia tunjuk jiwa yang dia rasa :)