August 07, 2011

Random Sahaja





aku penah cakap dulu
dalam entry yang mana satu sumpah jangan tanya
patinya jawab aku
TAK HENGAT!


tapi aku ingat aku pasti aku penah cakap dulu
yang aku ni takde kawan baek
macam S dan B
super bff
memang takde


aku pon kadang-kadang hairan
tapi mungkin tu nikmat yang Tuhan memang taknak aku nikmati
atau mungkin Dia hold dulu dari kau nikmati
itu semua rahsia Tuhan


dan jika tanya aku
aku tak sedih
lansung tak
sebab bagi aku, aku lagi selesa lagi gembira dikelilingi ramai kawan-kawan rapat



aku cepat mesra dengan orang
cepat rapat dengan orang
senang didekati dan mendekati
tapi cepat jugak buat orang salah faham
sampai ada yang rasa dikhianati dan mengkhianati


mungkin aku tak terlalu positif untuk semua perkara
mungkin jugak aku jenis tak menyokong apa yang aku rasa salah yang dah aku penah buat dan aku dah nampak serta rasa kesan dan akibatnya
sebab aku suka bercerita dengan pengalaman
tak penah rasa tak penah tahu
aku lebih suka diam



cuma sejak dua menjak ni
aku kompius dengan persekitaran
aku rasa semua terlalu berpura-pura
sampaikan aku jugak sedar tak sedar
terpaksa berpura-pura
untuk bantu kau dan kau dan kau
menjalankan dan menghidupkan kerja-kerja lakonan pura-pura tu




aku tak tahu apa-apa
kalau ditakdir tahu sekalipon
tak kuasa aku nak ikot campur



cuma kenapa masih nak berpura-pura dengan aku yang lansung tak berminat dengan kisah yang tak aku nampak titik gembira titik bahagianya di mana
pusat segala kehancuran tu adalah
besar kawahnya
membuak lavanya
tiba masa akan muntah
muntah bila tiba masanya
maka kita-kita ni
menjadi mangsa menjadi hancur menjadi busuk menjadi bangkai
kepada persahabatan yang ntah dari masa bila sudah bernanah
disengajakan bernanah
dicucuk dihiris biar luka dan bernanah
aaah
aku sendiri tak tahu


dah apa ntah lagi kalau kau dan kau dan kau tanya aku
di mana titik mulanya didihan lava luka itu
siapa yang mula
siapa yang mangsa
cuma pemangsanya sahaja yang jelas di setiap penjuru pancaindera aku
itupon baru sekarang ini sahaja
*sigh


dulu aku juga buta
aku juga alpa
aku berganda bodoh rupanya



sudah-sudahlah kita-kita ini menjadi bodoh
kita ini manis
kita ini baek
kita ini serasi
cuma kita ini tersalah mengenal
lalu ikot rasa lalu ikot hati
lupa segala



maka bermusuh
maka bermakian
maka beremosi segala



sampai bila?
sedangkan realitinya
isu ini isu bodoh
isu hati yang bodoh
tak ke mana dan TAKKAN ke mana-mana



tolong terima




No comments: