October 01, 2011

Dia. Petunjuk. Jiwa


bangun pagi
cursor bb disentuh
maka, ini yang aku jumpa


notification dari facebook yang bagi aku paling istimewa



mata yang tadinya masih mengantuk lembik longlai malas sungguh mahu dibuka
terus tercelik dengan luasnya
hati yang masih terpalit mimpi semalam
terus dikejut dengan realiti nyata



indahnya bahasa jiwa
bertambah indah bila ianya dicipta
untuk kita yang sedang membaca



dalam tak sedar titik-titik jernih hangat
turun menyapa pipi pagi
yang mungkin masih melekit bau-bau mimpi semalam


sungguh tinggi kau menghargai persahabatan kita
sungguh tinggi
tak terfikir dek aku
tinggi itu hingga tahap ini



hinggakan tiada bait-bait kata hebat mampu mewakilkan aku
untuk menyatakan aku ini sangat terharu tahu



terima kasih
terima kasih



terima kasih menjadikan aku dikalangan istimewa kamu
seperti mana kamu sentiasa antara paling istimewa untuk aku




*dan setiap bait puisi indah ini juga, ia turut sama menyelak satu persatu kenangan dengan seseorang yang telah pergi bersama bahagianya. aku tak tahu nak mengungkap menggambar betapa aku ratap sebenarnya pemergian kamu. mungkin sebab kau dah aku letak di suatu ruang istimewa dalam hati yang tak aku cmpur dengan mana-mana isu hati lain. tak.


No comments: