January 28, 2012

My Lil Sis Solemnization



Assalammualaikum.


Matahari menyapa dan alhamdulillah diizinkan Tuhan menyedut udara milikNya
amin.



saya dah janji nak update tentang princess saya yang seorang itu kan
so today
jangan muntah sebab saya akan update 3 ENTRIES terus iaitu untuk Jim dan Husband's Solemnization Day, Wedding sebelah Jim dan Wedding sebelah suami beliau.
lain entry
lebih kemas
dan tak terlalu padat dengan gambar





.........................................................................................................................................................













adik saya selamat diijabkabulkan pada sebelah pagi 21 Januari, 2012
bertempat di Masjid Taqwa, Taman Tun Sakdon, Gelugor, Penang.


Adik.
sebelum diijabkabul
dan masih Cik bukan Puan


bakal suami yang mungkin berada pada kondisi paling gementar
hanya beliau sahaja yang tahu
;p



Saat diakad-nikah oleh ayah mertua sendiri.
itulah Encik Samsuddin
pemilik anak gadis yang selalu cantik di hati saya
^________^




nampak senyuman Apit?
oh itu senyuman lelaki yang baru bergelar suami



dan ini pula gadis cantik saya yang sudah selamat di Puan-kan 
^____^



dengan sekali lafaz
berwalikan dan diakadkan ayah sendiri
maka Mohd Afiq Safwan dan Nur Azimah Samsuddin
halal sebagai suami dan isteri
setelah mengharungi usia percintaan hampir 7 tahun lamanya
tahniah Adik!



Jom layan gambar sebelum ayat-ayat karangan penulis dah macam guru Bahasa Melayu akan skemanya
okbai



p/s: abaikan kondisi tudung penulis. 



serba sedikit gambar yang sempat diambil
masa tak banyak 
sebab Puan perlu bersiap-siap untuk majlis persandingan yang juga dilansungkan pada hari yang sama sebelah petangnya



ADIK!
saya gembira sangat tengok awak sudah bergelar isteri kepada lelaki yang sangat-sangat sempurna di mata saya
Afiq mampu menjadi suami paling terbaek di kalangan yang terbaek InsyaAllah
pilihan awak pilihan yang paling tepat



Selamat menempuh alam rumahtangga
jadilah isteri solehah yang taat dan sentiasa meletakkan suami pada darjat yang terhormat dan dihormati
kakak sangat gembira untuk kamu berdua




Sumber gambar: simpanan peribadi penulis dan hasil seni Myn Samsuddin. 


2 comments:

Jalaks said...

kakak nye bile lagi nehhhh .. ~ haha

Eima Jer said...

kakaknya menunggu bulan jatuh ke riba. bhahahaha