July 04, 2012

EJ Dan Drama Pilihan #Vol. 6



Malaysia makin dihujani drama-drama berkualitikan??
perlu diakui
pengarah-pengarah di Malaysia bijak dan kepakaran seninya lebih kepada karya panjang dan berepisod
bila cerita dipendekkan untuk membentuk filem
maka jadilah seperti OMBAK RINDU
yang bagi aku filem hancus yang hanya gah pada barisan pelakon dan OST yang syahdu tu




Pengarah Malaysia masih tak pakar memendekkan jalan cerita kehidupan melayu yang rumit dan kompleks ni
masih tak pakar



TAPI
kita masih ada barisan-barisan drama dan drama bersiri yang hebat dan menusuk untuk kita banggakan
betul tak??
dan barisan drama berkualiti ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan
sehingga kau si penggemar drama melayu ini
terpaksa hadap tonton.com.my
khatam habis semua episod tertinggal sepanjang hari kerja



itu tanda drama melayu kita semakin maju
dan mendapat tempat dihati penonton
syabas!





macam biasa mukadimah panjang berjela.
T_________________________T



baeklah
kali ni ada 4 drama bersiri aku nak kongsi
yang aku tengok tak tinggal 1 episod pon



here we go!




mulakan dengan drama bersiri Slot Samarinda TV3
-AMEERA-



aku tak suka Syamsul Yusof
tak pernah suka!
bagi kau dia tak pernah pandai berlakon pon
dan kalau berlakon memanjang nak jadi hero
drama or filem yang diarah beliau sendiri
pffftttttt
TAPI dalam Ameera
aku agak suka mutu lakonan beliau



Rita Rudaini tak payah cakaplah
kekuatan drama ni pon mostly terletak pada dia
cantik sentiasa
watak romantik yang dibawak beliau memang real sangat
sampai aku terbayang
mungkin dia layan suami tak kenang sayang cinta isteri tu sure sama dan lebih romantik dalam drama tu
sebab hidup sangatlah manja dan romantik beliau dalam drama ni
^________^



abaikan Zarina yang sangat berjaya membawa watak meghoyan beliau itu





kedua.
drama bersiri Slot Ratu di TV9
-ANDAI KU TAHU-



sama macam Ameera
ini drama mengisahkan rumah tangga
kekuatan dan tarikan aku sudah pastilah pada si cantik manis FAEZAH ELAI



EJ adalah peminat tegar Faezah Elai
comel dan cantik
pemilik mata bulat yang galak
^_______^



saya kurang suka Ezany
tetapi beliau membawa watak dengan baek
so biarkan beliau di situ
tidak mahu komen apa-apa



Natasya Hudson.
korang kena tengok beliau dalam drama ni
subhanaAllah lemah lembut sangat
sesuai dengan watak isteri solehah yang lemah lembut dan taat
*tersentuh*





ketiga.

Drama bersiri Slot Lestary TV3
-BUKAN BIDADARI-



jujur aku tengok drama ni hanya semata si NAD ZAINAL ni
sebab aku sangat suka beliau since dalam Memberku Hawa
beliau sangat comel especially cara beliau bercakap
antonasi suara tu kena dengan kecik moleknya!



selain tu
ada SARA ALI di situ
aku suka pelakon cool dan berbakat ni
dengan imej bertudung
ia sesuatu yang baru



oh Sharnaaz
siapa tak suka beliau
cuma watak beliau buat masa ni belum keluar lagi
so tak tahu nak komen apa


hero lagi sorang tu
maaf lupa nak google nama
beliau bawak watak 'Kamal' dalam drama ni
aku tak suka sangat beliau
oooppppssssss




seterusnya.


Slot Zehra TV3 tak pernah mengecewakan saya
semua cerita sangat best
termasuklah drama bersiri milik gadis manis IZARA AISHAH iaitu
-NAZIHA-



saya sangat-sangatlah suka Izara Aishah ni
sebab dialog beliau bersahaja
macam bukan ikot skrip
dia punya bakat semulajadi
bukan macam Neelofa. eh




jangan EJ
nanti kena saman
;p



Hmmmmmmm!~
ratu telenovela melayu sungguh la kau EJ




sebelum akhiri entry
nah amek ni sekalian pembaca
aku tahu korang tengah gilakan cerita ni




Aqasha awesome!
okbai



No comments: