May 30, 2013

MAY 2013 Dan Drama Melayu Pilihan EJ


Mari-mari saya nak update tentang drama-drama melayu pilihan hati
^____________^



madu suka kata aku emosi sangat kalau tengok drama melayu
suami pulak slalu perli kalau terlepas 1 episod drama melayu hawt kat tv tu dont worry
sebab ada si penglipur lara yang boleh cerita secara detail tentang keseluruhan episod tersebut
T_________________________T



Hahahahahaha
sesiapa yang follow twitter aku
memang akan akui
aku ni memang emosi dengan drama melayu
baiklah baiklah saya terima
saya memang emosi
sebab saya terlalu menghayati


okay untuk entry kali ni
ada 3 buah drama yang menarik hati 
yang berjaya membuatkan penulis keterlaluan emosi
kahkahkahkah




CINTA JANGAN PERGI
by 
Khabir Bhatia


Tentulah CINTA JANGAN PERGI menjadi pilihan pertama hati
sebab aku merupakan peminat drama-drama arahan Khabir Bhatia
dan macam biasa
drama beliau tak pernah menghampakan
masih kekal dengan keunikan yang tersendiri



Setiap Sabtu dan Ahad 
Jam 8.30malam
di TV9


Gabungan yang sempurna
TIZ ZAQYAH memang sangat 'sesuatu' dari segi lakonan
ditambah pulak REMY ISHAK yang memang super 'sesuatu'
just PERFECT!


 JOSIAH HOGAN 
juga pendatang baru
kelembutan dalam pertuturan beliau
memang sangat sesuai untuk watak penunggu dan penagih cinta Lea Soraya


errr lelaki agak pakistan macam ni bukan taste aku
tapi he is a great actor!


ini pulak penyeri drama bersiri ni
siapa taknak akui kehebatan NADIYA NISAA dalam menghayati watakkan
bagilah watak apa pon
mesti superb!

BIL AZALI aku tak kenai sangat
tapi beliau sempoi
memang padanlah 2 orang ni dengan watak masing-masing
macam biasa Khabir Bhatia memang tak pernah lagi gagal hidupkan watak



5 BINTANG untuk drama ni
walau tak habis lagi pon ceritanya
sebab bagi aku dah sampai episod sekarang ni pon
setiap episod masih belum pernah menghampakan aku as penonton
TERBAEK!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seterusnya
ini drama pilihan hati buat masa ini


DAHLIA
by
Pali Yahya


Dahlia merupakan sebuah drama milik Astro yang ditayangkan di channel Astro Mustika HD bagi menggantikan Sehangat Asmara
Macam biasa
Slot drama melayu di bawah Mustika HD tak pernah mengecewakan terutamanya bab lapisan pelakonnya



DAHLIA mengisahkan tentang kepincangan sebuah rumahtangga dek kerana seorang kawan baik yang kejam dan menikam kawan baiknya sendiri
Serius aku cakap
Episod 1 drama ni je
aku dah rasa seram sejuk bergelar ISTERI
risiko berumahtangga ni memang tinggi



Aku memang peminat tegar DIRA ABU ZAHAR
Inilah 'Dahlia'
yang dianiayai suami dan kawan baik sendiri
lakonan Dira macam biasa
tak pernah menghampakan
curlasssss!


ini WATAK JAHAT dalam drama DAHLIA
si kacak HANS ISAAC memang memberikan persembahan yang baik
usia dan watak yang dibawak memang sangat sesuai
iyelah ini drama tentang rumahtangga


Si manis tapi berbisa kat sebalah tu adalah pendatang baru yang sangat terkesan lakonan beliau
namanya RAJA ILYA yang memegang watak 'HALIZA' dalam drama DAHLIA ni
yang korang asek tengok aku maki hamun perempuan nama Haliza dalam twitter tu 
inilah minahnya
cantik api berbisa sungguh!



Seorang lagi pelakon hebat kategori lagend
FAIZAL HUSSIEN 
merupakan WATAK BAIK aka HERO di dalam drama Dahlia ini


Dari episod 1-18
watak FUAD yang dibawa Faizal masih kurang menyerlah
maksud aku bukan mutu lakonan
tapi watak tu jarang-jarang muncul




5 BINTANG dari penulis
sebab drama ni lain dari yang lain
dari episod 1 memang terus ke situasi rumahtangga dan pengkhianatan persahabatan yang kesemuanya plot lagik




Watak 'HALIZA' yang di bawa RAJA ILYA
memang mampu mencabar kehebatan NABILA HUDA di dalam TEDUHAN KASIH
bagi aku
lakonan Raja Ilya lagi terkesan walaupun jenis watak mereka hampir sama
pengkhianat kawan baik sendiri
perampas suami orang
perempuan psycho yang penuh dendam


Good job Raja Ilya
I adore you!


.........................................................................................................................................................




Tak sah laaa kalau tak update tentang drama lakonan Adi Putra kan
tambah pulak ada si Nabila Huda



TEDUHAN KASIH
by 
Jamal Khan



Ini drama hangat slot Akasia
7 malam
Isnin-Khamis
TV3 Malaysia



Penulis dah lama tak layan Slot Akasia memandangkan drama yang ditayangkan mostly lembab dan tak berkualiti akhir-akhir ini



ADI PUTRA kembali menghangatkan kembali slot ini
makanya wajiblah mengikuti setiap episod drama ini




Episod 1 ditayangkan
ramai penonton yang tak berpuas hati dengan pemilihan watak heroin iaitu yang dipegang oleh SHERRY IBRAHIM sebagai IFFAH
Errrr aku pon tak puas hati
macam tak padan dengan si kacak adi putra tu



errrr errrrr errrr
TAPI takkan nak suruh Fasha Sandha yang tengah dalam pantang tu mai berlakon kan?
hahahahahahaha


DAN episod 6 hingga 10
telah mula menampakkan kesesuaian Sherry Ibrahim sebagai Iffa
dengan kelembutan yang ada pada beliau
Pengarah mesti tahu apa dia buatkan


So bagi aku
semua watak sesuai dah
;p



Ini WATAK JAHAT drama bersiri TEDUHAN KASIH


dah lamakan kita tak tengok NABILA HUDA dengan watak antagonisnya
mula-mula tengok memang sakit hati
sebab aku suka dia sangat
why dia yang kena bawak watak antagonis ni
tapi lama-lama rasa macam seronok pulak


Cuma masalah aku
semua orang kata watak 'AYU' yang dibawa Nabila Huda masih tak boleh menanggani watak 'HALIZA' yang dibawa oleh Raja Ilya dalam Dahlia
Hmmmm mungkin aku kurang menghayati sebab aku minat sangat Nabila Huda kot
;p



SHAH ISKANDAR atau 'RIZAL' ini memang aku tak brapa minat dia
yang aku noticed dia ni pembantu cik Kiah dalam KIAH THE SPY
HAHAHAHAHAHAHHAA


lakonan kurang menyerlah kekejaman tu
hahahahaha
tapi takpe
baru episod 10
bagi peluang
;p




4 BINTANG untuk drama ni
dan ADI PUTRA terlalu kacak untuk keseluruhan drama
setiap masa dan waktu



Dan dan dan
penulis sangat ADORE dengan baby Adam dalam drama ni
awat baby adam comei sangat??



sekian




No comments: