July 03, 2013

Ayam Masak Pemalas by EJ

Rajin pulak memasak 2, 3 minggu ni
sejak-sejak baby dalam perut mengajar ibunya
banned makanan luar
nak makan masakan sendiri sahaja


lagi dasyat
minggu ni masakan emak sendiri pon taknak terima
nak makan masak sendiri SAHAJA
Fuyooooo
letih ibu macam ni


Dah kebetulan tengah rajin masak ni
meh nak share resepi



AYAM MASAK PEMALAS


Ini resepi ibonda saya
sebab tu namanya macam tu
;p
maybe bagi mak masakan ni terlalu mudah disediakan kot
kalau tanya kakak-kakak saya
ayam masak pemalas
semua akan aware la which one





Bahan-Bahannya

Ayam 5-6 ketul
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai
Bawang besar
Cili Api
Cili Besar
Santan kotak



Cara Memasak

  1. Goreng ayam yang dah di garam kunyitkan sampai masak.
  2. Guna kuali yang sama, buang minyak goreng ayam tu. Tinggalkan dalam 2-3 sudu je.
  3. Blend halia (2cm), lengkuas (3-4 potong), bawang besar (1 biji), serai (1 batang) dan kunyit hidup (1cm)
  4. CAMPAK sahaja semua bahan yang diblended ke dalam kuali tadi lepas tu biar pecah minyak sket
  5. Campak jugak cili api, cili besar dan serap yang dititip seperti di dalam gambar
  6. Masukkan sedikit santan dalam 2-3 sudu teh tu
  7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa
  8. Masuk le ayam goreng tadi. Perlahankan api. Kacau. Tutup kuali sekejap bagi kuah meresap dalam isi ayam.
  9. Siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!


buat ayam ni tak sampai 30 minit pon
sambil-sambil masak nasik tu
^_______________^


Selamat Mencuba!




No comments: