July 26, 2013

Salam Nuzul Al-Quran





SALAM NUZUL AL-QURAN
Buat seluruh umat islam seantero dunia
semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah
selalu dan mohon untuk tidak pernah tidak ada
Amin.




Sekejap je putaran masa sehari-hari
kita dah melangkah ke minggu-minggu akhir ramadhan 1434H
semoga puasa kita diterima Allah
dan segala ibadah dan amalan diangkat ke langit sebagai amalan yang diterima
juga mohon segala dosa silam terampun dan terhapus
Amin




Sejak arwah abah pergi
Nuzul Al-Quran memang sinonim dengan ulangtahun pemergian arwah
Allah menjemput abah ke sana pada malam Nuzul Al-Quran 1424H
sekitar tahun 2003



Teringat lagi kata-kata abah
"Abah sakit. Abah dah tak lama. Kalau masa Abah dan sampai, abah nak isteri dan anak menantu abah redhakan pemergian Abah. Abah nak sangat Allah ambil nyawa Abah di malam Nuzul Al-Quran kalau benar masa Abah untuk pergi sudah tiba. Semoga doa Abah ni Allah kabulkan."



Masa ni abah baru selesai solat maghrib 
abah sedih tak dapat ke masjid
bersama-sama makmum lain mengerjakan solat terawih seperti tahun-tahun sebelumnya
tahun tu abah terlantar sakit di atas katil


Dengar ayat abah bait demi bait
memang Allah tiupkan kekuatan untuk aku terus berlakon tabah depan mak
taknak mak nampak aku menangis
sebab beban yang mak tanggung tu dah berat sangat.



Alhamdulillah
Impian dan doa abah, Allah dengar
Abah memang pergi malam Nuzul Al-Quran
Abah masih dengar azan maghrib dan mintak untuk dibantu amek wuduk
bagi mengerjakan solat maghrib yang terakhir buatnya
itupun ingatan abah Allah dan ambil separuhnya
masa ni abah dah tak kenai cucu-cucunya
hanya isteri dan anak yang dia sebut



Masuk Isyak
Ingatan abah hilang seluruhnya
Abah hanya gelisah berjuang
hanya abah dengan Allah sahaja yang tahu rahsia Allah ketika nazaknya hambaNya
pandangan kasar kita
hanya gelisah yang kita nampak
tak putus abah sebut Allah Allah Allah Allah
hingga akhir nyawanya di dunia



10.45 malam Abah pergi selamanya
malam seperti diimpikan arwah
Malam Nuzul Al-Quran




Dah 10 tahun ramadhan tanpa abah
ingatan si anak bongsu abah ni masih sama
cuma sedang belajar untuk menjadi yang lebih baik seperti abah impikan
harap punya peluang



Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
diampunkan segala dosa
dijauhi siksaan kubur
dan ditempatkan di syurga Allah



Terima kasih untuk segalanya Abah



I LOVE YOU



No comments: